Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

23 August, 2012

KAFIR SAMAN HUDUH!! APA KATA PAS?



NAMPAK di atas kertas memang Karpal Singh menyaman Nasharudin Mat Isa, sebab dalam prosedur Mahkamah yang tersurat di Malaysia, saman adalah antara orang dengan orang.  Kalau entiti sekalipun (pertubuhan, syarikat), masih lagi diwakili orang.

Tak pernah penulis dengan beruk atau siamang menyaman sesiapa.

Tapi yang tersirat dalam kes ini sebenarnya ialah kafir menyaman hudud.  Malah kalau nak diikutkan, kes ini lebih teruk lagi jika nak dibandingkan dengan tindakan  Zaid Ibrahim (atas kapasiti peribadi), menyaman kerajaan PAS Terengganu kerana meluluskan draf enakmen hudud.

Sekurang-kurangnya Zaid masih mengaku beragama Islam!!

Ada kata kes Zaid itu membabitkan UMNO, tapi kita semua tahulah UMNO tidak terlibat dan lebih lagi bila Zaid terbukti sebagai musuh dalam selimut yang ditugaskan Anwar untuk menjahamankan UMNO dari dalam – sebelum dia sendiri dikencingkan oleh Anwar kerana cuba mencabar Azmin dalam pemilihan Nasional PKR 2010..

Anyway, lupakanlah yang itu, hari ini bukan tujuannya penulis nak bercerita tentang Zaid sebab saman itu dibatalkan sebaik Zaid menyertai PKR dulu.

Penulis lebih berminat menunggu respon orang PAS dalam soal Karpal menyaman Nasha ini.  Respon orang PKR tidak usah ditanya kerana mereka sudah declare menyokong DAP dalam menentang hudud.

Inilah masanya tuan-tuan, terutama kalangan pengundi atas pagar untuk sama-sama mengukur setakat mana ikhlasnya perjuangan orang PAS dalam memperjuangkan hudud ini.  Kami orang UMNO dah lama tahu niat sebenar PAS perjuang hudud untuk dapat undi, bukan betul-betul nak laksanakan sebagai undang-undang.

Percayalah, selepas ini PAS akan dibahagi kepada 2 bahagian.  Satu yang menyokong Karpal kerana terpedaya dengan kesepakatan palsu dalam Pakatan Rakyat (biasa disebut Pakatan haram), manakala satu lagi yang sokong hudud tak kira apa, walapun mereka tidak menyokong Nasharudin.

Dari situ kita lihatlah siapa ikan bilis dan siapa bapak iblis, Karpal atau Nasha.

Penulis juga percaya, akan banyak pekung  hipkorasi yang terdedah di sana sini, yang pura-pura masuk PAS untuk perjuang Islam, akan terserlah warnanya, begitu juga yang masuk PAS kerana betul-betul nak perjuang Islam, juga akan menyerlahkan warna sebenar masing-masing.

Mana-mana satupun UMNO dan BN akan untung.  Kalau dalam keadaan sekarang pun kita mendahului dari banyak segi, timbul saman hudud ini, lagilah meletak kita di hadapan sekali.  Dari sasaran 2/3 kerusi Parlimen, penulis yakin UMNO akan menghampiri pencapaian 2004, kalaupun tidak menyamai.

Melebihi tu mungkin sedikit sukar, dilihat dari kecenderungan cina untuk bersatu dengan DAP bagi menguasai hal ehwal pentadbiran negara pula setelah bidang ekonomi dikuasai mereka buat sekian lama.

Tapi DAP (sebut cina) berani bertanding berapa kerusi sangat?

Benarlah kata Karpal dulu, Pakatan harami tidak akan ke Putrajaya disebabkan oleh isu hudud ini.  Memanglah betul, pasal dia puncanya – dengan menyaman Nasha


Kenapa Perlu Takut Dengan “Tanda Putera”?



MyKMU - Filem-filem kenegaraan merupakan satu khazanah yang perlu terus dibangunkan kerana ia memaparkan jati diri sesebuah bangsa. Tidak seperti negara-negara lain di Asia, walaupun sebuah negara yang maju dari sudut ekonomi dan sosial, Malaysia mengalami kekurangan dalam penghasilan filem-filem bertemakan kenegaraan. 

Mungkin disebabkan oleh kekurangan filem-filem patriotik, jati diri anak bangsa Malaysia semakin terhakis dan ini akan mendatangkan masalah besar kerana segala kisah perjuangan orang-orang terdahulu tidak dapat dihayati oleh generasi baru. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand, filem-filem patriotik mendapat sambutan hangat sehingga berjaya mendapat taraf “box office” di layar perak. Di Malaysia pula, filem bercorak kenegaraan dan patriotisma mungkin hanya ditonton bagi mereka yang betul-betul mencintai sejarah dan murid-murid sekolah. 

