Ini satu lagi dakyah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang dalam
perang saraf mereka. Kalau difikir memang tidak lojik.Kerajaan yang
memerintah ialah Barisan Nasional manakala penentu bila nak bubar
Parlimen untuk pilihanraya ialah Perdana Menteri.
Sebaliknya
mereka berlagak bagai profesor serba tahu konon dalam usaha hendak
tunjuk mereka cukup yakin boleh menang pilihanraya umum ke 13.
Makanya
kebelakangan ini kerap kita dengar pemimpin pembangkang tabur dakwaan
kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja lambat-lambatkan PRU13
kerana BN tidak yakin boleh menang.
Menariknya mereka juga dakwa
sepatutnya Perdana Menteri nak adakan PRU13 sejak beberapa bulan lalu
tetapi tangguh dan kemudiannya tangguh lagi.
Betulkah BN tidak yakin...?
Jawab
soalan mengenai dakyah ini ketika ditanya Agendadaily dalam sidang
akhbar selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di
PWTC Jumaat ,malam Najib berkata tidak timbul samasekali BN tidak yakin.
Beliau menjelaskan ia berkait dengan soal tempoh mandat dalam sesuatu penggal iaitu selama lima tahun.
Jadi tidak timbul soal pilihanraya umum perlu awal.
Menurutnya
BN telah diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi
memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa
kemajuan dan membela untung nasib rakyat.
"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal, bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat telah berikan kepada kita.
"Jadi
tidak timbul soal tidak yakin. Pada kita, yang penting (ialah) untuk
menunjukkan kemampuan kita untuk terus membela rakyat," katanya.
Perdana
Menteri berkata rakyat telah didapati telah memberi sambutan yang baik
terhadap program-program dan pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan
kebelakangan ini.
Menurutnya hal ini dapat disaksikan melalui lawatan beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri.
Beliau
berkata ini menampakkan sokongan rakyat yang sangat memberangsangkan
dan ini mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap BN semakin
bertambah.
Ditanya pula apakah BN yakin menang jika PRU13 diadakan hari ini,beliau segera menjawab, 'Kita tidak boleh takbur'.
Apapun Najib membayangkan BN mempunyai keyakinan itu.
Beliau mengambarkan ia bukan sesuatu 'penilaian kosong' tetapi dibuat berasaskan respon rakyat yang positif.
Credit:
Lawyer Garang
Artikel asal:
Agenda Daily