Mula penulis melihat klip ni, penulis rasa nak ketawa dan hairan dengan kekayaan yang dimiliki sesetengah orang Arab.
Namun, ke penghujungnya, penulis mula rasa marah dan ikut hati nak aje maki hamun pak Arab tu.
Kalau air naik kepala pun relax la.
Penulis
baca komen kat You Tube, ada seorang tu cakap; muka mamat camni tak
sekolah dan hanya bertuah kerana dilahirkan di bumi yang kaya raya.
Betul
tu, kalau mamat ni lahir kat Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dengan
tahap pemikiran yang camni, kalau dapat kerja potong buah kelapa sawit
kat Ladang Sungai Darah pun kira dah hebat.
Penulis tahu, nanti dalam komen akan keluar pasal Sultan Johor dan Nizar dan macam-macam.
Tapi kita cuba tumpukan pada pak Arab ni.
Rupanya,
bukan mamat ni sorang camtu, dalam Youtube tu berlambak kisah dan klip
pasal pak-pak Arab yang perabis duit pasal pompuan.
Ada sorang tu katanya habiskan hampir RM3 juta satu malam semata-mata seorang penyanyi.
Apa hebat sangat ke lirik lagu pompuan tu?

