Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

07 June, 2012

Scorpene: Kebenaran yang Kini Menghantui Anwar Ibrahim



Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang sebagai skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar dalam sejarah tanahair.

Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang, wajib saja akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah pula dengan tokok tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini seperti disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini PM sudah tiga kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah "Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut.

Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah, sudahpun melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang itu bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.

Berbalik pada isu komisyen pula, sebetulnya ianya langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun dana negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta (RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam tahun.

Malah, Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam isu komisyen tersebut.

Walaupun demikian, disebabkan tabiat sesetengah manusia yang mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip fakta-fakta tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.

Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.

Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.

Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;-

i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.

Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala program dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan lama.

Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.

Namun bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh.

Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.

Malah pembangkang kini sibuk menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 ) sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion. Nampaknya, pembangkang tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah ditipu!

 

BERTAM NITE : TARIAN TRADISIONAL CINA DOLL RUPANYA


So kita dah dapat jawapan dari pihak penganjur. Rupanya tarian joget seluar dalam Cina Doll semasa Bertam Nite anjuran PKR rupanya salah satu daripada tarian tradisional masyarakat Cina.

Betul ke macam tu tarian tradisional Cina. Ish...gua pening beb. Tarian tradisional pakai macam tu ke. Pasal pakaian tu aku tak kisah sangat sebab penarinya Cina Doll. Pakaian seksi itu diorang punya pasal la.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah, ianya dianjurkan oleh sebuah parti dan telah dihadiri oleh ustaz-ustaz yang pakai ketayap atas kepala. Pakai jubah pun ada. Tak keras ke angry bird ustaz-ustaz tengok tarian tradisional Cina Doll tu?

Satu lagi yang menjadi persoalan adalah, jika benar itu adalah tarian tradisional kaum Cina. Mengapa lagunya lagu melayu? Mengapa bukan lagu Cina? Mungkinkah ini adalah semangat 1 Malayisa?






Mari kita saksikan sedutan video tarian joget seluar dalam Cina Doll.


Pada pendapat pembaca sekalian, ada tak gaya-gaya tarian ini seperti tarian tradisional Masyarakat Cina?

Fikir-fikirkan

Baca ulasan menarik di SINI. Baca ulasan EP di SINI

SEBARKAN

Demonstrasi Ganas Dan Mencarut Selari Dengan Syari’at Islam?



Majlis Syura Ulama PAS semalam menetapkan fatwa terbaru “agama” PAS apabila mendakwa bahawa demontrasi Bershit 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu sangat bersesuaian dan selari dengan kehendak syari’at.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS itu menegaskan bahawa menyertai demonstrasi Bershit boleh jatuh ke tahap hukum “wajib” bagi umat PAS, kononnya demi menentang “kezaliman dan kemungkaran”.

Nik Aziz turut memberikan contoh sebuah hadis Rasulullah SAW mengenai seramai 70 wanita yang datang bertemu Baginda dan mengadu bahawa mereka telah dizalimi apabila dipukul suami mereka.

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW telah mengeluarkan arahan agar suami tidak memukul isteri dan menceritakan kepada para sahabat RA mengenai isteri-isteri yang datang “berdemontrasi” meminta pembelaan.

Itu alasan Majlis Syura Ulama PAS yang dinyatakan oleh Nik Aziz semalam untuk “menghalalkan” tindakan PAS menyertai demonstrasi Bershit, anjuran kafir harbi, Ambiga Sreevenasan.

Himpunan itu TELAH berlangsung pada 28 April lalu dan baru semalam Majlis Syura Ulama PAS mahu bersidang menentukan sama ada ia “halal” atau “haram”?

Setelah Nik Aziz memakai baju Bershit 3.0, memberikan wang rakyat untuk para penyokong PAS berdemonstrasi dan mengganas di Dataran Merdeka, baru mahu jatuhkan hukumnya?

Pelik. Sepatutnya, Majlis Syura Ulama PAS perlu bersidang terlebih dahulu sebelum “menghalalkan” sesuatu fatwa. Kini sudah terbalik caranya?

Persoalannya, sekiranya benar Kerajaan BN itu zalim dan mungkar sekalipun, apakah “halal” di mata PAS untuk menghantar para penganut agamanya mengganas dan mencetus huru-hara sehingga mengganggu keamanan serta ketenteraman rakyat lain?

Apakah demonstrasi merupakan satu-satunya cara yang dianjurkan Islam untuk menentang kezaliman dan kemungkaran pemerintah?

Saya terkenang kembali riwayat-riwayat kisah di zaman Rasulullah SAW di mana kezaliman serta kemungkaran para musyirikin dan kuffar Quraisy ditangani dengan secara diplomasi dan bijaksana oleh Rasulullah SAW.

Di zaman itu, meskipun umat Islam dibunuh, diseksa dan diancam oleh kuasa Quraisy di Makkah, Rasulullah SAW berkali-kali menggunakan uslub berdiplomasi melalui beberapa perjanjian, termasuk dengan kaum Yahudi yang membencinya.

