Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

09 July, 2012

IMAM MAHADI DITEMBAK DI PUTRAJAYA?

Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan selepas diserang oleh lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’.


PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

[BERITA BERKAITAN: Dua mengamuk di JPM, seorang mati]

Klik SINI juga untuk berita berkaitan.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.
Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.

Sinar


SUAMI ISTERI MENGAMUK BAWA SAMURAI, SERANG JABATAN PERDANA MENTERI


Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis.

Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketikan dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
 
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
 
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.

Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.

 Sinar

(VIDEO) CABUT PISTOL KETIKA DEBAT LIVE DI TV



Penonton sebuah debat politik Jordan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah stesen televisyen mendapat tayangan yang mengejutkan. Seorang peserta debat, Mohammad Shawabkeh, tiba-tiba mengangkat pistol pada lawannya, Mansour Murad.

Al Arabiya Sabtu 7 Julai 2012 memberitahu, awalnya Murad, seorang aktivis politik, menyebut kabinet pemerintahan Jordan dengan sebutan parasit korup.

Shawabkeh, yang merupakan seorang ahli parlimen, membalas dengan berkata, "anda tidak punya hak mengkritik kerajaan sementara anda sendiri menyokong rejim Syria."

Insiden bermula apabila Murad kemudian mencela ayah Shawabkeh, sehingga kasut Shawabkeh terkena di wajahnya dengan tepat. Tak cukup di situ, Shawabkeh juga mengeluarkan pistol disebalik jaketnya untuk menakut-nakutkan.

Usaha pengerusi majlis untuk memisahkan mereka berdua sia-sia. Adegan yang berlangsung selama setengah minit ini menjadi tontonan awam Jordan kerana kamera tidak dimatikan.

Merasa menjadi korban pergaduhan di hadapan umum, Murad membawa insiden ini ke muka pengadilan. Dia pun menyatakan tuduhan percubaan membunuh serta fitnah pada Shawabkeh. "Jika saya diam saja, itu bermakna tiada kebebasan bersuara," tegas Murad.


Tolol ke apa pemimpin ini?



Rasanya, sudah beratus-ratus kali saya menulis mengenai kebejatan dan kedangkalan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Dan kali ini saya tidak dapat menahan diri untuk menulis lagi mengenai Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah PAS ini.

Maafkan saya sekiranya menganggap Mahfuz begitu kerana sememangnya apa yang keluar dari mulutnya melambangkan tahap IQnya yang rendah.

Kali ini, Mahfuz mendesak agar Kerajaan menamatkan khidmat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Alasannya ialah Tun Dr. Mahathir gagal menjaga kepentingan Petronas untuk menjadikan GLC itu sebagai rakan niaga membekalkan petrol kepada pesawat baru MAS, Airbus A380.

Sebaliknya, Mahfuz cuba memberikan persepsi buruk kepada negarawan ulung itu bahawa beliau telah mengutamakan sebuah syarikat yang kononnya milik anaknya, Mokhzani, iaitu Petron untuk menjadi pembekal petrol bagi operasi pesawat-pesawat MAS itu.

Pertamanya, apakah Mahfuz begitu tolol untuk memikirkan bahawa mana-mana syarikat yang layak boleh menyertai tender terbuka untuk membekalkan petrol kepada MAS?

Dan tidakkan Mahfuz tahu bahawa dengan kedudukan kewangan MAS yang kini berada dihujung tanduk itu ia memerlukan rakan niaga yang strategik dan menjimatkan sebarang kos pengoperasian termasuk mengenai pembekalan petrol kepada pesawat-pesawat MAS?

Sudah tentu segala perjanjian yang melibatkan kos akan diteliti oleh pihak MAS supaya ia menepati dengan pelan penjimatan kos syarikat penerbangan itu dan jelaslah PETRON terpilih kerana ia dilihat praktikal dengan dasar penjimatan kos tersebut.

