Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A
Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts

31 May, 2012

KAREER POLITIK SHAHRIZAT BERAKHIR, SPRM DAPATI SHAHRIZAT TERLIBAT



Membaca tajuk artikel ini sahaja sudah cukup untuk memberikan gambaran kepada isi artikel yang sebenar.  Mari kita ikuti isi kandungan artikel "Kareer Politik Shahrizat Berakhir, SPRM Dapati Shahrizat Terlibat"

Agenda Daily - Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menarik nafas lega.Isu utama yang menghantui karier politiknya sudah beres.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,Tan Sri Dr Hadenan Jalil hari ini mengumumkan bahawa bekas Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat itu didapati tidak terlibat dalam proses keputusan memberi pinjaman RM250 juta kepada NFC.

NFC adalah syarikat yang dipimpin oleh suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail.

Hanedan berkata bekas menteri itu tidak terlibat dalam keputusan memberi kontrak kepada NFC.

Beliau memberitahu maka siasatan mengenai penglibatan Shahrizat ditutup.

Shahrizat telah letak jawatan sebagai menteri baru-baru ini menjelang suaminya didakwa di mahkamah atas kes NFC.

Beliau kini masih memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.- 31/5/2012

AC kata: Jangan marah ye PR.
 

15 March, 2012

PENDEDAHAN RAFIZI MAKAN DIRI SENDIRI

 
PETALING JAYA -- Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang didakwanya mempunyai kaintan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan beroperasi di Rochester Mall dan bukannya kompleks membeli belah Star Vista seperti yang didedahkannya pada Selasa.

MStar melaporkan Mohd Rafizi turut memohon maaf secara terbuka kepada pihak pemaju kompleks membeli belah Star Vista iaitu Capital Mall terhadap kesilapan dakwaannya itu.

"Saya dimaklumkan mengenai penafian oleh CapitalMall bahawa kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat.

"Saya memandang berat kesilapan ini dan semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista.

"Saya memohon maaf secara terbuka kepada CapitalMall atas kesilapan fakta yang berlaku, walaupun ia tidak memadamkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan PFN di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Rabu.

Pada Selasa, Mohd Rafizi membuat pendedahan terbaru mengenai dakwaan penyalahgunaan dana berjumlah RM250 juta oleh Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) bagi tujuan perniagaan pasaraya mewah di Singapura.

Menurut beliau lagi, berdasarkan semakan di laman web rasmi Rochester Mall mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat dua pusat membeli belah berkenaan.

"Saya juga berpendapat oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza.

"Oleh yang demikian, saya percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang saya sebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat," katanya.-Sumber

23 January, 2012

Curi RM2.7 juta dan jual maklumat kepada pembangkang.

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan catatan kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.


Kakitangan pemasaran itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFCorp dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.

Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat kakitangan terbabit yang bertaraf Pengurus itu.

“NFCorp sebelum ini mempunyai dua orang pekerja bukan Melayu bertaraf pengurus kanan yang menguruskan hampir rm120k – rm150k wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya telah melakukan pecah amanah dengan melarikan wang berkenaan,” jelas Datuk Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini.

Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.

“Eksekutif itu kini dikenakan tuduhan di mahkamah kerana melakukan pecah amanah dan mencuri wang syarikat”, jelas Ibrahim.

Datuk Ibrahim Ali berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan 12 pertubuhan NGO berhubung isu NFCorp, yang diketuai oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa.

Menurut Ibrahim, buku catatan tunai yang diberikan kepada NFCorp itu hanyalah sebahagian daripada “cerita sebenar” dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.

Ibrahim bagaimanapun menegaskan, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.

Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah.

Sumber : PERKASA

Anjing PKR Rafizi & Zuraida arah Malaysiakini DELETE bukti.


Kalau takut cakap takut. Jangan tunggu Sampai Kak Jat naik minyak. BACA SINI...

Adv

Nuffnang 2