PARIS - Pasangan homoseksual di Perancis akan dibenarkan untuk berkahwin dan mengangkat anak pada tahun 2013, kata Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault.
Pengumuman perdana menteri di parlimen pada Rabu, 4 Julai itu merupakan sebahagian dari pidato mengandungi garis besar polisi lima tahun pemerintahan baru sosialis.
Langkah itu merupakan janji dalam pilihanraya umum yang dilontarkan Presiden Francois Hollande.
Sejumlah negara Eropah termasuk Jerman, Sweden dan England telah membenarkan pasangan homoseksual untuk berkahwin.
Pada ketika ini hanya pasangan yang berkahwin-dan tidak termasuk pasangan yang terikat dalam catatan awam-yang dibenarkan untuk bekahwin.
"Dalam Sementer pertama 2013, hak untuk berkahwin dan mengadopsi anak akan terbuka untuk semua pasangan, tanpa terkecuali," kata Ayrault di depan parlimen.
"Masyarakat kita berkembang sementara gaya hidup dan mentaliti berubah. Kerajaan harus menanggapi itu, "tambahnya.
Kelompok homoseksual di Perancis terdiri daripada 6.5% dari jumlah pemilih, sementara pemeluk Katolik 4.5%, menurut data yang dikeluarkan syarikat jajak pendapat Ifop.
Tinjauan yang dilakukan pada awal tahun menunjukkan 63% pasangan Perancis mendorong pernikahan kumpulan homoseksual dan 56% menyokong adopsi anak.
Kepastian itu muncul beberapa hari selepas Paris mengadakan parade Gay Pride tahunan.
Dalam langkah simbolik, Menteri Hal Ehwal Keluarga Perancis Dominique Bertinotti juga hadir dalam parade itu.
Negara-negara Eropah lain yang membenarkan pasangan gay mengangkat anak adalah Finland, Norway, Denmark, Belgium, Iceland, Belanda, Sepanyol dan Sweden. - BBC Indonesia

