Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

22 July, 2012

DUA HARI PAKAI TUDUNG DAH JADI USTAZAH?


KISAH ABBY & FAKIR & AKSI USTAZ PAS GATAI



Lihat paparan di minit 1:26 bagaimana Unit Amal PAS yang menolak seorang fakir yang muncul dari arah belakang sambil menadah tangan.

Kenapa tidak dibawa pengemis tersebut secara elok lalu diberikan sedikit sumbangan memandangkan PAS setiap kali ceramah meraih simpati daripada penyokongnya?


Kenapa ditolak seorang pengemis cuba menagih sedikit simpati daripada orang-orang kaya PAS yang cuba berkepit dengan janda bernama Abby Abadi?


Di minit ke 2:39 pula adalah perangai normal pak lebai PAS setiap kali berdepan dengan janda yang ada umppphh...!


 

Artis-Artis Sedang Bersihkan Imej Pas



TERKINI – Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan telah menghadirkan dirinya untuk menyambut pelakon Abby Abadi menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Harakah Daily melaporkan pada 20 Julai bahawa upacara penerimaan itu berlangsung di Padang Yayasan Islam Kelantan dengan disaksikan oleh ribuan orang.

Setelah menyerahkan borang daftar sebagai ahli Pas, Abby menyatakan harapan peluang terbaru baginya sebagai seorang artis akan terbuka apabila Pas menawan Putrajaya.

Kata Harakah, kehadiran Nik Aziz itu di Padang Yayasan Islam Kelantan, adalah untuk memenuhi impian dan hasrat pelakon itu yang muncul dengan penampilan terbaru.

Seorang anggota Exco Negeri, Wan Ubaidah Omar telah memakaikan Abby dengan selendang warna hijau. Turut menyaksikan upacara ini ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Muhammad Fadzil Hassan.

Abby kemudiannya menyatakan kepada para wartawan bahawa sebagai seorang seni beliau tidak pandai mencari rezeki di bidang lain. “Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi mertabatkan seni mengikut acuan Islam.”

CATATAN: Dalam keghairahan untuk memodenkan imej politiknya selaras dengan tuntutan semasa untuk ke Putrajaya, Pas ternampak seperti telah tidak lagi memperdulikan sensentiviti akar umbinya yang memberikan sokongan, dokongan dan kekuatan kepadanya selama ini.

Jelas kemegahan yang ditunjukkannya terhadap penyertaaan artis-artis ke dalam Pas bagi menggambarkan kepada umum bahawa ia bukanlah lagi sebuah parti Islam yang kuno, jumud dan taksub.

Dan, dalam hal ini ia tidak lagi memilih bulu asalkan bernama artis diterimanya, tidak kira sama ada yang sudah berkarat ataupun yang popular.

Laungan Allahuakbar menyambut penyertaan artis ke dalam Pas untuk meyakinkan penyokong-penyokong taksubnya dan pengikut-pengikutnya yang kurang cerdik  bahawa suatu lagi kejayaan perjuangan baru Pas di sebalik Pas meneruskan beberapa pendekatan sempit dan jumudnya.

Umpamanya  di Selangor Pas menuntut supaya penonton lelaki dan perempuan diasingkan di panggung-panggung wayang yang menimbulkan bantahan dari DAP.

Suatu masa dahulu Tok Guru Pas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, telah mengarahkan supaya kaunter bayaran untuk lelaki dan perempuan diasingkan di pasar raya-pasar raya di Kelantan, tetapi orang ramai tidak mengedahkannya dan gagal.

Terkini penyertaan Pengarah Muda, Adam Hamid telah disambut dengan laungan Allahuakbar dalam suatu upacara di Kelab Padang Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur dan sebelumnya publisiti besar-besaran telah diberikan kepada penyertaan artis-artis Hairie, Bob Lukman, Abby dan Aishah. Pas menggambarkan seolah-olah mendapat tangkapan ikan besar, tak kiralah sama ada ikan busuk atau ikan baru.

