Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

23 May, 2012

Wajarkah PM berdebat dengan orang ini ?



Moderator debat antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengenai isu PTPTN Selasa malam cuba cetus sensasi pada ulasan akhirnya. 

Apa lagi kalau bukan cabarannya  supaya dianjurkan debat antara "Najib dan Anwar" menjelang PRU ke 13.

Moderator Dr Maszlee Malik bahkan bertanyakan 'beranikah' Najib menyahut cabaran tersebut...

Apakah Najib takut berdebat dengan Anwar? Bunyi cakap moderator itu nampak menjurus ke situ.

Ini kerana Anwar sudah berkali-kali kata beliau sedia berdebat dengan Najib.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih halus sebenarnya ini bukan soal berani atau takut.

Soalan yang betul sepatutnya : Wajarkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Hendak berdebat ini macam hendak bertanding tinju juga, mesti memenuhi syarat-syaratnya sebelum boleh kita atur pertandingan.
Apa syarat-syaratnya, pertama mesti ada dengan lawan yang bermaruah, punya kredibiliti khususnya dari segi  moral.

Kedudukan yang setara itu bukan soal pangkat semata tetapi lebih penting adalah kredibiliti, maruah diri dan penerimaan lawan masing-masing.

Rasanya soal yang tuan moderator itu patut renung-renungkan wajarkah Najib sebagai Perdana Menteri menerima cabaran dari seorang yang moralnya dipertikaikan?

Kalau ayat itu belum jelas...wajarkah Najib berdiri  sepentas berdebat dengan seorang yang dicurigai bintang porno yang video seksnya sudah disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulen.

Juga wajarkah Perdana Menteri berdebat dengan orang yang didakwa meliwat, dua kali di mahkamah terbuka dan mengambil pilihan membela diri tanpa bersumpah?

Fakta mahkamah jelas tertulis hitam putih Anwar bebas semata-mata kerana soal teknikal.

Itu baru soal moral dan kredibiliti, sebab jika di negara lain, termasuk Amerika Syarikat, pemimpin politik yang ada masalah moral berkaitan seks semuanya meletak jawatan.

Pemimpin di Turki, Indonesia,China, India hatta Russia sekalipun yang didedahkan mempunyai video seks atau skandal seks semuanya meletak jawatan.

Kecuali Anwar, beliau ketika didakwa atas tuduhan meliwat  pembantu sendiri pada Jun 2008, bukan meletak jawatan sebaliknya menyuruh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan beliau bertanding pilihanraya dan diangkat jadi ketua pembangkang.

Harus diingat, Anwar jadi ketua pembangkang selepas didakwa di mahkamah kali kedua berkaitan dengan tuduhan sama iaitu meliwat.

Kes ini adalah rekod, kali pertama di dunia, sebab di Amerika ketika Bill Clinton dituduh terlibat dengan skandal seks, Demokrat yang dipimpinnya kalah pilihanraya dan karier politik beliau diambil alih isterinya Hillary, yang kini merupakan Setiausaha Negara Amerika.

Kecuali Anwar, orang Utara kata terbalik kot, beliau dituduh ada skandal seks, isterinya pulak yang merupakan MP dan ketua pembangkang kena letak jawatan untuk beri laluan kepadanya.

Apa punya turrr....

Jadi apakah perlu Najib melayan orang yang begini, hendak berdebat sepentas dengan beliau, yang secara tidak langsung mengesahkan keabsahan Anwar sebagai pemimpin dengan kredibiliti, maruah dan moral yang setara?

Soal penyokong pembangkang boleh hidup dengan buat muka tebal ...itu soal mereka. Soal Anwar sendiri tidak malu itu masalah peribadinya, tetapi Najib sebagai pemimpin sebuah negara berdaulat perlu ada rasa malu untuk berdiri sepentas dengan orang yang dicurigai 'aktor porno' ini.

Siapa boleh lupa klip video dia dok kibas boxer putih lepas baik punya balun amoi itu...  

Ya ampunnnn....kata orang di tanah seberang, Indonesia.

Itu baru hujah kredibiliti dan moral belum lagi soal hujah kedudukan Anwar sebagai pemimpin yang dipilih secara demokratik.

Najib dipilih oleh ahli UMNO jadi  Presiden. Presiden UMNO dipilih oleh BN jadi Perdana Menteri, semuanya berdasarkan proses pemilihan yang dibuat berdasarkan sistem demokrasi.

