Kelantan tidak terdesak ambil duit rakyat
KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menafikan Kerajaan Kelantan mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.
Husam berkata, sepatutnya Umno malu setelah pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri tidak mampu membina lebuh raya tersebut sehingga terdesak untuk mengambil duit daripada rakyat.
Bagi menepis dakwaan tersebut, Husam menjelaskan pihaknya mempunyai perancangan kewangan yang teliti bagi menyiapkan pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer (km) itu mengikut fasa tertentu. “Kita lancar derma Umno sindir kepada kita, mereka beranggapan Kerajaan Negeri tidak ada duit untuk menyiapkannya. Bukan kita mengutip duit daripada rakyat.
Sebenarnya kita memberi peluang kepada orang ramai dalam konteks wakaf, terpulang kepada mereka sendiri mahu derma atau tidak.
“Kita sendiri sudah atur pembiayaan kewangan yang baik, dan pada pakej pertama untuk pembinaan sepanjang 43 (km) dijangkakan memerlukan RM700 juta termasuk pengambilan tanah,” katanya sempena Taklimat Khas Pelancaran Isu-isu Pilihan Raya di sini, semalam.
Bukan kita mengutip duit daripada rakyat, kita beri peluang kepada orang
ramai menderma. Berbelit-belit rasanya nak baca ayat itu...
Teringat pula apa yang pernah terjadi di sekolah dulu. Ada seorang murid
dalam kelas saya yang bernama Amin. Dia agak nakal sedikit. Satu hari
dia curi pensil tekan seorang murid perempuan pada waktu rehat.
Kebetulan pada masa itu ada beberapa murid lain dalam kelas yang nampak
dia curi. Tapi dia buat selamba....
Kemudian budak perempuan itu beritahu cikgu yang pensil tekannya hilang.
Cikgu tanya siapa yang ambil. Semua senyap seribu bahasa. Lalu salah
seorang murid yang nampak beritahu cikgu bahawa Amin yang curi.
Cikgu minta dia keluarkan pensil, dan dia keluarkan. Cikgu tanya kenapa kamu mencuri ? Amin jawab...saya tak mencuri cikgu....saya ambil ja.....
Satu kelas gelak kepada dia termasuklah cikgu pun turut sama gelak.
Lebih kurang samalah dengan kisah derma lebuh raya prepaid. Kita tak
minta derma dari rakyat, tapi kita nak bagi peluang untuk rakyat
menderma. Macamlah di Malaysia selama ini rakyat mempunyai peluang yang
amat terhad untuk menderma.
Kesimpulan yang boleh kita buat dari kenyataan diatas seperti yang dilaporkan oleh sinarharian.com bahawa Kerajaan Kelantan mempunyai dana yang mencukupi bagi membiayai pembinaan lebuh raya tersebut.
Itu katanya pada masa itu.....
Namun minggu lepas lain pula cerita....
Akhbar Sinar Harian Selasa 3 Julai 2012, melaporkan seperti dibawah.
Sebelum itu dia kata bukan kita mengutip duit dan kita sudah atur pembiayaan kewangan yang baik. Selepas itu dia kata pula pihaknya akan memohon bantuan semua pihak termasuk golongan tertentu di Timur Tengah.
Yang mana satu yang betul ?
Nampaknya kerja BN di Kelantan semakin hari semakin mudah.....
Baca seterusnya di RBF Online...









