Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

08 July, 2012

Hanya BN Mampu Bawa Kejayaan Kepada Felda



KUALA LUMPUR – Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menjana lebih banyak kekayaan buat Felda dan membela nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan pembinaan Menara Felda membuktikan badan itu sudah berjaya melakukan transformasi sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Najib berkata kejayaan itu disumbang peneroka yang tidak mudah tertipu dengan dakyah pembangkang untuk menggagalkan usaha memajukan Felda.

“Sesiapa yang cuba menipu dan mengkhianati kita, nampaknya niat mereka tidak kesampaian. Kita telah membuktikan segala tuduhan bersifat palsu dan fitnah belaka,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka 2012 di sini, malam Sabtu.

Beliau turut merasmikan Menara Felda setinggi 50 tingkat bernilai RM700 juta yang diilhamkan daripada bentuk biji sawit, yang terletak di Platinum Park, pusat perniagaan Segi Tiga Emas di ibu kota. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi meraikan kira-kira 20,000 warga Felda termasuk 12,000 peneroka dari seluruh negara.

Najib berkata dua penipuan terbesar golongan yang disifatkan sebagai ‘makhluk perosak’ ialah Felda sudah bankrap dan tanah peneroka akan tergadai dengan penyenaraian FGVH.

“Mana ada syarikat bankrap boleh disenaraikan. Sekarang ini sudah senyap, tandanya orang tak terima (dakwaan itu), tak masuk akal. Hakikatnya tanah peneroka tak tergadai. Ini adalah penipuan paling besar dan mereka (pembangkang) sebenarnya mati akal,” katanya.

Perdana Menteri turut memuji peneroka yang terus cekal menghadapi cabaran memajukan Felda lebih 50 tahun lepas bermula di Lurah Bilut, Pahang.

“Felda merupakan sebuah kisah yang sarat dengan cabaran demi cabaran. Apabila kita tabah dan cekal, rancang dan laksanakan dengan tegas dan berkesan, hasilnya dapat kita dikecapi hari ini,” kata Najib.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pembayaran kedua RM5,000 kepada isteri peneroka akan dibuat selewat-lewatnya bulan Ramadan ini, diikuti dengan baki bayaran kepada anak-anak mereka.

Najib juga berkata nilai semasa Menara Felda yang menjadi kebanggaan peneroka itu telah meningkat kepada RM965 juta. “Belum masuk lagi sudah untung RM265 juta, bukankah ini satu keputusan yang menguntungkan…iaitu mencatat keuntungan 38 peratus,” katanya.

Sementara itu, Najib turut membayangkan kemungkinan memberi imbuhan tambahan kepada peneroka pada masa hadapan. “Kita masih ada dana. Kita tak belanja semua dan kita masih banyak perancangan untuk jana kekayaan. Kita bela peneroka Felda.

“Felda sudah berjaya. Kita nak beri mesej kepada makhluk perosak, kepada rakyat dan dunia bahawa Felda sudah berjaya dan boleh terus dapat manfaat daripada perjuangan, idea dan perancangan yang jitu,” katanya.-BERNAMA


Janji Program 100 Hari Pakatan Rakyat



Mungkin masyarakat felda masih tidak jelas dengan program 100 hari Pakatan Rakyat memerintah. Tahukah anda wahai warga felda bahawa jika PR diberi mandat untuk memerintah pada PRU13 nanti, maka FELDA akan dibatalkan.

Lihat pada gambar no.8 di atas. 'Membatalkan Felda Plantation bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda'.

PR bukannya hendak membantu warga Felda tetapi akan menutup sumber rezeki warga Felda dengan membatalkan Felda yang sekian lama menjadi nadi kehidupan warga peneroka Felda.



NAMA ANWAR IBRAHIM DILABEL SEBAGAI BERUNSUR S3KS

Gambar Hiasan

Atas permintaan ramai, kami telah menyiapkan sistem untuk menapis artikel lucah melampau di ping busuk.. tambahan pula ramai pengguna widget, merungut dan rasa bersalah apabila laman blog mereka menjadi medium penyebaran artikel lucah.. jadi sekiranya ada diantara artikel anda telah di-reject oleh kami, tolonglah faham kenapa ya.. sebelum ada yang tersalah faham dengan sistem baru kami ini, sila baca dan fahami dulu bagaimana sistem filter artikel lucah ini berfungsi..