Misalnya, jika Petronas menawarkan RM2 seliter (bukan harga sebenar, sekadar contoh sahaja) kepada MAS dan Petron pula menawarkan RM1.50 seliter dengan kualiti petrol yang sama, sudah tentulah MAS akan memilih Petron!

Bukankah dengan memilih Petron maka syarikat penerbangan itu bakal menikmati penjimatan sebanyak RM0.50?

Mungkin Mahfuz melihat penjimatan RM0.50 itu agak sedikit, namun cuba didarabkan dengan penggunaan petrol yang mencecah jutaan ringgit sehari dan kira berapa banyak yang berjaya dijimatkan oleh MAS dengan memilih Petron berbanding Petronas.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Petronas merupakan GLC yang membawa kepentingan kerajaan. Tapi, apakah hanya kerana semata-mata Petronas sebuah syarikat milik kerajaan maka ia perlu berkorban dan mencatat kerugian kerana membekalkan petrol kepada MAS?

Jika mengikut kata Mahfuz, silap-silap bukan saja Petronas saja yang akan rugi, tapi dengan MAS yang kini bermasalah juga akan terus lingkup. Itulah bezanya antara akal seorang pemikir ulung dengan akal seorang yang tidak lulus SRP!

Keduanya, apakah benar Mokhzani mempunyai kepentingan di dalam Petron? Mana bukti yang menyokong kata-kata Mahfuz itu? Ada dokumen yang membuktikan perkara tersebut?

Dan sekiranya benar sekali pun, apakah salah jika Mokhzani menjual petrol kepada MAS? Bukankah ia menunjukkan kejayaan seorang bumiputera di dalam dunia perniagaan? Kalau anak Tun M jual petrol di Malaysia, apakah dia tidak layak untuk menjualnya kepada MAS?

Sepatutnya, Mahfuz tak perlu cemburu kepada anak Tun M itu. Saya faham jika Mahfuz malu dan kecewa dengan anaknya yang dikatakan terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Memang berbeza dunia perniagaan antara anak Tun M dan anak Mahfuz.

Mahfuz sebenarnya patut mendidik anaknya untuk berjaya seperti anak Tun M. Anak Tun M berjaya menjual petrol dan patutnya Mahfuz mendidik anaknya supaya berniaga sesuatu yang menguntungkan seperti Mokhzani. Jangan suruh anaknya jual dadah, sudahlah…kan?

Credit: MyKmu & Pilihan Anda
 

Sup Janin Bayi Di China



Sup Janin bayi merupakan sup yang paling terkenal di China pada satu ketika dulu. Sup Janin bayi ini paling digemari oleh seseorang yang inginkan tenaga batin yang kuat. Menurut kepercayaan mereka, janin bayi mampu membuatkan seseorang lelaki itu bertenaga dan mampu bertahan lebih lama dalam hubungan seksual.

Kebanyakan sumber daripada janin bayi itu diambil daripada wanita atau gadis yang sudah terlanjur dan hendak menggugurkan kandungan mereka. Cerita ini ditulis oleh seorang wartawan di Taiwan setelah mendengar desas desus mengenai makanan menambah kekuatan dan stamina yang dibuat dari janin manusia. ’Healthy Soup‘ yang dipercayai dapat mendapat stamina dan menambah tenag a batin lelaki yang di hasilkant dari janin bayi manusia berumur 6 – 8 bulan dapat dibeli pada harga 3000-4000 RMB (matawang setempat).

Wan, seorang warga Taiwan mengaku mengamalkan dan pelanggan tetap ‘Healthy Soup‘. Sebagai hasilnya, lelaki berusia 62 tahun menjelaskan khasiat ‘Healthy Soup‘ ini mempertahankan kemampuannya untuk dapat berhubungan seks beberapa kali dalam semalam. Penulis diajak oleh pengusaha tersebut di atas ke salah satu restoran yang menyediakan ‘Healthy Soup’ di kota Fu San – Canton dan diperkenalkan kepada tukang masak restoran tersebut.”Healthy Soup’ lebih dikenali sebagai BAIKUT oleh penggemar makanan tersebut.

