Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

03 April, 2012

MENGUNDI PAS & PKR BERMAKSUD MENGUNDI DAP!!!


Iklim politik pasca PRU 2008 menunjukkan betapa Pakatan Rakyat begitu rakus melanggar batas-batas kehidupan kenegaraan Malaysia yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Mereka ibarat mahu memansuhkan apa saja teras negara-bangsa yang dibina oleh kerajaan BN selama ini.

Kemenangan menawan 5 negeri (Perak jatuh semula kpd BN) bagaikan mencetus gegak-gempita kepada Pakatan Rakyat yang berlagak seolah-olah mereka telah menawan seluruh Malaysia. Dasar-dasar yang membantu kaum Melayu dan bumiputera seperti DEB dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah diserang dari pelbagai sudut.

Mereka mempunyai niat tersembunyi untuk menukar sistem kenegaraan Malaysia y
ang ada hari ini kepada sistem republik yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu. Mereka juga (DAP) ingin menjadikan negara ini didominasikan oleh kaum Cina dalam semua bidang khususnya politik.

Yang paling malangnya ialah perjuangan tersebut didokong pula oleh orang Melayu sendiri y
ang tidak lagi mempunyai semangat cintakan perjuangan bangsa dan agama. Oleh kerana dendam kesumat, mereka sanggup dipergunakan oleh puak kafir harbi untuk menghancurkan musuh mereka yang juga merupakan saudara seagama mereka. 

PAS sebagai parti y
ang memperjuangkan penubuhan negara Islam sebelum ini sanggup menggadaikan prinsip-prinsip perjuangan mereka demi mencari keuntungan politik yang akhirnya akan merugikan bangsa Melayu juga. PAS yang dulu adalah sebuah parti yang ada identiti berbanding PAS masa kini yang bagaikan kehilangan arah tuju. Mereka bagaikan tiada matlamat perjuangan. Mereka hanya ingin menjatuhkan UMNO yang dianggap musuh dulu, kini dan selamanya. Asalkan dapat menumbangkan UMNO sudah cukup memuaskan hati mereka. Jadi berlakulah perkahwinan kontrak antara PAS dengan PKR n DAP yang tak tau bila kesudahan kisah cinta mereka.

PKR sebagai sebuah parti serpihan UMNO dilihat tidak mempunyai idealisme perjuangan. Objektif  parti tersebut hanya ingin memperjuangkan impian Anwar Ibrahim y
ang terlalu kemaruk jawatan Perdana Menteri. Nasib rakyat tiada dalam kamus politik mereka. Mereka sebuah parti yang dikelilingi masalah moral (masalah liwat dan seks Anwar Ibrahim) dan ketidakmampuan dalam mentadbir. Perjuangan membela nasib Islam dan Melayu juga amat jauh daripada parti ini, malah cuba menyerang pula dasar-dasar negara yang menguntungkan Melayu dan bumiputera.

PAS & PKR kedua-duanya adalah parti yang ditunjangi majoriti orang Melayu. Namun begitu, mereka tiada jiwa untuk mempertahankan hak-hak bangsa. Apa yang kita lihat sekarang, mereka bagaikan dipergunakan oleh DAP untuk menjajah negara ini. DAP tidak akan mampu menakluk negara ini bersendirian. Tetapi apabila mereka dibantu oleh proksi dari golongan kaum peribumi sendiri, hasrat yang sebelum ini dikatakan mustahil itu bakal menjadi kenyataan.


DAP telah banyak kali mengguris hati orang Melayu. Sebenarnya mereka telah lama merancang untuk menakluk negara ini. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah percubaan mereka untuk menjatuhkan dominasi Melayu di singgahsana politik negara ini. Tetapi Allah Maha Besar. Melayu Islam terselamat dalam konspirasi jahat tersebut. Tetapi kegagalan tersebut sama sekali tidak melemahkan semangat mereka. Mereka akan terus mencari titik-titik kelemahan orang Melayu yang boleh dimanipulasikan bagi menjatuhkan Melayu.

