MyKMU - Baru saja beberapa bulan lalu Anwar Ibrahim bersama pakatan
pembangkang mengwar-warkan kewujudan tabung pinjaman PTPTN sebagai satu
penindasan terhadap mahasiswa IPT. Baru saja sebulan lebih yang lalu
Nurul Izzah dan Tian Chua mewakili pihak pakatan pembangkang turun
padang sama-sama berarak ke Dataran Merdeka menuntut pemansuhan PTPTN.
Baru saja berlalu beberapa ketika pembangkang menjanjikan pendidikan
percuma untuk mahasiswa dan berjanji untuk menghapuskan terus hutang
yang tertunggak. Baru saja beberapa hari lalu Anwar sebagai ketua
pembanggang Malaysia menggesa dan
menghasut peminjam PTPTN supaya ingkar pada tuntutan pembayaran semula wang pinjaman PTPTN.
Namun, sebagaimana biasa walaupun segala ucapkata dan janji yang
dilafazkan oleh pembangkang masih tergiang-giang di telinga khalayak
umum seperti kita, tapi bagi tukang karut yang bercakap ianya sudah
hilang dari memori masing-masing dek kerana ucapkata yang keluar dari
sang mulut bangkai acapkali dituturkan dahulu fikirnya kemudian.
Inilah
yang sekarang yang sedang menimpa kalangan pemimpin pembangkang, mereka
beriya-iya mempromosikan polisi dan dasar anti PTPTN dan mereka juga
yang kalut ribut bila pinjaman PTPTN dibekukan seketika untuk satu dua
IPT dan kolej yang berada di bawah kendalian kerajaan negeri yang di
tunjangi pembangkang.

Rafizi Ramli misalnya, sebelum ini punyalah bersemangat dengan gaya
jambunya semasa berhujah menegakkan polisi pembangkang yang dikatakan
pro pendidikan percuma dan anti PTPTN dalam debat dengan Ketua Pemuda
UMNO, Khairi Jamaluddin tempohari, alih-alih baru saja PTPTN buat
percubaan psikologi terus Rafizi melatah tak keruan dibuatnya.
“Selain itu, Mohd. Rafizi
turut mencabar Khaled untuk memberi penjelasan kepada rakyat bagi
membuktikan adakah beliau terlibat dengan tindakan menyekat pinjaman
PTPTN pelajar Unisel.
“Jika benar beliau terlibat, tindakan
itu wajar dikutuk dan beliau perlu meletakkan jawatan kerana mengamalkan
politik berdendam yang tidak sesuai dengan arus politik mutakhir.
Tetapi jika tidak, beliau harus bertanggungjawab campurtangan dan
memastikan tindakan kebudak-budakan yang zalim ini tidak akan berlaku
pada masa akan datang,” katanya. (KLPos, 6 Jun 2012)
Rafizi berkata, jika
mahasiswa dibelenggu masalah hutang PTPTN dan tidak mempunyai pekerjaan,
mereka tidak mampu menjana ekonomi sekaligus menyebabkan ekonomi negara
tidak berkembang.
“Bila mereka berhutang, kuasa beli
mereka rendah. Untuk berkembang pada masa akan datang, kita perlukan
rakyat yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Kalau generasi muda,
tiap-tiap tahun yang keluar daripada universiti lebih kurang 200,000 dan
semuanya berhutang, ini menyebabkan ekonomi tidak akan berkembang,”
katanya. (KeldaianDaily, 6 Jun 2012)
Selama ini punyalah di gendang pung pang pung pang kata
PTPTN menindas pelajar, PTPTN mesti dimansuhkan kerana kewujudan
pinjaman pendidikan PTPTN hanya menyebabkan lahirnya generasi berhutang –
di hari yang sama dia beranggapan langkah PTPTN membekukan sementara
pinjaman kepada pelajar baru UNISEL adalah zalim dan kebudak-budakan.
Entah
spesis apakah ini yang boleh bercakap dalam nada berbeza dalam jangka
masa yang singkat, yahudi zionis pun kalah macam ini punya gaya. Ini
baru satu dua contoh kontradiks oleh seorang pemimpin pembangkang yang
keliru dengan polisi dan dasar parti yang dia perjuangkan.

