Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

19 May, 2012

ADAKAH INI DIKATAKAN BERMARUAH?





Melihat pada gambar-gambar tunjuk punggung di atas, timbul rasa malu AC sebagai blogger yang sayangkan parti UMNO.

Rasanya seperti tak nak mengaku sebagai seorang penyokong UMNO/BN.

AC tertanya-tanya di manakah kewarasan akal fikiran para peserta perhimpunan Aman yang menyertai perhimpunan di hadapan Rumah Pengerusi Bersih 3.0 Ambiga.

Mungkin ada di antara blogger ataupun penyokong UMNO/BN yang menyokong tindakan mereka ini, tetapi AC yakin tidak kurang juga terdapat segenlintir individu yang kurang senang melihat tindakan mereka ini yang tidak ubah seperti kebudak-budakan.

AC akui, AC adalah blogger pro-kerajaan atau lebih senang dikatakan sebagai blogger pro UMNO/BN. Namun AC bukanlah seorang blogger UMNO/BN.

Mungkin ada diantara anda yang tidak faham dengan kenyataan AC.

AC mengatakan AC bukan seorang blogger UMNO/BN.

Dalam situasi ini, AC bukan blogger UMNO/BN kerana AC tidak bertuankan kepada siapa-siapa. AC tidak dinaungi, ataupun bernaung dengan mana-mana pihak. Ini bermakna AC adalah blogger tidak berbayar.

Atas sebab itu AC katakan  AC bukanlah blogger UMNO/BN. Walaupun pada hakikatnya, artikal yang terkandung dalam blog AC lebih memihak kepada UMNO/BN, tetapi ini bukanlah disebabkan kerana AC seorang blogger UMNO/BN. Ini adalah kerana AC merupakan seorang blogger yang sayangkan UMNO. 

Disebabkan AC sayangkan UMNO maka AC memilih untuk menjadi blogger PRO UMNO/BN, dan bukannya blogger UMNO/BN. 

Berbalik kepada gambar di atas. 

AC kurang setuju dengan perkara kebudak-budakan seperti ini. Menonggeng seperti ini bukanlah satu tindakan rasional yang sepatutnya dilakukan oleh individu yang menggunakan akal fikiran. Apa faedah yang UMNO/BN dapat daripada perbuatan seperti ini? Rasanya dari segi kebaikan pastinya tidak ada, tetapi yang pasti mereka di sebelah sana sedang memperlekehkan dan mentertawakan kita.

AC bukannya menyebelahi pembangkang.

Satu-satunya kejayaan yang dicapai oleh pesara tentera ini dengan menonggeng depan rumah Ambiga adalah, keputusan Ambiga untuk membatalkan atau tidak akan mengadakan Bersih 4.0.





Jika dibandingkan dengan Bersih 3.0 28 April 2012 lepas, mungkin tindakan segelintir vateran tentera ini dilihat masih bertamadun tetapi agak kebudak-budakan.

UMNO telah berusia 66 tahun, sepatutnya ahli UMNO juga harus bersikap lebih matang dan bukannya bersikap kebudak-budakan.

Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku. AC percaya, UMNO/BN selalunya mengambil pendekatan professional dalam banyak hal. Jadi setiap ahli UMNO juga harus menerapkan sikap professional dalam diri masing-masing.

AC juga yakin, sikap professional akan membuatkan pihak di sebelah sana respect dengan UMNO/BN.

Jangan dek kerana tindakan segelintir individu ini, nama baik UMNO yang gah selama ini dicalit najis.

Aku sayang UMNO.


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...

KANTOI SOROK AWEK DALAM TANDAS



Batu pahat – Taktik seorang lelaki menyembunyikan kekasihnya dalam tandas sebuah hotel tiga bintang di sini tidak menjadi selepas penguat kuasa jabatan agama daerah menjumpai sepasang kasut wanita di bilik berkenaan.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohad Sopah, berkata, penemuan kasut wanita itu menyebabkan pihaknya memeriksa keseluruhan bilik dan menemui seorang gadis di dalam tandas bilik itu.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan kira-kira jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya mengaku menginap sendirian di hotel tersebut sebelum tembelangnya pecah.

Lelaki itu,katanya, hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju sejurus membuka pintu bilik berkenaan selepas diketuk beberapa kali penguat kuasa.

“Selepas disoal, lelaki itu kemudiannya mengaku teman wanitanya ada bersama dalam satu bilik dan sedang bersembunyi dalam bilik mandi akibat terlalu panik.

“Setelah dijumpai di bilik mandi, wanita berkenaan diperiksa pegawai wanita dan jelas wanita itu tidak mengenakan sebarang pakaian dalam,” katanya.

Pihaknya difahamkan, lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar teman wanitanya yang juga seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di sini.

Akibat terlalu kepenatan memandu, pasangan kekasih itu, katanya, mengambil keputusan untuk menginap di hotel berkenaan sebelum diserbu pihak berkuasa.

