Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

12 July, 2012

DAP TERAPKAN BUDAYA buruk CHINA DI PULAU PINANG,



Anda masih ingat lagi kejadian adik Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang dilanggar dan dibiarkan kesakitan di atas jalan tanpa sebarang bantuan pertolongan.

Kali ini, kejadian yang hampir sama berlaku di Malaysia. Ya, kini di Pulau Pinang, Malaysia. Kejadian yang hampir sama itu berlaku pada awal pagi 10 Julai lalu.

Melihat dari klip rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian, jelas menunjukkan seorang wanita berjalan kaki pada jam 6.02 pagi pada Selasa lalu.

Memetik laporan The Star, Tan Kim Chuan berusia 60-an sedang berjalan kaki berhampiran Blok J di sebuah pangsapuri sebelum beg tangannya di ragut oleh peragut yang menaiki motosikal.

Akibat dari kejadian itu, dia terjatuh lalu kepalanya terhempas ke atas jalan akibat dari rentapan dari belakang oleh peragut.

The Star melaporkan seramai tujuh orang telah berjalan berhampiran mangsa namun tiada sesiapa pun yang membantu.

Sejurus kemudian, dia dibantu oleh beberapa penduduk sekitar yang melalui jalan tersebut dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Justeru, MyNewsHub telah menghubungi penerima PhD dalam bidang Pendidikan Moral, Prof. Dr. Abd Rahman Md Aroff, mantan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sivik hanya suatu subjek atau disiplin akademik yang belum dipopularkan menerusi institusi pendidikan di Malaysia,” kata Rahman kepada MyNewsHub hari ini.

Beliau yang merupakan bekas pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan (UPM) mengulas, kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi di tahap minimun.

Berbalik kepada isu itu, jika benar ada pihak yang tidak berani untuk mendekati mangsa, apa salahnya mereka mengambil inisiatif menghubungi hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan ambulans dan polis dalam kadar segera.

Mungkin mangsa kejadian itu boleh terselamat jika bantuan kecemasan diberi dengan segera.
Memang benar ajal maut itu di tangan Tuhan.

Namun, yang menjadi persoalan hingga kini, kenapa masih ada lagi segelintir masyarakat Malaysia yang kurang kesedaran sivik dalam diri mereka? Mana hilangnya sikap perikemanusiaan pada diri mereka.

Penulis merasakan sistem pendidikan negara sudah cukup jelas mendidik mereka melalui pelbagai subjek seperti pendidikan sivik dan moral.

Nampaknya, sivik hanya berada dalam lingkungan institusi pendidikan sebaliknya tidak disemat dalam hati setiap individu masyarakat di Malaysia.

Jangan sampai ada pihak yang mempertikai berkenaan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan sentimen negatif walaupun tidak semua bersikap sebegitu seperti isu yang terjadi di China lalu.

Apa kata anda?

MyNewsHub
 

Larangan 'Merendek' Dalam Panggung Wayang - PAS Selangor Kata Hanya Sekadar Notis Tanpa Penguatkuasaan



Meskipun tidak dikatakan sebagai 'notis tanpa penguatkuasaan', PAS Selangor ternyata berdolak-dalik dalam isu larangan kepada pasangan bukan muhrim duduk bersebelahan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor, hingga seolah-olah membawa maksud hanya sekadar notis tanpa penguatkuasaan.

Hakikatnya, PAS Selangor dalam kenyataannya itu lebih menjaga hati Ronnie Liu.

Apa pun, notis MDKS tersebut hanyalah gimik YDP PBT berkenaan untuk menebus dosanya. [Klik SINI]



SHAH ALAM: PAS bersetuju dengan pelaksanaan garis panduan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang melarang individu bukan muhrim duduk bersama dalam panggung wayang.

Bagaimanapun menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, perkara ini akan dibawa ke mesyuarat penuh Majlis MDKS untuk perbincangan lanjut.

"Sebenarnya walaupun ahli majlis suarakan hal ini, tetapi tidak pernah dibawa ke mesyuarat penuh majlis lagi. Hanya di (bahagian) perlesenan.

"Itu sebabnya (Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan) YB Ronnie Liu (kata) bukan dibatalkan, tapi ditangguhkan untuk dibawa kepada perbincangan," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut Abdul Rani, pelaksanaan garis panduan berkenaan bukanlah melarang sepenuhnya penonton bukan muhrim memasuki panggung wayang, tetapi lebih kepada tindakan seperti meletakkan notis untuk menjaga akhlak masing-masing.

Beliau turut menyifatkan cadangan larangan itu sama seperti larangan lain yang disyariatkan dalam Islam seperti pengharaman pembelian arak bagi orang Islam.

Selain itu, beliau yang ADUN Meru, menolak dakwaaan tindakan berkenaan sebagai langkah awal bagi pelaksanaan hukum Hudud di Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga ahli parlimen Kuala Selangor yang hadir sama bersependapat dengan hujah itu.

"Mereka mahu lakukan untuk meletakan notis di premis sama ada di pintu masuk atau mana-mana, supaya boleh dibaca (oleh orang) ramai supaya dilarang mereka yang tidak berkahwin, dan mereka dilarang untuk duduk berdua-duaan. Ini untuk orang Islam," katanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan itu mirip kepada pelaksanaan negeri Islam di Kelantan tetapi katanya, ia dijalankan berasaskan prinsip Islam itu sendiri.

"Dia bukan soal mirip ke, ikut ke, tidak. Dia apa yang terbaik, sesuai pada tuntutan dan kedudukan kita.

"Dan dalam perkara itu kita sebagai PAS Selangor menganjurkan perkara ini dalam semangat untuk mewujudkan suasana yang sentosa, sejahtera dan damai yang tidak menyinggung mana-mana pihak. Masalah umum itu perlu kita jaga dan pelihara," kata Dr Dzulkefly.

Semalam, Liu mengeluarkan arahan agar larangan MDKS yang melarang  individu bukan muhrim duduk bersama dalam panggung wayang ditangguhkan sehingga kajian menyeluruh selesai.

JAMBATAN GANTUNG UZUR DI INDONESIA, PEMBANGKANG SALAHKAN UMNO




Lihat video di bawah:



Pembangkang memang hebat. Ditangkap khalwat jam 3 pagi pun salah UMNO. Semuanya salah UMNO.


DICERAIKAN KERANA SOKONG UMNO

Yahaya Ibrahim, keluar dari mahkamah selepas menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad (kanan) dengan talak satu kerana tidak sefahaman tentang parti politik yang disertainya.
 
 
PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.

Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.
 
Selagi ada fatwa-fatwa ini selagi itulah setiap manusia yang berada di muka bumi ini tidak akan dijamin masuk syurga.
 
 
 
Baca selanjutnya di SINI.
 
 

Adv

Nuffnang 2