Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

27 May, 2012

Bapa rogol anak sedang sakit



Seorang petani mengheret anaknya yang sakit ke dalam rumah yang telah ditinggalkan lalu dirogol, bukannya membawa gadis berusia 16 tahun itu ke hospital.

Insiden di daerah utara Pitas Sabah berlaku apabila lelaki berusia 38 tahun itu sedang menuju ke hospital bersama seorang lagi anak lelakinya yang berusia 11-tahun dengan menunggang motosikal.

Dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di sebuah rumah yang telah ditinggalkan,  kata  Ketua Polis Daerah
Kota Marudu Timbalan Supt Isa Yusof.
 
Lelaki berkenaan meninggalkan anak lelaki itu di atas motosikal di tepi jalan dan mengheret gadis yang sedang demam ke dalam rumah kosong lalu dirogol.

Beliau kemudian mengancam gadis tidak mendedahkan perkara itu kepada sesiapa, beliau
berkata akan membunuh beliau dan seluruh keluarga.

Polis telah melancarkan pemburuan petani tersebut yang dipercayai telah melarikan diri ke dalam hutan berhampiran kampungnya.


Baca lagi...
 

PM bukan Melayu



INSIDEN kononnya Pengerusi DAP, Karpal Singh tersasul menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis baru-baru ini, menarik perhatian.

Karpal kemudian bertindak cepat mengakui bahawa beliau tersilap. Katanya, buat masa ini, pakatan sepakat untuk memilih Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Awang hanya senyum sambil menyimpan keraguan. Soal tersasul menyebut nama Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri itu adalah cerminan keghairahan beliau untuk melihat Guan Eng menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. 

Keinginan itu membuak-buak dan tidak terbendung. Atau ia sengaja tersasul bagi memberi mesej tertentu. Awang tidak fikir, orang bijaksana dan peguam terkenal seperti Karpal boleh tersasul seperti itu melainkan itu tanda-tanda pemikirannya mulai uzur. 

Jika diberi pilihan, Karpal sememangnya mahukan Guan Eng dan bukannya Anwar. Pertama, ia memang agenda DAP untuk berkuasa menerusi gagasan Malaysian Malaysia. Kedua, Anwar adalah liabiliti kepada pakatan pembangkang. Isu moral dan biseksual menyebabkan antara lain rakyat melihat pakatan bukan alternatif terbaik kepada Barisan Nasional (BN). Karpal juga pernah mendakwa Anwar terlibat dalam perbuatan meliwat tidak lama dulu. Seingat Awang, beliau tidak pernah secara terbuka menarik balik dan memohon maaf kepada Anwar. 

Insiden tersasul itu diperkukuhkan menerusi satu lagi kenyataannya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, Kashturi Jeevandran. Beliau mendakwa akan terus berjuang ke akhir hayat untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri. Katanya, tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu. Pelbagai pihak terutama badan-badan bukan kerajaan dan ahli-ahli akademik membantah Karpal. Sekutu DAP, iaitu Pas seperti biasa mengambil reaksi yang bercelaru. Dewan Ulama dan Pemuda Pas menentang bukan Melayu dilonjakkan sebagai peneraju negara. Bagaimanapun para pemimpin lebih kanan parti itu membisu kerana takut menyinggung DAP. Lim Kit Siang kemudiannya menafikan kenyataan Karpal. Sudah lumrah, apabila sesuatu kenyataan mencetuskan kontroversi maka media dipersalahkan. Mengapa Kit Siang melatah, apakah beliau bimbang kesannya pada pilihan raya umum nanti? 

Walau apa pun muslihat Kit Siang dan Karpal, mereka harus realistik dengan mengambil kira realiti meliputi sejarah, perlembagaan dan komposisi kaum. 

