Malaysia Today - Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam
penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun
1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang
bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan
malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu
yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang
pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita
‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau
konspirasi.
Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana
seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya
kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr
Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian
buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam
dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali
setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih
saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk
jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa
selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan
kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai
Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta
Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar
yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred
41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot
polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat
Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat
adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas
dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C
berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995,
antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria
1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23,
Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR
siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2),
pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan
Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan
Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan
biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk
siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak
pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika
itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri
Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta
Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what
is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset?
Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under
Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor
satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
Diketika
itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan
juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun
saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya
bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2
bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk
memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at
para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan
lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk
Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk m init 10, lihat bagaimana
Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh
9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang
mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya
lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee
bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua
Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin
adalah diluar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas
Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas
arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih),
tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed
this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16)
“Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS
bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh
BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan
lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang
jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan
Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan
dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu
taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya
Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu
pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail
siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis
Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan
harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada
Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan
tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika
itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya
dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari
memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk
siasatan lanjut, apakah ,masyarkat buta? Saya dapat download
dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang
seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun
yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak
kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this.
Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti
Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas
Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida
(hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas
Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil
daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan
Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar
adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan
maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah
dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin
hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu
rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan
deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.
Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000
dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak
RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih
kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi
sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan
untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua
gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja
dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu
tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang
deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR
juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3
berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan
bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton
Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan
sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini
ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar.
Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru
RM2 ribu lebih.
Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya
juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri
seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan
nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki
didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih.
Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai
penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara
yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan
memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang
tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN?
SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH
ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN
TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT
Untuk makluman, pada
waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata
skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana
menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita
tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai
bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai
gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan
siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut
telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah
NYANYUK????????
Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan
dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama.
Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat
kita terlepas untuk selama-lamanya.