![]() |
| Puluhan peniaga di bandar Pasir Mas, Tendong, Kampung Serdang dan Tal Tujuh, mengalami masalah bekalan air sejak tiga hingga tujuh hari lalu. |
PASIR MAS – Puluhan peniaga di Pasir Mas, merungut apabila kemudahan air di bandar ini terputus sejak seminggu lalu.
Keadaan ini turut berlaku di beberapa kawasan Tendong, Kampung Serdang dan Tal Tujuh, sejak beberapa hari lalu.
Peniaga kedai makan yang tidak mahu dikenali berkata, dia menghadapi kesulitan apabila tekanan air menjadi terlalu rendah, seterusnya terputus sejak Jumaat lalu.
Katanya, pihak berkenaan sepatutnya menghantar notis lebih awal, supaya semua peniaga di sini, dapat bersiap sedia dengan menyimpan bekala nair.
Menurutnya, ini lebih merumitkan keadaan terutama pada Sabtu, kerana air amat diperlukan untuk kerja memasak dan membersihkan pinggan mangkuk.
“Kesulitan kami pada Jumaat lalu, tidak terlalu serius kerana kami tidak membuka kedai, namun pada hari Sabtu kami mengharapkan perbelanjaan masuk daripada pelanggan yang ramai.

“Ketiadaan air menyebabkan pelanggan saya lari kerana tidak sabar menunggu minuman dan makanan mereka,” katanya, semalam. Klik SINI untuk lihat video
Sementara itu, peniaga lain di Tendong, turut kecewa dengan pihak berkenaan kerana tidak mengambil pendekatan lain untuk menyelesaikan masalah ini, sehingga ia berlarutan beberapa hari.
Menurutnya, dia terpaksa meminta pertolongan jiran, kerana dia menggunakan kemudahan air perigi.
“Selepas ini, saya akan menggali perigi dan tidak mahu mengharapkan kemudahan air paip, memandangkan ia boleh merugikan perniagaan saya.
“Saya berharap, pihak berkenaan lebih peka dalam menguruskan keperluan peniaga, memandangkan ini sahaja punca rezeki kami di sini,” katanya, semalam.

Sinar