Soalnya, macam mana Najib hendak berdebat dengan Anwar, dalam ruang demokratik, sedangkan fakta di depan mata ialah status quo Anwar yang tidak dipilih secara demokrasi.

Jawatan beliau tidak dipertandingkan, jawatan tertinggi dalam PKR adalah presiden, bukannya penasihat atau ketua umum.

Jadi apa locus standi Anwar hendak dakwa dirinya pemimpin sebuah parti  jika beliau tidak dipilih secara demokratik oleh ahli partinya sendiri?

Anwar dipilih jadi ketua pembangkang di Parlimen bukan sebab partinya mempunyai kerusi paling banyak, tetapi kerana PAS dan DAP yang melantiknya sebagai ketua kerana mereka tidak mempunyai pemimpin yang diterima kedua-dua pihak untuk jadi ketua.

Jumlah MP PKR yang menang 2008 adalah 31 orang, yang keluar parti jadi bebas lima orang, jadi 27 MP yang tinggal.

DAP menang 28 kerusi Parlimen dan kekal, PAS menang 24 kerusi Parlimen tambah satu di Kuala Terengganu yang dimenangi dalam pilihanraya kecil.

Atas kertas sekarang ketua pembangkang sepatutnya dari DAP, bukan PKR, tetapi sebab PAS dan DAP berbeza ideologi, dan akan bangkang jika dicadangkan makanya dipilih Anwar jadi orang tengah.

Sekali lagi dari segi demokrasi Anwar tidak ada locus standi untuk jadi ketua pembangkang kecuali kerana keterbatasan pemimpin dalam pakatan pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, ramai percaya, dengan segala pengalaman, rekod kerja, keyakinan diri, wawasan dan semangat setiakawan BN, Najib langsung tidak takut berdebat dengan Anwar.

Lebih melucukan semua orang tahu ketika pemilihan parti yang kononnya perjuangkan demokrasi sana sini dicemari dengan acara 'baling kerusi'.

Isteri jadi presiden, bekas pegawai sulit jadi timbalan presiden, anak dan peguam jadi naib presiden...

Apakah hina sangat Presiden UMNO untuk berdebat dengan pemimpin dari parti yang begini?

Lebih jauh dari itu Anwar yang hanya bijak bercakap bukan seorang yang 'walk the talk'.

Dia boleh janji bulan dan bintang hanya untuk dapat jawatan,dan kemudian dengan 'tebal muka' nya buat-buat lupa apa yang dijanjikannya.

Seperti yang jadi kepada penduduk Kampung Pala di Pulau Pinang,juga seperti fakta yang dibacakan oleh Khairy ketika menggulung debatnya.

"Jika pendidikan pra sekolah yang dalam manifesto PKR 2008 pun tidak dapat diberikan secara percuma selepas menang, janganlah janji pendidikan di peringkat lebih tinggi,"

Anwar hanya mahu menjadikan debat dengan Perdana Menteri bagi ' mengsucikan ' imej dan kredibiliti yang tercemar oleh dakwaan kebuasan nafsunya sendiri.

Siapa tidak mahu dapat duduk sepentas dengan Perdana Menteri untuk menjadi tatapan rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa.

Sayang sikit tuan moderator itu tidak melihat dari aspek ini. Cabaran populis itu memang mudah menarik tepukan gemuruh. Semua suka tengok orang bertinju.

Ingat ungkap kata Inggeris : mirror...mirror ..on the wall. Elok sekali tuan moderator mengesyorkan agar Anwar jeling-jeling dulu pada cermin sebelum nak mengidam berentap atas pentas dengan Perdana Menteri .

Ini bukan takut...ini soal maruah.- 23/5/2012- OLEH HELME HANAFI

-Agenda Daily

Debat PTPTN dengan Khairy: Harap-harap budak tadika Selangor tidak ketawakan Rafizi



Agenda Daily - Hangat memang hangat...dan cakap boleh cakap .Ini mengenai debat isu PTPTN antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian di Shah Alam Selasa malam. 

Ada yang kata susah nak buat satu penilaian kerana nampak macam kedua-dua tokoh muda ini sama hebat dan sama mantap semasa perdebatan sejam setengah yang disiar secara langsung menerusi Astro Awani dan Radio Bernama24.