Melalui title dan description submission anda, kami akan check setiap perkataan yang ada untuk mengenal pasti mana satu artikel yang berkebarangkalian lucah ataupun tidak bersesuaian.. contohnya, kami akan kuarantin-kan mana-mana artikel yang mengandungi perkataan "bra"..

filter : bra
affected : ibrahim ali
affected : anwar ibrahim

Jadi sekiranya artikel anda tidak lucah tetapi disyaki lucah untuk di-review oleh admin kami, anda tidak perlu risau.. kerana prosedur seterusnya dilakukan oleh 'manusia' sendiri.. kami akan menilai berdasarkan akal fikiran kami untuk membenarkan artikel tersebut dikongsi pada umum ataupun tidak..BUSUK


Kih...Kih...Kih...

Nama Anwar Ibrahim dah jadi simbol seks rupanya. Memang padan sangat la tu. Bertuah ahlul-ahlul PR yang memuja dan mengangkat Anwar iBRAhim sebagai ketua mereka.

Maknanya, ketua PR seorang ikon seks la yer?

Silap haribulan Malaysia akan dipimpin oleh seorang kaki l*w*t, kaki langan pelacur, kaki kebas duit rakyat, kaki kebas bini setiausaha sulit.

Belum jadi PM lagi dah nak mansuhkan undang-undang liwat, kalau dah jadi PM bagaimana la agaknya.

Kenapa nak hapuskan undang-undang liwat?

Anwar Ibrahim takut undang-undang tu kena hukum kat dia kot.


SKANDAL SEKS SEJENIS IMAM PAS BOCOR?

Gambar Hiasan

Sebenarnya artikel ini sudah tiga minggu diterima tetapi pihak kedahan69ers.com bimbang sekiranya berita ini hanyalah satu fitnah atau cakap dengar semata-mata. Namun apabila penyumber menunjukkan bukti yang merupakan salinan laporan polis, kedahan69ers.com mengambil keputusan untuk menyiarkan artikel yang dihantar.

Kejadian berlaku pada awal 2010 melibatkan seorang imam masjid bernama Ustaz Izab Hambali. Izab Hambali pada waktu itu merupakan Imam Masjid Sungai Kecil Ilir, Bandar Baharu dan merupakan seorang penyokong PAS tegar di kawasan berkenaan. Dikatakan juga, Izab Hambali merupakan sekutu kuat Yang Dipertua PAS Kulim-Bandar Baharu, Hasan Abdul Razak.

Seorang pengadu yang juga merupakan bekas rakan baik Ustaz Izab Hambali dalam laporan polis yang dibuatnya telah menyatakan bahawa Ustaz Izab telah 'memperkosanya' di rumah milik Ustaz Izab sendiri. Bahkan, kejadian yang serupa turut berlaku di rumah si pengadu dan di dalam kereta. Kejadian sebegitu, berlaku berulang beberapa kali.

Menurut pengadu, Ustaz Izab telah memegang kemaluan, mencium mulut, pipi dan lehernya sepanjang mereka berdua-duaan. Tidak pula diketahui sama ada perbuatan liwat berlaku atau sebaliknya kerana penyumber sekadar bercerita tentang muqaddimah zina atau liwat sahaja.

Penduduk tempatan mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan dari pihak polis dalam hal ini. Malahan, mereka mendesak agar polis segera mengambil tindakan terhadap Ustaz Izab kerana gelagatnya boleh mencemar imej dan institusi imam.

Setakat ini ENAM LAPORAN POLIS telah dibuat untuk kes ini. Keenam-enam laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baharu.

Pengadu bagaimanapun telah menarik kembali laporannya kerana mendakwa diugut oleh orang yang tidak dikenali.

PAS dan para penyokong mereka seringkali mempersoalkan tindakan pendedahan tentang salahlaku seks membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Kata mereka, UMNO menjadi dalang kepada semua salahlaku seks berkenaan atau paling tidak pun, UMNO memang gemarkan cerita-cerita seks.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada apa yang berlaku, nampaknya semakin bersungguh-sungguh para penyokong dan pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat cuba menimbulkan kebencian dan kejijikan terhadap pendedahan salahlaku seks, rupa-rupanya mereka sendiri menyimpan rahsia besar yang mereka tidak mahu rakyat bawahan dan pengundi mengetahuinya iaitu… MEREKA CUBA MENYIMPAN AIB INI SECARA BERJEMAAH.