Peluang itu terhidang kini. PRU 2008 merupakan peluang besar y
ang telah lama dinanti-nantikan DAP untuk mengubah hala tuju negara ini. Kejayaan paling besar PRU 2008 itu ialah perpecahan orang Melayu yang semakin kronik. Melayu tidak mampu lagi mempertahankan serangan yang ditujukan kepada mereka kerana keadaan mereka kini tersangat lemah. UMNO juga berseorangan dalam kerajaan untuk terus memperjuangkan hak-hak Melayu.

DAP semakin yakin dapat mentadbir Malaysia pada PRU ke 13 nanti. Kejayaan dalam PRN Sarawak baru-baru ini telah membuktikan keazaman mereka itu. Mereka semakin angkuh. Mereka semakin menunjukkan sikap ultra kiasu mereka. Bagi mereka Melayu telah hampir di penghujung kuasa. Sekarang adalah masa Malaysia didominasi oleh kaum Cina pula.

Mereka tidak perlu risau untuk mendapat sokongan orang Melayu. Proksi mereka PAS & PKR bila-bila masa saja bersedia menghambakan diri untuk melaksanakan setiap perintah mereka. Selagi Melayu terus berpecah, selagi Cina terus menyokong mereka dan selagi Melayu tidak bersatu padu tiada apa yang boleh menghalang kemaraan mereka.

Jadi macamana kita boleh menghalang DAP dari mencapai matlamat keji mereka?

Jawapannya mudah saja. Apabila menjelang PRU ke 13 nanti, tetapkan diri anda dan maklumkan kepada kaum keluarga serta sahabat handai anda yg masih mempunyai sedikit rasa sayang kepada agama dan bangsa supaya tidak sama sekali mengundi parti PAS & PKR (jika kawasan mengundi anda itu ada calon dari parti tersebut). Ini kerana satu undi kepada PAS & PKR bermaksud anda telah memilih DAP untuk menguasai negara ini dan memastikan kaum Cina akan menguasai jawatan Perdana Menteri Malaysia nanti.

Adakah itu yg anda inginkan? Cuba kenangkan untung nasib generasi kita nanti jika kita salah membuat pilihan. Dalam Islam kita boleh memilih satu daripada dua kemudaratan iaitu kemudaratan yg ringan. Tanamkan dalam diri anda bahawa musuh Islam dan Melayu kini dan selamanya adalah DAPJika kita memilih DAP, samalah seperti kita menggadai maruah kita. Jika kita memilih DAP, samalah seperti kita menyerahkan negara ini kepada kaum pendatang.
Jarum_emas group

05 March, 2012

MESTI BACA!! HAPUSKAN KETUANAN MELAYU SUPAYA MELAYU LEBIH BERUSAHA

Dipanjangkan dari Kritis-online.com

AC melihat ada yang benar dan tidak dalam dalam artikel ini. Kebenarannya adalah, Orang Melayu ataupun pribumi bumi Malaysia ini kurang agresif dalam bidang persaingan. Lihat saja gap kemajuan antara masyarakat Cina dan orang Melayu di Malaysia sekarang ini.
Gap yang besar ini wujud disebabkan orang Melayu tidak mendapat atau tidak diletakkan tekanan ke atas mereka. Orang Melayu berada dalam zon selesa, mungkin zon yang terlalu selesa. Apa tidaknya, Melayu diberikan pelbagai keistimewaan. Dan perkara ini tidak AC nafikan.

Tetapi dalam, usaha kerajaan menyediakan dan mempertahankan keistimewaan Orang Melayu, sedangkan Melayu itu sendiri tidak berusaha dan tidak berani menyahut cabaran. Keistimewaan ini hanya tertulis pada halaman helaian kertas tetapi hanya segelintir sahaja yang bangkit dan menggunakannya dengan cara yang betul.

Masalah Melayu dapat dilihat dari semua segi. Susah nak diungkapkan, pendek kata Melayu ini kurang daya saing dan mempunyai mentaliti yang telah disetkan dalam zon selamat. Jika dibandingkan dengan masyarakat Cina dan Melayu di Malaysia. Sejarah, menunjukkan Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu. 

Masyarakat Cina yang ada di Malaysia pada ketika ini adalah pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20 yang mana terdapat 2 gelombang penghijrahan Orang Cina di Malaysia.

Gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini.

Gelombang ke 2, pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British . Selain itu ,mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat.
 