“Kedua mereka berasal dari salah sebuah negeri di pantai timur negara dan masing-masing berusia 23 tahun dan mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. -Sinar Harian

-Maksiatkini
 

SEDUTAN TERJEMAHAN TEMUBUAL TUNKU ABDUL AZIZ DENGAN THE STAR



Terjemahan temubual bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan The Star Rabu.

S: Bagaimana malam tadi (selepas umum keluar DAP) ?

A: Saya fikir ia lancar, telefon saya tidak berhenti berdering selama dua jam. Saya terpaksa untuk mematikannya kerana terlalu banyak panggilan masuk dan juga  SMS yang diterima dari seluruh negara.

S: Adakah anda tahu berapa banyak panggilan anda terima?

Cukup banyak, Ssaya tidak tahu siapakah mereka, kerana mereka bukan orang yang  saya kenali, kerana jika tidak nama mereka akan muncul di skrin. Saya percaya sesetengahnya mungkin wartawan, saya jawab hanya satu, yang saya kenal (wartawan) dari Sin Chew, saya katakan bahawa tiada apa lagi yang hendak dikatakan malam ini selepas apa yang saya katakan di TV.
 
S: Adakah terdapat panggilan dari pemimpin-pemimpin parti DAP?

Tiada. Tiada sesiapapun. Mesej yang datang daripada ahli parti. Semua mengatakan bahawa mereka menghormati keputusan saya dan mereka dan kesal kerana saya telah membuat keputusan untuk keluar parti.

S: Adakah anda memberitahu pemimpin DAP sebelum perletakan jawatan anda disiarkan media bahawa anda akan berhenti?

Sebelum ini, sejurus selepas Bersih, saya telah sebutkan dalam e-mel saya kepada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) bahawa memandangkan apa yang mereka katakan bahawa wujud sentimen (rasa tidak puas hati) terhadap saya. Saya kata, saya akan meletakkan jawatan dari CEC. Dan selepas waktu yang sesuai, saya akan meletak jawatan dari parti jika ia akan memulihkan keharmonian dalam DAP. Mereka tidak menjawab, tetapi Lim Kit Siang ada datang ke rumah saya, dua kali, yang pada dasarnya untuk mengatakan bahawa beliau berharap sangat ia tidak berlaku (letak jawtan dan keluar parti).

S: Adakah itu kunjungan biasa tanpa urusan rasmi?

Kit Siang dan saya cukup serasi, kami bersahabat. Jadi kunjungan tersebut adalah kunjungan mesra,  antara dua sahabat. Lawatan terakhir tempat minggu lepas. Tetapi mereka tahu bahawa saya akan memberikan interbiu (kepada NTV 7) kerana saya memberitahu Ketua Staf Ibu Pejabat parti untuk memberitahu semua ahli CEC bahawa saya akan ditemubual (oleh NTV 7). Saya mengandaikan mereka dapat menduganya.

S: Apakah tiada sesiapa pujuk dan berkata Tunku, tidak payah ke udara ?

Kit Siang mengatakan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan saya, beliau tidak berkata jangan ke udara, dia tahu bahawa saya akan menggunakan kebijaksanaan saya. Ketakutan utama mereka adalah bahawa ini (temubual tersebut) mungkin akan dieksploitasi.

Saya mahu ia menjadi jalan keluar yang bermaruah, dan berlaku adil. Kerana saya tidak melawan parti. Saya tidak setuju dengan sikap setiausaha agung. Khususnya apabila beliau mula-mula bertemu dengan saya, (selepas kritikan terhadap Bersih) beliau menuduh saya bertentangan dengan pendirian parti yang menyokong Bersih. Saya tidak apada bila-bila masa menentang Bersih.  Saya sentiasa menyokong Bersih untuk apa Bersih perjuangkan.

Saya bercakap untuk pilihanraya yang bebas dan adil beberapa kali. Tidak sebagai naib pengerusi DAP tetapi dalam kapasiti saya yang lain. Jadi untuk mengatakan bahawa Tunku menentang Bersih yang mana parti dan Pakatan Rakyat telah bekerja keras untuk menjayakannya, adalah tidak jujur. Entah bagaimana ia tidak berkeupayaan untuk melihat perbezaan di antara menyokong aktiviti bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, dan tidak menyokong aktiviti yang melanggar undang-undang. Terdapat perbezaan yang saya fikir mereka sengaja diabaikan. Lim Guan Eng menuduh saya sesuatu yang tidak saya lakukan.

S: Adakah anda akan mengatakan bahawa hubungan anda dengan Guan Eng tidak begitu mesra walaupun sebelum ini anda telahdijemput oleh bapanya, apakah anda rasa si anak tidak benar-benar berminat dengan anda?

Hubungan saya dengan Guan Eng sebelum ini mesra. Kedua-dua mereka (Kit Siang dan Guan Eng) yang menjemput saya, dan kerana penghormatan saya untuk Kit Siang, saya tidak teragak-agak sedikitpun(selepas dijemput)  kerana merasakan ini akan memberikan saya peluang untuk berada dalam parti tanpa menjadi seorang ahli politik, dan merupakan peluang untuk meneruskan kerja saya mempromosikan integriti, kedua-dua dalam kerajaan dan sektor korporat. Dalam erti kata lain, peluang untuk terlibat dalam membanteras rasuah, yang merupakan misi utama saya. Kerana tiada pihak lain yang sebenarnya secara terbuka berkata, anda tahu, kami akan memerangi rasuah kecuali DAP. Ia amat menarik.

