Pesanan AC
Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.
Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.
Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:
E-mail: telebihsudah@gmail.com
Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.
Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:
E-mail: telebihsudah@gmail.com
22 May, 2012
PAS: No plans for discussions with Umno
PETALING JAYA, Malaysia - There will not be any muzakarah (discussions) with Umno, said PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali.
He said the party's statement that it was open to dialogue with any group, including political parties, had been misinterpreted.
"There was never an intention to have a muzakarah with Umno.
"We only said that we were prepared to clarify any confusion about the party to any group," he said yesterday.
He added that the party planned to organise a programme to explain the issue to the people.
This follows reports that PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat, who previously snubbed the idea, had rekindled the issue
with an offer to have a muzakarah with Umno before the elections.
Nik Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar, had said that Umno
must first change its nationalist policy to one that was Islam-based and
must also accept PAS allies PKR and DAP as partners.
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, during a press
conference earlier, had clarified that the party would not be holding a
muzakarah with Umno.
- AsiaOne.com
Shamsidar Tak Mahu Komen...Wan Azizah Lambai Tangan...
![]() |
| Mata Shamsidar tetap pada Skandalnya Anwar |
Agenda Daily - Antara yang mencuri perhatian semasa prosiding pendakwan terhadap Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana kes Bersih pagi Selasa tentulah
kehadiran Shamsidar Taharin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sama.
Isteri Azmin Ali itu tampil dengan pakaian warna cream hampir sama dengan warna dipakai suaminya.
Sewaktu di bilik mahkamah beliau asalnya tidak duduk sekali dengan Wan Azizah.
Beliau duduk di barisan belakang wartawan bersama beberapa penyokong pembangkang lain di situ.
Ini sehinggalah ada anggota keluarga Anwar bagi isyarat memanggilnya agar duduk sama dengan Wan Azizah.
Gerak geri mereka terus menjadi perhatian wartawan yang membuat
liputan.Mereka nampak bersembang beberapa ketika semasa duduk bersama.
Kemudian kedua mereka ikut serta suami masing-masing semasa hendak
membayar wang ikat jamin RM500 yang dikenakan untuk pertuduhan pertama
kes itu.
Ditemui wartawan Agendadaily untuk mengulas dakwaan adanya
skandalnya dengan Anwar yang heboh kebelakangan ini,Shamsidar dengan
nada bersahaja kata..."saya tak mahu komen...saya tak mahu komen".
Sementara itu Wan Azizah yang lihat wrtawan Agendadaily hendak
menyapanya terus lambai tangan isyarat tak mau cakap.- 22/5/2012 - OLEH
NOOR HASILAH ISMAIL
LUBANG SUDAH PECAH!!
Apa nak jadi nie dulu bapaknya kena dedah akan tetapi kini tiba pulak giliran Nurul Izzah pulak.Kalau orang luar tue susah skit nak pecaya akan tetapi kali nie orang sendiri der.....Bab yang MKP janjikan tunggu ajelah Parlimen Bubar .Berikut dedahan dari M. Parthiban yang MKP ambil dari Agenda Daily....
TIBAI menurunkan barisan penceramah yang sama di Gombak dan Ampang cuma yang istimewa di Lembah Pantai ini adalah kemunculan yang tidak disangka-sangka, M. Parthiban yang merupakan bekas pegawai khas Nurul Izzah.
M. Parthiban (gambar) yang terima sms ugutan sejurus sebelum berucap bagaimanapun meneruskan ucapannya dan menceritakan perangai sebenar Nurul Izzah sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan.
Sebelum itu, M. Partibhan yang yang menyertai PKR sejak 12 tahun lalu umum keluar dari parti itu bersama lebih 200 anggota cabang Lembah Pantai dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai itu berkata apa yang digambarkan oleh PKR mengenai Nurul Izzah kononnya bekerja di atas dasar telus dan bersih adalah pembohongan semata-mata.
"Saya tidak sanggup bekerja lagi dengan manusia yang bermuka-muka sepertinya dan telah meletakkan jawatan. Beliau tidak pernah menjalankan kewajipan sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai.