Maka tidak hairanlah mengapa masing-masing cuba menggambarkan kejijikan terhadap seks songsang, kerana mereka sebenarnya amat bimbang, tembelang busuk dalam jemaah akan terburai diketahui umat!


Sumber: http://kedahan69ers.com/?p=2470

PUSAT PELACURAN DAN PERJUDIAN TARIKAN PELANCONG TERBARU DI KEDAH?



Ada penyokong PAS yang sangat ekstrem kepercayaannya bahawa segala keburukan datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional. Dilabelkannya bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah MUSUH ISLAM, MUSUH ALLAH TAALA dan MUSUH RASULULLAH S.A.W.

Barangkali penyokong PAS terbabit buta mata hatinya dan tidak pernah melihat perubahan alam sekelilingnya, sebaliknya hidup berkhayal dengan utopia dan shangri-la yang didendangkan oleh para pemimpinnya.

Nah, mari kita lihat syurga-syurga baru yang ditumbuhkan oleh kepimpinan PAS di Kedah. Mungkin penyokong PAS terbabit akan menganggap ini juga adalah satu fitnah semata-mata!


Ini adalah sebuah pusat pelacuran yang sangat terkenal di Alor Star. Premis yang mempunyai papan tanda berwarna biru itu menyediakan khidmat urut. Selain itu, para pelanggan turut dihidangkan dengan servis seks daripada pelacur-pelacur berbangsa Melayu, Cina dan Thailand. Premis ini terletak di Jalan Putra, berhampiran dengan Putra Medical Centre, Alor Star.


Manakala premis ini pula menyediakan khidmat urut batin dengan berselindung di sebalik papan tanda urut refleksi. Lokasinya di Alor Star juga. Dan sama seperti yang terdapat di pusat-pusat pelacuran lain, wanita-wanita pelacur yang disediakan di premis ini terdiri daripada pelacur-pelacur Melayu, Cina dan Thailand. Kedudukannya yang agak terpencil, membuatkan premis ini selamat daripada gangguan pihak berkuasa. Dan yang menariknya, lokasi ini juga merupakan tempat bersantai kakitangan agensi Kerajaan Negeri!


Bagi yang ingin berjudi dan ketagih untuk berjudi, tidak perlu bersusah payah. Cukup dengan hanya ke Taman Mergong Jaya. Di situ terdapat sebuah premis yang menyediakan perkhidmatan mini kasino yang sangat menarik. Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan premis judi di Taman Mergong Jaya ini terdiri daripada golongan remaja tempatan.


Di Jalan Putra juga terdapat sebuah disko yang sangat meriah. Lesen disko berkenaan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Alor Star pada zaman PAS sebagai Kerajaan Negeri Kedah. Tiada sebarang gangguan daripada pihak berkuasa tempatan. Sebaliknya disko ini yang turut menyediakan bekalan pelacur dan dadah sintetik seperti syabu kelihatan sangat kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.


Kalau tidak berpuas hati dengan disko di Jalan Putra, para penggemar maksiat boleh pula ke Alor Mengkudu yang jaraknya dengan pusat bandar, tidaklah jauh benar. Di Jalan Alor Mengkudu, terdapat sebuah pusat hiburan yang sangat dikenali oleh penduduk setempat. Walaupun Alor Mengkudu merupakan kawasan Melayu-Islam, tetapi kebaikan hati dan keprihatinan pihak tertentu yang tidak mahu masyarakat Melayu-Islam terperengak-perengak dan bahlol apabila ada orang yang baru balik dari Pulau Pinang menceritakan kehebatan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang menyediakan premis-premis hiburan di negeri yang pernah berada di bawah jajahan Kedah itu dahulu, amat mengkagumkan.

Itu hanyalah sebahagian daripada HIDANGAN yang disajikan oleh KERAJAAN PAS KEDAH kepada rakyat Kedah. Barangkali dengan kewujudan pusat-pusat hiburan dan pelacuran itu, menjadikan Kedah tidaklah jauh sangat tarafnya berbanding negeri-negeri lain.

Namun sesuatu yang sangat menarik ialah, mana-mana negeri di bawah Pakatan Rakyat, masalah yang sama jugalah diperkatakan. Kalau sebelum menjadi Kerajaan Negeri, merekalah yang paling bersih dan suci tetapi apabila menjadi Kerajaan Negeri, maksiat dan kejahatan pula yang menjadi pilihan!!!


Credit: http://kedahan69ers.com/?p=2436

Adv

Nuffnang 2