S: Ini adalah usaha pertama anda ke politik?

Sudah tentu.

S: Adakah anda menyesal, empat tahun kemudian perlu meletakkan jawatan dari parti?

Saya rasa saya sedikit naif apabila memikirkan bahawa idealisme yang saya pegang adalah sebenarnya idealisme yang DAP amalkan. Saya tidak tahu mengenai parti-parti politik yang lain tetapi saya menjangkakan mereka lebih kurang sama.

S: Sebagai seorang yang sentiasa berjuang menentang perkara-perkara yang tidak beretika, apakah anda akan mengatakan DAP sebuah parti yang beretika selepas empat tahun berada di dalam?

Saya tidak akan berkata begitu. Sebagai contoh ... salah satu daripada pemimpiun utama parti menubuhkan Cafe Roket di Petaling Jaya, dan ini dilakukan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dan apabila ada ahli lain mempersoalkan perkara ini, ia hanya ditolak di bawah karpet dan tiada tindakan diambil. Bagi saya, ia tidak cukup ini kerana Pakatan Rakyat adalah kerajaan Selangor dan DAP mempunyai ahli majlis yang dilantik di Selangor, PJ. Walaupun orang mengatakan "oh, ini perkara kecil", bagi saya, ia adalah isu asas yang penting kerana kamu telah melanggar undang-undang kamu sendiri. Dan jika itulah sikap kamu terhadap undang-undang yang telah dibuat itu, pada saya, ia menunjukkan keadaan pentadbiran yang sangat menyedihkan dan pertimbangan yang buruk.

S: Adakah anda membangkitkan isu ini?

Saya bangkitkan isu ini, tetapi saya tahu ia bukan isu yang mereka mahu dengar. Dan jika anda lihat baru-baru ini laporan Dr Cheah dalam akhbar The Star (ADUN Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin), ini adalah isu yang sama. Terdapat orang baik dalam DAP yang mahu melihat bahawa kita melakukan perkara dengan cara yang beretika, tetapi terdapat orang lain yang anda tahu hanya akan pergi ke hadapan dan  melanggar peraturan mereka sendiri. Jika anda melakukan ini, lambat laun orang akan bertanya, bolehkah orang-orang ini benar-benar dipercayai untuk tugas yang lebih besar?

S: Apakah ada perkara-perkara lain yang membimbangkan anda dalam pentadbiran Selangor?

Saya berfikir bahawa secara berpasukan mereka telah mentadbir dengan baik, kita perlu beri kredit untuk itu. Tetapi ada seorang dua dua anggota exco mereka perlu diletakkan di bawah pemantauan teliti. Saya fikir apa yang Dr Cheah ketengahkan sebahagian kecil masalahnya.

S: Pulau Pinang.. adalah lebih baik daripada Selangor?

Saya fikir Pulau Pinang diurus dengan baik. Saya akan berkata ia ditadbir dengan baik, tetapi terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Antara perkara yang membimbangkan ramai orang adalah hakikat bahawa selepas beberapa tahun mentadbir negeri tersebut, kerajaan negeri masih gemar menyalahkan pentadbiran kerajaan sebelum ini, ia kelihatan seperti tukang yang tidak pandai menyalahkan perkakas.

S: Anda dikenali sebagai seorang yang berintegriti, apakah Bersih satu-satunya masalah anda dengan kepimpinan parti, apakah ada isu-isu lain?

Bersih yang melebarkan jurang ketidak sefahaman kami. Tetapi jelas, seperti mana-mana organisasi atau parti, wujud perkara-perkara yang tidak mengembirakan anda, tetapi tidaklah sampai anda berfikir mahu keluar parti. Tetapi bagi saya, isu etika adalah penting. Isu-isu integriti adalah penting. Itulah mungkin sebabnya saya naif, kerana saya percaya bahawa integriti adalah samada anda mempunyai atau tidak sama sekali. Anda tidak boleh mengatakan, anda tahu, ya, ini adalah 70 peratus ...

Tidak ada separuh-separuh untuk intergriti, samada mempunyainya atau tidak. Sebagai contoh, apabila PBT memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap penjaja haram, salah seorang dari pemimpin utama parti campur tangan dan mengatakan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada orang ini kerana mereka adalah penyokong parti. Bagi saya, ini adalah satu perbuatan serius yang menganggu sistem operasi dan pentadbiran kerajaan tempatan.

Ramai orang kita lupa bahawa kerajaan tempatan adalah pengalaman awam pertama berurusan dengan kerajaan. Ramai daripada mereka tidak berurusan dengan Putrajaya atau mana-mana kementerian, tetapi bagi orang biasa seperti anda atau saya yang tinggal di daerah atau kawasan tertentu, ia semua kerajaan tempatan.

