 |
| Penunggang motorsikal sentiasa berdepan ancaman |
Dalam artikel ini AC tidak ingin memihak kepada mana-mana parti politik samada BN mahupun PR. Apa yang ingin AC utarakan adalah rayuan kepada mana-mana pihak berwajib untuk mengambil tindakan drastik kepada permasalahan ini.
Pernah tak anda datang ke Pulau Indah, Selangor? Mungkin ada diantara anda yang tidak pernah mendengar tentang nama Pulau Indah. Bagaimana pula dengan West Port @ Pelabuhan Barat? Untuk rekod, Pelabuhan Barat terletak di Pulau Indah Selangor. Laluan utama untuk sampai ke Pulau Indah adalah dengan melalui Lebuhraya Kesas.
Namun, keadaan jalanraya di Pulau Indah tidak seindah namanya. Jalanraya ini tidak ubah seperti sebuah gelanggang pertarungan ajal dan maut kepada penunggang motorsikal yang berulang alik menggunakan laluan ini setiap hari.
Anda nampak tak apa yang tidak kena dalam gambar di atas? Di manakah hak penunggang motorsikal sebagai pengguna jalanraya? Mengapa tidak disediakan laluan motorsikal? Jalanraya ke Pelabuhan Barat ini digunakan lebih kurang 10 ribu kenderaan setiap hari. Kenderaan ini termasuklah, Motorsikal, Kereta, Lori Traller, Lori. Memandangkan jalanraya ini dibina berkembar, dan boleh dikatakan sebagai lebuhraya, maka kelajuan kenderaan amatlah luar biasa.
Pernah tak anda menunggang motorsikal di atas jalan raya, dan pada masa yang sama sebuah Lori Traller dengan kelajuan 80-100km/j memotong anda? Anda mungkin boleh ditolak ataupun ditarik oleh angin kuat yang dibawa oleh Traller tersebut.
Jika anda tidak pernah mengalaminya, adda boleh mengalaminya di sini (laluan Pelabuhan Barat).
Jalanraya ini bukanlah milik lori dan kereta sahaja. Penunggang motorsikal berhak untuk menggunakannya dengan tanpa sebarang rasa ragu akan keselatan diri.
Dari apa yang AC tahu, di Pulau Indah ini terdapat sebuah Pusat Latihan Kemahiran, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Maritim, TLDM serta juga merupakan Pusat Perindustrian. Lebih daripada suku pengguna jalanraya ini merupakan penunggang motorsikal.
Jadi, setiap hari mereka yang pergi bekerja dengan menunggang motorsikal sentiasa berdepan ancaman kemalangan. Kebarangkalian untuk penunggang motorsikal berdepan kemalangan adalah sangat tinggi kerana laluan khas untuk motorsikal tidak disediakan.
Apa yang ingin AC pohon disini hanyalah laluan khas pengguna motorsikal.