Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

06 December, 2012

Selangor tutup kamera AES esok



SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya esok.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan melakukan dua peringkat sebelum menanggalkan kamera tersebut iaitu menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan di samping menutup kamera itu agar tidak berfungsi.
“Peringkat pertama tulis surat sudah lepas, peringkat kedua kita sarungkan kamera supaya tidak berfungsi, kemudian kita tulis lagi surat.
“Jika dalam dua minggu, tiada sebarang respons atau permohonan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan barulah kita membuat keputusan menanggalkan tiang tersebut supaya tidak boleh digunakan lagi,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Kuasa (Watikah) Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor 2012/2014 semalam.
Abdul Khalid berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebelum ini sudah beberapa menulis surat kepada kementerian terbabit tetapi tiada sebarang maklum balas diterima.
“Yang Dipertua MPSepang menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk memperbetulkan proses permohonan mendirikan AES dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Malangnya surat-surat tersebut tidak dijawab, dalam kata lain, tidak diendahkan,” katanya.
Kelmarin, Kerajaan Negeri menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) seperti dijelaskan
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menegaskan bahawa pemasangan dua kamera AES di negeri tersebut didakwanya tidak dipasang di lokasi ‘hot spot’ kemalangan.
Beliau berkata, kedua-dua kamera tersebut berada di kawasan Sepang dan kini telah diberikan notis oleh PBT, MPSepang dalam tempoh 14 hari untuk mengemukakan Kebenaran Merancang atau berdepan dengan tindakan dicabut.

Sinar Harian

Benda yang mendatangkan kebaikan mesti ditolak oleh Khalid

Adv

Nuffnang 2