Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

11 July, 2012

PAKCIK KAKI SKODENG HOSTEL PEREMPUAN

Gambar Hiasan


KUALA NERANG – Susulan laporan mengenai dakwaan penghuni sebuah asrama anak-anak yatim dan miskin dicabul oleh warden, timbul desakan agar pihak pengurusan asrama segera menggantikan kakitangan itu dengan orang lain.

Salah seorang penghuni asrama berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liya (bukan nama sebenar, ketika ditemui Sinar Harian semalam, berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi
penghuni di asrama berkenaan.

Menurutnya, warden berkenaan mula bertugas di situ menggantikan warden sebelumnya, sekitar tahun 2007. Sikap warden yang hanya digelar ‘pakcik’ itu sudah mula menimbulkan rasa kurang
selesa di kalangan penghuni asrama berkenaan.

“Mana tidaknya, pakcik dan keluarganya tinggal berhampiran asrama kami namun tugas pakcik lebih kepada menjaga penghuni puteri manakala tugas isterinya, makcik pula menjaga penghuni lelaki.
“Saya sendiri pelik kenapa tidak makcik sahaja yang menjaga penghuni puteri, sudah tentu kami lebih berasa selesa.

Namun tiada tempat untuk kami mengadu mengenai perkara itu, apatah lagi apabila pihak pengurusan dilihat asyik menyokong pakcik,” katanya.

Liya berkata, berikutan keadaan tidak selesa yang mulai membelenggu mereka, masing-masing berbincang sesama sendiri dari saling mengingatkan agar tidak pergi ke mana-mana, khususnya pada waktu malam secara bersendirian.

“Sebelum timbul kes cabul ini lagi, banyak perkara yang kurang menyenangkan berlaku antaranya tindakan pakcik masuk ke bilik air puteri dengan membawa rotan ketika kami sedang mandi pada waktu siang.

“Sebab itu, saya dan penghuni lain di asrama itu berharap sangat agar warden dapat ditukar. Kami selesa dan gembira tinggal di situ, malah dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran namun kehadiran warden ini memang membuatkan kami berasa tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, Liya turut mendakwa menyaksikan kelakuan pakcik yang bertindak memeluk dan mencium salah seorang penghuni puteri di asrama itu.

Selain pengakuan daripada Liya, seorang lagi penghuni rumah berkenaan, berusia lingkungan 16 tahun, turut tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang mengenai satu lagi kes cabul.

Mengikut laporan polis yang dibuat kira-kira jam 12.25 tengah hari, 2 Julai lalu, penghuni terbabit mengaku pernah dicabul ketika berusia 11 tahun.

“Saya dipeluk tanpa kerelaan. Kawan-kawan saya juga ada yang kena. Malah kami pernah dimarahinya (warden) dengan kata-kata lucah apabila mengadu kepada orang kampung bahawa dia suka menghendap dan mencabul penghuni puteri.

“Laporan ini saya buat agar polis dapat mengambil tindakan tegas terhadapnya,” katanya. - Sinar

Individu hantar ‘Imam Mahadi’ ke JPM sudah dikesan



KUALA LUMPUR – Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.

“Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya “Imam Mahadi” dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. – Bernama


Dengar kata seorang blogger Pro PR terlibat dalam kes Amuk nie. Klik SINI.

20 Ribu Video Seks Anwar – Shamsidar Akan Diedar Di Permatang Pauh



INI berita yang baru penulis terima, 20 ribu keping VCD lucah membabitkan pasangan lelaki dan perempuan yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin telah sedia dicetak di Thailand dan akan diedar di Permatang Pauh menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang.

20 ribu bukan jumlah yang sikit, perbelanjaan menghasilkannya juga penulis percaya bukan murah.  Siapa atau apa yang mendalangi semua kerja terkutuk ini penulis tidak pasti.  Penulis ada suspeknya tapi penulis tidak ada bukti.  Sumber yang menyebutkan hal ini kepada penulis pun diketahui datang dari pihak nuetral yang hanya mementingkan wang masuk dari wang keluar.

Belum lagi proses menghasilkan video tersebut.

Sekarang fahamlah penulis kenapa nama Anwar diletak di 2 kerusi Parlimen (Nibong Tebal dan Permatang Pauh), kerana ada pihak yang merasakan Anwar mungkin tewas di kawasan yang selama ini dianggap kawasan selamat, mengambil kira pendekatan tidak bertamadun yang digunakan musuh.

Dengan jumlah pengundi seramai 58,459 mengikut maklumat dari daftar pemilih terbaru, 20,000 video yang dicetak ini mampu menjangkau hampir separuh dari pengundi disana.  Katakan plus minus yang percaya dan tidak, mungkin sekitar 50%.  Itupun sudah masalah besar untuk PKR dan Anwar.