S: Adakah Tunku Aziz seorang Melayu akan menerima layanan yang sama jika beliau merupakan Cina Malaysia? Jemputan anda, jawatan yang anda lepaskan apakah ada kena mengena dengan perkauman?

Saya tidak fikir begitu. Kecuali, saya berurusan dengan seseorang yang nampaknya tidak boleh melihat gambaran keseluruhan. Saya menyokong Bersih tetapi saya tidak menyokong melanggar undang-undang. Semudah itu. Anda boleh periksa, saya tidak menentang Bersih, saya menantang pendirian mahu duduk dan bantah di Dataran Merdeka kerana mahkamah telah

mengeluarkan perintah larangan. Mereka mengatakan, ia bukan milik DBKL. Tetapi bagi saya, sesiapa yang menjaga tempat itu, mereka mempunyai tanggungjawab.

S: Jadi, apa seterusnya?

Saya memberikan pertimbangan yang sangat berhati-hati untuk ini (keluar parti). Tindakan yang saya bukan dibuat ketika marah, saya berbincang dengan keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat saya, dan semua berkata perkara yang sama. Parti jelas tidak bersedia untuk menempatkan seseorang seperti saya. Saya dikenali akan meluahkan apa saja, (yang dirasakan benar) dan bukan seorang yang hanya komen yang baik-baik sahaja, pada saya, itu tidak beretika.

Masa depan... apabila saya menyertai parti, saya tidak mempunyai cita-cita lain kecuali menjadi ahli, dan cuba menerapkan kepada parti beberapa nilai-nilai yang berasaskan integriti dan etika, tadbir urus yang baik, perjuangan membanteras rasuah, dan sebagainya.

Saya tidak pernah minta untuk dilantik naib pengerusi, mereka kemudian mahu melantik saya, saya kata baiklah. Saya tidak pernah memohon untuk dilantik sebagai senator. Saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan dari kerajaan, walaupun anda tahu sebagai Bumiputera saya layak. Tapi saya fikir kerana saya masih menentang dasar ekonomi baru. Terutamanya apabila saya melihat bahawa mereka telah terpesong dari tujuan asal. Saya tidak pernah meminta-minta.

Tetapi apabila penggal saya (sebagai senator) bakal berakhir, Dewan Negara telah menghantar surat maklumat kerajaan Pulau Pinang. Pada ketika itu, saya menghantar Guan Eng nota menggunakan iPhone saya jika surat itu tiba, dan anda fikir mahu melanjutkan penggal saya, saya bersedia untuk berkhidmat, itu saja. Beliau berkata ya, okay, dan kemudian dia dengan manis berkata kepada saya bahawa dalam satu mesyuarat CEC baru-baru bahawa beliau sudah meletakkan nama saya dan mahu mengumumkan lanjutan penggal saya di dalam mesyuarat CEC tersebut tetapi teringat bahawa beliau tidak boleh berbuat demikian kerana perkara perlu pengesahan dari DAP Pulau Pinang dan kerajaan negeri.

Kemudian selepas kenyataan Bersih, Kit Siang bertemu saya dan berkata ia adalah malang penggal senator saya tamat diwaktu-waktu begini. Katanya mungkin agak sukar bagi mereka untuk mencalonkan saya lagi. Dan saya berkata kepadanya, jika itu akan menyebabkan sebarang masalah bagi parti, sila jangan masukkan nama saya. Saya tidak pernah meminta pun dan saya tidak mahu yang saya dicalon semula bakal menjadi punca ketidakharmonian dalam parti. Jadi, mereka lakukan apa yang saya memberitahu mereka untuk tidak meletakkan nama saya.

S: Saya rasa (jika anda tidak beritahupun) mereka akan menggugurkan anda?

Oh, sudah tentu. Saya pasti mereka mengalu-alukan. Tetapi saya mahu kedudukan saya jelas sepenuhnya. Saya tidak menonjol diri ke hadapan. Saya juga katakan kepada mereka, tidak ada sesiapa lebih besar dari parti. Jika pada pendapat anda, saya telah melampaui batas, sayamengharapkan anda mengambil tindakan. Saya menggalakkan. Siasat saya melalui prosedur tatatertib.

S: Bila anda beritahu mengenai perkara itu?

Selepas saya ditegur. Dia (Guan Eng) membangkitkan beberapa perkara, saya telah melakukan ini, itu, dan yang lain. Dan mereka mengatakan bahawa saya telah melakukan sesuatu yang begitu serius sehingga memerlukan tindakan tatatertib, saya kata lakukan kerana itulah kepimpinan sebenarnya. Kepimpinan adalah mengenai menangani tugas-tugas yang tidak menyenangkan dan tidak mengelaknya. Saya memberitahu Guan Eng, saya akan berfikir lebih banyak mengenai anda jika anda mengambil tindakan sewajarnya. Memanglah susah tetapi menjadi tanggungjawab anda demi kepentingan parti.

S: Apa yang beliau katakan?

