PRU13 telah melabuh tirai dengan kemenangan memihak kepada Barisan Nasional. Walaupun majoriti sedikit menurun, tetapi kejayaan menawan semula negeri Kedah dan kejayaan mempertahankan Perak & Terengganu sesuatu yang melegakan.
Alahamdulillah, terbukti rakyat masih percayakan Barisan Nasional seperti mana saya percayakan Barisan Nasional.
AC percaya kejayaan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan untuk yang ke sekian kalinya adalah kerana kejayaan di Sabah & Sarawak.
Tsunami politik yang melanda Sabah memang tidak dapat dinafikan. Pembangkang di Sabah berjaya mencetuskan fenomena dimana majority yang dimenangi adalah amat kecil jika dibandingkan dengan pru12 lepas.
Ini adalah petunjuk bahawa rakyat Sabah sudah mula bangkit. Namun disebalik kebangkitan ini masih ramai yang mahukan Barisan Nasional untuk menerajui Sabah.
Bagaimana nasib Barisan Nasional jika Sabah & Sarawak dikuasai pembangkang?
Anda pasti tahu jawabannya.
Tentunya Pakatan Rakyat akan berjaya membentuk kerajaan baru.
Apa yang AC mahu suarakan di sini adalah. Sebagai orang Sabah, anak jati sabah dan bumiputera sabah, saya tentunya inginkan pembangunan di sabah sama seperti pembangunan di negeri negeri semenanjung.
Sabah & Sarawak tidak akan selamanya menjadi kubu kuat Barisan Nasional, jika pembangunan di negeri kami tidak seimbang dengan negeri di semenanjung.
Jangan difikirkan bahawa kami orang sabah akan sentiasa menyokong BN jika kami tidak mendapat pembangunan yang kami harapkan. Untuk PRU13 ini kami masih menyokong BN kerana kami mahu melihat kesinambungan pembangunan di negeri kami. Dan kami yakin BN akan melakukannya.
Jika sebaliknya maka kami akan tunjukkan kuasa kami sebagai rakyat pada PRU14 nanti.
Ini bukan ugutan, sebaliknya rayuan kami rakyat sabah kepada kerajaan BN sekarang ini.
Bantu kami, tolong kami. Jangan nodai kepercayaan kami.
AC - Suara Anak Sabah