MyKMU - Konsep dan tujuan “muzakarah” yang
dikatakan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, di antara partinya
dengan mana-mana pihak, sama ada UMNO atau Majlis Fatwa Kebangsaan,
sebelum ini terjawab apabila penjelasan mengenainya dibuat semalam.
Dalam kenyataan terbaru Nik Aziz semalam,
dia menjelaskan bahawa “muzakarah” tersebut adalah untuk menjelaskan
tentang kewajaran PAS menggunakan perkataan “Islam” pada nama partinya,
dan BUKAN SEKALI-KALI UNTUK BEKERJASAMA UNTUK MENYATUKAN UMAT ISLAM DI
NEGARA INI.
Pada Nik Aziz, dia menyatakan bahawa
tiada akan timbul lagi sebarang muzakarah untuk melakukan kerjasama
dengan UMNO meskipun tindakan itu dilihat mampu menyatukan kembali umat
Islam yang terpisah di negara ini hanya kerana POLITIK.
Sebenarnya, saya agak kecewa dengan
kenyataan Nik Aziz itu. Masih belum berubah lagi Mursyidul Am ini
walaupun sudah beberapa kali dikejarkan ke ICU. Meskipun hampir hilang
nyawa, dia masih kekal degil enggan melihat perpaduan di kalangan umat
Islam di negara ini.
Astaghfirullahil’azim. Saya mengeluh
panjang. Namun selepas berfikir panjang, saya berpendapat bahawa mungkin
ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mungkin Nik Aziz cuba
mengekalkan dirinya sebagai “ulama us-suuuk” di mata umat Islam di
Malaysia sehingga ke akhir hayatnya.
Malah, apa yang lebih saya kesali ialah
beberapa kenyataan dari para pemimpin PAS seperti Mustapha Ali yang
menyindir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
menerima baik sekiranya PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO.
Mustapha Ali kata Muhyiddin salah faham
atau berpura-pura tidak faham. Dan lebih sadis, dia menyatakan bahawa
sebarang usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO di bawah satu bumbung sudah
“mati”.
Maknanya, para pemimpin PAS menjatuhkan
hukum tidak mungkin ada tali persaudaraan yang akan menyatukan umat
Islam di negara ini lagi.
Saya tertanya-tanya, apakah perkataan
“Islam” pada nama PAS itu lebih penting, lebih afdhal dan lebih mendapat
keredhaan Allah SWT berbanding perpaduan umat Islam di Malaysia yang
sudah dipisahkan PAS lebih 50 tahun yang lalu?
Penting sangatkan nama itu sehingga menafikan tali silaturrahim sesama saudara seagama sendiri?
Susah dan haramkah hukumnya duduk semeja
berbincang dan bermuzakarah bersama saudara seagama demi memikirkan
tentang perpaduan umat Islam yang bernaung di bawah PAS bersama UMNO?
Lebih pelik lagi ialah pendirian PAS dan
Nik Aziz apabila mereka tidak perlu pun bermuzakarah pun untuk bersatu
dengan DAP yang menjadi musuh ketat yang pernah digelar “SETAN” oleh Nik
Aziz sebelum mereka bersekutu dahulu.
Meskipun PAS menganggap DAP sebagai parti
“kafir harbi” yang perlu ditentang suatu masa dahulu, mereka lebih suka
berpeluk dengan parti yang menolak Islam secara total itu berbanding
bersama UMNO di bawah payung BN.
Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah di
sebalik insiden “gimik” murahan yang mengecewakan ini. Namun saya parti
bahawa Allah SWT lebih arif untuk membalas “loyar buruk” PAS yang
mempermainkan tali silaturrahim di kalangan umat Islam di negara ini.
Apapun, insyaAllah, UMNO akan terus gagah
menjamin dan mengotakan segala kemampuannya sebagai tunjang kuasa untuk
mentadbir negara ini dengan baik, adil dan berpaksikan Islam secara
wasatiah di dalam mencari keredhaan Allah.
Nak harapkan PAS? Biarlah dia “mati”
bersama DAP dan mungkin Lim Kit Siang nanti boleh tolong talkinkan
mereka di pusara masing-masing! Atau mungkin Allah akan berikan
hidayahNya untuk berubah untuk bersama BN suatu hari nanti…?
AC kata: "PAS sedia bermuzakarah dengan UMNO tapi dengan syarat, UMNO kena terima Pakatan Rakyat termasuk DAP". Inilah syarat yang diletakkan Nik Aziz untuk bermuzakarah dengan UMNO. Bodoh terlampau, tujuan bermuzakarah ini adalah untuk menyatukan orang Islam, bukannya nak bersatu dengan DAP kafir tu.
Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...