Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

06 July, 2012

HAIRI OTHMAN DIBAYAR RM50K UNTUK SEKALI CERAMAH?





Benarkh Hairie Osman pelakon yang pernah top ten satu ketika dulu kini dibayar RM 50 ribu untuk sekali berceramah?

Jika benar RM 50 000 ,  ia lebih baik baik daripada berlakon. Agaknya siapa tekong yang berjaya memancing Hairie untuk bekerja dengan Pas? Adakah ia Bob Lokman atau siapa? Kalau Hairie mampu meraih pendapatan 50K, bayangkan berapa pula bayaran yang dituntut oleh Aisah The Fan Club, kalau macam tu Aisah boleh tutup lah kedai kerastangan beliau di Somban. 

Kaya memang kaya. Dalam sebulan mesti dapat jemputan ceramah 3, 4 kali. Darab RM50K dah berapa kan. Memang kaya.  

Maknanya, Artis-artis nie masuk PAS bukan pasal nak berdakwah tapi nak jadi kaya.


Credit: Penggempur Mutiara
            Kulan Niring
 

TALAK 3 GARA-GARA FACEBOOK!!!

Hari ini ZZ nak ingatkan kita semua jangan terlalu taksub dan leka kalau ber-FACEBOOK. Gunakan teknologi dengan niat dan cara yang betul untuk mendapat faedahnya.

Dalam episod APA KATA WANITA hari ini (JUMAAT, TV2, PUKUL 1PM), yang telah dirakam pada Ahad lalu, ZZ dikejutkan dengan beberapa fakta tentang masalah Facebook dalam meruntuhkan perhubungan suci rumahtangga.

Dua panel - Tn Haji Hushim Salleh, Pakar Kaunseling Rumahtangga & Azli Paat, Pakar Teknologi Maklumat dijemput ke studio bagi topik - FACEBOOK PUNCA KERUNTUHAN RUMAHTANGGA! Kisah cerai-berai yang berpunca Facebook ni tak payahlah ZZ ulas panjang,..balik-balik kisahnya sama je, berulang-ulang.

Tapi beberapa hasil penyelidikan oleh Azli Paat:
  • MALAYSIA ADALAH NEGARA KE-16 TERTINGGI DI DUNIA DALAM PENGGUNAAN FACEBOOK WALAUPUN DENGAN JUMLAH PENDUDUKNYA SEKITAR 27 JUTA SAHAJA.
  • MALAYSIA JUGA NEGARA PALING JUARA DI DUNIA DALAM JUMLAH 'FRIENDS' YANG DIKUMPULKAN. NATURE SIKAP RAMAH-TAMAH DAN SUKA BERSEMBANG ORANG MALAYSIA MENYEBABKAN SESIAPAPUN YANG 'ADD' AKAN KITA 'APPROVE' SEWENANG-WENANGNYA.
  • MANUSIA KINI MENJADIKAN LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER, BLOG SEBAGAI KPI KEHIDUPAN. BERAPA RAMAI FRIENDS? BERAPA JUMLAH FOLLOWERS?? BERAPA JUMLAH PAGEVIEWS??? SIAPA BLOGGER LEBIH HEBAT? LEBIH POPULAR??
  • MELIHAT TELEFON BIMBIT BERGETAR ATAU BERKELIP-KELIP MEMBERI 'ADRENALINE RUSH' KEPADA PEMILIKNYA. PERASAAN YANG SAMA KALAU DULU-DULU KITA TANGKAP GAMBAR DAN HANTAR KE KEDAI UNTUK CUCI, BILA TIBA SAAT NAK AMBIL GAMBAR DAN TENGOK TU,..PERASAAN 'EXCITING' SEMACAM INILAH YANG DIRASAI.
  • BANYAK LAGI,...NAK TAU KORANG KENALAH TONTON AKW TGH HARI INI DI TV2 PUKUL 1 PM. (KHAS UTK ORG POMPUAN JE LAH SBB LAKI-LAKI PEGI SOLAT JUMAAT KAN??)


