Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

24 June, 2012

Borang Permohonan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA)

Credit Imej: http://www.ajumohit.com/2012/06/borang-permohonan-teksi-rakyat.html

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Najib berkata di bawah program TR1MA ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.

"Subsidi sejumlah RM34.84 juta yang disalurkan oleh 1Malaysia Development Bhd ini akan memanfaatkan seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara," katanya semasa melancarkan TR1Ma di hadapan 25,000 pemandu teksi di Stadium Bukit Jalil di sini.

Beliau berkata jenis teksi yang layak menerima subsidi ini ialah teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.

Sila muat turun borang permohonan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) secara percuma di http://adf.ly/2024050/www.spad.gov.my/sites/default/files/tr1maapplicationformbmv51.pdf

Senarai pembekal tayar Goodyear TR1MA http://adf.ly/2024050/www.spad.gov.my/sites/default/files/updateddealerslistconsolidatedv4022062012goodyear.pdf


SEBARKAN

ALLAHUAKHBAR!! PENGISLAMAN SEORANG BOBOLIAN(PAWANG) DI SABAH (23/06/2012)

Dadus binti Pamaju, 87 tahun

Dadus binti Pamaju lahir pada 12.5.1925 dan kini berusia 87 tahun. Beliau adalah antara Bobolian yang sekian lama menjadi rujukan dalam hal perubatan masyarakat Dusun Kimaragang Tandek. Kemampuan beliau membaca mantera dalam ritual pengubatan selama 3 hari 3 malam merupakan kebiasaan baginya. Bukan itu sahaja, beliau bahkan telah melahirkan anak murid yang turut sama membantu beliau dalam mana-mana upacara penganut Pagan. Akhirnya, pada tanggal 23 Jun 2012 bersamaan bulan Syaaban, selepas solat Isyak beliau memeluk Islam. Katanya, sejak sekian lama dia telahpun mengetahui bahawa Islamlah agama benar. Sebelum pengislamannya, telah beberapa kali beliau menyatakan hasratnya memeluk Islam kepada cucunya. Katanya, "uruskan pengislaman saya sebelum saya sakit kuat".

SAR Kampung Salimandut merupakan kemuncak jawaban permasalahan mualaf yang sekian lama menjadi isu utama tulisan dan bicaraan Lebon Botong@ Nazri Abdullah. Selama bertahun, beliau menyuarakan isu mualaf yang tidak berpenghujung. Pengalaman demi pengalaman bersama mualaf dari segenap ceruk rantau Sabah, akhirnya menoktahkan permasalahan mualaf ini dengan pewujudan pusat pendidikan.



Atas kesedaran ini SAR Kampung Salimandut dibangunkan di tapak bergeran milik Botong Anjuk, ayah kepada Lebon Botong. Meskipun demikian, ia tidak lebih dari sebuah igauan andai tiada pihak yang tampil memberi sokongan. Muslimin dan muslimat, di mana saja kalian berada, jawatankuasa sekolah merayu agar kita bersama-sama membangunkan sekolah ini. Kalian semua dialu-alukan membuat sumbangan dalam bentuk material seperti bahan mentah untuk binaan bangunan atau wang ringgit.

Semua sumbangan tuan-tuan bolehlah disalurkan menerusi akaun sekolah ini sebagaimana telah kami paparkan sebelum ini. Semoga sumbangan tuan-tuan bakal menjadi saham akhirat, kelak.

SAR KG. SALIMANDUT, TANDEK, KOTA MARUDU, NO AKAUN: 10016010085807 di BANK ISLAM

Link video: Youtube.com

SEBARKAN

BAPA HADIAKAN ANAK PELACUR SEMPENA HARIJADI



Untung betul budak ini dapat bapak sporting gila. Kalau kat Malaysia mau kena sula ramai-ramai haha. 

Kerana terlalu sayangkan anaknya, seorang bapa, Don Cesar mengambil keputusan untuk ‘menghadiahkan’ anak terunanya seorang pelacur sempena hari jadinya yang ke 16 tahun. 

Ada yang mendakwa ia adalah amalan biasa di negara itu, tetapi ia tetap menjadi kesalahan di sana kerana anaknya itu masih dianggap di bawah umur. Si anak, Juan, mungkin dilihat ‘bertuah’ tetapi tahukah anda, wanita yang dimaksudkan itu hanyalah seorang pelacur tua di sebuah kawasan persundalan murahan di negara tersebut yang dikenali sebagai The Chicken (nama pun dah boleh agak tempat macam mana). 

