Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

24 August, 2012

PENDUDUK BALING SAMBUT 1 SYAWAL TANPA AIR

BALING – Lebih 2,000 keluarga di daerah Baling kini menghadapi gangguan bekalan air yang kritikal sejak dua bulan lalu.

Ketika menyambut Aidilfitri Ahad lalu mereka langsung ketiadaan bekalan air yang sebelum itu dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk kegunaan mandi dan memasak. Keadaan terbabit dialami sejak beberapa hari sebelum kedatangan 1 Syawal lagi, apabila paip air yang masuk ke rumah mereka langsung tidak menitis.

Antara kampung terbabit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang yang teruk terjejas ialah Kampung Parit Panjang, sekitar pekan Kupang, kawasan perumahaan sekitar Pekan Tawar dan Pekan Malau.

Dalam kawasan DUN Kuala Ketil pula, kampung yang terbabit ialah di taman perumahaan sekitar pekan Kuala Ketil.

Dalam kawasan DUN Bayu, lebih 10 kampung tiada bekalan air antaranya Kampung Tanjong Pari, Kampung Weng Luar dan Weng Dalam, Kampung Carok Putih, Kampung Becah Sawa, Kampung Lalang, Kampung Carok Bunting, Kampung Pokok Setol, Kampung Luar dan Kampung Siput.

Ada penduduk terpaksa menggunakan air kolam ternakan ikan untuk mandi di pagi raya, manakala di Kampung Carok Bunting, mukim Siong seorang penduduk menggali telaga untuk mendapatkan air sejak sebulan yang lalu.

“Walaupun tong air disediakan pihak Sada, ia tidak mencukupi untuk keperluan seluruh kampung,” kata Basri Ahmad, 43.

Seorang lagi penduduk, Nasaruddin Md Zin, 38, dari Kampung Carok Bunting sedih dengan keadaan yang terjadi.

Beliau berkata, di kampungnya hampir setiap hari bekalan air terganggu dan meminta pihak Sada segera mengatasi masalah mereka dan bukan hanya memberi nasihat supaya bersabar semata-mata.
Seorang peniaga kedai makanan di Pekan Kampung Lalang, di Mukim Siong, Musa Abdullah, 40, berkata beliau dan rakan peniaga yang lain mungkin tutup kedai jika keadaan tiada bekalan air itu berterusan.

“Saya berharap kerajaan negeri dan Sada berbuat sesuatu kerana apa yang kami alami sekarang sama seperti nasib pelarian di negara tertentu yang ketiadaan air untuk minum dan mandi.

“Slogan Negara Berkebajikan dan Kedah Sejahtera sudah tidak terpakai lagi daripada keadaan yang sedang kami hadapi sekarang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain berkata, beliau akan mendesak pihak berkenaan mengatasi masalah gangguan bekalan air yang kritikal itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang. – BERNAMA


P/s: AC balik beraya di Kg. Siput, Baling pada 18.08.2012. Beberapa hari sebelum AC dan keluarga balik ke kampung, Ibu mertua AC telah memaklumkan bekalan air terputus dan air hanya akan ada pada sebelah malamnya. Tetapi air yang keluar dari pili paip jika dibandingkan dengan air kencing seorang budak, air kencing budak lagi banyak berbanding air yang keluar dari pili paip.

AC berkesempatan mengambil beberapa keping gambar pada petang 1 Syawal. Di bawah ini lah air yang sempat ditakung oleh Ibu mertua AC sepanjang beberapa hari sebelum tibanya pagi Syawal.

Apabila AC bertanya mengapa tidak ada air, Ibu mertua menjawab, "depa tebang pokok balak".

Tahniah kepada PAS Kedah. 



Pili paip dibuka habis namun tidak ada setitik air pun




 

MINIT MESYUARAT PKR PULAU PINANG BOCOR?



Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog yang tidak dikenali.

Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.

Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Blog bertajuk ‘Gelagat Anwar’ itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang. – MALAYSIAKINI

————————————————————————————————————–

Berikut adalah petikan dalam blog http://gelagatanwar.wordpress.com, mungkinkah ini ‘kebocoran’ yang dimaksudkan oleh Mansor?