Dalam pada itu, ZZ juga nak kongsi satu antara kisah cerai-berai ni berpunca daripada FACEBOOK yang diceritakan oleh Fara, Asst Producer (AP) di AKW.

"Kesian Kak Zam..., kawan saya sama belajar dulu baru diceraikan talak 3 sekaligus. Anak baru dua, sorang umur setahun setengah, yang kecik baru 6 bulan..Puncanya suami dia kantoi dengan dia sbb bercinta dalam Facebook dengan student UiTM. Kawan saya ni bila dah tahu, ambil langkah berjumpa dengan budak student tu, bagitaulah jangan ganggu rumahtangga dia. Alih-alih, bila suami dia dapat tahu yang dia pergi jumpa 'girlfriend UiTM' dia tu,..nak marah punya pasal, ringan je mulut dia lafazkan CERAI TALAK 3!!"

ZZ dengar kisah benar ni pun rasa sakit hati sangat. Apalah lelaki dan para suami zaman siber ni..Senag-senang menganiaya kaum wanita!!
Sumber: RM22 

Belum masanya untuk Anwar berundur



Kita masih lagi perlukan keringat beliau. Kalau tidak masakan beliau dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri. 

PETALING JAYA: Khidmat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) masih diperlukan meskipun tewas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, sebagai individu yang berjaya menggabungkan parti DAP, PAS, dan PKR menjadi Pakatan, beliau tidak mahu perjuangan Ketua Umum PKR itu berakhir dalam masa terdekat.

“Pada saya tentunya pemimpin yang telah berjaya mencantumkan PAS dan DAP adalah Anwar.
“Kita masih lagi perlukan keringat beliau. Kalau tidak masakan beliau dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri.

“Jadi mesejnya jelas, kena menanglah (PRU13),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Anwar dalam wawancara akhbar Financial Times menyatakan hasratnya untuk meninggalkan gelanggang politik sekiranya gagal mengambil alih Putrajaya semasa PRU13.

Menyifatkan PRU13 sebagai ledakan terakhir kerana dikatakan ‘letih’ dengan karenah politik Malaysia, Anwar berkata beliau mungkin menimbangkan untuk menyambung semula tugas sebagai tenaga pengajar akademik.

Ditanya sama ada sudah bersedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan parti, anak sulung Anwar itu menepis sebarang desas-desus yang mengaitkannya sebagai calon terdekat menyambung legasi perjuangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Soalnya bukan individu atau personaliti yang akan menjadi pengganti tetapi kita perlu bekerja keras memastikan kesinambungan perjuangannya,” tegasnya.

Oleh itu, beliau menggesa seluruh jentera parti Pakatan bekerja keras dan menumpukan seluruh tenaga bagi memastikan kemenangan PRU13.

“Mesej yang diberikan (Anwar) itu benar-benar menunujukkan tahap serius pentingnya kemenangan kalau PRU13 diadakan pada tahun depan kerana ia merupakan tahun ke-15 sejak cetusan gerakan ‘Reformasi 1998′ berlaku,” katanya.

FMT
 

HASRAT ANWAR: HANYA PSIKOLOGI



Umno menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menimbang akan bersara daripada politik jika gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), hanya satu permainan psikologi semata-mata.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pengakuan terbaru Anwar itu dilakukan kerana beliau tidak yakin mampu menandingi usaha pembaharuan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Beliau yakin Anwar tidak akan bersara daripada dunia politik dengan mudah.

“Ini adalah jalan terakhir Anwar untuk membendung sokongan rakyat kepada usaha pembaharuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pengakuan ini hanyalah permainan psikologi beliau, kami sememangnya tahu sikap Anwar yang suka merayu untuk meraih simpati,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Idris Haron pula menyifatkan jika benar Anwar mahu bersara, beliau sepatutnya berbuat demikian ketika dibebaskan daripada penjara, pada 2004 lagi.

Menurutnya, kaedah meraih simpati adalah salah satu senjata utama Anwar dalam usaha mencapai matlamat utama menjadi perdana menteri.