Tukang masak restoran menyatakan jenis makanan tersebut tidak mudah di dapati kerana stock agak terhad. Ditambahkan pula bahwa makanan tersebut harus disajikan secara fresh, bukan frozen. Tetapi kalau berminat, mereka menyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang dipercaya dapat meningkatkan ghairah seksual dan juga ubat awet muda. Tukang masak restoran tersebut mengatakan jika memang menginginkan Healthy Soup’, dia mencadangkan untuk pergi ke sebuah desa di luar kota di mana ada sepasang suami isteri yang isterinya sedang mengandung 8 bulan.Diceritakan pula bahawa si isteri sebelumnya sudah pernah mengandung 2 kali, tetapi kedua anaknya lahir dengan jenis kelamin perempuan. Jika kali ini lahir perempuan lagi, maka ‘Healthy Soup’ boleh didapati dalam waktu dekat.


Cara pembuatan ‘Healthy Soup’, seperti yang diceritakan oleh jurnalis yang membuat liputan kisah ini adalah sebagai berikut:


Janin yang berumur beberapa bulan, ditambah Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi, Halia, daging ayam dan Baikut, di stim selama 8 jam, setelah itu dimasak seperti memasak sup. Beberapa hari kemudian seorang sumber menghubungi penulis untuk meberitahu bahwa di Thaisan ada restoran yang sudah mempunyai stok untuk ‘Healthy Soup’. Bersama sang pengusaha,penulis dan fotografer pergi ke restoran di Thaisan untuk bertemu dengan tukang masak restoran tersebut yang tanpa membuang waktu langsung mengajak rombongan untuk melawat ke dapur.
 
 
Di atas papan potong tampak janin tak bernyawa itu tidak lebih besar dari seekor kucing. Tukang masak menjelaskan bahwa janin tersebut baru berusia5 bulan. Tidak dijelaskan berapa harga belinya, yang pasti itu tergantung besar-kecil, hidup-mati janin tersebut dan sebagainya (Ya Tuhan!!!). Kali ini, harga per mangkuki ‘Healthy Soup’ 3,500 RMB karena stok sukar diperolehi.
 
Sambil mempersiapkan pesanan kami,dengan hati terbuka tukang masak tersebut menerangkan bahwa janin yang keguguran atau di gugurkan, biasanya mati, dapat dibeli hanya dengan beberapa ratus RMB saja, sedang kalau dekat tarikh kelahiran dan masih hidup, harga semakin meningkat semahal 2.000 RMB. Urusan bayi itu diserahkan ke restoran dalam keadaan hidup atau mati, tidak ada yg mengetahu Setelah selesai,’Healthy Soup’ disajikan panas di atas meja, penulis dan fotografer agak keberatan untuk menjamah, kerana setelah kunjungan di dapur, sudah kehilangan semua selera makan, maka cepat-cepat meninggalkan mereka dengan alasan tidak sedap badan. Menurut beberapa sumber, janin yang menjadi makanan amalan semua adalah janin bayi perempuan. Apakah ini merupakan akibat kebijaksanaan pemerintah China untuk mewajibkan satu anak dalam satu keluarga yg berlaku sampai sekarang, atau hanya karena kegemaran orang akan makanan sihat sudah mencapai suatu keadaan yang tidak berperikemanusian dan hilangnya sifat manusiawi.
 
 

 Credit: Abadi Romeo
             Metro



 

PKR tutup kes tarian gadis seksi ala K-Pop



PKR Pulau Pinang menutup kes mengenai persembahan tarian gadis seksi ala K-Pop di majlis makan malam 'Bertam Nite', anjuran jawatankuasa gerak kerja pilihan raya PKR Kadun Bertam.

Pengerusinya, Datuk Mansor Othman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, tiada siasatan dijalankan oleh biro politik parti itu berikutan isu berkenaan reda dan tidak menjadi kontroversi.

"Dah tak ada apa-apa, nak siasat apa. Isu ini dah senyap, ia cuma panas sekejap sahaja," katanya ketika ditanya mengenai status siasatan isu 'Bertam Nite'.

