Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

17 June, 2012

PANAS!! YB PAS LUPA DARATAN?



Perjalanan mymassa ke Rembau untuk melihat-lihat pandangan orang-orang kampung kepada parti UMNO dan Pas. Dipendekkan cerita, kami bertemu sebuah rumah yang di sekelilingnya adalah juga rumah-rumah keluarga yang rapat.

Tetiba tersembur nama Dr Dzulkifli, Wakil Rakyat Pas kawasan Kuala Selangor. Kata mak cik itu, Yb Dzulkifli itu lupa daratan. Dulu masa kecil kamilah yang menjaganya, makan minumnya, maklumlah bapa dia kerja Polis di Singapura.

Jadi, kamilah yang menjaga makan minum sekolahnya. Sekarang ne, bila dah jadi YB dah lupa daratan, kalau raya datang kampung ne bukan pernah singgah kat rumah kita orang. Katanya lagi, Dr. Dzulkifli ne bekas pensyarah di USM. Dia berhenti kerja sebab lambat naik pangkat, so dia marah dengan kerajaan.

Sebab itu, pada tahun 2004 dia tanding kat Rembau, tapi kalah. Sebab kami semua keluarga orang UMNO, dia sorang saja Pas.

Arwah bapak dia pencen Polis Singapura.Sapa kata dia Ustaz, dia bukan Ustaz. Bini dia bekas penyanyi kelab malam.ohohoho stop...mymassa berhenti di sini sudah masuk terlalu jauh.

Terima kasih orang Rembau....Kalau pembaca nak cite lanjut pasal Yb Pas yang konon Islamik ne boleh lagi kita sambung, tapi pedas lah macam masakan orang Nogori pedas-pedas...Selamat berhujung minggu, kepada Dr Dzulkifli ne jengok-jengoklah mak cik yang jaga ko waktu ko kecil dulu tu, waktu bapak ko kerja kat Singapura tu...

Macam-macam perangi orang Pas yer...nampak jer Islamik...PRU13 orang Rembau ajak bertanding kat Rembau...

Kredit: MyMassa

MARKAS PAS KINI DIJADIKAN MARKAS MINUMAN KERAS


Selamat hari Bapa kepada semua Bapa-bapa di Malaysia. 

AC terfikir, jika sambut Hari Ibu haram, apa pula hukumnya sambut Hari Bapa. Kena tanya Ustaz Azhar Idrus nie?

Panas beb! PAS dan arak memang tidak dapat dipisahkan. Tak percaya, gambar dia atas adalah salah satu contohnya. 

Walaupun gambar ini diambil pada tahun 2004 tetapi kesahihannya tetap tidak dapat disangkal. Bagi mereka yang celik mata dan hati pastinya gambar di atas adalah antara bukti menunjukkan betapa terdesaknya PAS sejak dulu lagi untuk memancing undi daripada kaum Cina. 

Tetapi bagi penganut PAS, pastinya skrip mereka tidak pernah berubah jika melihat gambar di atas. Macam biasa, ini semua salah UMNO, dan gambar di atas dikatakan gambar edit.

Kelakar bukan? benda di seberang laut cai-cai PAS boleh nampak tapi bila benda tu atas batang hidung mereka, penganut PAS ini lantas menggunakan skrip lapok dengan menyalahkan UMNO.

Pssttt....Pas tak sesat kan? hehehehe....
Pas tak sesat pas cuma sebuah Parti Ajaran Sesat. Maaf la jika cai-cai PAS panas telinga bila baca artikel AC ini. Tapi jangan berpaling dulu, kat bawah nie masih ada gambar yang hot.

AC tak kisah la jika cai-cai PAS kata gambar di atas cuma fitnah UMNO. Hudud PAS kata gambar dan video itu besi. Tapi cai-cai pas nie tak tahu ke yang video dan gambar ini sebenarnya tak reti putar belit macam manusia. Apa yang dirakam lensa maka itulah yang akan direkodkan.

Secara jujur, bagi pendapat peribadi AC. Jika teknologi seperti kamera, CCTV dan teknologi yang ada pada sekarang ini telah wujud pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, AC percaya Nabi juga akan menggunakan teknologi ini sebagai salah satu cara untuk mendapatkan bukti.

Sebab itu lah Islam itu sebenarnya Universal. Islam bersifat tidak menyusahkan. Islam sentiasa releven sepanjang masa kerana disebabkan sifat universalnya. 

Bukan nak mempertikaikan hukum tetapi jika nak cari 4 orang saksi untuk membuktikan seseorang itu bersalah, sampai bila nak selesai kes? 

Pssttt...Gambar di bawah gambar fitnah juga ke?


Gambar di atas diambil tahun lepas pada malam Awal Muharam bersamaan 26 Nov 2011 di Komplex Sukan Pandamaran. Baca SINI.

Cuba bayangkan jika gambar di atas adalah seorang ahli UMNO. Apa agaknya yang akan keluar dari mulut Pakatan Haram?


Kelantan serambi Mekkah?

Serambi Mekkah yang barai. Nik Aziz jer yang iye-iye sangat nak labelkan Kelantan sebagai serambi Mekkah.

Akhbar semalam beb 16/06/2012. Bukannya akhbar 10 tahun lepas

Agaknya dah berapa tahun Kelantan menduduki kedudukan teratas kes HIV tertinggi? Sesuai lagi ke Kelantan digelar sebagai serambi Mekkah? Atau lebih sesuai jika ditukarkan kepada Serambi HIV.

AC mohon maaf kepada rakyat Kelantan yang membaca artikel ini. AC tidak berniat memburukkan Kelantan. AC hanya menyatakan sesuatu yang benar. Adakah statistik ini rekaan semata-mata yang diada-adakan untuk memburukkan Negeri Kelantan pimpinan PAS? Rasanya tidak.


