Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

20 June, 2012

LELAKI MENGAKU NABI, LUKIS PETA SYURGA

Tebogo Letsie Sibusiso Mthembu menunjukkan "peta syurga" yang dilakarnya setelah dia mengunjungi syurga sebanyak empat kali ~


Payah jugak kalau ada manusia gila tak bertempat ni, tambah-tambah kalau gila mengaku sebagai Nabi..Seperti yang kita tahu, dalam Islam, hanya ada 25 orang rasul yang wajib kita percayai dan tentunya Nabi Muhamad S.A.W merupakan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah..Oleh itu, kalau ada yang mengaku Nabi ke, terima wahyu dalam mimpi ke, itu semua mengarut, wajib terajang je mamat sewel macam tu..So, kalau nak tahu cerita dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni.. 

Seorang lelaki di Afrika Selatan telah mengaku melakar sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu, berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil berdekatan Durban, itu juga turut mengaku sebagai nabi.

Warga kota berduyun-duyun mengunjungi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat sendiri peta yang dimaksudkan nya. Mthembu mengatakan, dia membuat lakaran tersebut  setelah empat kali mengunjungi "syurga" tersebut, seperti yang dicatat oleh akhbar harian Sowetan.

Tidak cukup dengan dakwaan itu, Mthembu mengatakan, ada 11 jenis syurga dan dia sudah mengunjungi kesemua syurga tersebut. Dia bahkan mengaku pernah bertemu dengan Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga. Ketika itu, katanya lagi, dia berada di sebuah planet yang bernama Jadalem yang diliputi air dan ais.

"Jesus itu berkulit putih dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan.

Dalam akhbar Sowetan, Mthembu menceritakan, pada 1993, seorang lelaki berkulit putih telah datang ke rumah dan mengatakan bahawa syurga memerlukan nya. Ketika "malaikat" itu datang semula setahun kemudian, Mthembu diajak pergi ke syurga.

"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut sebagai Crista, di situ saya bertemu dengan Jesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya pada akhbar Sowetan.

Mthembu juga mengatakan, Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 yang lalu adalah hal yang benar, meskipun sehingga ke hari ini ramalan itu tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berlaku.

"Sebenarnya, apa yang terjadi pada hari itu adalah berlakunya pertemuan besar di syurga, yang disebut sebagai Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan syaitan," terangnya.

"Nabi mengatakan satu hari Tuhan sama dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan kiraan awal untuk berlakunya kiamat," jelas Mthembu.

Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga, pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga serta penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia.

"Saya tidak pasti sama ada mahu percaya atau tidak," kata seorang penduduk yang melihat "peta syurga" di rumah Mthembu.

"Mengikut pandangan saya, ini soal agama atau kepercayaan peribadi. Ada orang yang benar-benar percaya itu adalah peta syurga, sementara yang lain tidak mempercayainya," terang penduduk itu.

Mthembu mengajak manusia di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu saat nanti pasti ada orang dari China, Inggeris, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga. "Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dilakar," katanya.

Selain membuat "peta syurga", Mthembu juga turut menulis beberapa buah buku yang menceritakan perjalanannya ke syurga..



Psssttt...dalam agama PAS pun ada nabi. Kot-kot nabi PAS nie pun ada lukis peta syurga juga. Kena tanya nabi PAS. 

Dengar boleh, percaya jangan.

(VIDEO) 2 LAWAN 1 KANTOI BUAT MAKSIAT DALAM KERETA

 

Astaghfirullah apa nak jadi dengan anak-anak remaja sekarang nie. Macam-macam sungguh perbuatan tak masuk akal yang dilakukan. 

Video di bawah ini dirakam di Sarawak. Peristiwa memalukan ini melibatkan 2 orang lelaki dan (1) seorang wanita ditangkap dalam keadaan separuh bogel, dipercayai sedang melakukan perbuatan terkutuk.  

 


Sumber

 

Adv

Nuffnang 2