Itu belum lagi kita ungkit satu persatu kenyataan Anwar Ibrahim yang
sekejap kata dalam tempoh setahun PTPTN bertukar jadi percuma kemudian
di lain hari pula dia berjanji dalam masa tiga tahun baru ada yuran
percuma jika menang kerajaan pusat, pendek kata ada saja kontra saban
hari dek kerana bercakap guna nafsu mengejar kuasa berbanding berfikir
guna akal fikiran di kepala.
Merintis Pendidikan Percuma Ala PR
Realitinya PTPTN tak pernah memaksa pelajar untuk menggunakan khidmat
pinjaman mereka. Jika ia membebankan, abaikan saja dan usahakan
alternatif lain. Dan sekarang, peluang terbuka untuk pakatan pembangkang
realisasikan pendidikan percuma di UNISEL dan KUIS sesegera mungkin
tanpa perlu lagi bergantung pada dana pinjaman PTPTN.
Buat apa nak marah-marah dan hentam Menteri Pengajian Tinggi, Khaled
Nordin yang dengan tulus hati membuka ruang supaya kerajaan pakatan
pembangkang di Selangor dapat membuktikan kemampuan mereka menyediakan
pendidikan percuma. Asyik beralasan nak tunggu jadi kerajaan pusat dulu
baru nak buat pendidikan percuma maknanya sampai bila-bila pun teori
hanya tinggal teori saja.
Dengan kekayaan Selangor dan kononnya ada simpanan RM1.9 bilion dalam
kantung kerajaan, apa sangatlah untuk korbankan puluhan juta bagi
menampung 1000 pelajar baru UNISEL sebagai perintis dasar pro pendidikan
percuma. Misal kata seorang pelajar memerlukan RM15,000 untuk tiga
tahun pengajian diploma di darab dengan 1000 orang baru cecah RM15 juta
saja.
Masih banyak lagi baki dari RM1.9 bilion, tak gitu?
Yuran pengajian batalkan saja, asrama pelajar dan makan minum selama
tiga tahun semuanya percuma untuk seribu pelajar tersebut. Buku nota,
alatan pembelajaran percuma – paling tidak, campur tolak darab bahagi
untuk keseluruhan kos termasuk penyelenggaraan IPT dan kos pengurusan
hanya RM100 juta untuk tiga tahun - ini logik mudah untuk satu IPT tanpa ambil kira ribuan pelajar lama.
Soal
berapa lama mampu bertahan? 3 tahun… 5 tahun… 10 tahun… Itu belakang
cerita. Tapi takkanlah tak mampu dan tak berani laksanakan pendidikan
percuma di UNISEL & KUIS kurang-kurang untuk seketika sementara
menanti pilihanraya umum.
Lepas habis pilihanraya kalau masih jadi kerajaan negeri, batalkan
sajalah semula atas alasan masalah kewangan macam alasan kolej
pendidikan Kedah yang baru
dinaikkan yuran sebelum ini.
Rumusan
Apapun, bagi penulis dan lain-lain penyokong kerajaan, kami dah lama
faham silat tari pembangkang yang kerap keliru dan terbelit dengan
polisi mereka sendiri kemudian gemar menuding jari menyalahkan BN bila
mati akal terkepung dek dasar haru biru yang mereka perjuangkan.
Berjanji dan bermain tarian kata-kata lunak dan populis cukup mudah.
Sama macam penjual ubat di jalanan bila bercakap perihal ubat dan makjun
yang mereka jual, boleh kalah doktor dan ahli farmasi bertauliah.
Tapi bila di suruh makan sendiri ubat dan makjun tersebut, mati hidup
semula pun takkan ditelannya dek kerana ragu pada tahap keselamatan
produk jualan sendiri.
Tapi sukalah penulis nak minta para pembaca yang mana masih teruja
dengan propaganda dan janji politik pemimpin pembangkang, takkanlah
sedikitpun tak terfikir untuk mengkaji dan buat sedikit analisis di luar
kebiasaan supaya tidak terus melihat dunia ini dari bawah tempurung.
Isu PTPTN ini dah cukup untuk dedahkan kecelaruan polisi pembangkang
yang tak pernah tetap pendirian, berubah-ubah sesuka hati. Spesis-spesis
sebegini jika diberi peluang memerintah negara, cukup dua tiga tahun
habis jahanam lingkup masa depan negara.
AC kata : Sendiri mau ingat la bai...daripada PTPTN beri injaman tapi tak dibayar dek kerana hasutan Anwar Ibrahim, adalah lebih baik PTPTN hentikan(bekukan) pinjaman PTPTN kepada studen UNISEL.