Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

30 May, 2012

HABISLAH BN, SOKONGAN BAGI BN TURUN, PAKATAN NAIK



SHAH ALAM  - "Kami bukan terlampau yakin, tetapi yakin boleh menang (PRU13)."

Demikian menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Sambil menekankan bahawa menang atau kalau bergantung pada sokongan rakyat, Mustafa juga berkata, pokoknya sekarang sokongan kepada Barisan Nasional (BN) semakin menurun manakala arah aliran sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) "semakin meningkat naik."

Ia sebahagian daripada perkara yang disentuh dalam wawancara terbaru ini.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang persepsi 'orang luar' terhadap Pas yang sudah berusia lebih enam dekad ketika pesaing politiknya melontarkan pelbagai kritikan dan kecaman, antaranya ia sudah berubah dasar perjuangan dan sanggup bekerjasama dengan DAP atas nama PR.

Mustafa ada jawapan tersendiri dan menjelaskan dengan terperinci.

Beliau juga berkongsi mengenai 'siapa' calon Menteri Besar Terengganu jika merampas balik negeri dalam PRU13.

Turut disentuh dakwaan berkaitan dengan pengaruh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hala tuju Pas.

Mustafa ditanya "Pas dilihat terlalu tunduk dengan pandangan dan campur tangan Anwar. Adakah beliau banyak mempengaruhi keputusan yang dilakukan Pas?"

Melihat pada perkembangan semasa, Mustafa juga menjawab dengan mendalam pendirian Pas mengenai isu muzakarah termasuk menjelaskan dengan terperinci kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz baru-baru.

Inilah buktinya sokongan rakyat kepada PAS telah meningkat



Mesej Twitter: Nizar mohon maaf



IPOH –  “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Sinar Harian
 

Video Ais Krim 120 Minit Anwar Untuk Jaga Keselamatan TPM: Nallakarupan

Gambar Hiasan



Niat sebenar merakam video Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk menjaga keselamatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Penjelasan itu dibuat Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan mengenai tujuan sebenar rakaman video itu yang beliau serahkan kepada peguamnya sebagai bukti dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DATUK NALLAKARUPPAN/PRESIDEN PARTI BERSATU INDIA MALAYSIA
"Bila dia ikut saya, saya tak kasi matilah, saya mati dulu. Pasal apa? Sebab dia satu Timbalan Perdana Menteri masa itu,  for his safety. Itu jam kita angkat kita pikir dia punya safety, kawan kita, kalau itu saya mahu kasi, saya sudah kasi 98, bila polis tangkap saya. Tahun 98 bila saya kena tangkap saya tak de tunjuk tangan kat Anwar. Kalau saya tunjuk, sampai sekarang dia kat dalam penjara. Sekarang saya fikir untuk negara."



Tambah beliau, video selama 120 minit itu dirakam di Tivolli Villa, Bangsar namun kandunganya tidak didedahkan.

Bagaimanapun, apabila disoal media adakah Datuk Seri Anwar sedar mengenai rakaman itu, beliau enggan menjawab.

Klik SINI untuk lihat video.

AC Kata: Buntut Anwar Ibrahim pemimpin paling suci di muka bumi, nampaknya sudah mula berasap. Sehingga sekarang masih belum ada berita yang menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim akan meneruskan usaha saman RM 100 juta terhadap Nalla dan Utusan Malaysia. 

Saman RM 100 juta ini dilihat Nalla sebagai terlalu kecil dan tidak mencukupi bagi seorang individu yang mengaku dirinya suci seperti Anwar Ibrahim. Malah Nalla mencabar Anwar Ibrahim supaya mengemukakan saman RM500 juta kepadanya. 