Bagaimanapun, disebalik itu, terselit 2 persoalan besar yang timbul dari pendedahan ini.

Pertama, bagaimana video yang penulis percaya adalah video sama yang diserahkan Datuk S Nallakarupan kepada peguamnya untuk tujuan perbicaraan saman dengan Anwar, boleh terdedah kepada pihak ketiga?

Kedua, dimana kebenarannya bahawa taktik kotor sebegini tidak lagi mendapat sambutan di kalangan rakyat bila pendekatan sama masih digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menjatuhkan aib dan maruah Anwar?

Penulis tidak ada jawapan kepada persoalan yang pertama tapi penulis minta semua pihak terbabit bersedia dengan perancangan sesuai bagaimana untuk menghadapi pendekatan kotor pihak lawan yang dipandang sepi sebilangan dari kita selama ini, seperti dijelaskan dalam persoalan kedua.

Orang Melayu, senang cakap orang Malaysialah, memang suka dengan perkara-perkara lucah atau semi lucah seumpama ini.  Undang-undang negara kita yang melarang penayangan cerita-cerita ‘dewasa’, tidak seperti di barat, menjadikan permintaan untuk video seumpama ini tidak putus-putus.

Apatah lagi bila penayangan itu dihalalkan kerajaan atas nama ‘mendedahkan perilaku moral pemimpin pembangkang’.

Antara punca kenapa akhbar-akhbar tabloid seperti Metro dan Kosmo mendapat permintaan tinggi ialah kerana kegemaran menyiarkan berita ‘berunsurkan lucah’ ini di muka depan untuk menarik pembaca membeli.

Jadi anggapan sesetengah pihak bahawa video perlakuan seks membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat ini tidak akan mendapat sambutan, orang sudah muak dan sebagainya, tidak boleh lagi dipakai.

Kalau orang sudah muak, takkan mereka berani mencetak video lucah ini sehingga 20 ribu keping?



Percayalah, penggunaan video seumpama ini memang dan akan sentiasa mendapat sambutan kerana nilai sensasi disebaliknya dan seperti yang disebutkan di atas, ‘dihalalkan’ penayangannya oleh kerajaan kerana membabitkan pemimpin pembangkang.

Yang penting cara bagaimana untuk mengatasi pendekatan ini supaya kelebihan akan sentiasa memihak kepada kita.  Mungkin kita juga perlu mencipta video sama membabitkan pemimpin BN pula?

Penulis percaya ini boleh dilakukan, memandangkan teknologi sekarang membolehkan apa yang dulunya dianggap mustahil, dibuat.  Lagipun ramai di antara kita percaya video seks yang membabitkan Anwar sebelum ini adalah direka menggunakan teknologi canggih oleh trio Datuk T.

Soal etika perlu diketepikan sementara kerana sekarang ini fokusnya untuk menang pilihanraya.  Kalau nak kira bukti lengkap, kita tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya pun tidak ada bukti lengkap tapi lihatlah kebenarannya, rakyat masih percaya.


Sumber: Suara Depa


Suami tengah tidur, Isteri projek dengan Mat Bangla di bilik sebelah

MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.

Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan ke atasnya.

Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.

“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.

“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.

Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.

Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita berkenaan.
“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada mata,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. - Sinar 

Credit: DedahKini

APAKAH NILAI GAMBAR INI DI MATA ANDA




Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan kebuluran.. 

Kadang-kadang AC terfikir, mengapa Ibu kanak-kanak ini mati sedangkan anaknya masih hidup. Pertanyaan itu terjawab sendirinya. Itulah kasihnya seorang Ibu terhadap anak. Jika si Ibu mempunyai walau sebutir nasi, si Ibu akan memberikan anaknya makan terlebih dahulu. 

Si Ibu lebih sayangkan nyawa anaknya berbanding nyawanya sendiri. Bukankah begitu? Jika tidak, masakan si Ibu mati.

Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?


Astaghfirullahhala'zim...~

 

PAS PALING KUAT DALAM PR TAPI TAK BOLEH JADI PM



MARANG – Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas.

"Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.

"Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya.

Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.

Pemimpin Pas itu menjelaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan blog suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi.

Dakwa blog itu, DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas PRU13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.

“Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri daripada parti itu.

“Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu,” dakwa blog itu lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor di sini, berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga  tarikh PRU13 diketahui.

Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Batu 10, Bukit Payong, dekat sini, baru-baru ini, memberikan jaminan bahawa DAP tidak akan mengepalai PR sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara.

Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan.

Sinar

MB Selangor: Jangan jadi 'rendah akal' macam saya



SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun agar tidak menjadi wakil rakyat yang tidak dapat memperlihatkan ketrampilan sebagai seorang wakil rakyat apabila membangkitkan isu aktiviti curi pasir di Selangor tanpa fakta.

Ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini, Koon Mun mendakwa kecurian pasir boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan jambatan runtuh.

Khalid menjawab Koon Mun secara sinis agar wakil rakyat mestilah mempunyai status tinggi untuk menjadi Adun.

Sejak dua tahun lalu, isu perlombongan pasir menjadi antara bahan perbincangan politik di Selangor yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).

“Janganlah wujud logik rendah oleh mana-mana wakil rakyat," kata Khalid.

"Kenyataan yang dibuat (oleh Koon Mun) ini jelas menunjukkan yang beliau tidak percaya sama sekali dengan hasil kerja yang dilakukan oleh pegawai daerah dan jurutera daerah yang sentiasa memantau aktivi kecurian pasir ini," ujar Khalid.

Tambah beliau, Koon Mun tidak sewenang-sewenangnya membuat andaian-andaian yang tidak masuk akal.

"Beliau memalukan pegawai daerah. Seolah-olah kakitangan awam tidak membuat sebarang kerja-kerja pemantauan," tambahnya.

Kenyataan Khalid turut mendapat sokongan oleh Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie yang menyatakan Wong cuba menidakkan tugas pegawai daerah.

Wakil rakyat Seri Muda itu baru-baru ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi disahkan bersih daripada sebarang kesalahan.

Sinar

AIR VS HIGHWAY!



Mane logiknya? mane?? kalo nak brcakap pakai sifir kedai kopi, di mana letak logiknya?? Semua rakyat dah tahu, ramai rakyat yg dah brpuluh2 tahun merasa betapa peritnya hidup tanpa bekalan air BERSIH! berapa ratus juta kerajaan PAS perlukan utk mnukar sistem saluran air utk dpt dinikmati oleh semua rakyat Kelantan?! mane logiknya?!! Sudah beratus juta Kerajaan pusat bg utk selesaikan mslh air, tp lngsung xnampak penyelesaiannya. Mane logiknye? kemana pergi semua duit2 tu?!
Kerajaan pusat memperuntukkan RM100 juta setiap tahun untuk Kelantan sejak 2003 tetapi sistem bekalan air tidak pernah dinaiktaraf sejak 1990.

Pendedahan itu dibuat oleh bekas pegawai di dalam Suruhnajaya Perkhidmatan Air Negara yang mendakwa sistem bekalan air di Kelantan masih berada terkebelakang berbanding negeri-negeri lain.
"Saya adalah pegawai yang menguruskan peruntukan itu. Bagaimanapun tinjauan yang dibuat seperti di Gua Musang saluran paip untuk penduduk di situ amatlah kecil.
"Jika anda lihat ditepi jalan saluran paip air bewarna biru ia menunjukkan betapa kecilnya batang paip air yang ada. memang tidak sesuai dengan pertambahan penduduk di Gua Musang itu.

"Saluran itu hanya sesuai untuk penduduk di sebuah apartment saja tapi ia digunakan untuk penduduk di seluruh Gua Musang. Mana padan," katanya kepada Kelatekito.net.
Mane logiknya?!! Kenapa masih ramai rakyat yg blm sedar bhw mslh ini tidak selesai adalah krn sistem pengurusan tidak teratur dlm Kerajaan PAS? dlm erti kata lain "tidak pandai mngurus". Ini juga pasti ada kmungkinan disebabkan salahguna wang yg diperuntukkan utk baikpulih sistem air Kelantan. PASTI!!
Semua rakyat mahukan highway baru, highway yg blh mnampung ksesakan lalulintas terutama ketika musim perayaan. Itu betul! Tp mana logiknya?! Highway ygberharga  beribu juta sanggup dilaksanakan walau dgn pungutan derma sedangkan mslh air pnduduk tidak mau diselesaikan. mana logiknya?!
Mana yg lebih penting sebenarnya?! ok, kedua-duanya penting, tp perkara pokok nya MANA YG LEBIH PENTING?!! 
Sebenarnya masalah air ini jika di selidik dgn mndalam sbenarnya amat kritikal di Kelantan. Tetapi dikebanyakan tempat contoh2nya di taman2 perumahan yg mana penduduknya ramai yg menyokong PAS, mereka tidak adu atau prbesarkan permasalah ini bimbang mnjadi backfire kpd parti yg mereka sokong. dan pnyelesaian mereka adalah dgn mnggali air tanah (Borin). dan kos utk membinanya lbh kurang RM1200.00. Dan kpd yg xmampu?! Mane logiknya?!
Sebenarnya kerajaan negeri amat2 berdosa kpd rakyat keseluruhannya. Mereka xmampu utk menyediakan kemudahan asas kpd rakyat malahan membebankan rakyat pula dgn prlu memberi derma kpd mereka. Mane logiknya??!
Tetapi masih ramai rakyat Kelantan yg  tetap sperti itu, tetap mnyokong Kerajaan PAS yg sudah trbukti tidak mampu dlm segala2nya. Mereka digula2kan dgn kuliah2 dan program2 keagamaan dan mereka rasa cukup dgn sekadar itu seandainya utk mnjadi sebuah kerajaan. Masyaallah..
Bangkitlah rakyat sekelian... bangun lah dari tidur... Sesungguhnya Nik Aziz dan konco2nya bukanlah dari kalangan org2 yg baik.. Nik Aziz bkn seorang ulamak.. Highway hanya rekaan utk PRU13 semata-mata. Masalah air itu adalah realiti yg harus diutamakan dahulu...  Bangkitlah..

