MyKMU - Nama Irshad Manji tiba-tiba menjadi
popular sekelip mata di negara ini apabila kehadirannya untuk
melancarkan buku karangannya yang bertajuk “Islam, Liberty and Love”
telah mencetus kontroversi di kalangan umat Islam di negara ini.
Irshad Manji merupakan seorang penyokong
LGBT yang sebelum ini mengaku dirinya lesbian dan pernah pernah
mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan serta kemarahan umat
Islam di seluruh dunia bertajuk “The Trouble With Islam Today”.
Buku karangannya itu dikatakan sama dan mengandungi idealisme sama seperti penulis novel “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.
Namun, tiba-tiba saja PAS berpura-pura
menentang dan marah pada Irshad Manji. Kononnya, merekalah yang paling
awal menentang kemasukan wanita gila itu ke Malaysia.
Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan
Man pula cuba jadi “hero” isu ini apabila menyalahkan kerajaan kerana
membenarkan Irshad Manji masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan.
Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim
menegaskan bahawa kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan
kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan wanita yang
mencetus kemarahan umat Islam itu.
Peliknya, “kuman di seberang laut PAS nampak, tapi gajah di depan mata PAS tak nampak langsung”!
Irshad Manji menyokong kuat golongan
LGBT, sama seperti Ambiga Sreveenasan yang juga menyokong LGBT di negara
ini. Malah Ambiga begitu berani menganjurkan program Seksualiti Merdeka
dengan tema “Queer without fear”.
Irshad Manji juga sealiran dan sama
fahamannya dengan Salman Rushdie, samalah seperti Anwar Ibrahim yang
pernah sepentas bersama Salman Rushdie di sebuah persidangan, India
Today Conclave 2012, yang berlangsung di India sebelum ini.
Jika benar PAS benar-benar marah, benci,
membantah dan melarang Irshad Manji menjejakkan kaki di negara ini,
mengapa pula PAS menyokong dan sanggup bersekutu dengan Ambiga yang
terbukti menyokong LGBT dan menyokong agenda murtad?
Mengapa PAS tidak mendesak kerajaan agar
menghalau Ambiga dari Malaysia sebagaimana yang dilakukan terhadap isu
Irshad Manji ini?
Dan mengapa pula PAS sanggup berpeluk,
bersekutu dan menjalin “brotherhood” dengan Anwar Ibrahim yang sama
fahamannya dengan Salman Rushdie dan Irshad Manji?
Kenapa PAS tidak putuskan saja hubungan dengan PKR yang berkiblatkan Anwar?
Kerana kuasa, bukan? Kerana PAS mahukan
sedikit kuasa politik di negara ini, maka PAS sanggup bersekongkol
dengan penyokong kuat Seksualiti Merdeka, peruntuh aqidah ummah, rakan
sepentas Salman Rushdie dan “berlakon” seolah-olah bencikan Irshad
Manji?
Rakan sekutu begitukah yang diluluskan oleh Dewan Majlis Syura PAS tanpa sebarang “muzakarah” atau “tender terbuka”?
Sepatutnya, Tuan Ibrahim patut berasa
malu dengan kenyataannya yang kononnya mengaku “paling awal” membantah
program Irshad Manji.
Padahal, Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir, lebih awal lagi menyatakan penyiasatan
dan pengharaman sebarang program yang berkaitan dengan penulis wanita
sesat itu sebelum 17 Mei lagi. Tuan Ibrahim pula baru “memekak” pada 19
Mei?
Dan atas arahan kerajaan jugalah maka
program Irshad Manji telah berjaya disekat dan dibatalkan oleh JAIS di
sebuah kolej swasta di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu!
Mujurlah Jabatan Perdana Menteri
bertindak lebih pantas melalui JAIS. Kalau nak diharapkan “Exco Agama
Selangor” sekarang, jangan haraplah Irshad Manji boleh disekat.