Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

19 June, 2012

Panas!!! Anwar Ibrahim menang kes Saman Nallakaruppan!

 Artikel di bawah ini AC dapat dari blog pro PR.

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.

Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.

Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.



Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.

Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.

Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar. 


ISK..ISK.. mudah sungguh puak pakatan nie kata Anwar Ibrahim dah menang. Untuk pengetahuan semua ini hanyalah saman tutup mulut Anwar Ibrahim. Saman ini hanyalah sekadar untuk kononnya menutup mulut masyarakat umum.

Apa yang pastinya saman ini sehingga ke hari ini masih belum ada berita dan langsung tidak menunjukkan bahawa Anwar akan mempercepatkan saman ini. Padahal Nallakarupad sudah acap kali mencabar Anwar Ibrahim untuk mempercepatkan kes ini.

Psssttt... Nallakarupan cabar Anwar Ibrahim kemukakan saman RM500 juta bukannya RM100 juta. Dalam kes ini siapa takut siapa? 

Anwar Ibrahim pada bila-bila masa boleh menarik semula saman RM100 juta ini.

Kih..kih..kih.. Nalla dah serahkan semua bukti kepada peguamnya. Video aiskrim Anwar Ibrahim dengan Shamsidar. 


TUN FAISAL KANTOIKAN BLOGGER AMENOWORLD

Saya malas nak ambil peduli tentang perselisihan peribadi di antara blogger tertentu. Sebab utamanya, saya kenal mereka dan saya tahu apa masalah mereka yang sebenarnya. Saya bekerja dengan mereka semasa Pilihan Raya Kecil dan program-program tertentu; dan saya lebih kenal perangai mereka berbanding menteri, pegawai menteri, pegawai timbalan Perdana Menteri; pegawai dan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri. Saya kenal mereka sebelum mereka menjadi 'rich & famous' dan paling penting saya kenal mereka di lapangan, cara kerja dan kaedah spin mereka.

Ikutkan, memang saya malas nak ambil port. Bagaimana pun saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk membetulkan fakta dari tulisan amenoworld bertajuk "Papagomo tumbuk blogger UMB" yang tidak tepat dan tidak betul sebelum ia menjadi fitnah.

Dalam blognya, amenoworld memetik emel yang diterimanya, berbunyi:

Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.

Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA.


Fakta yang perlu saya perbetulkan di sini:

Pertama: APA bukan blogger di bawah naungan UMB. APA pernah bernaung di bawah kumpulan Papagomo dalam sebuah operasi khas dan kemudiannya meninggalkan kumpulan itu untuk bernaung di bawah UMB di atas sebab yang dia lebih ketahui. Bagaimanapun oleh kerana sukar untuk mematuhi sepenuhnya kod etika UMB, sebagai sebuah jentera parti, akhirnya APA menarik diri dari UMB untuk menjadi blogger yang bebas dari mana-mana kumpulan.

Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.

Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini?


Kedua: Fakta bahawa UMB adalah di bawah naungan Dato Seri Hishammuddin dan Papagomo adalah di bawah naungan Dato Seri Shabery Cheek adalah SALAH sama sekali. UMB TIDAK ADA KAITAN sama sekali dengan Dato Seri Hishammuddin. UMB adalah jentera parti di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. UMB tidak menerima peruntukan daripada mana-mana menteri dan berusaha keras mencari sumbangan dari pelbagai pihak (selalunya tidak mencukupi) untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk membantu Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Ketiga : Tidak ada maklumat yang membuktikan Papagomo bernaung di bawah Dato Seri Shabery Cheek; dan saya tidak peduli. UMB mempunyai hubungan yang baik dengan Dato Seri Shabery dan turut membantu mempromosikan Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Walaupun begitu, saya difahamkan semua blogger dan cybertroopers UMB yang hadir semasa program di Bukit Kiara memang berasa terkilan dengan Dato Seri Shabery kerana tidak memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka di dalam ucapan beliau. Saya tidak hadir program tersebut kerana ada mesyuarat lain di Putrajaya, tetapi itulah keluhan blogger-blogger UMB yang kecewa dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan.

Keempat : Pertembungan Papagomo dan APA, adalah pertembungan peribadi - jadi tidak perlu libatkan UMB, Dato Seri Shabery dan Dato Seri Hishammuddin. Semua ini tiada kena mengena. Pada saya, agak kebudak-budakan untuk terlibat dengan pertelingkahan peribadi dua orang blogger.

Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.


