AIDC - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri
pernah berusaha untuk campur tangan dalam siasatan kes yang
dikendalikannya, walaupun beliau merupakan tertuduh dalam kes itu.
“(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak
boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis
Negara,” katanya dalam wawancara dengan
Malaysiakini.
Musa mendakwa beliau turut didatangi adiknya, Datuk Fuad Hassan yang
menurutnya dihantar Anwar untuk memintanya “membantu” Anwar dalam kes
itu.
“Saya kata tak boleh sebab saya pegawai polis. ‘Kalau you (Fuad)
terlibat campur tangan saya tangkap you walau pun you adik saya.’ Saya
profesional,” katanya.
Fuad ketika itu adalah ADUN Hulu Klang.
Musa berkata perdana menteri pada masa itu adalah Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad yang telah memberi amaran kepadanya agar menyiasat kes
itu dengan telus.
“Dia (Dr Mahathir) panggil saya tanya ‘betul ke kamu siasat?’ Dia
kata ‘you siasat betul-betul. Kalau you mengadakan keterangan palsu you
masuk jail’,” katanya.
Pegawai penyiasat buku “50 Dalil”
Musa pada ketika itu merupakan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah yang juga merupakan pegawai penyiasat kes buku “50 Dalil Mengapa
Anwar Tidak Boleh Jadi PM”.
Pada 31 Julai 1998, jam 4.30 Musa telah mengeledah rumah sahabat Anwar, Datuk S. Nallakaruppan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Nalla ketika itu adalah Pengarah Hal Ehwal Korporat syarikat judi Magnum.
Semasa penggeledahan, pihak polis telah menemui 125 butir peluru
jenis Fiochhi 6.35mm yang dimilki tanpa lesen. Selain itu turut ditemui
150 butir peluru, 38 special, 96 butir peluru 12 bore dan sepucuk
pistol, 38 Smith & Wesson.
Turut dijumpai ialah surat-surat asal peribadi kepada Anwar seperti
surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama
Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), surat asal daripada sebuah syarikat
awam memohon untuk membeli saham yang disenaraikan di papan pertama BSKL
dan surat asal peribadi yang ditulis tangan oleh seorang Hakim Mahkamah
Tinggi kepada Anwar.
Lima surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan
pertama BSKL yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan memohon
projek-projek kerajaan, dan surat terkelas daripada pegawai Kementerian
Kewangan kepada Anwar.
Juga dijumpai ialah wang tunai bercampur-campur berjumlah kira-kira
RM2 juta dalam matawang Pound Sterling, Dollar Amerika, Dollar Singapura
dan Ringgit Malaysia.
Afidavit Musa
Sehari selepas pemecatan Anwar sebagai menteri kabinet, pada 3 September 1998, media menyiarkan
afidavit siasatan Musa berkenaan dengan siasatan kes tersebut.
Berikut ialah pernyataan-pernyataan saksi yang terkandung dalam afidavit Musa itu :
+ Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh
Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di
beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar.
Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan
adalah salah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen
tersebut.
+ Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak
iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Anwar dan perbuatan tersebut
dilakukan di apartmen Tivoli Villa.
+ Bekas pemandu peribadi Nalla dalam kenyataannya menyatakan bahawa
dia pernah membawa Anwar bersama Nalla pergi ke tempat tertentu untuk
perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nalla untuk pergi
mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan
bangsa lain untuk kegiatan seks haram. Pernah pada suatu ketika, selepas
balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki
oleh Anwar bersama Nalla dan seorang wanita, yang mana Anwar dilihat
memakai rambut palsu.
+ Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan
bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nalla pernah menghubunginya
untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga
beberapa kali telah membekalkan kepada Nalla perempuan-perempuan
tersebut.
+ Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nalla telah
memperkenalkannya kepada Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya
mereka bertiga telah pergi ke apartmen Tivoli Villa. Di sebuah bilik di
dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul
kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Anwar telah merayu-rayu
kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya.
Sewaktu kejadian ini berlaku Nalla berada di apartmen tersebut.
+ Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh
Nalla ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Anwar. Saksi ini
menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Anwar telah
masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil
memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks.
Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat
helah yang dia di dalam keadaan haid.
+ Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana
Nalla adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan
bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke apartmen Tivoli Villa dengan
kereta yang dipandu sendiri oleh Nalla. Di apartmen tersebut dia telah
terperanjat apabila ditemukan dengan Anwar. Mereka telah mengadakan
hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Anwar
saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal
politik negara. Nalla telah memberi saksi ini RM350.
+ Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nalla ada memberi wang
tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya
umum tahun 1995.
+ Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nalla telah mengalihkan
aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang,
Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang
terhadap skandal seks Anwar pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh
sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala
Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan
seks haram ini masih beterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.
Menurut afidavit itu, sewaktu polis menjalankan siasatan, satu lagi
laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli korporat yang mendakwa
bahawa Anwar cuba memikat isterinya.
Perkara itu berlaku ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Anwar ke Washington.
Dalam siasatan polis, terbukti Nalla telah juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat itu.
Polis juga mempunyai maklumat bahawa Nalla sering mengikuti Anwar ke
luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang
membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat luar negara yang
boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.
SEBARKAN