Bulan lalu,  Mansor menafikan persembahan tarian gadis seksi ala K-Pop di majlis makan malam 'Bertam Nite' adalah sebahagian daripada acara yang dianjurkan oleh jawatankuasa gerak kerja pilihan raya PKR Kadun Bertam.

Menurutnya,  penganjur sendiri terkejut apabila tiga penari wanita yang berpakaian seksi ala K-Pop mengadakan persembahan tarian. Mengikut perancangan awal, majlis makan malam itu  hanya diserikan dengan tiga persembahan tradisional dari kaum Melayu, Cina dan India.

Berikutan itu, difahamkan biro politik PKRakan menjalankan siasatan.

Isu itu turut mendapat perhatian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila melahirkan rasa kesal.

ANWAR MEMINTA SOKONGAN BARAT UNTUK MENJADI PM HADAPI PRU 13



Dalam temuramah dengan akhbar Financial Times,Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mungkin menjadi peluang terakhirnya baginya merampas Putrajaya dan seterusnya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.Anwar berkata faktor usianya yang kini 65 tahun menjadi faktor utama beliau berkata demikian.kuat kencing nampak.adakah ini semua auta atau fakta ??? saya akan terangkan satu persatu.jom sambung balik. Bagi yang mengenali Anwar sebagai individu yang mempunyai pelbagai watak,kenyataan beliau kepada akhbar berpengaruh di Washington itu hanyalah bersifat politik.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? saya pun kenal siapa Anwar Ibrahim. Sebenarnya,tujuannya adalah untuk meraih simpati politik dan diharap-harap rakyat akan memberi sokongan serta undi kepada pada PRU-13 nanti. Watak Anwar berubah-ubah mengikut selera dan kumpulan sasarannya. itu jer...
 
Kalau berdepan dengan Financial Times yang berpusat di Amerika Syarikat,Anwar akan cuba menyampaikan mesej agar kawan-kawannya di koridor kuasa White House memahami keadaan getir yang dihadapi dan membantu merealisasi impiannya nak sangat menjadi Perdana Menteri.tapi perangai ??? anda jer yang tahu.Apabila bertemu dengan media Barat atau berceramah di hadapan pelajar asing di London,Anwar akan berselindung di sebalik satu lagi topeng yang menyokong pluralisme agama,liberalisme malah tidak teragak-agak memberi galakan kepada perjuangan golongan homoseksual (LBGT).Ketika berusaha untuk mendapatkan simpati penyokong-penyokongnya di kalangan tokoh berpengaruh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah, Anwar akan bertukar menjadi individu paling simpatik kepada masa depan Israel. Beliau dengan mudah menyatakan kepada akhbar Wall Street Journal bahawa keselamatan kewujudan negara Zionis-Israel adalah menjadi keutamaannya.

Apabila berada di kalangan masyarakat Melayu Felda atau di kampung dan desa,Anwar memakai baju patriotik pula dengan menampilkan bahawa dialah pemimpin paling bersih,tidak makan rasuah serta telah dizalimi dengan pelbagai konspirasi.Malah Anwar tidak segan-segan bersumpah dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak ambil duit rasuah satu sen pun atau satu saham waimah satu inci tanah pun ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu.itu memang tabiat Anwar dari dulu,sejak saya kenal pada tahun 1997.Kini apabila isu dakwaan menyimpan RM3 bilion dalam 20 akaun besar, Anwar terus membisu dan tidak cuba menafi sekeras-kerasnya sebagaimana ia melawan dakwaan liwat terhadapnya. Ketika bertemu dengan rakyat di Sabah dan Sarawak, Anwar akan menukar nadanya pula dengan mengatakan kedua-dua negeri tersebut telah dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional seolah-seolah tidak ada langsung pembangunan yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia pada 1963. Anwar mengapi-apikan perasaan masyarakat Iban, Kadazan dan suku kaum yang lain supaya membenci kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah. Untuk mendapat sokongan golongan pelajar institusi tinggi pula, beliau membuat janji palsu dan tidak masuk akal untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.
Membuat janji manis adalah kepakaran Anwar dan pakatan haram PAS dan DAP yang dipimpinnya tetapi melaksanakan janji-janji tersebuit bukan dalam agenda mereka. Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar gagal menampakkan sebarang impak untuk membangun ekonomi dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri Selangor. Di atas kegagalannya itu, Anwar kini sedar beliau terpaksa merayu undi daripada rakyat dengan nada belas kasihan kerana jika terlepas peluang menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum nanti, maka tamatlah riwayat politiknya. Anwar juga sedar Pakatan Haram semakin lemah walaupun suara mereka nampak lantang menghentam kerajaan siang dan malam. Politik PKR semakin bergolak dengan kemelut perebutan kuasa antara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dengan Menteri Besar, Khalid Ibrahim A.K.A Gagap.