Kisah Cesar dan anaknya itu menjadi perbualan hangat di seluruh dunia apabila ia telah divideokan dan tersebar luas melalui rangkaian sosial FB dan Youtube. Lebih menyakitkan hati, Cesar berkata, antara sebab dia melakukan perkara tersebut kerana mahu anaknya dilihat macho dan menjadi lelaki sejati dalam erti kata yang sebenarnya, adoyyyyyyy!!!! 

Bahkan, untuk pengetahuan anda, si bapa turut membekalkan kondom untuk anaknya itu. Rata-rata mereka yang menyaksikan video berkenaan mengutuk perbuatan tidak bertanggung jawab bapa berkenaan….bukan itu saja, bapa pelacur itu yang turut ditanya mengenai tindakan lelaki berkenaan turut tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. 

Sementara itu Juan yang dilihat tersengih-sengih sebaik sahaja ‘selesai’ berbuat demikian, mengakui teruja mengenai pengalaman baru yang dilaluinya walaupun disindir bapanya kerana hanya mampu ‘bertahan’ beberapa minit. nak tengok video klik SINI.

Credit: Mizi Sempoi


TERESA KOK KURANG AJAR, INGAT MASJID NIE TOKONG KAU KER?

Terbukti Teresa Kok dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat terlalu angkuh dan sombong untuk menghormati kesucian agama Islam dan Masjid.

Sikap toleransi dan hormat menghormati di antara Kaum di Malaysia semakin pudar. Peristiwa ini dijadikan tontonan agar menjadi iktibar kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu. 

Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukkan oleh YB Teresa Kok amat menyakitkan hati Umat Islam kerana ianya seolah mencabar kemuliaan Islam dan Masjid sebagai Rumah Ibadah. Masjid yang kita muliakan dijadikan pentas politik dan berkumpul untuk kepentingan politik kumpulan tertentu.

Saksikanlah;



Sememangnya masyarakat melayu beragama Islam yang masih tegar menyokong Pakatan Rakyat seharusnya menilaikan semula sumbangan pemimpin agung mereka ini dalam membangunkan umat Islam!!

Credit: Penggempur Mutiara


Khutbah Jumaat Doa Tumbangkan Kerajaan BN

Sekali lagi institusi masjid menjadi mangsa politik kepartian yang sempit di negeri regim DAP P.Pinang.Dulunya ,gempar mengenai doa kesejahteraan kepada Guan Eng dalam khutbah jumaat di Masjid Padang Menora,Tasik Gelugor.Terbaru,Masjid Taman Guar Perahu di dalam Parlimen Permatang Pauh telah berlaku sesuatu yang sangat menyedihkan,seorang khatib jemputan oleh pihak masjid berkenaan telah menyalahgunakan khutbah jumaat dengan mendoakan supaya dapat menumbangkan kerajaan sedia ada.

Sememangnya,masjid berkenaan sebelum ini seringkali menjemput khatib dari luar dan isi khutbahnya banyak bercakap tentang politik sahaja.Masjid berkenaan sebenarnya telah ditadbir urus oleh orang kuat PAS sendiri yang merupakan pengerusi masjid berkenaan yang dulunya pernah memberi ceramah di atas pentas politik Pakatan Rakyat di kawasan taman berkenaan.

Sejak ditadbir urus oleh pengerusi berkenaan,ceramah dan kuliah agama di masjid berkenaan banyaknya menggunakan khidmat ustaz-ustaz yang memang totok kepada PAS dan seringkalilebih banyak bercakap hal-hal politik kepartian di dalam masjid daripada mengajar bab agama islam.Ini sebenarnya sudah sekian lama berlaku sejak puak-puak PAS berjaya mengambil alih pentadbiran masjid.Yang paling menyedihkan,ada diantara mereka siap menyeru ahli kariah masjid berkenaan untuk menyokong PAS dan pakatan rakyat dalam PRU-13 akan datang.

Sikap seperti mencela dan mengutuk kerajaan sedia ada dalam kuliah dan ceramah agama di dalam masjid mereka merupakan perkara biasa buat mereka.Sebilangan ahli-ahli kariah berkenaan sebenarnya telah lama bersabar dengan segala macam yang sudah berlaku dan apabila berlaku hal berkaitan doa dalam khutbah jumaat ini,mereka sudah tidak dapat bersabar lagi perlu perkara ini diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Itulah padahnya apabila masjid diberikan kepada tangan puak-puak PAS  
Ahli kariah yang tidak puas hati dengan doa khutbah berkenaan

Bekas Imam,Ustaz Shuib yang kecewa dengan sikap pentadbiran masjid yang buat tak tahu hal ini

Inilah khatib jemputan yang dijemput oleh pentadbiran masjid berkenaan


Adv

Nuffnang 2