Mereka ini adalah golongan yang ditindas pada ketika itu, kerana status mereka sebagai pendatang dan pelarian. Tetapi selepas beberapa dekad dan abad berlalu, Orang Cina yang dahulunya kini dilihat jauh lebih maju berbanding Orang Melayu. Lihat sahaja, kedudukan orang terkaya di Malaysia, hampir semua dimonopoli oleh Orang Cina. Kemajuan yang Orang Cina ini capai adalah kerana adanya tekanan dalam hidup mereka pada masa itu.

Bukannya tidak ada usaha dari pihak kerajaan untuk membantu Orang Melayu. Bantuan terlalu banyak, tetapi naluri Melayu itu lebih suka berada di zon selesa. Melayu juga terkenal dengan Perasaan Hasad Dengki (PHD). Bila melihat orang lain berada di atas, maka perasaan dengki mula bekerja dan hanya akan berhenti setelah orang yang didengki itu jatuh.
Walaubagaimanapun, AC tetap berpendapat Ketuanan Melayu tidak seharusnya dimansuhkan kerana itu adalah hak Orang Melayu yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Apa yang paling penting dalam hal ini adalah daya saing dan mentaliti untuk maju harus ada di kalangan Orang Melayu.

Baca artikel menarik di bawah;
 
Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16
Tarikh: 22 Disember 2011 (Khamis)

Tajuk:

“Jika Tiada Keperluan Tidak Perlu Ubah”
Ditulis oleh: Loh Hon Chew (pengkritik semasa)

Bekas Canselor Universiti Malaya (UM) Ungku Aziz telah mencadangkan kita supaya menghantar anak-anak Melayu belajar ke negera China, supaya mereka dapat pelajari budaya-budaya China dan mempunyai semangat bersaing yang mantap; Ungku Aziz berkata, dunia sentiasa berubah, kenapa kita sendiri tidak mahu berubah, Ungku berkata belajar di negera China boleh membawa perubahan kepada orang-orang Melayu.

Apa maksud sebenar oleh Ungku Aziz ialah mahu orang melayu “berubah”, barulah orang-orang Melayu dihormati di mata masyarakat dunia.

Tetapi selepas memahami budaya China adakah boleh membawa perubahan? Susah untuk ditafsirkan, yang sepatutnya lebih penting dari itu ialah orang-orang Melayu sepatutnya memahami orang-orang Cina di Malaysia ini terlebih dahulu, bermakna mengenali budaya orang-orang (di negara) China sama keadaannya untuk mengenali budaya orang-orang Cina di Malaysia.

Oleh kerana kelaziman berbahasa sejak beratus-ratus tahun di negara ini, orang-orang Cina memahami bahasa Melayu, sebaliknya orang-orang Melayu tidak tahu bahasa orang-orang Cina, oleh kerana pendidikan serba moden hari ini, orang-orang Cina lebih memahami orang-orang Melayu, sebaliknya orang-orang Melayu tidak memahami orang-orang Cina, ditambah pula dengan pembohongan dan dakyah oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan, menyebabkan ramai dari kalangan orang-orang Melayu anggap orang-orang Cina sebagai kaum yang suka menipu, sehingga kemunduran kaum Melayu itu sendiri menuduh orang-orang Cina suka memeras ugut dan membuli orang-orang Melayu, sebenarnya ini semuanya ungkapan-ungkapan yang dimainkan oleh ahli-ahli politik, sejak zaman kemerdekaan, salah faham orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina lebih banyak daripada orang-orang Melayu yang memahami orang-orang Cina, kerana orang-orang Melayu tidak dapat melalui bahasa dan karakter Cina untuk memahami orang-orang Cina.

Lagi satu salah tanggapan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina ialah mereka sangka semua orang-orang Cina pandai berniaga, sebenarnya mereka sendiri tidak tahu bahawa orang-orang Cina amat bencikan peniaga-peniaga, dan orang Cina juga tidak mahir dalam urus niaga, orang-orang Cina berniaga kerana terpaksa dan dipaksa kerana tiada pilihan lain yang dapat dilalui, jika tidak seumur hiduplah bekerja di bawah orang lain.

