BUKAN suatu yang mengejutkan, tapi memang
sudah dijangka. Penulis bercakap tentang respon balas macai Pakatan
haram dalam isu penarikan semula pembekuan Pinjaman Tabung Pendidikan
Tinggi (PTPTN) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Secara tiba-tiba disebut-sebut bahawa
kerajaan Selangor sudah bersedia membantu UNISEL (walaupun kita tahu
sekarang yang kerajaan negeri tidak mampu, tidak ada duit).
Walhal kita tahu ada episod suka duka
dalam isu ini. Suka sebab ada peluang nak jual tanah UNISEL pada cina,
duka sebab ada peluang juga untuk wang kerajaan negeri menyusut kalau
perbelanjaan tambahan terpaksa dikeluarkan untuk membantu UNISEL.
Kalau dibiarkan begitu saja tanpa ada
kenyataan untuk membantu, tak boleh juga, sebab dah merata Malaysia
kecam PTPTN dan promosi janji pendidikan percuma, alih-alih baru
dibekukan sementara bantuan yang tak berapa juta nilainya, dah gelabah
beruk.
Memang Pakatan haram ini gelabah,
rujuklah banyak kenyataan oleh Rafizi dan Lim Kit Siang yang rata-rata
menyifatkan PTPTN sebagai zalim, tindakan berbaur politik apa segala,
dalam mengulas tindakan PTPTN membekukan pinjaman untuk pelajar baru
UNISEL.
Kata mereka, janji pendidikan
percuma hanya setelah Pakatan haram mengambil alih, tapi dia lupa, Anwar
dah suruh peminjam jangan bayar hutang PTPTN sebelum Pakatan haram
ambil alih, malah, boleh dikatakan disini, tak tentu lagi pun nak ambil
alih ke tidak.
Boleh pulak?
Tapi bila sekatan ditarik balik, maka
keluarlah banyak kenyataan yang membawa maksud, kerajaan negeri Pakatan
haram Selangor sudah bersedia untuk bantu, kalau diteruskan (sekatan
pinjaman) pun tidak ada apa-apa dan sebagainya.
Disinilah kesilapan terbesar Pakatan
haram yang masih tidak berubah dari dulu sehingga sekarang. Dia dok
sangka dia kuat berdasarkan cakap-cakap dalam kelompok mereka saja,
terlupa yang diluar ini ada lebih banyak kelompok lain yang bebas
politik kepartian dan menilai dari apa yang mereka dapat atau tidak
sahaja.
Inilah politik pembangkang di Malaysia, kalau ada yang masih belum jelas.
Yang sebetulnya, mereka bukan peduli
pasal rakyat, tapi yang lebih dipentingkan, macam mana nak dipolitikkan
apa pun keputusan kerajaan, untuk mengelirukan rakyat. Rakyat merana,
tersiksa, untung dan sebagainya, tidak mendatangkan kesan pada mereka.
Sebaliknya BNlah yang lebih mengutamakan
rakyat tanpa kira apa orientasi politik pun. Kalau itu yang selayaknya
untuk mereka, terima dan ambillah, macam kes 8 peneroka Felda yang saman
KPF untuk halang penyenaraian FGVH, tapi dalam segan silu, datang juga
kutip bantuan RM 5,000 durian runtuh lanjutan dari usaha penyenaraian
yang mereka sendiri cuba gagalkan.
Kalau BN zalim, kejam dan sebagainya
seperti yang sering digambarkan Pakatan haram, boleh jadi ke semua ini?
Dalam isu PTPTN ini begitu jugalah.
Penulis nak ambil peluang untuk ucap
tahniah kepada Datuk Seri Khaled Nordin kerana dalam diam-diam
menunjukkan kematangan dan kehebatan berpolitik yang tidak
disangka-sangka berjaya memalukan Pakatan haram ini diseluruh negara.
Tanpa tindakan bijak seumpama ini, selamanya rakyat Malaysia ditipu Anwar Ibrahim dengan janji pendidikan percuma.-MyKMU