Lalu ingatan Awang terlintas kepada satu kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew tidak lama dulu bahawa tidak mungkin bukan Cina akan menjadi Perdana Menteri republik itu. Kaum Cina adalah penduduk majoriti di Singapura. Menurut beliau, rakyat Singapura belum bersedia untuk menerima bukan Cina mengetuai pentadbiran negara. Kuan Yew adalah pengasas PAP, yang pernah berkongsi sejarah dengan DAP suatu masa dahulu sebelum Singapura keluar daripada Malaysia. Apa maknanya pendirian Kuan Yew itu kepada rakyat Malaysia? Renungkan. - AWANG SELAMAT

Kata-kata hina oleh Anwar punca kekecohan



KUALA LUMPUR 26 Mei - Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai mendakwa kata-kata penghinaan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah merupakan punca berlaku kekecohan di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, malam semalam.

Ketuanya, Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan sengaja mencetuskan provokasi dengan melemparkan kata-kata nista supaya mereka yang menghadiri ceramah ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali bertindak balas.

Beliau berkata, sungguhpun begitu, pihaknya tidak segera bertindak sehinggalah tiba-tiba berlaku tindakan membaling beberapa objek keras oleh pihak yang tidak dapat dipastikan. 

"Akibatnya seorang ahli Pemuda UMNO cedera di kepala. Saya tidak mahu menuduh siapa yang memulakan kekecohan ini dan siapa yang membaling. Mustahil orang UMNO baling kepada orang UMNO sendiri.

"Ketika itu mangsa sedang duduk mendengar ceramah (Ummi Hafilda). Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran oleh jawatankuasa penganjur dan dimaklumkan mangsa menerima enam jahitan," katanya di Rumah Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Thamby Chik.

Beliau mengulas kekecohan ketika berlangsungnya sesi ceramah Anwar dan Ummi Hafilda yang diadakan bersebelahan di pekarangan pangsapuri berkenaan.

Akibatnya, dua lelaki yang hadir untuk mendengar sesi ceramah iaitu masing-masing seorang penyokong pembangkang dan seorang lagi penyokong kerajaan cedera di kepala selepas terkena balingan batu daripada kedua-dua belah pihak.

Ceramah Anwar dianjurkan oleh PKR Lembah Pantai manakala ceramah Ummi Hafilda dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Muslim.

Mohamad Sazali berkata, selain menghina, Anwar terus melakukan provokasi melalui maki-hamun sehingga keluar perkataan 'Pemuda UMNO sial' dan 'Pemuda UMNO celaka'. 

Sementara itu, Di PUTRAJAYA, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang ditemui ketika menghadiri pertandingan pasukan sorak sempena sambutan Hari Belia Negara hari ini berkata beliau memandang serius tuduhan tersebut. 

Katanya, tuduhan sedang disiasat kerana tidak mudah mengenalpasti individu yang memulakan kekecohan kerana adanya provokasi.-Utusan

Bukan Melayu tidak apa, asalkan Islam : Nik Aziz



MACHANG 26 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam. 

Beliau berkata, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara. 

"Bukan Melayu tidak apa, asalkan Islam. Islam dipimpin oleh pelbagai bangsa di atas muka bumi ini. Di Turki, Perdana Menterinya bukan orang Arab. 

"Kalau hendak bukan Melayu tidak apa asalkan Islam. Adakah negara demokrasi beri kepada orang komunis jadi pemimpin, adakah negara komunis beri orang demokrasi jadi pemimpin.

''Negara demokrasi dipimpin oleh orang amalkan demokrasi, begitu juga dengan negara komunis, maka di negara Islam, orang Islam harus menjadi pemimpin," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu), di sini hari ini. 

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyanggah hasrat Karpal yang akan berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. 

Sebaliknya Abdul Hadi menyifatkan kenyataan itu sekadar pandangan peribadi Karpal dan menegaskan Pas menyerahkan kepada ketetapan dalam resolusi pakatan pembangkang berhubung perkara itu. 

Sementara itu, Nik Aziz membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa pemimpin pembangkang mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu. 

"Terbalik, UMNO memang terbalik, parti dia pun dalam bahasa Inggeris. Hendak pimpin Melayu, tidakkah terbalik? 

