Normala Sudirman yang asalnya seorang guru kemudian terpaksa meletak jawatan kerana dipilih menjadi calon PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang pada awal 2011.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya
kerana beliau kalah dalam pilihanraya berkenaan. Yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran. Kejar jawatan YB tak dapat jawatan guru yang
dipegang dilepaskan.
Sewaktu baru-baru kalah Normala masih
lagi dijulang oleh PAS dan diheret ke hulu dan ke hilir kononnya sebagai
ikon baru PAS. Kebetulan dia juga mempunyai wajah yang sedikit cantik.
Empat ke lima bulan selepas itu Normala tidak lagi dihargai PAS.
Memandangkan beliau telah meletak
jawatan sebagai guru , maka beliau bercadang untuk pergi lebih jauh
dalam politik. Lalu beliau mencuba nasib untuk bertanding sebagai AJK
PAS Pusat dalam pemilihan pada pertengahan tahun 2011.
Jika diikutkan cara PAS julang beliau
selepas beliau kalah bertanding pilihanraya dan diberi gelaran sebagai
ikon baru, beliau sepatutnya menang top 5 dalam 18 calon yang dipilih.
Sungguh mengecewakan apabila beliau langsung tidak terpilih AJK PAS
Pusat .
Sudah jatuh ditimpa tangga, jawatan guru dilepas, nak jadi YB ditolak rakyat, nak jadi AJK PAS ditolak pula oleh ahli-ahli PAS.
Nama Normala yang sebelum itu kembang
mekar dan harum subur makin lama makin layu. Orang-orang PAS sudah
tidak ingat lagi kewujudannya. Undangan ceramah juga makin lama makin
berkurangan.
Setelah berhenti sebagai guru dan kalah
bertanding pilihanraya Normala hilang punca pendapatan. Wang ada banyak
dikeluarkan semasa bertanding. Undangan ceramah menjadi pendapatan
beliau. Apabila undangan ceramah berkurangan , maka pendapatannya juga
kurang. Difahamkan beliau juga terpaksa menanggung hutang ketika
bertanding pilihanraya. PAS langsung tidak bertanya khabar tentang
kedudukan ekonomi beliau. Difahamkan semakin hari beliau semakin
tertekan dengan kedudukan ekonomi keluarganya.
Lalu muncullah cerita yang mengatakan
beliau akan masuk UMNO kerana berpatah arang berkerat rotan dengan PAS
yang tidak mengambil peduli atau bertanya khabar dengannya tentang
hutang-hutang yang ditanggungnya untuk bertanding dalam pilihanraya,
dan juga tidak menghargai pengorbanannya melepas jawatan sebagai guru
untuk menjadi calon PAS.
Mengikut maklumat yang kami terima
cerita berkenaan berpunca dari Normala sendiri dengan niat untuk
menggeletek pimpinan PAS agar memberi perhatian kepadanya. Sudah menjadi
kelaziman sebarang gossip atau berita-berita panas politik akan cepat
mendapat perhatian blog-blog politik. Cerita berkenaan tersebar beberapa
hari.
Setelah beberapa hari tersebar tiba-tiba
Normala muncul menafikan yang beliau akan masuk UMNO dan mengugut akan
menyaman blog-blog yang melaporkan berita berkenaan. Dalam masa yang
sama Normala mendapat perhatian pimpinan PAS yang mula bertanya khabar
tentang hutang yang ditanggungnya dan juga kedudukan ekonomi
keluarganya.
Bijak sungguh Normala bermain politik.
Sumber: Apa Yang Tersirat


