Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

19 July, 2013

Kalau dah untung mengapa nak naikkan?

 
Semakin untung semakin dinaikkan tarif elektrik. Ac agak konfius dengan situasi ini. 2 artikel yang dikeluarkan pada tarikh yang sama tetapi memberikan makna yang sangat berbeza.

AC terbaca akhbar di Bernama yang bertarikh 18/7/2013 bertajuk Tarif Kuasa Mungkin Naik Kerana Kerajaan Mungkin Kurangkan Subsidi, Kata TNB,

Sementara di halaman akhbar Harian Metro pada hari yang sama 18/7/2013, yang bertajuk Laba TNB RM1.71 bilion.

Jika TNB boleh mengaut laba sehingga berbillion ringgit setiap suku tahun. Keuntungan ini diperolehi hanya mengambil masa suku tahun yang tempoh masanya hanya lebih kurang 3 bulan (Betulkan jika salah). Jika setiap suku boleh memperolehi keuntungan sekurang-kurangnya 1.21 billion maka mengapa tarif elektrik dinaikkan?

Bukankah ini hanya akan menyusahkan rakyat. Bagi golongan berada, kenaikan tarif ini mungkin tidak dirasai sangat tetapi bagaimana pula dengan rakyat marhaen seperti AC. 

Kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. Jika kerajaan tidak memberikan subsidi untuk tenaga elektrik dan TNB mengekalkan tarif yang sedia ada sekarang ini, TNB masih boleh mengaut keuntungan sekurang kurangnya RM 1 billion setiap suku tahun, yang mana boleh memperolehi keuntungan RM 4 billion setahun.

Kenaikan yang sedikit ini amat memberi kesan kepada rakyat marhaen seperti kami.


Laba TNB RM1.71 bilion

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.71 bilion bagi suku ketiga yang berakhir 31 Mei 2013 berbanding RM1.27 bilion pada suku kedua tahun ini.
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, keputusan positif dicatatkan syarikat utiliti negara itu disumbangkan terutama oleh permintaan serta kos penjanaan tenaga yang stabil.

Katanya, selain itu TNB juga mendapat faedah daripada kelemahan mata wang Yen dan harga arang batu yang lebih baik.
“Bagi suku ketiga ini, Ringgit Malaysia lebih kukuh berbanding Yen sebanyak 8.3 peratus dan kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat dan faktor ini juga berserta dengan harga purata arang batu sebanyak AS$84.4 tan metrik berbanding AS$84.7 pada suku kedua.

“Bagaimanapun, keuntungan bersih sebelum pelarasan keuntungan Translasi Tukaran Wang Asing, adalah sebanyak RM1.38 bilion suku ketiga ini berbanding RM0.88 bilion suku kedua,” katanya pada sidang media sempena taklimat keputusan kewangan suku ketiga TNB di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohd dan Ketua Pegawai Kewangannya, Fazlur Rahman Zainuddin.
FotoDARI kiri, Azman, Leo dan Fazlur pada sidang media sempena taklimat keputusan kewangan suku ketiga TNB di Kuala Lumpur.
Leo berkata, pertumbuhan permintaan elektrik terus meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang disumbangkan oleh permintaan dalam dan luar negeri yang terus kukuh. TNB juga akan terus meneroka peluang ke arah menjadi juara serantau.

Beliau berkata, pengalaman dan kemahiran teknikal yang ada pada TNB boleh dimanfaatkan untuk bersaing di peringkat global dan TNB sudah membuktikan keupayaan dalam menyediakan bekalan berkualiti tinggi sama ada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.
Sementara itu, Azman berkata, permintaan elektrik bagi separuh kedua tahun ini dijangka stabil terutama didorong oleh sektor domestik dan komersial seiring dengan pertumbuhan ekonomi.

“Peningkatan bahan api alternatif tidak dapat dielakkan bagi memenuhi peningkatan permintaan yang lebih tinggi semasa suku ketiga tahun ini. Bagaimanapun, jumlah bekalan gas sudah menunjukkan peningkatan.

“Kami berpendapat bahawa prospek kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013 akan kekal stabil,” katanya.

Menurutnya, TNB juga akan memfokus kepada projek utamanya, Janamanjung, Hidro Hulu Terengganu, Hidro Ulu Jelai dan Prai yang dilihat sudah mencapai antara 8.0 hingga 58 peratus tahap kemajuan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

 

Tarif Kuasa Mungkin Naik Kerana Kerajaan Mungkin Kurangkan Subsidi, Kata TNB

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional Khamis.
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.

Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara.
-- BERNAMA
 

Comments
3 Comments

3 comments:

  1. Saya minta saudara admin juga jangan melalak tak tentu psal.

    Sebagai penyokong UMNO/BN, kita mesti jangan membantah dan kita mesti pastikan segala peancangan BN terus mendapat sokongan.

    Ini pilihan kita. Kita yang memangkah parti ini.

    Negara tak maju tanpa BN. BN terbaik
    LOVE PM


    ReplyDelete
  2. Memang salah pun.. maksud keuntungan suku ketiga tu adalah accumulative dari bulan pertama hingga ke sembilan... so it took 9 mths to reach 1B... Daripada melalak tak tentu hala, why don't you go to TNB and experience yourself their daily challenge... People keep on asking a competitor to TNB but doesn't realised that tariff will further.. don't you know that as glc when tnb makes profit it will benefits their biggest shareholder which is the government. And this will be utilized for nation growth...

    ReplyDelete
  3. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

    Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

    TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

    Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

    Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

    Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

    ReplyDelete

Nak Komen biar berkaitan dengan topik. Jangan menyalak tak tentu pasal.

Adv

Nuffnang 2