Tiada reaksi. Tiada reaksi ketika saya mencadangkan bahawa saya mahu meletakkan jawatan dari CEC dan selepas beberapa waktu, saya akan meninggalkan parti.

S: Adakah anda kecewa dengan Guan Eng sebagai pemimpin? Anda jelas mempunyai kagum dengan bapanya?

Si anak berlainan. Saya tidak mahu menjadikannya isu peribadi. Beliau adalah seorang pemimpin yang baik, selain itu, pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, ini adalah dari pemerhatian saya.

S: Jadi dia pendengar yang baik?

Oleh pengamatan saya, dia perlu belajar untuk mendengar lebih banyak dan memberikan semua orang peluang untuk didengar. Anda perlu belajar dahulu, saya fikir, agak sederhana kerana bukan anda yang perlu katakan apa yang telah anda lakukan untuk Pulau Pinang. Biar rakyat Pulau Pinang memutuskan. Bahawa benar pencapaian yang anda lakukan. Apabila orang mengatakan "yang dilakukan dengan baik Guan Eng". Tetapi apabila anda melaungkan CAT (slogan DAP untuk "kecekapan, akauntabiliti, ketelusan)? Apakah CAT? (orang ramai mengatakan) CAT adalah slogan. Tetapi bagi Guan Eng tidak. Apabila ia datang kepada 1Malaysia, 1Malaysia hanyalah slogan (bagi Guan Eng). Tetapi CAT tidak.

S: Jika semua ini tidak berlaku, anda akan bertanding sebagai calon jika anda diminta?  

Ya.

S: Adakah sesiapa bercakap kepada anda tentang itu?

Tidak.

S: Tiada siapa yang bercakap kepada anda tentang perkara ini?

Tiada sesiapa, walaupun saya telah berkata kepada Guan Eng, Kit Siang, jika mereka perlukan, jika mereka kekurangan  calon dan rasa saya berkhidmat, saya sudah bersedia. Anda tahu, walaupun pada usia saya, jika pihak yang merasakan mereka memerlukan perkhidmatan saya, saya bersedia untuk berkhidmat.

S: Adakah ini penamat karier politik anda (dengan DAP)?

Tentu sekali, tidak ada soalan. Tetapi apa yang benar-benar membuat saya akhirnya memutuskan untuk meninggalkan DAP adalah kejadian Ahad lepas kira-kira jam 8.43 pagi. Saya menerima panggilan telefon daripada Guan Eng. Saya tidak tahu sama ada ia untuk mengambarkan penyesalan atau mereka merasakan perlu mengantikan saya (memberi pampasan) dengan sesuatu berikutan khidmat saya sebagai senator tidak disambung. Beliau menawarkan saya jawatan kanan di di Institut Pulau Pinang, dengan kemudahan perjalanan sebagai salah satu daya tarikan ... Dan saya berkata saya perlu berfikir tentang hal itu.

Sehingga semalam, selepas saya telah membuat keputusan (meninggalkan parti). Pembantu beliau menelefon saya pada waktu makan tengahari mengulangi tawaran bosnya, tetapi menambah bahawa kali ini terdapat wang saku sebanyak RM50, 000 setahun, bersama-sama dengan faedah lain. Saya menganggap tawaran tersebut sepenuhnya menghina. Sama sekali menghina, dan saya hanya boleh menyimpulkan bahawa ia telah datang daripada seseorang yang mempunyai tidak berakal dan tidak mempunyai walaupun sedikit rasa hormat. Adakah beliau fikir saya ini orang jenis apa? Satu penghinaan, petama kerana anda 'menyerang' saya dengan sebab yang salah, kemudian tidak sambung pengkhidmatan saya, dan kemudian ditawarkan jawatan kanan di Institut Pulau Pinang. Ini adalah hal yang saya bimbangkan, orang ini tidak mempunyai rasa kesopanan, dalam erti kata lain.

S: Beliau tidak mempedulikan e-mel anda, kemudian menghina anda ... Dan saya rasa sebagai seorang lelaki yang dikenali dengan etika dan integriti, Institut Pulau Pinang ini berbunyi seperti rasuah.

Ia adalah rasuah. Bagi saya, sebagai orang tua/lama... perkataan Melayu yang sesuai menggambarkan perbuatan mereka kepada saya adalah "biadap". Itulah yang benar-benar membuat saya memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan lelaki ini.

S: Adakah anda berfikir bahawa ada tekanan dari Anwar Ibrahim atau orang lain untuk melakukan semua ini?

Saya tidak terfikir sehingga ke situ, tetapi Kit Siang ada memberitahu saya terdapat banyak tekanan daripada Pakatan Rakyat. Dan pada ketika itu saya berkata kepadanya, saya tidak menyertai Pakatan Rakyat. Setakat yang saya tahu, saya menyertai DAP. Saya ahli DAP. Hakikat bahawa kita adalah sebahagian daripada gabungan itu adalah suatu perkara yang berbeza, tetapi saya tidak menjual jiwa saya kepada parti dan sudah tentu tidak Pakatan Rakyat.

S: Anda seolah-olah keberatan untuk bercakap tentang Anwar, ada sebab tertentu?