Janji Ditepati vs Janji Ditaburi

Apa yang membezakan antara pemimpin UMNO dan pemimpin PAS?

DS Najib bila berjanji kepada rakyat maka janji itu akan ditunaikannya. Janji itu akan dikotakan dengan tindakan. 

Apa janji DS Najib?


Pssttt....DS Najib dah tunaikan semua janjinya hanya dalam masa 3 tahun memerintah.

Apa pula janji PAS pimpinan Nik Aziz kepada rakyat kelantan?

  • Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
  • Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
  • Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
  • Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
  • Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
  • Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
  • Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
  • Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
  • Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion
Banyak beb janji Nik Aziz semata-mata nak menarik undi dari rakyat Kelantan. Ada tak projek nie dilaksanakan oleh PAS Kelantan. Gua tak tipu lu. Baca SINI untuk janji ditaburi PAS.

Cuba tanya rakyat Kelantan. Ape cer projek-projek ini sekarang?


Pssttt...Ada lagi janji PAS yang belum ditunaikan.

Batu asas jambatan yang bakal menjadi Batu Nisan PAS
GAMBAR: Batu asas jambatan Palekbang, Tumpat, sudah menjadi batu nisan kerana jambatan dibina oleh kerajaan PAS sudah ghaib.

Salah satu projek mega halimunan kejaraan PAS.

Kaorang rasa, jambatan tu ghaib kemana?


Pssttt...PAS nak bina projek mega. Buat lebuhraya percuma. 


Janji ditaburi terbaru.

Fikir-fikirkan


SEBARKAN

Kelantan sunyi menjelang 2020



PASIR MAS – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yakin dalam masa 10 tahun akan datang, Kelantan akan kehilangan anak muda sebaliknya dipenuhi oleh warga emas.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keadaan ini berlaku kerana kurangnya usaha Kerajaan Pas, membangunkan Kelantan sepertimana negeri lain di Malaysia.

Menurutnya, ramai belia di sini, terpaksa mencari pekerjaan di luar dan tidak dapat pulang kerana kurangnya penawaran bidang pekerjaan kepada mereka di sini.

“Tidak mustahil, 10 tahun akan datang kampung-kampung sunyi sebaliknya akan dipenuhi warga emas,” katanya.

Beliau meletakkan kesalahan ini di bahu pemerintahan Pas, kerana terlalu mementingkan politik sehingga mengabaikan keperluan belia di Kelantan.

Sedangkan katanya, Kelantan boleh menjadi negeri tersohor di Malaysia malah popular hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sepatutnya membangunkan Kelantan dengan menarik pelabur, seperti membina hotel lima bintang di pusat peranginan, di Pantai Tujuh, Pantai Bachok dan Pantai Cahaya Bulan.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, turut mencadangkan Pas mengubah suasana negeri dengan pembinaan tambatan banjir, lapangan terbang dan banyak lagi.

Beliau turut menyokong usaha Pas untuk membina lebuh raya, namun memohon derma daripada rakyat adalah tidak adil, kerana ia adalah tanggungjawab pemerintahKerajaan Negeri.

“Belia perlu sedar, kerana jika keadaan ini berterusan, saya risau keadaan ini akan membawa Kelantan ke arah negeri mundur menjelang 2020,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Pemuda 1Malaysia, di Pertubuhan Peladang Kangkong.

Dalam majlis ini, seramai 1,000 belia hadir bagi mendengar amanat Ibrahim, bersama Exco Pemuda Umno Malaysia, Lokman Noor Adam, seterusnya menonton perlawanan bola sepak, Euro semalam.

Sinar
 

Gadis Cantik Tak Keluar Undi! Kenapa?



Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat “kembali ke Zaman Batu”, kata Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas.

Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini.

Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi.

“Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi.

“Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?” kata Kayveas secara berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi.

Dalam ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya berkempen “setiap malam selama 365 hari” tetapi mempertikaikan tempoh kempen sedia ada selama tujuh hari.

“Saya nak cadangkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok kita mengundi,” katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC.

Sumber: MalaysiaKini (Ahmad Fadli KC)



 BHO Blog – Wow.. alasan yang agak pelik.. Adakah lelaki maco tidak akan keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan?

Secara peribadi saya tak kisah jika dakwat kekal digunakan atau tidak? Kalau boleh lagi senang masuk, cap jari jer pilih calon mana nak  apa kata anda?

Info Tambahan bagi Muslim dari Wiki -

Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat terbabit memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Hukum dakwat kekal berasaskan argentum nitrat adalah harus dan dibenarkan.


TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim


JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedih dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat Melayu sendiri yang cuba menjatuhkan institusi raja.

Ketika menzahirkan pandangan itu menerusi mesej Twitter hari ini, baginda turut menyuarakan rasa bimbang terhadap nasib masyarakat Melayu sekiranya negara ini menjadi seperti Singapura.

“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.

“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.

Baginda juga bertitah agar golongan berkenaan sedar dan menerima fakta selain belajar untuk menghargai apa yang dimiliki seterusnya bersyukur.

“Janganlah hidup dalam mimpi. Bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan,” titah baginda.

Tunku Ismail melahirkan pandangan baginda ini di sebalik isu berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan dengan pembidaan plat nombor pendaftaran oleh Sultan Johor, masih hangat diperkatakan.

Awal minggu ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap Mohammad Nizar berhubung isu itu.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’.

Semalam, Mohamad Nizar menghantar surat permohonan untuk menghadap Sultan Johor.-Sinar

Adv

Nuffnang 2