Minit Mesyuarat Strategik PKR PP – Siri 3

Dr Mansor:
Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…
U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra
Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..
If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…
U think u want to retain umno guy …no way…
Senator?
Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…
These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…
Mansor:
Seats i agree…
Cume seng kiat tolong talk to haji rashid…i have already called him..
I punya problem…tasek gelugor punya cabang…johari kassim…mintak duit..
Kalau bukan sebab election..i will kick these people out…
I might give that seat to pas..sebb pas mintak one more seat sangat..
Mokhtar…boss nak turun sg acheh..die suruh orang boikot sbab tak go thru cabang die..
And he is the s/usaha phubungan negeri
Tulis surat sume jkkk ..and u imagine surat dapat kat umno…
Bila umno dapat..ayoyo…mampuih kita
Die punya argument…sebab tak discuss dgn die..juz like that…
Ini big boss punya programm..see the kind of problem we are dealing..
Tu la..jadi duta cukup la…
Now our job we kick umno..we have to swallow everything..we must not give an inch to umno..cannot make mistake..mistake mcam ni lah…
During election time, u all must come to malay areas..sg lembu, kg cross..u divide among urself…


Minit Mesyuarat Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 2

Question:
What if they threaten a 3-corner fight if we dont bow to their their (dap) demand?
Mansor replied “ “We will fight ..thats y i asked to preapare another list..like sg pinang, jawi… I have asked Lau to prepare..kite tak mau bising but we have to get ready for possibility.”
“Must have names in potential seats..seri delima…sg pinang…you must prepare a number of extra candidates.not only 5…this election you must hv at least 10 chinese candidates..
Politics is the art of possibilities..macam2..but we hope not to believe in all our members
Prepare some extra names….get more young people..
Mansor : Machang bubok ada resentlment..(problem) he (incumbent) might not get it..

Question:
Resistant from where?
Mansor replied: Dalam kawasan pun ada,,,
Die (hock leong) pun ada history sikit tak brapa (turn kawasan)…kita tak mau kata..i sayang la die..we were together.. i was chairman and he was timbalan…u kene cakap hock leong..nanti i tak mau die bertanding bebas..
Mansor : Pusat might throw in kai loon (for machang bubok)…he is from penang what.. Others in meeting objected..
Mansor said : He is from Bukit Mertajam you know..permatang pauh..

Question:
What is our strategy in getting more seat from DAP in future?
Mansor: Where? In Penang? We prepare ghost areas lah.. get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la..
Statement:
The watihah will be issue if there is 3-corner fight..
Mansor:
We hope not happen..kita pun tau dap tak strong..
Guan eng macam tokong u know..to the chinese…
U cannot deny that..he is just like a tokong…
Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant..
Get ourselves stronger..
Every seat kita target nak bertanding..kene ada orang
Stock ready candidates for areas nak bertanding
I have already asked Lau to identify areas for pkr to stand
Die lawan kacau tampat kita, kite kene lawan


Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 1

PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13

ATTENDEES:-

Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri And John Ooi (the operative)

POINT 1
Mansor said – Penang scenario quite different with DAP’s drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP) The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU) Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)
All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU) We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide To put young candidate.. You orang ada opinion..i will listen
Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR) We are considering hj razali to replace him there I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…
I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat Whatever pusat finalised we will support

Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?
Mansor replied : “I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)
Statement: But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo
To this Mansor replied: “Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).”

Credit: MyNewsHub
 

Hudud: Pas beri gambaran salah, kata Asri



SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Pas beri gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Menurutnya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.

Katanya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah.

“Saya sudah jelaskan sejak dulu lagi bahawasa pesalah rogol masih boleh dihukum jika tidak mempunyai empat saksi, maka qarinah diguna pakai iaitu  bukti kukuh lain.

“Jadi Pas sebagai rakan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) gagal menerangkan kepada mereka mengenai undang-undang Islam sebenar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Asri  mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia sebagai mustahil dipraktikkan di negara ini dan gagal membendung jenayah.

Menurutnya, Pas perlu bertindak lebih agresif dengan menerangkan hukum hudud kepada rakan dalam PR, selain semak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia benar dan tepat.

 Dr Asri turut menggariskan tiga golongan yang mengkritik hudud. Golongan pertama  kritik hudud kerana membenci hukuman itu semata-mata kerana ia terkandung dalam Islam.

“Golongan pertama  adalah mereka yang sudah rosak akidahnya. Golongan kedua pula kritik kerana pentafsiran hudud itu sendiri, iaitu nas yang tidak jelas seperti berapa kadar yang perlu dipotong, latar dan syarat sebelum laksanakannya.

“Golongan kedua ini tidak terkeluar dari agama kerana mereka hanya mempertikaikan pendapat, tetapi setuju dengan hukuman tersebut,’ katanya.

Golongan ketiga pula, mereka yang mahukan hudud, tetapi tidak melaksanakannya kerana keadaan dan suasana yang tidak kondusif dalam sesebuah negara Islam.

Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan, Dr Asri menegaskan tindakan Dr Mahathir tepat kerana melihat enakmen itu tidak lengkap.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,” katanya.

Adv

Nuffnang 2