"Dalam tragedi 13 Mei siapa buat karut kalau bukan UMNO di Kelantan walaupun majoriti Cina sikit, kalau kami nak ganyang habis-habisan pun boleh tetapi kami tak buat.

"Sekarang sudah mula UMNO buat ganas, tonggeng punggung, ini bukan budaya Melayu, orang Melayu beretika dan berakhlak, ini pelesit dari luar dibawa oleh UMNO," katanya.

-Utusan
 

Ummi Hafilda sedia ceramah di Permatang Pauh



NIBONG TEBAL 26 Mei - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali sedia berceramah di Permatang Pauh walaupun kawasan itu dikatakan kubu kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ummi Hafilda, beliau tidak gentar untuk menghadapi ribuan penyokong fanatik Anwar, malah percaya akan mampu menyedarkan orang ramai sikap sebenar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Saya tidak takut untuk masuk ke Permatang Pauh kerana pada 1998, saya ke mahkamah untuk menjadi saksi kes liwat Anwar dengan kehadiran puluhan ribu penyokongnya ketika itu. Jadi, saya tidak ada masalah untuk 'menggempur' beliau di kubunya sendiri.

"Bagaimanapun, saya berharap pihak-pihak berkenaan tidak menggunakan budaya samseng seperti menghalang kenderaan, membaling batu atau sebagainya. Jadilah lebih matang," katanya pada sidang akhbar sebelum memulakan ceramahnya di Sungai Kecil di sini malam tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai kekecohan ketika sesi ceramahnya dan Anwar yang diadakan sebelah menyebelah di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai kelmarin, Ummi Hafilda berkata, tuduhan Anwar bahawa UMNO mengupah samseng adalah mengarut.

"Saya melihat dengan jelas batu-batu itu dilontarkan oleh anak muda dari bahagian atas flat. Kita tidak boleh mengawal penduduk di situ yang jelas menunjukkan tindakan mereka membaling batu kepada Anwar kerana menolak kehadirannya di situ.

"Kenapa dia hendak menuduh dan menjerit 'Pemuda UMNO sial' sedangkan dia sendiri yang gemar membuat provokasi," katanya.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda turut melontarkan cabaran untuk Anwar, isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, abangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin supaya berdebat empat lawan satu dengannya.

"Kalau mereka yakin tidak bersalah dan berani kerana benar, mari berdebat dengan saya seorang. Saya sanggup dan bersedia," katanya.-Utusan

Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012 Capai Target : MB Khalid



Agenda Daily - MALU BESAR...itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.

Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.

Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.

Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.


Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.

Sebab apa... mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.

Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia diPutrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara, dengan kehadiran belia dari seluruh negara.

Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati  yang ada hanya petugas sahaja.

Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.



Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan.

Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.

Dalam erti kata lain, rugi besar.

Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA.

Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi, tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.

Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi, namum sehingga 10:24 pagi, majlis tetap tidak bermula.


Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis,ada  empat kaunter pendaftaran mengikut kategori  iaitu NGO, Orang Awam,Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), telah disediakan.

Manakala jika bilangan kerusi-kerusi yang diatur, diambil kira,sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang . 50 meja akan untuk 500 orang dan 2 skrin putih besar turut disediakan.

Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis tersebut pada pukul 9:00 pagi.

Pada ketika Exco PAS Selangor Dr. Yunus Hairi berucap jam 10:15 pagi, Anwar Ibrahim masih belum nampak kelibat dan batang hidungnya. Kehadiran pula tidak sampai 100 orang.

Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu. 

Tayangan terpaksa dibuat sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.

Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan. 

Mereka telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya mereka dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.

Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.

Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan ekoran kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang. 


Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.

Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'RAKYAT' sentiasa menyokong mereka.

Kalau bandingkan antara ehadiran di Shah Alam dan Putrajaya, bos-bos pembangkang di Selangor jenuh kena cari lubang cacing untuk sorok muka.- OLEH HELME HANAFI - 26/5/2012


Pelajar Jual Tubuh RM10?

Gambar Hiasan
 
KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.

 

Adv

Nuffnang 2