Persoalannya, berani ke Anwar Ibrahim menyaman Nalla dengan jumlah sebegitu rupa? Bagi AC, saman RM100 juta sebelum ini pun belum tentu akan diteruskan oleh Anwar Ibrahim. Ini kerana sudah ada ura-ura yang kononnya Anwar Mahu menarik saman tersebut atas alasan mahu menjaga keselamatan keluarga dan Wan Azizah. 

Masuk akal ke?

Apapun kita nantikan kesudahan edipsod sinetron Tabiat Seks Yang Melampau individu yang dimaksudkan ini. 

AC berpendapat, jika Anwar Ibrahim berhajat untuk meneruskan saman ini, maka seluruh rakyat Malaysia malah dunia akan berpeluang untuk menonton video tersebut. Tetapi jika sebaliknya, Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menarik balik saman tersebut maka hajat menggunung rakyat Malaysia untuk melihat video porno kesekian kali yang dilakonkan oleh Pemimpin Paling Suci selepas Cina Doll dan Siam Doll akan berkubur begitu saja. 

Video sinetron porno yang masih dalam simpanan Nallakarupan ini pastinya akan mendapat sambutan di luar negara seperti di negara-negara eropah dan Amerika. Ini kerana video porno bertajuk Cina Doll telahpun mendapat sambutan Box Office di negara Jepun.
 

LEBUHRAYA KE SYURGA KERAJAAN PAS KELANTAN



by : kabir akram

Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.

Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai bayaran pahala kepada mereka. Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km.

Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya. Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.

Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan:

Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala? Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya? Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?

Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram? Apakah mereka juga mendapat pahala? Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan?

Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz? Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?

Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.

Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu. Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.

Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat 'saham akhirat', ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol. Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa "Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim."

Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.

Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala? Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?

Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.

Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T. Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan. Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat.

Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.

PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.

Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran. Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya? Bagaimana hendak ke syurga jika kufur? Apakah hanya dengan mengundi PAS?

Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen 'Undilah PAS' sempena pilihanraya yang semakin hampir?

Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya.


Sumber : Facebook
 

Gadis sunti 12 tahun tidur dengan 15 lelaki



Pada usia 12 tahun, seorang kanak-kanak perempuan sudah aktif melakukan seks dengan 15 lelaki berbeza.  Salah seorangnya ialah lelaki berusia 35 tahun, hampir tiga kali ganda daripada usia kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan oleh The New Paper. Kejadian yang berlaku di Singapura ini berlaku pada sekitar tahun 2008 yang lalu.

Rahsia gelap kanak-kanak ini terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dan muntah-muntah. Dia dirawat di National University Hospital dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia hamil. Pada waktu itu, kanak-kanak itu baru mencecah usia 13 tahun dan telah mengaku melakukan hubungan seks dengan "beberapa orang lelaki". Pengakuan kanak-kanak itu telah mendorong polis membuat siasatan dan hasilnya enam pasangan seks kanak-kanak ini berjaya dikesan dan ditahan.

Salah seorang daripada lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur itu ialah guru pelatih di National Institute of Education. Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku melakukan hubungan sek dengan kanak-kanak itu yang pada ketika itu berusia 12, di apartmennya sekitar bulan September 2007.

Guru pelatih dan lima lelaki lain yang melakukan seks dengan kanak-kanak itu telah dikenakan denda dan hukuman penjara. Pada ketika hukuman dijatuhkan kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 35 tahun.

Sembilan lelaki lain masih disiasat, didakwa dan kes mereka masih berjalan.

Trend remaja melakukan seks pada usia terlalu muda bukanlah kes terpencil kerana berdasarkan statistik  terdapat peningkatan jumlah kes melibat kes seumpama itu di Singapura. Malangnya, trend yang sama kini semakin menjadi-jadi di Malaysia. Buktinya,baru-baru ini dilaporkan budak lelaki berusia 10 tahun telah ditahan kerana disyaki merogol budak perempuan berusia 9 tahun.


Legenda rock Amy Search sertai Umno



Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.



Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.

Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.

-Bernama

Adv

Nuffnang 2