Namun sebilangan ramai yang tertarik bila Khairy sudah 'kunci' Rafizi dalam pengulongannya tentang kegagalan kerajaan negeri Selangor sendiri menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihanraya Mac 2008 dulu.

Banyak memang banyak.Ini termasuk janji pendidikan percuma peringkat tadika.

Kata Khairy kalau janji tentang pendidikan tadika sendiri tidak mampu tunai apa guna cakap bab-bab yang lebih besar yakni menghapuskan PTPTN dan dasar-dasar hebat lain.

Apa yang dikata oleh Khairy itu bukan cerita dongeng.Ia kenyataan yang satu dunia tahu bagaimana kerajaan PKR Selangor mungkir janjinya sendiri.

Mengambil kira dari fakta itu sahaja Rafizi tidak harus ambil hati jika ada komentar yang tidak segan kata : sembang bolehlah.

Bagi yang suka dibuai laju-laju memang syok mendengar hujah-hujah Rafizi mengenai perancangan pakatan pembangkang yang bernada ' bulan dan bintang' macam Buku Jingga segalanya boleh beres dalam 100 hari berkuasa.

Sebagai seorang akauntan bertauliah,Rafizi memang boleh main dengan segala macam angka konon untuk tunjuk PTPTN wajar dihapuskan.

Bukan susah naik main sentimen orang.Siapa tidak suka janji segalanya free.

Kata orang bodoh sangat kerajaan Barisan Nasional tidak mahu bagi pendidikan percuma dengan mansuhkan PTPTN jika ia satu langkah yang lojik.Undi...siapa tidak mahu undi.

Semua orang tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pemangku Perdana Menteri waktu PTPTN diluluskan kerajaan pada tahun 1997 ' tak bising apa-apa' waktu itu.

Otai DAP, Lim Kit Siang malah menyokongnya.

Rafizi cuba bermain dengan sentimen yang menjadi bahan pasar malam pembangkang yakni trademark BN....rasuah...rasuah...koroni...kroni.

Entahlah mungkin Rafizi masih sekolah lagi masa Anwar jadi Menteri Pendidikan,Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Elok sangat Rafizi cuba korek cerita ada tidak Anwar kain dengan kroni atau politik wang.

Sebab itu cakap memang boleh cakap.

Anwar ialah 'saksi hidup' orang yang pernah berkuasa...dan cukup berkuasa kerana pernah cukup dipercayai oleh Tun Dr Mahathir sebelum Ketua Umum PKR itu ' buat hal'.

Siapa yang tidak tahu tentang istilah 'orang Pak Sheikh' waktu zaman kegemilangan Anwar.

Rafizi boleh minta Kit Siang dan Datuk Seri Haji Hadi Awang tolong cerita kisah-kisah Anwar tentang zaman itu.

Itu zaman ada kuasa.Sekarang zaman mengidam kuasa.

Di Selangor sudah berkuasa.Kalau janji pendidikan tadika percuma tak ditunai....rasanya buang masa Rafizi bakar lilin siang malam buat kajian segala macam untuk berdebat dengan Khairy.

Kayu ukurnya yang utama ialah cakap boleh pakai atau tidak.

Rafizi kena gempur Tan Sri Khalid Ibrahim tanya kenapa kerajaan PKR Selangor malukan pakatan pembangkang cakap tak serupa bikin.

Anwar jangan cuba nak menyorok.Rasanya macam kenal siapa pegang jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.

Bukankah Hamba Allah yang sama yang pernah pegang jawatan Menteri Kewangan nak bangkrapkan negara masa krisis ekonomi 1997 dulu kerana cuba berjinak-jinak dengan IMF.

Jangan lupa pergi ke Kedah dan ke Pulau Pinang sama.Di negeri itu juga banyak janji pilihanraya 2008 yang tidak ditunai.

Kelantan...tak payahlah pergi ganggu untuk peningkan kepala Tok Guru Datuk Nik Aziz sangat...ini kerana bab air bersih negeri itu masih belum selesai-selesai setelah lebih 20 tahun perintah.

Cakap memang boleh cakap.Janji siapa boleh janji.Debat siapa boleh debat.

Harap-harap budak-budak tadika di Selangor tidak ketawakan Rafizi.

Janji pada mereka pun tak tunai...ini nak janji pada budak universiti pula.-23/5/2012


VIDEO PENUH RAKAMAN DEBAT PTPTN KJ VS RAFIZI

Adv

Nuffnang 2