“Ini hanya satu kenyataan politik, bukan semudah itu Anwar mahu bersara daripada politik.

Saya percaya orang ramai meluat dengan cara meraih simpati seperti itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun pengakuan ini bertepatan dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir, namun Idris percaya rakyat tidak akan tertipu dengan permainan Anwar.

Sinar
 

Gadis dirogol bergilir-gilir ketika haid

Gambar Hiasan


SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.

“Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, suspek mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan pita pelekat kuning sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah papan satu tingkat itu dan merogolnya.

“Di rumah itu mangsa dibawa masuk ke bilik dan dipaksa baring di atas tilam nipis. Seorang daripada suspek membuka ikatan dan merogol mangsa dua kali.

“Suspek terus merogol mangsa dalam keadaan mata ditutup walaupun ketika kejadian mangsa sedang haid,” katanya.

Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat.


Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini.

“Hasil pemeriksaan, kami menjumpai satu beg kecil mengandungi kad pengenalan, kad pelajar serta lesen memandu milik mangsa.

“Selain itu, hasil soal siasat juga, jam 10 pagi, pasukan sama menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat rogol mangsa di Rantau Panjang dan menahan seorang lagi lelaki yang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

“Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah,” katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan Isnin lalu, kumpulan yang sama merogol pelajar perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di tempat sama.

Zahedi berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berbual-bual dengan teman lelakinya di blok Wisma Mais, Seksyen 3, di sini sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit yang menariknya ke dalam kereta.

Katanya, teman lelaki mangsa cuba mengejar dengan motosikal tetapi gagal.

Zahedi berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang merogol mangsa adalah kumpulan sama yang menjalankan kegiatan samun dan rogol pelajar IPT berkenaan.

“Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu,” katanya.




Sumber


PELAJAR SEMBUNYI BAYI DALAM BEG GALAS HINGGA MATI

 
 
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berusia 16 tahun yang mengadu sakit perut dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akhirnya mengaku dia baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg galas.
Beg galas yang mengandungi bayi perempuan yang dilahirkan pada jam 1 pagi Selasa itu kemudian diberi kepada rakan perempuannya tanpa memberitahu isi kandungan beg itu. "Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui dalam beg galas itu apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar itu dan memintanya membawakan beg berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K Manoharan. 
 
Beliau berkata, penipuan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini itu terbongkar pada 6 petang Selasa lalu apabila doktor yang merawatnya mendapati dia baru melahirkan anak. 
 
"Pelajar berusia 16 tahun itu kemudian mengaku kepada doktor itu bahawa dia melahirkan seorang bayi perempuan di asrama sekolahnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 
 
Beliau berkata, hasil siasatan di tempat pelajar itu melahirkan bayinya, polis menemui gunting yang dipercayai diguna untuk memotong tali pusat bayi dan dibuang dalam tong sampah. 
 
"Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap bayi itu mendapati ada kesan lebam pada kepala dan terdapat air dalam paru-paru serta pendarahan yang teruk," katanya. 
 
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. - BERNAMA
 
 
 

KABINET BAYANGAN PR



1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)

2) Timbalan Perdana Menteri:
  • Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur)
  • Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang)
  • Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah bagi menjaga hal ehwal di Borneo. ( Walaubagaimanapun senarai nama calon tidak boleh didedahkan buat masa ini)


3) Kementerian Kewangan:
  • Tony Pua (DAP, MP Petaling Jaya Utara)
  • Rafizi Ramli (PKR, bukan MP lagi buat masa ini, tetapi dijangka akan bertanding pada pemilihan akan datang)
  • Nizar Jamaluddin (PAS, MP Bukit Gantang)
4) Kementerian Pelajaran:
  • Dzulkefly Ahmad (PAS, MP Kuala Selangor)
  • S Kulasegaran (DAP, Mp, Ipoh Barat)
  • Chong Eng (DAP, MP Bukit Mertajam)
5) Kementerian Dalam Negeri:
  • Azmin Ali (PKR, MP Gombak)
  • Mahfuz Omar (PAS, MP Pokok Sena)
  • M Manogaran (DAP, MP Teluk Intan)
6) Kementerian Pertahanan:
  • Dr Hatta Ramli (PAS, MP Kuala Krai)
  • Liew Chin Tong (DAP, MP Bukit Bendera)
  • Tian Chua (PKR, MP Batu)