"Beliau tidak pernah bertemu masyarakat apatah lagi melawat orang uzur, sakit atau ditimpa kematian di Lembah Pantai. Perkataan yang selalu digunakannya adalah I'm rushing, I'm rushing. Anda boleh bertanyakan kepada wartawan Sinar Harian jika tidak mempercayai kata-kata saya," tegas M. Parthiban di hadapan lebih 2000 hadirin.
"Saya telah menjalankan tugas sebagai pengarah kebajikan dan kemasayarakatan di seluruh Lembah Pantai untuknya. Segala masalah penduduk telah saya unjurkan kepada beliau melalui email.
"Yang mendukacitakan, apabila beliau (Nurul Izzah) berjumpa wartawan, mula berlakon untuk mendapatkan populariti seolah-olah turun padang dan mendapatkan semua maklumat dari penduduk. Nurul Izzah hanya tahu menyelit dicelah-celah aktiviti yang diusahakan oleh saya.
"Saya boleh cabar dan bertanya kepadanya kerana beliau memang tidak tahu dimana Lorong Asrama, dimana lokasi-lokasi lain di sini," kata M. Parthiban.
"Saya dipanggil kembali dan dipujuk oleh Nurul Izzah untuk menarik kembali perletakan jawatan kononnya ada imbuhan di Selangor. Saya juga telah dipanggil beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua Kelab Penyokong Pas tanpa memberikan sebarang alasan yang konkrit," ujar M. Parthiban.
Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...
Jumpa lelaki dalam almari anak
KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui
anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik
dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi,
di sini.
Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.
Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas
ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan
mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.
Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.
Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk
pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak
memecahkan pintu.
Harian Metro
Nazmi Faiz Sah Bermain di Eropah, Kontrak tiga Musim Bersama Beira-Mar
PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan
telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga
Jun 2015.
Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:
"Insya-Allah
saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat
Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima
kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong
saya."
Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara lain
menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab
liga divisyen satu itu. Nazmi Faiz mencipta sejarah apabila menjadi
pemain Malaysia yang pertama bermain di Eropah. Pemain muda ini telah
menandatangani kontrak bersama Beira-Mar untuk tiga musim yang akan
datang.
Nazmi hadir untuk sesi pemilihan minggu lepas telah berjaya
menambat hari pihak pengurusan kelab tersebut yang merasakannya
mempunyai potensi yang amat besar di Eropah.
Pada usia yang begitu muda, pemain kebangsaan Malaysia bawah
21 tahun dan 23 tahun ini telah menjadi pemain pertama yang berhijrah ke
kelab itu.
"Sukar saya nak gambarkan perasaan ini. Ini adalah peluang terbaik saya dan saya telah berjaya.
Bermain
di Eropah adalah impian saya selama ini. Saya berasa amat gembira dan
berkeyakinan tinggi untuk terus maju ke hadapan. Saya sukakan Beira-Mar
semenjak pertama kali menjejakkan kaki di sini. kata pemain Malaysia
itu."
"Saya berasa amat lega diterima bermain dan akan
sentiasa mematuhi arahan pengurus, Ulisses Morais dan Kapten Pasukan,
Hugo. Teguran dan didikan mereka amat berharga buat saya."
"Saya juga akan bermain sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik dan membanggakan negara saya, Malaysia." kata Nazmi.
UiTM Sedia Tawar Tempat Kepada Pelajar Yang Gagal Ke IPTA
JELI, 21 Mei - Universiti
Teknologi Mara (UiTM) bersedia menawarkan tempat kepada pelajar yang
gagal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
yang dipilih, melalui satu program khas 'Jelajah Destini Anak Bangsa
1Malaysia' yang diadakan di seluruh negara.
Naib
Canselornya Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata menerusi
program itu yang diadakan di sembilan buah negeri setakat ini,
universiti berkenaan menawarkan hampir 4,000 tempat kepada pelajar yang
memenuhi syarat minimum kemasukan.
"Kita
sedia tawarkan 10,000 tempat bagi pelajar mengikuti pengajian di
peringkat pra diploma selama 16 minggu terlebih dahulu di kampus
cawangan UiTM seluruh negara.