Situasi ini diburukkan lagi dengan kehadiran individu dan kumpulan yang menolak terus patriotisma kepada negara dengan melabelkan ia sebagai sokongan kepada parti pemerintah. Walaupun pandangan ini salah, dek kerana kenyataan individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini sesetangah rakyat membenci akan semangat patriotisma yang akan menyebabkan kecelaruan minda generasi akan datang. 

Baru-baru ini, pengarah dan penerbit filem popular Datuk Suhaimi Baba telah selesai dalam pembikinan filem yang berjudul Tanda Putera. Filem yang berdasarkan kisah persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail ini bakal ditayangkan bersempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55 nanti. Filem yang menelan belanja sebanyak RM 4.3 Juta ini berlatarbelakangkan episod sebelum dan selepas tragedi 13 Mei 1969.

Walaupun filem ini belum disiarkan di mana-mana layar perak ia telah dihentam teruk oleh individu dan kumpulan tertentu kerana menyangkakan filem ini berunsur politik. Lolongan paling kuat menentang filem ini adalah daripada mulut Lim Kit Siang Pengerusi DAP yang begitu terkenal dengan sikap prejudis beliau terhadap orang Melayu di Malaysia. 

Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Barat menyatakan bahawa beliau menentang keras penayangan filem Tanda Putera kerana menyifatkan filem tersebut adalah sebahagian daripada kempen besar-besaran Barisan Nasional. Melalui laman blog beliau, Lim Kit Siang menyatakan bahawa filem Tanda Putera adalah filem sampah kerana bersifat berat sebelah dan menunjukkan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail sebagai wira.

Seperti seorang tukang tilik filem, mengikut cara kritikannya Lim Kit Siang seperti sudah berkali-kali menonton filem tersebut. Walhal, filem Tanda Putera belum lagi menemui penonton dan hanya “trailer” sahaja yang baru dikeluarkan di lama sesawang Youtube dan beberapa media lain. Apakah yang begitu menakutkan Lim Kit Siang sehingga mengecam filem tersebut dengan sebegitu hebat?

Sungguhpun dihentam dengan sebegitu teruk, pengkritik dan peminat filem Melayu menjangkakan filem tersebut akan mendapat sambutan lebih hebat daripada filem-filem kenegaraan terdahulu seperti Azizah The Legend, Paloh, Leftenan Adnan, Embun, Hati Malaya 1957 dan Bukit Kepong. Ini adalah kerana sebelum ini tokoh seperti Tun Dr Ismail tidak pernah dikisahkan dalam bentuk penceritaan filem. 

Sebagai seorang rakyat Malaysia, Lim Kit Siang patut berbangga kerana negara ini bakal menerima sebuah filem yang menceritakan tentang nilai insan dan persahabatan pemimpin terdahulu dizaman yang penuh dengan cabaran. Namun begitu, mungkin juga Lim Kit Siang takut filem tersebut akan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap diri beliau. 

Mahu tidak mahu, Lim Kit Siang perlu sedar bahawa tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak akan berlaku sekiranya provokasi tidak dilancarkan oleh sayap pemuda DAP, yang pada masa itu dipimpin oleh beliau. Mungkin juga Lim Kit Siang terlalu takut ada babak di dalam filem Tanda Putera yang akan menunjukkan beliau melaungkan “Malay Si”, “Sapu Melayu” dan “Melayu Balik Hutan” semasa berarak ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

A.Samad Said patut membuat satu puisi yang berjudul “Lim Kit Siang si tua yang mudah lupa” agar dapat mengingatkan sahabat karib baru beliau tentang “hutang-hutang” yang belum dibayar oleh Lim Kit Siang kepada seluruh rakyat Malaysia dan khasnya kepada orang Melayu. Mungkin dengan kehadiran filem ini, Lim Kit Siang dapat sedar akan kesilapan beliau dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sebelum beliau dimasukkan kedalam kotak dan disimen di Nirwana Memorial Park tidak lama lagi. 

By Che Yan

Hubungan PAS – DAP Ditentang Ahli Sendiri, Bukan UMNO



MyKMU - Baru-baru ini, Anwar Ibrahim pulang ke kampungnya di Permatang Pauh setelah jarang-jarang balik jenguk kawasan sendiri. Sebagaimana biasa, dia sudah suruh orang-orangnya di sana sambut dia pulang, kononnya kepulangannya itu dinanti-nantikan…

Dalam satu ucapan di majlis rumah terbukan Aidilfitri di parlimennya itu, Anwar tiba-tiba menuduh UMNO takut kepada “hubungan baik” di antara PAS dan DAP.