Peluang Pekerjaan Untuk Orang Melayu Amat Luas

Orang-orang Indonesia yang menjadi buruh kasar buat seketika di negara kita, selepas itu mereka menjadi kontraktor, ada yang menjadi peniaga warung dan restoran. Sedangkan orang-orang Bangladesh boleh menjadi peniaga kecil-kecilan di negara kita, buka kedai mamak, apa yang mereka lalui seperti apa yang dilalui oleh orang-orang Cina semasa kemasukan orang-orang Cina ke bumi ini pada zaman dahulu, hanya zamannya sahaja yang berbeza tetapi perjalanannya sama, kerana mempunyai sebab-sebab yang sama, itu semua kerana terpaksa dan kerana untuk hidup, ia bukan sesuatu cerita yang sengaja diada-adakan.

Cadangan Ungku Aziz mahu menghantar anak-anak Melayu belajar ke negeri China, sudah tentu langkah pertama mereka perlu menguasai bahasa Cina, dengan itu ia amat membantu untuk orang-orang Melayu memahami orang-orang Cina, ia lebih dapat banyak manfaatnya daripada pergi belajar ke negera China.

Sebaliknya jika hantar anak-anak Melayu belajar ke negera China, adakah dikatakan boleh membawa “perubahan” kepada orang-orang Melayu? itu tidak semestinya boleh berlaku. Yang pertama keadaan orang-orang Melayu tidak seperti keadaan orang-orang di negera China yang terdesak dan terpaksa membuat perubahan untuk hidup, sebaliknya orang-orang Melayu tiada kesulitan yang mendesak, kerana orang-orang Melayu punyai peluang yang sangat luas.

Sebab itu orang-orang Melayu tidak ada keperluan dan desakan untuk berubah, sebaliknya mereka akan terasa risiko yang mereka ambil lebih tinggi jika ke negera China, sebaliknya akan merosakan keadaan yang lebih buruk lagi. Memang mereka melihat orang negera China telah berubah, orang Jepun telah berubah, orang Korea telah berubah, dan mereka semua telah berubah dengan begitu baik, sekarang ini orang-orang Melayu tidak perlu buat perubahan kerana kehidupan mereka sudah begitu baik, mereka tidak perlu ambil risiko yang mungkin menjadikan keadaan itu lebih bahaya dan lebih teruk lagi.

Tidak Perlu Ubah Keutamaan Kedudukan Orang-Orang Melayu

Walaupun orang-orang Melayu ingin berubah, berdasarkan pandangan politik oleh pihak kerajaan, mereka tidak akan izinkan orang Melayu berubah iaitu jangan “Buat Sibuk”, pihak kerajaan tidak akan berani menanggung risiko itu, jika mahu orang-orang Melayu berubah seperti orang-orang di (negara) China, orang-orang di Jepun yang meletakkan diri mereka terbuka dengan alam persaingan yang adil, sebenarnya ketahanan orang-orang Melayu dalam persaingan lebih hebat dari itu, hanya lepaskan sahaja orang-orang Melayu suruh mereka bersaing dengan adil, tetapi pihak kerajaan pula tidak berani melepaskan kedudukan dan keutamaan mereka yang akan mengambil risiko yang terlalu besar dalam politik.

Sebab itu genersi muda mudi Melayu mempertikaikan kenapa kerajaan tidak membantu orang-orang bukan Melayu, inilah satu perubahan dari orang-orang Melayu sekarang ini, tetapi sebaliknya pemimpin-pemimpin politik anggap ia satu isu yang merbahaya, mereka cuba menggunakan bahan buku sejarah untuk perbetulkan minda dan pandangan golongan generasi muda Melayu.

Pada masa sama sekarang ini pihak kerajaan cuba buat perubahan, buat perubahan semata-mata mahukan perubahan, semua sektor telah kelihatan diubah, tidak boleh lagi berdiam diri, tetapi dalam perubahan yang dibuat itu pihak kerajaan sering mengingatkan, keutamaan orang-orang Melayu tidak boleh diubah sama sekali.

Apa yang Ungku Aziz mahukan orang-orang Melayu berubah, bukan semudah itu apa yang dia maksudkan.

- terjemahan: AS/ LNA/ Q -

Adv

Nuffnang 2