Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

14 May, 2013

Mengapa Aisyah Masuk PAS? - Undisclosed Story!


14 Mei 2013 - Mengapa Aisyah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin masuk Pas?

Ada beberapa andaian yang dikeluarkan oleh beberapa blogger termasuk blogger Pro-BN dan Pro-PR. Persamaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Aisyah adalah Ingin menjamin masa depan anaknya, mahu menentang kezaliman kerajaan, dan yang paing penting sekali adalah mahu memperjuangkan Agama.

Ini adalah apa yang keluar dari mulut Aisyah ketika rancak berceramah di mana-mana markas PAS. Tetapi mengapa Aisyah tidak memberi tahu semuanya, termasuk apa yang diberitahu oleh Aisyah kepada saudara adik beradik dan saudara terdekatnya termasuk yang tinggal di Kuala Pilah. 

"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah. Baca artikel penuh ini di sebual laman blog Pro-PR. Klik SINI

Aisyah dahulunya merupakan penyokong BN. Tetapi selepas Aisyah menghadiri sebuah ceramah yang turut dihadiri oleh seorang Datuk Seri, Aisyah mula berubah dan berpaling tadah daripada BN. 

Daripada petikan kenyataan ini "Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," anda mungkin dapat meneka siapa Datuk Seri yang dimaksudkan.

Ceritanya bermula disini. Untuk makluman cerita ini bukan sengajah diadakan oleh AC. Cerita ini diceritakan oleh keluarga terdekat Aisyah sendiri kepada AC.

Datuk Seri yang dimaksudkan oleh Aisyah adalah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Aisyah telah menghadiri satu perjumpaan dan ceramah yang kebetulan dihadiri oleh Datuk Seri Shahrizat. Tujuan Aisyah menghadiri majlis tersebut adalah untuk meminta bantuan dari Datuk Seri bagi menguruskan masalah kewarnageraan anaknya. Almaklumlah berkahwin dengan Mat Salleh. Jadi suaminya ini warga negara asing. Jadi bila dah bercerai dengan suami mat saleh nya, masalah tuntutan hak penjagaan dan kewarnagaraan menjadi masalah bagi anak mereka ini.

Setelah giliran Datuk Seri berucap selesai dan turun beramah mesra dan bersalaman dengan tetamu yang hadir, Aisyah mencuba nasib untuk mencela di gerombolan hadirin yang hadir pada ketika itu. Disebabkan hadirin yang hadir terlalu ramai maka Aisyah gagal untuk bersalam sekali gus gagal untuk menyatakan hasratnya untuk meminta bantuan daripada Datuk Seri. 

Aisyah masih tidak mengalah, lalu dipanggilnya nama Datuk Seri tidak cukup dengan memanggil nama, aisyah turut melambai lambai tangannya kepada Datuk Seri. Malangnya usaha Aisyah hanya sia-sia belaka. 

Maka Aisyah pun balik ke rumahnya lalu menceritakan kisah sedihnya kepada sanak saudaranya. Dikatakannya, Datuk Seri Shahrizat adalah orang paling sombong yang pernah ditemuinya. Dikatakannya, Datuk Seri langsung tidak mengendahkannya walaupun dipanggil beberapa kali. Katanya lagi dia bukannya nak datang untuk minta lembu. 

Bermula dari kisah tersebut maka Aisyah mula mengenakan tudung dan mula bermain politik. Aisyah dilihat semakin kerap berhubung dengan orang PAS seperti yang anda semua lihat. 

Jadi begitulah cerita yang diberitahu oleh saudara Aisyah sendiri kepada AC. Sebelum itu nama individu yang menceritakan hal ini tidak dapat AC beritahu atas sebab tidak mahu hubungan kekeluargaan mereka retak disebabkan perbezaan fahaman politik. AC


Comments
1 Comments

1 comments:

  1. Hak penjagaan dan kewarganegaraan anak dia dapat selesai ke bila masuk partyi pembangkang? Tak cukup cari jalan lagi tu...

    ReplyDelete

Nak Komen biar berkaitan dengan topik. Jangan menyalak tak tentu pasal.

Adv

Nuffnang 2