IMAM MAHDI BAWA BINI ORANG PI NGAMUK KAT PUTRAJAYA RUPANYA!!!



Masih lagi kisah 'Imam Mahdi' bertutup kepala cap tengkorak...

Rupa-rupanya wanita yang dikatakan 'isterinya' adalah isteri orang. Berusia 28 tahun dan merupakan bekas pelajar UIA. Ada dua anak dan suaminya pula adalah seorang pemandu lori.

Kedangkalan dan kejahilan tentang Imam Mahdi membuatkan ramai yang terpedaya dengan ilmu-ilmu tertentu, khususnya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Hakikat dan Batiniyyah yang cuba digambarkan sebagai Ilmu Tasauf.

Macam mana agaknya LELAKI YANG TIDAK MENJAGA IBU BAPANYA, sehingga memaksa bapanya menjadi penjual nasi lemak meskipun sudah bergelar warga emas, boleh membuatkan orang lain yakin yang dia Imam Mahdi?

Imam Mahdi apa kalau ibu bapanya sendiri tidak mampu dijaga dan disara? Macam mana orang boleh percaya dengan ilmu yang diajarkannya terutama menerusi Internet kalau ibu bapanya terbiar dan tidak terbela?

Mursyid jenis apa macam tu, kalau perkara paling asas menjadi seorang lelaki pun, tidak mampu ditunaikan?

Dan anehnya, pasangannya yang merupakan isteri orang, boleh pula terpedaya dan cuba mencari jalan pintas masuk syurga?

Ini bukan posting untuk mengutuk si mati... bab kesalahannya, itu sudah selesai dan menjadi masalah kepadanya dalam liang lahad. Yang diperkatakan sekarang ialah, betapa kejahilan dan kedangkalan umat Islam dalam menanggapi ajaran agama mereka sendiri, membolehkan manusia seperti lelaki yang mengaku sebagai IMAM MAHDI itu boleh terus memperdayakan mereka biarpun ilmunya tidak bersamaan dengan amalan!

Nak cari jalan pintas konon?...

Kalau betul mengaji dan mengkaji, tentulah mereka akan memperhatikan bagaimana Allah Taala menjadikan manusia dari dalam kandungan sehingga tua yang mempunyai peringkat-peringkat yang sentiasa berubah-ubah...

Kalau betul mengaji dan mengkaji, tentu mereka mendalami ayat-ayat al Quran di mana Allah Taala menfirmankan dan menyuruh manusia memerhatikan kejadian manusia itu sendiri untuk meperakui kebesaran Allah Taala...

TIDAK ADA JALAN PINTAS UNTUK MASUK SYURGA, KECUALI YANG DIDENDANGKAN OLEH ORANG-ORANG GILA!!!
The Flying Kick

Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya ‘gila Internet’



PUTRAJAYA – “Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini.”

Demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.

“Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.

“Saya percaya ini ekoran sikapnya yang ‘Gila Internet’ malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, “kami tidak mengesyaki apa-apa.”

“Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi,” katanya.

Ahmad yang datang bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua anak Muhdalina, Mohd Farish Khorizmi Yusof , 2, dan Mia Ratisya Yusof, 1, dengan ditemani anak sulungnya Ariffin.


Berita berkaitan:

Bagaimanapun tidak dapat melawat Muhdalina.

Ahmad yang juga seorang peniaga nasi lemak berkata, anggota polis yang mengawal Muhdalina memberikan alasan anaknya masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.

“Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Ahmad, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa

“Saya terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

“Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar,” katanya lagi.

Ahmad memaklumkan dia akan ke IPD Putrajaya untuk memohon kebenaran bagi melawat anaknya.
Difahamkan, Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu terlalu taksub dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu.

Dia yang datang ke Hospital Putrajaya dengan ditemani seorang rakan hanya datang menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.

Sinar

Adv

Nuffnang 2