7) Undang-undang Kementerian:
  • Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor MP)
  • Gobind Singh (DAP, Ahli Parlimen Puchong)
  • William Leong (PKR, MP Selayang)
  • R Sivarasa (PKR, MP Subang)
  • Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)
8) Kementerian Kesihatan:
  • Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng)
  • Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong)
  • Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP)
  • Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP)
9) Kementerian Pengangkutan:
  • Khalid Samad (PAS Shah Alam MP)
  • Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
  • Baru Bian (Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan)
10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri :
  • Khalid Ibrahim (PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Menteri Besar Selangor)
  • Teresa Kok (DAP, MP Seputeh MP)
  • Husam Musa (PAS, DUN Salor)
11) Kementerian Pertanian:
  • Salahuddin Ayub (PAS, MP Kubang Kerian MP tetapi untuk PRU Ke 13 akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
  • Ng Suee Lim (DAP, ADUN Sekinchan, beliau menjuarai isu penanam padi)
12) Kementerian Luar:
  • Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat)
  • Lim Guan Eng (DAP, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
  • Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan)
13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:
  • Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
  • Nurul Izzah Anwar (PKR, MPLembah Pantai)
14) Kemterian Alam Sekitar :
  • Fuziah Salleh (PKR, MP Kuantan)
  • Che Rosli Che Mat (PAS, MP Hulu Langat)
  • Nga Kor Ming (DAP, MP Taiping)
15) Kementerian Wanita:
  • Zuraida Kamaruddin (PKR, MP Ampang)
  • Fong Po Kuan (DAP, MP Batu Gajah)
  • Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, MP Rantau Panjang)
16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama:
  • Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
  • Mujahid Yusof Rawa (PAS, MP Parit Buntar)
  • Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini beliau bukan bergelar MP)
  • Ngeh Koo Ham (DAP, Ahli Parlimen Beruas)
  • V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh)

P/s: Separuh daripada ahli kabinet bayangan PR ini adalah Kiasu dan Non-Muslim dari DAP & PKR. Apa cerita dengan negara Islam? Jika dalam kabinet dikuasai oleh orang bukan Melayu atau lebih mudah, orang bukan Islam, dimana rasionalnya Negara Islam yang kononnya dipertahankan oleh Pakatan Rakyat?


Sumber: FMT

DAP Sah 90 Kerusi, Hudud Apa Cerita?



PENULIS sedikit terkejut bila menerima salinan mesyuarat yang membincangkan soal pembahagian kerusi oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini.

Daripada dokumen tersebut, sudah sah bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen, PKR 66 kerusi manakala kerusi selebihnya akan ditandingi oleh PAS!!

Pada penulis, ini adalah satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukkan yang sangat selesa untuk melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan pemimpin partinya.
Dengan syarat, momentum kemenangan parti tersebut pada 2008 berlanjutan dan menjadi lebih baik dalam kempen kali ini.

Semasa pilihanraya umum 2008, DAP memperolehi 28 kerusi dari 47 kerusi yang ditandingi mereka atau bersamaan dengan 59.57% menang dibanding dengan yang kalah.

Mengikut perkiraan penulis, kalau peratusan sama dapat dikekalkan dalam pilihanraya umum akan datang, DAP akan memperolehi 54 kerusi dari keseluruhan 90 kerusi yang ditandingi mereka.

Dari segi logik, tidak dinafikan peruntukkan kerusi ini memang masuk akal kerana DAP diketahui mendapat hampir 100% sokongan dari kalangan orang cina dan separuh sokongan orang India.

Dengan undi orang Melayu berpecah kepada 2 atau 3 bahagian, parti tersebut dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi melayu dan separuh lagi bukan melayu.