Saya mahu mengekalkannya pada tahap yang bermaruah. Saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya katakan. Saya mahu menjadi adil kepada Guan Eng yang tiada di sini untuk mempertahankan parti atau dirinya. Tetapi Anwar, saya tidak pernah menjadi seorang yang mengagumi Anwar. Saya tidak kenal dia.

S: Jadi, bagaimana anda rasa (selepas letak jawatan?)

Saya rasa bebas. Ia adalah langkah yang diberkati, saya menerima banyak mesej galakan daripada orang-orang seperti Koh Tsu Koon, Presiden Senat, lain-lain lagi.

Ada yang datang berjumpa dengan saya, kami duduk dan minum bersama-sama. Orang-orang ini, mereka telah cuba dengan baik untuk mengubah DAP di peringkat mereka. Mereka mendapati terdapat kronisme yang begitu banyak, begitu banyak puak. Jika anda tidak tergolong dalam puak tertentu, anda disingkirkan, jika anda membuat komen yang tidak menguntungkan, anda disingkirkan. Saya rasa tiada parti yang bebas dari semua ini.

Chow (Chow Kon Yeow), ketua DAP Pulau Pinang, menghantar mesej yang mengatakan bahawa beliau menghormati keputusan saya. Beliau sepatutnya menjadi Ketua Menteri lagi mereka pilih Guan Eng. Beliau Ketua Menteri, Setiausaha Aguang parti dan Ahli Parlimen.

S: Apakah anda fikir PR akan tawan Putrajaya (menang PRU 13)?

Pada masa ini, saya fikir ini keadaan yang ada hari ini adalah yang paling hampir kepada Putrajaya, pakatan yang ada sangat rapuh kerana mereka tidak mampu untuk menyelesaikan beberapa soalan yang asas sebelum pergi kepada pilihan raya.

Sebagai contoh, negeri Islam. Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menyelesaikan ini kerana PAS tidak akan meninggalkan ia. Ia adalah tunjang kepercayaan agama dan politik mereka. Ia seperti meminta seseorang untuk meninggalkan prinsip-prinsip mereka.

S: Apakah ini yang ada lihat?

Ini adalah apa yang saya lihat dari dalam. DAP, sebagai contoh, tidak gembira dengan sikap PAS. Satu hari mereka berkata ya, kita tidak akan menjadi sebuah negara Islam, hari seterusnya berkata, sebaliknya. Demi kepentingan politik mereka bersatu tetapi tiada perpaduan kukuh di dalamnya (PR). Anda boleh lihat, Karpal yang kecewa. Persoalannya bagaimana anda boleh pergi ke medan peperangan (bersama-sama) apabila strategi anda telah dikompromi kerana ideologi yang berbeza?

S: Jadi apa yang anda akan lakukan selepas ini?

Apa sahaja yang saya lakukan, saya mahu terus berkhidmat di negara kita, dan saya fikir saya telah mendapat banyak pendedahan, baik dalam perniagaan serta organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sekretariat Komanwel. Jika kerajaan atau sesiapa sahaja yang difikirkan saya mungkin berguna, saya gembira untuk berbuat demikian bagi negara kita.

Tetapi tidak akan menyertai politik lagi. Sebagaimana yang mereka katakan, sekali digigit dua kali malu. Tetapi dalam kes ini

sekali digigit, selama-lamanya malu. Sekali cukup la. Saya naif dan kadang-kadang sangat bodoh, tetapi saya percaya saya melakukan perkara yang betul. -16/5/2012 TERJEMAHAN BEBAS HELME HANAFI


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...


Sokong transformasi Najib, Tunku Aziz kata tak setuju cara politik Anwar



AgendaDaily - Orang yang Lim Kit Siang penah gelarkan 'Towering Malay' aka 'Melayu Terbilang',  Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pada Jumaat berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Razak harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program transformasi yang sedang dilaksanakan.

Bekas Naib Pengerusi  DAP yang bertindak keluar parti itu Isnin lalu kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi BERSIH pada 28 April lalu, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.

"Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul, jadi kita kena sokong dia... Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit.

"Proses bukan produk...produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco boleh beli," katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

Diminta pandangannya sama ada kepimpinan Najib akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang kerana perubahan yang sedang dibawanya, Tunku Aziz berkata:

"Saya bukan penganalisa politik dan tidak mahu membuat spekulasi. Tapi proses, kena bagi masa, bagi peluang. Dulu kita dok jerit itu, ini, kerajaan tak buat itu dan ini, sekarang kerajaan dah dengar...itulah saya kata tak payahlah lagi lah nak buat protes...nak buat BERSIH 4.0...mahu apa lagi."

Beliau berkata, tunjuk perasaan diadakan untuk menarik perhatian dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai.

"Awak fikir kerajaan tak nampak apa rakyat hendak...98 peratus yang protes nak tukar undang-undang itu ini, tapi yang dua peratus tu...mereka itu ada agenda lain...mereka buat kacau," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan parti politik pembangkang tertentu yang dikatakan "merampas" tunjuk perasaan itu daripada badan bukan kerajaan yang menganjurnya dan dikatakan bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada hari itu sehingga beberapa anggota polis dan orang awam mengalami kecederaan.