Kelima : Sepanjang pengetahuan saya, kenyataan ini juga tidak benar. Politik Dato Seri Hishammuddin bukan politik sempit dan jauh lebih terbuka dari dakwaan itu. Saya mengenali Dato Seri Hishammuddin sejak 2001. Ketika itu saya hanya berkerja sebagai reseacher kepada beliau. Sepanjang pengetahuan dan pemerhatian saya sejak 2001, Dato Seri Hishammuddin yang saya kenali tidak mengamalkan politik konfrontasi dan terbuka dalam pendekatan beliau. Engagement beliau bersifat meluas, melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat, baik di kalangan akar umbi, pemimpin UMNO pelbagai lapisan, monarki di dalam dan luar negara, dan pelbagai individu pelbagai kaum dan agama, di dalam dan luar negara. Engagement tidak semestinya dengan duit, tidak sepatutnya hanya dalam kelompok yang kita berasa selesa semata-mata dan tidak semestinya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

Amenoworld, saya malas nak campur, cuma nak bagi tau - maklumat yang you terima tu - TAK BETUL.
Tun Faisal

NIK AZIZ DENGAN SYURGA CIPTAANNYA

PPM - Kalau mana-mana mahu menyindir Nik Aziz memang panas di akhirnya! Tetapi siapa yang paling suka memuji Nik Aziz, sudah tentu Anwar Ibrahim walaupun dulu, Anwar lah yang paling kerap menyerang peribadi Nik Aziz dan bergitu juga dengan Nik Aziz. Sama-sama mencari salah untuk menang. Sekarang DAP pun dah makin ramai memuji Nik Aziz bukan! Ini kerana Nik Aziz telah mengcipta satu syurga yang indah buat Pakatan Rakyat. malah Nik Aziz sebagai tempat menghapuskan dosa. Cuba Kita Lihat Nik Aziz Dengan Syurga Ciptaannya.

Kadang-kadang apabila Nik Aziz makin sampai kekemuncak! perilakunya semakin mengharapkan pengikut setianya menghormati bagai mengalahkan raja dan sultan. Ini yang membuat PPM bertanya adakah sikap ini wajar buat permimpin yang menggelarkan diri berjiwa rakyat.

Inikah sifat meletak diri sebagai seorang yang merendah diri kepada sesiapa sahaja? sedangkan memakai kasutpun perlu dilayan sebegini rupa.

PPM masih tertanya dimana kelayakan sifat Nik Aziz kadang bercakap apa sahaja walaupun kebanyakan bertentangan dari sepatutnya. Contohnya bagaimana Nik Aziz mempertikaikan soal Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Cuba Kita Lihat Nik Aziz Dengan Syurga Ciptaannya.



Cuba Kita Lihat Nik Aziz Dengan Syurga Ciptaannya - Paling menyedihkan dalam mempertahankan Khalimah Allah Nik Aziz sanggup bertentangan pendapat dengan Harun Din semata-mata untuk meraih sokongan bukan islam dan mengjaga hati Anwar Ibrahim. Peli bila seorang yang bergelar Tok Guru sanggup membenarkan orang-orang kristian menggunakan Khalimah Allah untuk tujuan penyebaran di ketika situasi gejala memurtadkan islam semakin berluarsa. Malah Hasan Ali di pecat kerana bersalah menghalang pergerakan memurtadkan islam?

Cuba Kita Lihat Nik Aziz Dengan Syurga Ciptaannya jika Nik Aziz juga secara tidak langsung mendedahkan dirinya juga menyara para kroni dengan hasil balak Kelantan. Nik Aziz meluahkan kekecewaannya keatas sikap orang melayu Kelantan kaki subsidi, dan dengan tidak sengaja membuka rahsia Kerajaan Kelantan yang telah meluluskan konsesi balak kepada kroni-kroni rapatnya. Pada akhirnya kroni-kroni tersebut mengalibabakan keatas apa jua pemberian Kerajaan Kelantan. Yang peliknya UMNO juga yang salah? Apa sangkut paut UMNO BN dengan kroni-kroni Nik Aziz?




Di akhir kata Cuba Kita Lihat Nik Aziz Dengan Syurga Ciptaannya dengan Youtube terakhir ini. buatlah penilaian anada sendiri?




Psstt: Apa yang membezakan antara pembangkang dan Umno BN adalah, pembangkang bila berjanji kepada rakyat mereka tidak perlu risau dan tergesa-gesa untuk menunaikannya. Sebab pembangkang belum memerintah secara mutlak. Pasal tu mereka ini banyak sangat berjanji.

Tapi mengapa, di negeri jajahan Pakatan Rakyat jika mereka berjanji mereka tetap liat mengotakan janji, hatta pemberian elaun bulanan RM50 kepada setiap pelajar Pra-sekolah.

Berbeza dengan Umno BN, apabila mereka berjanji mereka akan menunaikannya.


Ape cer janji Nik Aziz kepada rakyat Kelantan yang ini?
  • Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
  • Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
  • Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
  • Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
  • Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
  • Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
  • Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
  • Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
  • Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion
Banyak beb janji Nik Aziz semata-mata nak menarik undi dari rakyat Kelantan. Ada tak projek nie dilaksanakan oleh PAS Kelantan. Gua tak tipu lu. Baca SINI untuk janji ditaburi PAS.
Cuba tanya rakyat Kelantan. Ape cer projek-projek ini sekarang?
Baca selanjutnya SINI


Adv

Nuffnang 2