Tapi dalam masa yang sama, penulis bimbang keadaan ini akan mencetus persepsi yang tidak baik di kalangan orang Melayu yang mungkin bimbang negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu dikala mereka masih lagi membentuk majoriti di negara ini.

Keadaan ini dengan mudah akan digunakan oleh parti seperti UMNO untuk membangkitkan sentimen perkauman menebal, dimana diakhirnya nanti akan memberi kelebihan kepada mereka.

Orang Melayu tidak boleh sama sekali dibenarkan bersatu kerana ia hanya akan menguntungkan UMNO dan merugikan pembangkang.

Sejarah telah membuktikan itu. Maka itu penting imej Anwar sebagai bakal Perdana Menteri dikekalkan pada setiap masa.

Itu baru bercakap tentang DAP.

Penulis juga sedikit hairan dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PKR. Dari 97 kerusi yang ditandingi mereka pada 2008, jumlah itu merosot menjadi 66 kerusi sahaja pada pilihanraya kali ini. Separuh dari calon yang dipertandingkan itupun terdiri dari bukan Melayu.

Yang anehnya, nama Anwar diletakkan sebagai calon di 2 kawasan parlimen di Pulau Pinang iaitu di Nibong Tebal dan Permatang Pauh sendiri. Apa motif disebalik ini, penulis tidak dapat menafsirkannya buat masa sekarang sehingga maklumat lengkap diperolehi.

Penulis juga mendapati, ramai dari kalangan penyandang jawatan sekarang akan digugurkan, antaranya Azan Ismail (Indera Mahkota), Datuk Rashid Din (Merbuk) dan Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) – sekadar menyebut beberapa.

Persoalannya disini, apa sudah jadi dengan PKR? Apakah mereka sudah hilang keyakinan untuk menang? Amat sukar untuk mempertahankan kedudukkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika partinya tidak dominan di dalam Parlimen.

Perlu diingat, persefahaman yang wujud dalam Pakatan Rakyat adalah dalam bentuk persefahaman dan persepakatan tidak rasmi sahaja dek kerana kegagalan Zaid Ibrahim mendaftarkan nama Pakatan Rakyat dengan pendaftar pertubuhan.

Penulis tidak mahu mengulas panjang tentang jumlah kerusi yang ditandingi PAS kerana apa yang diperuntukkan itu pada penulis memang padan dengan kemampuan parti tersebut.

Lagipun, memberi jumlah kerusi yang besar kepada PAS untuk ditandingi, hanya akan menimbulkan keresahan berpanjangan di kalangan orang cina mengenai perlaksanaan hukum hudud.

Dengan jumlah kerusi yang ditandingi pun hampir menyamai jumlah kerusi pada 2008, penulis tidak rasa PAS mampu memberi ancaman yang membawa ketakutan kepada pengundi bukan melayu. Bertanding 66 kerusi, tidak semestinya menang semua.

Sumber : SuaraPakatanRakyat.com

Hartawan misteri sedekah RM2.2 bilion bina masjid seluruh negara



Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).

Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.

“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.

“Penderma telah mengamanahkan agar tidak mendedahkan identitinya dan saya selaku pengerusi pengelola menjaga amanah ini dan akan menjalankan tanggungjawab ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh penderma,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, sebagai pendahuluan sebuah surau bakal dibina di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim di sini bagi menggantikan surau yang telah uzur dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM400,000.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kassim Mohamad.

Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik hasrat penderma berkenaan dalam membantu kerajaan negeri membina lebih banyak surau, masjid dan rumah anak yatim di negeri ini namun tetap berharap dapat dipertemukan dengan individu terbabit.

Katanya, perjumpaan dengan penderma itu adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan di kemudian hari kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran negeri.

“Saya akan arahkan satu pertemuan diadakan bersama penasihat undang-undang dan kewangan negeri, pihak JAIM, jabatan pelajaran serta agensi yang terlibat bagi mengelak daripada berlakunya masalah,” katanya.

Utusan

Adv

Nuffnang 2