Beliau turut menolak perlantikkannya sebagai fellow di Intitut Pulau Pinang seperti yang diwar-warkan DAP, dan menyifatkan tawaran tersebut "tidak masuk akal".

Ditanya pendapatnya mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Abdul Aziz berkata sejak beliau menjadi kolumnis untuk akhbar The New Sunday Times, beliau memang tidak bersetuju dengan cara politiknya dan pernah menulis artikel bertajuk "Stop the theatrics Anwar, let the Malaysian get on with their life".

Tulisan itu menyentuhkan desas-desus kononnya Kerajaan Persekutuan akan berubah ke tangan pembangkang pada 16 September 2008, dengan sebilangan besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan akan melompat keluar untuk menyertai pembangkang.

"Saya lompat-lompat ni memang tak suka...saya benci orang yang berbuat begitu...kita masuk bawah lambang katakanlah UMNO kemudian lompat ke Anwar...itu saya tidak setuju... Kalau awak nak lompat, letak jawatan...dan adakan pilihan raya kecil dan bertanding atas tiket Bebas...tengok boleh menang atau tidak," katanya dipetik Bernama.

Tunku Abdul Aziz, tokoh korporat dan aktivis menentang rasuah yang pernah menjadi Naib Pengerusi Transparency International dan membantu menubuhkan Transparency International-Malaysia, menyertai DAP selepas pilihan raya Mac 2008 dan terus dilantik sebagai naib pengerusi parti itu dan sebagai Senator pada Julai 2009.

Bagaimanapun tempoh perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara mewakili DAP tidak disambung oleh pucuk pimpinan parti itu selepas beliau membuat kenyataan terbuka menentang perhimpunan BERSIH 3.0 yang disokong partinya dan pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada beliau akan mengkaji semula keputusannya meninggalkan DAP, Tunku Abdul Aziz menegaskan keputusannya adalah muktamad.

"Saya dah kata, kalau saya dah keluar tu, saya keluar....habis cerita," katanya.

Ditanya sama ada beliau menerima apa-apa komen atau maklum balas daripada anggota DAP Melayu yang lain selepas membuat keputusan keluar parti berkenaan, beliau berkata tidak ada.

Mengenai komen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hairan kenapa beliau menyertai DAP, Tunku Abdul Aziz berkata beliau masuk DAP untuk memperjuangkan pencegahan rasuah dan mempromosikan integriti di dalam sektor kerajaan dan perniagaan.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor korporat dan menjadi penasihat Bank Negara sebelum menjadi aktivis.

"Saya masa masuk DAP masa tu bukan bercadang pun nak jadi ahli politik...kalau saya nak jadi ahli politik, selepas kolej lagi saya dah masuk...kalau saya nak masuk UMNO, masuk dari dulu-dulu lagi...tapi saya ingat saya ni lebih berguna jika saya tiada kena mengena dengan politik...non partisan," katanya.

Katanya, pada masa ini beliau banyak berehat dan menutup telefon dan meluangkan masa memelihara ikan hiasan-18/5/2012

Cadangan muzakarah PAS-UMNO: Pi Mai...Pi Mai...Tang Tu



Agenda daily - Kalau diambilkira dari reaksi Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang,Setiausaha Agung Datuk Mustapha Ali dan Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man isu muzakarah PAS-UMNO yang tiba-tiba hangat di pasaran diduga tidak akan sampai ke mana. 

Belum apa-apa lagi ...jelas sekali mereka tidak dapat menyembunyikan kebimbangan cadangan yang disuarakan oleh Tok Guru utama PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat boleh mencetuskan kekeliruan baik dikalangan orang PAS maupun rakan mereka dalam pakatan pembangkang.

Atas sebab itu ketiga-tiga mereka senada seirama berkata cadangan muzakarah itu sekali-kali tidak akan melibatkan soal kerjasama politik TITIK.

Malah untuk mematikan terus sebarang prasangka yang mungkin timbul pada rakan politik PAS,Tuan Ibrahim secara spesifik berkata – jika jadi- muzakarah itu dijangka boleh diadakan selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Katanya tumpuan PAS kini adalah pada persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Mesej beliau ialah perpaduan PAS bersama PKR dan DAP tidak goyang langsung untuk berentap dengan BN.

Tuan Ibrahim juga secara tidak langsung ingin memberitahu bahawa cadangan Nik Aziz itu belum rasmi.Ini bila beliau berkata PAS Pusat hanya akan keluarkan satu kenyataan rasmi mengenainya setelah hal itu dibincangkan oleh pucuk pimpinan parti.

Mengikut kebiasaan dalam PAS,jarang sekali pimpinannya segera tampil untuk ‘ memperjelaskan’ satu kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz.

Kebimbangan mereka dikatakan lebih menikam apabila Menteri Besar Kelantan itu pagi Jumaat menyambut dengan ‘Alhamdullilah’ reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada cadangannya.

