![]() |
| Bag yang diberikan oleh pangurusan Tadika PASTI Kg. Raja Uda kepada murid muridnya |
Sebelum ini AC pernah mendedahkan kegiatan sebuah tadika tajaan penuh PAS di Bachok kelantan yang giat mengajar murid muridnya menyanyikan lagu pas. Baca SINI.
Semalam, seorang rakan AC telah mengirimkan beberapa keping gambar. Rakan AC ini tinggal di Pelabuhan Klang, Selangor. Lebih tepat lagi tinggal di Kg. Raja Uda. Tak silap AC Kg. Raja Uda ini termasuk dalam kawasan N47 Pandamaran. Ronnie Liu dari DAP merupakan adun kawasan Pandamaran.
Menurut sahabat AC, tadika PASTI ini membekalkan anaknya ini artikel-artikel dan akhbar pro pembangkang yang dimasukkan dalam bag.
"Saya masukkan anak saya ini di tadika PASTI dengan harapan dapat membaca dan menulis jawi, kerana di rumah saya tidak dapat melakukan semua ini kerana kesibukan bekerja. Namun apa yang tadika PASTI ini lakukan adalah bertentangan dengan moto tadika itu sendiri "AMAL DAN MULIAKAN DENGAN MEMBACA, SOKONG ISLAM KITA SELAMAT" katanya."Saya tidak fikir semua artikel ini bertujuan untuk menyokong Islam. Katanya lagi.
Mengapa kanak-kanak ini dijadikan sebagai alat politik kotor mereka? Bukankah ini adalah cara kotor dan kolot Pakatan Rakyat untuk meracuni masyarakat. Seawal usia 5-6 tahun kanak kanak ini telah dihasut dengan politik kotor mereka.
Apa motif mereka? Ini tentunya satu cara PR untuk menanamkan kebencian kanak kanak ini terhadap kerajaan. Dalam ketika yang genting ini PR sanggup melakukan apa saja untuk memancing undi rakyat.
Adakah pengurusan Tadika PASTI ini akan menafikan wujudnya unsur politik dalam pengurusan Tadika PASTI?
Atau adakah PAS akan menggunakan skrip lama dengan menuduh ini adalah fitnah daripada UMNO.
Pusat khidmat masyarakat ini seperti tidak wujud di Kg. Raja Uda. Kiri dan kanan pusat khidmat masyarakat ini berdiri megah bendera Barisan Nasional dan UMNO. Bagi mereka yang pernah daang ke kawasan ini pasti tahu akan hal ini.
![]() |
| Sticker Tadika PASTI |