Kononnya, kerana itulah UMNO berusaha memecah belahkan “hubungan akrab” PAS – DAP dengan menyerang mereka melalui isu Negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Semakin tua, semakin bodoh pula Anwar Ibrahim. Mungkin inilah bukti yang menunjukkan betapa Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Malah, rasanya Anwar nak jadi Ketua Kampung pun dia tak layak!

Saya ingin bertanya kepada Anwar, sejak bilakah dia berkecimpung di dalam bidang politik di negara ini sehingga begitu bengap untuk melihat sendiri tentang perjuangan asal PAS yang mahu mendirikan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Setahu saya, ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu pun dia tahu dan pernah “membelasah” PAS berkenaan isu negara Islam dan hukum hudud sehingga dia dibenci oleh pak-pak lebai PAS di masa itu.

Dan saya juga pasti bahawa Anwar arif, sedar dan mengetahui tentang betapa bencinya DAP, khususnya Karpal Singh dan Lim Kit Siang terhadap agenda perjuangan asal PAS itu sehingga sanggup mencabar PAS untuk melangkah mayat mereka untuk melaksanakannya.

Jadi, sudah tentunya dia sedar bahawa perbalahan dan sengketa di antara DAP dan PAS mengenai dua agenda tersebut memang tidak pernah reda atau mencapai titik pertemuan di antara mereka, bukan?

Oleh itu, apa pula kena mengenanya pula dengan UMNO? PAS dengan DAP yang bergaduh tentang agenda masing-masing, tapi UMNO pula yang dituduh dan disalahkan “agen Yahudi Zionis Israel kesayangan Woltfowitz” ini?

 Tanpa sebarang alasan yang kukuh Anwar menuduh UMNO lagi? UMNO tidak perlu pun untuk menjadi “batu api” bagi melaga-lagakan PAS – DAP memandangkan kedua parti itu sememangnya berlainan dasar, agenda mahupun perjuangan.

Perbezaan  yang ketara di antara PAS dan DAP sememangnya disedari oleh para penyokong kedua-dua parti itu dan ia menjadikan mereka saling ragu-meragui di antara satu sama lain.

Di depan rakyat, kedua parti pembangkang itu terpaksa memperlihatkan keakraban mereka sedangkan bila bercakap mengenai dasar dan perjuangan di meja bulat, mereka bercakaran antara satu sama lain yang dikatakan selalunya berakhir dengan kemenangan DAP dan kekalahan PAS.

Sebenarnya, yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Haram ekoran “diperkudakan” dan dasar mereka yang dinafikan DAP itu datangnya dari dalam PAS sendiri, dan bukannya sebagaimana yang didakwa Anwar. Dia pun tahu tentang itu…

Ustaz Hasan Basri dan Ustaz Nasharudin Mat Isa misalnya adalah pemimpin PAS yang mahukan parti mereka itu bermufaraqah dari Pakatan Haram kerana sudah tidak sanggup lagi bertahaluf siyasi dengan DAP.

Iyalah. Asyik-asyik PAS saja yang dikeldaikan dan diperguna DAP dan PKR, tahaluf siyasi jenis apa begitu?

Maka ramailah ahli-ahli dan para pemimpin PAS, khususnya dari kem pro-ulama, marah dan mahu parti itu kembali kepada identiti asal serta keluar dari gabungan pembangkang yang haram tersebut. Pada mereka, biar mereka sendirian asalkan tidak berada di bawa h telunjuk “syaitan”.

Kalau ada pun teguran dari para pemimpin UMNO mengenai hubungan PAS – DAP yang tidak lebih dari bersifat “plastik kosmetik” itu, ia hanyalah sebagai salah satu tanggungjawab dari saudara sesama Islam.

Bukan apa, UMNO mungkin tidak sanggup untuk melihat saudara seagama mereka dijadikan “balaci pencacai” atau “keldai malang” oleh DAP. “Cubit paha kiri, paha kanan terasa jua”, mungkin itulah sifat UMNO meskipun PAS pernah mengkafirkan semua ahli dan pemimpinnya.

Justeru itu, Anwar tak payahlah memperlihatkan kebodohannya dengan mengada-adakan apa yang tidak ada mengenai UMNO.

Patutnya ketika ini Anwar perlu mendapatkan borang permohonan menjadi guru pelatih “veteran” dari jabatan berkaitan di Tel Aviv memandangkan mungkin dia diperlukan di negara haram Israel Yahudi laknatullah itu selepas PRU ke-13 nanti.

Anwar nak masuk kursus KPLI atau DPLI?


Adv

Nuffnang 2