Terbaru timbul pula dakwaan kerajaan negeri menyalahguna dana RM300 Selangorku untuk tujuan politik dan isu hutang Talam Corporation juga amat memeningkan kepala Khalid kerana dikatakan beliau menggunakan RM1 bilion dana awam untuk membeli bebanan hutang syarikat itu.Kedah yang dikuasai oleh PAS juga sedang dilanda ombak kerana Menteri Besar,Azizan Abdul Razak tidak sebulu dengan beberapa anggota exconya. Di Pulau Pinang,satu skandal seks antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan bekas staf di pejabatnya sedang menggelegak dan bakal melimpah keluar bila-bila masa sahaja. Adakah Anwar Ibrahim layak Menjadi Perdana Menteri ??? Anda Fikir dalam-dalam sebelum anda terjerat.-Blogzoomer

PAS BUKAN KENA KENCING TAPI DAH KENA BERAK DENGAN DAP!!!

 
 
 
Jika berpandukan dengan anaslis yang di buat ini ternyata PKR dan PAS hanya parti yang tak mampu bersuara dalam Pakatan Haram kerana parti DOMINAN adalah DAP walau pun jika di bandingkan PAS lebih kukuh struktur jentera parti dalam menghadapi pilihanraya.

Namun tak guna juga walau pun kehebatan PAS dalam pakatan haram adalah struktur jentera parti namun PAS tak mampu mendabit dada tunjukan kekuatan, tapi sebaliknya sangup menjadi proxy kepada DAP untuk menjatuhkan bangsa Melayu yang berkait rapat dengan agama Islam di Malaysia.

Melalui analisis yang di buat, walau pun PAS menyedari kekuatannya dalam pakatan haram hanya sebagai parti pencacai, PAS terpaksa bersama dengan DAP kerana dua sebab. 

Pertama, kerana menagihkan kuasa dari DAP sekiranya pakatan haram mampu menawan Putrajaya sebab PAS menyedari sekirannya tanpa DAP, PAS sampai bila-bila pun tak akan ke mana di dalam politik Malaysia.

Kedua, kerana sifat dendam mereka terhadap UMNO yang tak akan terpadam sampai bila-bila, dan DAP yang PAS nampak mampu menjadi senjata untuk menjatuhkan UMNO.-Media Kedah
 
 
 P/s: Patut la wei...Suara PAS tak kedengaran. Rupanya PAS dikurung dalam botol kicap. Bila ada kes melibatkan akidah PAS diam seribu bahasa. Tapi bila ketua mereka yang dah terang-terang dilihat dalam video sedang main dengan cina doll keluar, PAS bingkas bersuara mengatakan itu bukan Anwar, ini semua kerja UMNO.

Nak dijadikan cerita. Bila ada kes melibatkan akidah DAP & PKR akan sumbat PAS masuk dalam botol. Itu yang suara mereka tak kedengaran. Tapi bila, Kes melibatkan sekutunya DAP & PKR, maka PAS akan dilepaskan untuk dijadikan anjing untuk MENYALAK.

PAS dah jadi hantu rupanya.


Adv

Nuffnang 2