“Pembangkang tidak perlu jadi hero di kalangan rakyat. Bangkang sana bangkang sini… tapi apa yang mereka bangkangkan… Semua yang Kerajaan buat untuk rakyat mereka bangkang… Fitnah Kerajaan… fitnah UMNO dan fitnah Perdana Menteri… Itu yang mereka tahu.
“Perjuangan politik pembangkang hanyalah untuk diri mereka sendiri. Bukan untuk rakyat. Sebab itulah Karpal Singh sendiri sanggup jilat ludah sendiri. Dulu dia yang hentam Anwar Ibrahim pasal seks songsang. Kini dia yang sokong Anwar untuk jadi Perdana Menteri,” ulas Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan kepada UMNO-Online.
Menurut beliau, pakatan pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita dan agenda mereka untuk menawan Putrajaya.
Selagi mereka gagal memuaskan nafsu mereka untuk mendapatkan Putrajaya tegasnya selagi itulah mereka akan terus melakukan apa sahaja dan mengabaikan tanggungjawab dan kepercayaan untuk membela rakyat.
“Jika mempunyai fikiran yang jelas dan terbuka, sudah pasti kita dapat menilai dan membawa agenda buruk pembangkang. Mengapa kini mereka (DAP) beriya-iya menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan mereka sedar malah mengakui mempunyai bukti terhadap perangai buruk Anwar.
“Sebenarnya memang sudah menjadi salah satu pada perangai pakatan pembangkang yang akan mempergunakan sesiapa sahaja demi kepentingan politik peribadi… Tidak terlepas Anwar Ibrahim. Mereka sebenarnya hanya menjadikan Anwar sebagai ‘puppet’. Mereka tahu kelemahan Anwar dan inilah yang dijadikan modal untuk memegang Anwar Ibrahim untuk menurut kata mereka.
“Bagi saya Karpal mempunyai agenda tersendiri kerana dia bukanlah manusia sebarangan dalam dunia politik. Kepakarannya di dalam undang-undang dipergunakan sebaik mungkin untuk meletakkan dirinya terus kukuh dalam parti cauvinis DAP,” ujarnya lagi.
Chandrakumanan amat berharap agar rakyat dapat melihat dengan jelas strategi pembangkang untuk mengelirukan rakyat.
Tambahnya Anwar bukanlah orang yang layak bergelar Perdana Menteri kerana semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, dia mempunyai banyak peluang untuk membela nasib rakyat.
“Sayangnya peluang itu tidak digunakan sebaliknya melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga menyebabkan ekonomi negara menjadi teruk”, ujarnya. – MediaUMNO
