Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

06 August, 2012

PAS TUNGGU MENANG PRU13 BARU KELUAR DARI PAKATAN



KUALA LUMPUR – Ahli Pas peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadapan DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.

Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.

“Sebab itu ada di antara mereka yang mahu Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana mereka melihat Pas tidak mampu berbuat apa-apa selagi terus menjadi anggota pakatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ketegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Kontroversi perlaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal yang menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur mengenai perlaksanaan hukum tersebut.

Dalam pada itu, Mohamed Hafiz mengakui rata-rata ahli kini semakin keliru dengan hala tuju perjuangan Pas berhubung penubuhan negara Islam bukan lagi keutamaan kepada parti tersebut.

“Pernah ada orang bertanya kepada saya, pilihan raya akan datang mahu pilih siapa? Ini adalah disebabkan mereka keliru dengan kedudukan Pas yang semakin diketahui ke mana hala tuju parti ini,” ujarnya.

Menjawab satu soalan, beliau tidak menolak kemungkinan kedudukan Islam akan bertambah teruk sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat untuk memerintah.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad pula berkata, Pas terus dayus dengan kecaman serta penolakan terang-terangan DAP terhadap Islam.

Beliau berkata, Pas lebih rela menentang UMNO walaupun ia merupakan parti milik orang Islam yang sepatutnya kedua-dua parti berkenaan boleh menjalinkan kerjasama atas nama Islam.

Hakikatnya beliau berkata, Pas sebenarnya melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan himpunan hijau menuju ke Putrajaya kerana pada akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang adalah DAP yang jelas biadap menentang Islam.

“Begitu juga dengan PKR yang bersekongkol dengan DAP menolak Islam. Parti ini juga akan menjadi parti dominan. Jelas, motif kerjasama Pas dengan DAP hanyalah untuk menang kerusi sahaja.

“Mengenai isu hudud, apa yang dinyatakan Pas memainkan isu itu kerana sedar ia boleh menarik undi orang Melayu dan Islam sedangkan jika diimbau kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia cukup menggambarkan bahawa Pas takut kepada tuntutan DAP,” katanya.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd. Nor Hamzah berkata, Karpal merupakan seorang pemimpin yang sudah terlalu tua dan berfikiran lama.

Malah, beliau berkata, pemikiran Karpal turut dianggap tidak lagi sesuai dengan perkembangan politik semasa era sekarang sehingga kewujudannya menjadi satu bebanan kepada pakatan pembangkang.

Mohd. Nor seterusnya mempersoalkan Karpal yang tidak berhak menyentuh hal-hal berkaitan syarak termasuk perlaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.

“Apa hak beliau mahu sentuh pasal hukum Islam termasuk soal hudud yang kita perjuangkan.

“Sebenarnya usia beliau sudah terlalu tua dan pemikirannya lama, tak sesuai lagi dengan suasana politik masa kini.

“Jangan banding usia dia dengan usia saya. Saya masih muda dan pemikiran saya sesuai dengan suasana sekarang,” katanya. – Utusan Malaysia.


BAGI PAS KEMENANGAN PADA PRU13 LEBIH PENTING BERBANDING KESUCIAN AGAMA ISLAM DIPERLEKEHKAN DAP. NIK AZIZ PERNAH BERKATA, JIKA DAP NAK TOLONG PAS KENAPA PAS NAK TOLAK. JIKA SYAITAN NAK TOLONG PAS, DENGAN SYAITAN PUN PAS AKAN BERKAWAN.

PELAJAR UNISEL TIADA ASRAMA, KHALID ARAH BAWA KHEMAH PASANG SIAP SEMASA PENDAFTARAN

Gambar Hiasan





Credit: Ikrar Pemuda

LAAA EHH!! HAIRI OTHMAN TAK PUASA KER? (KANTOI TENGAH MELAHAP)



Apabila terlalu ghairah dalam menimbulkan persepsi kadang-kadang boleh memakan diri, itulah yang terjadi kepada ‘bekas’ personaliti yang suatu ketika dulu memang amat kami kagumi kerana bakat lakonanya iaitu Hairie Othman.



Pada jam 2.48 petang satu kenyataan twitter dari Hairi yang bercorak ‘teori konspirasi’ telah dikemaskini dengan tulisan “Najib dah Nazak.. Mahyudin kena baca yassin, Rais jadi anak yatim.. teori UMNO dah nak berkubur ha3″

Dengan andaian ianya hanyalah satu bentuk gurauan kasar dan mungkin untuk menambah nilai personaliti Hairi sendiri kepada para penyokongnya yang ingin disifatkan sebagai lantang bersuara. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila perbuatan tersebut menerima kritikan dan juga kecaman atas laku yang tidak profesional dan lebih kepada kebudak – budakan. Itu apa yang dapat kami baca di Twitter
 
Teringat sewaktu di sekolah rendah beginila sifat kami yang sering kali mengunakan nama bapa untuk tujuan mengejek rakan rakan yang lain. Tak sangka pula ‘tradisi’ ini masih diguna pakai dizaman moden ini. :)  - BuahMulut.com
 
 
 
Credit: Penggempur Mutiara
 

Adv

Nuffnang 2