Pak lebai, tok-tok guru dan pengikut-pengikut berkupiah putih turut meneriakan Allahuakbar dalam menyambut penyetaan mereka itu tanpa menyedari bahawa, mereka adalah menjadi alat kepada kepimpinan muda yang pada akhirnya akan menyebabkan mereka semakin terketepi atau disingkirkan.

Penyertaan artis-artis besar ke dalam Umno bukanlah satu perkara baru. Dari  P. Ramlee hinggalah kepada Jamal Abdillah, Amy dan lain-lain nama besar lagi.

Alasan yang sering diberikan oleh Pas mengenai penolakkannya terhadap hiburan adalah kerana bertentangan dengan Islam, tetapi tafsiran mereka dalam hal ini biasanya terlalu umum dan dengan penerimaan artis-artis ke dalam parti mereka tanpa mengambil kira masaalah prinsip menampakkan kecendurungan mereka untuk terus bertolak ansur dalam soal hiburan.

Masyarakat pada umumnya memandang sinis terhadap sikap baru parti Islam ini yang sebelum ini membantah pertunjukan artis di Istana Kelantan dan juga hiburan biasa di UiTM Terengganu. Ini mendedahkan hipokrasi dan kegelojohan Pas membuat penyesuaian dengan kesedaran barunya tanpa mengambil berat lagi soal prinsip utamanya.

Golongan terpelajar menganalisis perubahan sikap Pas ini sebagai kejayaan dasar sosial kerajaan dari sejak awal pemerintahan Parti Perikatan hingga kepada Barisan Nasional yang percaya kepada perkembangan budaya mengikut peredaran semasa. Hiburan liar dan perbuatan tidak bermoral dikawal menerusi undang-undang yang bersifat antarabangsa.

Golongan Pas yang fanatik terus muncul dari semasa ke semasa dan kerajaan-kerajaan negeri juga cuba untuk mengharamkan pusat hiburan di bulan puasa atau mengharamkan pertunjukan panggung wayang gambar di hari Jumaat, tetapi semuanya telah gagal kerana dari segi logiknya, orang dapat melihat wayang gambar di rumah setiap hari dan setiap jam.

Bagaimanapun Pas memerlukan juga  penonjolan dasar-dasar kunonya untuk mengekalkan pengaruhnya di kalangan penyokong-penyokong akar umbinya, yang selama ini menyokong mereka kerana ucapan-ucapan retorik mereka dan dasar-dasar Islam mereka yang bersifat perkauman, melampau dan kolot.

Pas tidak akan mengakui bahawa ia terjebak atau terserap dalam pembentukan dasar sosialisasi yang dirintis dan dilaksanakan oleh Perikatan dan Barisan Nasional secara evolusi sejak merdeka. Ia berlaku secara natural yang melibatkan juga parti-parti politik dan pengikut-pengikutnya tetapi demikianlah proses sosial, ia berlaku tanpa peristiharan dan manusia terjebak dalamnya tanpa sedar.

Sesungguhnya kalau kita melihat perkembangan ini di luar sentimen politik ia merupakan sumbangan besar Pas kepada dasar tunjang kekuatan negara dengan kesanggupan Pas mengorbankan prinsip-prinsip Islamnya yang eksklusif  yang sudah tidak lagi sezaman. Pas cuba menyesuaikan dirinya dengan parti-parti bukan Islam dan orang Islam liberal malah pluralis Islam.

Kecairan dasar-dasar Pas adalah kejayaan dasar umum. Umno telah merintis dan menerokai dasar-dasar yang pragmatik dan senantiasa sezaman sejak sebelum merdeka hingga sekarang. Ini adalah kejayaan besar Perikatan dan Barisan Nasional.

Zainuddin Maidin
 

BANDAR PUCHONG KINI BERTUKAR BANDAR PUSAT SEKS



KUALA LUMPUR – Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.


Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

Kosmo

Adv

Nuffnang 2