"UiTM
dengan kerjasama Gerakan Destini Anak Bangsa akan turun padang melihat
pelajar yang tidak mendapat tempat bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA
dan mencari dan membantu mereka dalam kalangan keluarga miskin yang
tidak mampu membiayai pengajian," katanya.
Beliau
ditemui pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran kemasukan ke
UiTM dan sesi taklimat kemasukan menerusi program Jelajah Destini Anak
Bangsa 1Malaysia, yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pondok Moden Jeli, di sini,
Isnin.
Sahol
Hamid berkata program itu juga selaras dengan permintaan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu UiTM menjelajah ke setiap
pelusuk termasuk di luar bandar bagi membantu anak-anak bangsa supaya
tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Beliau
berkata program itu juga adalah untuk menyampaikan aspirasi kerajaan
bagi memberi peluang kedua kepada pelajar dan membantu mereka yang
kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian.
"Program ini akan diperluaskan termasuk ke Sabah dan Sarawak dalam tempoh terdekat," katanya.
Beliau
berkata kerajaan sedar peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi semakin sengit dan atas beberapa faktor menyebabkan
pelajar yang tinggal di luar bandar tercicir.
"Dengan
adanya program ini, mereka berpeluang meneruskan pengajian di UiTM dan
memilih bidang pengajian yang sesuai di peringkat diploma dan seterusnya
ke peringkat ijazah," katanya. - BERNAMA
Saya Tak Bertanding Dalam PRU-13, Tegas Wardina
MyNewsHub - Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot atau
lebih dikenali sebagai Wardina Safiyyah nafi akan bertanding mewakili
mana-mana parti politik termasuk dalam Pakatan Rakyat di pilihan raya
umum ke 13 akan datang.
Menurutnya, bukan saja tidak bertanding,
dia juga tidak bercadang untuk bergiat aktif dalam politik seperti mana
yang digembar-gemburkan.
” Saya ingin tegaskan yang saya
tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan
tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini.
” Saya tidak suka spekulasi
begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada
penyokong kerajaan mahupun pembangkang,” tegasnya pada Mynewshub.my di sini hari ini.
Beliau turut mengulas bahawa jangan
disebabkan oleh perbezaan fahaman politik hingga boleh menjejaskan
perhubungan kekeluargaan serta rakan-rakan.
Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa
kecewa apabila beberapa peminatnya berkongsi artikel yang mengaitkan
beliau dengan politik serta rasa kesal dengan penulis blog politik yang
mengaitkan nama beliau secara semberono.
Pada masa yang sama, beliau tidak
menafikan yang ada beberapa pemimpin parti-parti politik yang mengajak
beliau bergiat aktif dan bertanding pilihan raya.
Namun menurut Wardinah, buat masa ini beliau lebih mengfokuskan perhatiannya kepada keluarga dan kerjaya.
Pada masa yang sama, katanya, dia juga sedang sibuk melanjutkan pelajarannya.
Oleh: HARITS ASYRAF
Labels:
Berita,
Pakatan Rakyat,
Politik
BERSIH 3.0: Anwar, Azmin, Chegubard Didakwa Hari Ini
MyNewsHub - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali akan didakwa hari ini berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman
untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua
pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.
Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi hari ini.
Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.
Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188
Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34
kanun yang sama.
Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang
yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan
Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @
Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki
Asyraf Zubir pada 26 April.
Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.
Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0
yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan
tersebut.
Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun
Keseksaan (Akta 574).
Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan
bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98
Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.
Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen
4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 4(3) Akta yang sama.
Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi
mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012
yang luluskan baru-baru in.
Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar – Ibrahim Yaacob –
mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam
2.40 petang kelmarin.
“Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis
disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di
dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya,” katanya dalam
jawapan SMS kepada Malaysiakini.
Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan
(Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2)
Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen
4(3).
“Kita akan jumpa mereka di mahkamah…,” tegas Ibrahim
Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR
Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai
CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih
belum dapat disahkan.
Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua
Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun
Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa hari ini.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Azmin Ali,
Bersih 3.0
Subscribe to:
Posts (Atom)