Lebih menarik lagi, Rasulullah SAW hanya menggunakan akhlaknya yang terpuji untuk menundukkan kezaliman dan kemungkaran terhadap Allah SWT oleh kaum-kaum arab di zamannya.

Apakah Nik Aziz fikir dia mencontohi sunnah Rasulullah SAW dengan menghantar “askar-askar merah”nya untuk mengganas, menyerang pihak polis, memaki hamun, mencarut dan sebagainya terhadap pihak berkuasa?

Mengenai hadis Baginda SAW tentang 70 isteri yang mendakwa dizalimi suami mereka, apakah wanita-wanita itu benar-benar “berdemonstrasi” seperti yang dilakukan oleh pengganas-penganas Bershit?

Apakah isteri-isteri itu datang mengganas menzahirkan protes mereka di depan Rasulullah SAW, mengeji dan menghina suami mereka, membaling batu dan besi, menterbalikkan unta atau keldai tunggangan suami mereka?

Jika tidak, apakah wanita-wanita yang datang mengadu kepada Rasulullah SAW itu wajar disifatkan sebagai “berdemonstrasi” atau lebih sesuai untuk menyifatkan mereka sebagai “mengadu” sahaja?

Padanlah Majlis Syura Ulama PAS semakin tidak dihormati oleh umat Islam di negara ini, lebih-lebih lagi Nik Aziz dikatakan menggunakan “kuasa veto”nya untuk memaksa jawatankuasanya mengiyakan “fatwa” politiknya yang menyesatkan!

 

Azmin Tanya, Kenapa Sekarang, Bukan 17 Tahun Dulu? Jawabnya…



REAKSI orang yang berdosa memang begitulah, gelabah tak tentu arah bila ada kesalahannya yang diungkit walaupun dah berzaman duduk diam dalam stor fail Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  Penulis rujuk pada sidang media Azmin petang tadi berhubung kes rasuah dan hal-hal lain berkaitannya.

Azmin dalam sidang media sama membangkitkan persoalan, kenapa tidak 17 tahun dulu, kenapa sekarang?  Pada penulis inilah soalan paling bangang pernah keluar dari mulut Azmin sepanjang masa mengenali dia (dia tak kenal penulis).

Azmin banyak sebut benda bodoh sepanjang masa sejak 1998 tapi rasanya inilah yang terbodoh sekali.

Tidakkah Azmin menyemak pendedahan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang membawa kepada siasatan semula?  Bukankah disebutkan disitu bahawa bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada waktu itu telah diarahkan oleh Anwar untuk menutup kesnya?

Kalau BPR ketika itu sudah diarahkan Anwar (merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) supaya kes itu ditutup, mana nak ada siasatan lanjut apatah lagi pendakwaan dan dakwaan?

Diringkaskan, Azmin tidak didakwa atau dikenakan apa-apa tindakan 17 tahun dulu sebab Anwar arahkan BPR supaya menutup kesnya.  Faham ke sekarang?  Mudah macam itu pun tak boleh faham?
Sebetulnya, Azmin bukan bodoh atau tak faham, tapi sebab dia ni sombong. Dia buat apa dia tak fikir-fikir dulu, sebab dia tau, apa pun terjadi, Anwar ada disitu mempertahankannya, secara senyap atau secara terang.  Maklum, ‘penyimpan mohor’lah katakan.

Tapi Azmin lupa, Anwar belum Perdana Menteri lagi, baru mimpi saja nak ke situ.  Paling kuat Anwar boleh buat pun ialah menyediakan peguam yang terer-terer untuk putar belit kesnya sehingga dibuang.  Paling tidak pun, kenal pasti siapa pendakwanya nanti dan tut tut tut tut kawtim tut tut, silap-silap dapat jadi peguam belanya pulak.

Ini Malaysia, apa pun boleh jadi.

Lagipun soal 17 tahun atau berapa tahun sekalipun, bukanlah satu isu.  Sebab Anwar dah sebut, kalau dia jadi Perdana Menteri dia akan bongkar semua penyelewengan yang kononnya dilakukan UMNO sejak 39 tahun memerintah negara ini (tolak 17 tahun dia memegang pelbagai jawatan dalam UMNO dan kerajaan sebab yang itu tak kira, tak aci, nanti dia pun sekali tersangkut).

Itu Anwar, Lim Kit Siang pulak nak bongkar ‘kesalahan’ Tun Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri?  22 tahun jadi Perdana Menteri dicampur 9 tahun sejak bersara, itu menjadikan ‘kesalahan’ Tun Mahathir yang kononnya nak dibongkar Kit Siang ni berusia lebih 30 tahun!!

Kenapa Azmin taknak komen yang itu?  Sebab itu Anwar dan Ki Siang, sama-sama jadi komrad dalam Pakatan haram?  Sebab itu ke?

Sudahlah Min, berhentilah mengarut.  Kau fikir kau siapa, you are nothing.  Sebab p*p*k bini kau Anwar bedal, itu saja yang buat kau berada di tempat kau sekarang.  Kalau tak, silap-silap kau pun separuh lelaki separuh perempuan macam darah daging kau seorang tu.


Adv

Nuffnang 2