Khamis Muhyiddin berkata, UMNO sedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan PAS itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Nik Aziz.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata UMNO tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya.

Jangan kata Timbalan Perdana Menteri malah ramai pemerhati yang turut terkejut mendengar cadangan itu keluar dari mulut Musyridul Am PAS itu sendiri.

Siapa yang tidak tahu pendiriannya yang membujur lalu melintang patah terhadap UMNO.

Sejarah pahit yang dilalui oleh bekas Timbalan Presiden PAS Nashrudin Mat Isa yang didakwa cuba menjolok idea ‘ perpaduan’ antara kedua parti itu tidak lama dulu sudah cukup untuk membuktikan bagaimana pendirian Nik Aziz.

Ini belum lagi kenyataan-kenyataannya yang belasah UMNO ikut sedap mulut dari masa ke semasa.

Biar betul….itulah reaksi ramai pihak bila Nik Aziz yang menyambut baik respon Muhyiddin berkata  pertemuan itu memang ditunggu-tunggu dan bentuk perbincangan boleh ditentukan selepas persetujuan itu dibuat.

"Terbukanya pintu hati pemimpin untuk muzakarah itu adalah perkara yang baik, soal skop perbincangan boleh ditentukan kemudian," kata beliau pagi Jumaat.

Ketika ditanya sikap segelintir ahli PAS yang menolak pertemuan ini, Nik Aziz berkata, beliau tidak kisah dengan pandangan seumpama itu.

Bunyinya macam beliau sudah set untuk bulldoz cadangannya itu tanpa menghiraukan sesiapa.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa pertemuan itu penting demi menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Isu-isu yang berbangkit ?......isu apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz?

Kalau mengikut cakapnya semasa membuat cadangan muzakarah itu selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan ia adalah mengenai “kenapa orang hendak tolak Islam.”

Ditafsir dari kenyataan itu nampak gayanya skopnya berkisar kepada soal ‘ menghalalkan’ politik PAS yang menguna jenama Islam yang dikritik oleh ramai pihak khususnya UMNO.

Sebaliknya PAS memang sudah sinonim dengan dakwaan UMNO parti yang tidak mendokong perjuangan agama dan sentiasa mendabik dada parti bulan saja yang mengibarkan bendera kearah itu.

Dari kenyataan Haji Hadi sendiri juga nampak jelas itu saja skop muzakarah yang dimahunya.

Katanya parti itu sedia buka pintu muzakarah dengan semua NGO Islam termasuk UMNO bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti itu sudah jauh terpesong.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengambil pendirian yang sama.Katanya muzakarah yang ditawarkan kepada semua NGO dan parti politik jelas untuk menerangkan pendirian PAS mengenai isu-isu  yang tidak difahami oleh sesetengah pihak.

“Jadi tidak berbangkit soal PAS hendak bermuzakarah dengan UMNO atas dasar untuk penyatuan politik. Isu itu sudah lama mati,” katanya.

"Kita nak jelaskan kepada UMNO dan rakyat mengenai pendirian PAS...itu sahaja”ujarnya.

Kata orang sudah terang lagi bersuruh – ia lebih menjurus kepada soal PAS….dan PAS sahaja.

Riak ini yang membuatkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksinya berkata tindakan PAS mengenakan syarat tertentu untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO menimbulkan persoalan ama ada parti itu benar-benar ikhlas untuk memastikan pertemuan itu menjadi kenyataan.

Katanya  adalah tidak memadai sekiranya pelawaan muzakarah itu dibuat atas pertimbangan politik semata-mata, sedangkan ia sepatutnya mencakupi perkara lebih luas terutamanya melibatkan kepentingan umat Islam.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan tidak mahu PAS berdolak dalik tentang muzakarah.

Katanya jika mereka benar ikhlas jangan pula ada pemimpin mereka yang setuju dan ada yang tidak.

Bagi beliau perpecahan umat tidak pernah menguntungkan manakala perpaduan tidak pernah merugikan.

Realitinya mahukah PAS mengakui gelagat politiknya yang menjadikan agama Islam sebagai modalnya menjadi punca perpecahan umat Islam di negara ini?

Tak perlu pergi jauh ....cuba tanya sanggupkah PAS mengugurkan slogan ‘undi PAS masuk syurga’ ?

Juga mahukah UMNO menelan jerit pekik PAS yang terus menerus menudingnya tidak mendokong perjuangan agama?

Paling tidak,ada yang menduga kalau layan lebih-lebih UMNO kelak akan terjerat jika tidak jadi.

PAS dengan senang hati boleh pusing cakap dakwa ia ada niat baik hendak muzakarah tetapi UMNO yang menolaknya.

Memang agak kurang baik kita berburuk sangka pada perkataan 'muzakarah'.

Seperti kata Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad setiap cadangan untuk muzakarah harus diterima baik.

Cuma masalah di depan mata...cadangan untuk adakan muzakarah PAS-UMNO bukan satu berita baru.Ia sudah beberapa kali berkumandangan ke udara.

Dan...kali ini pun dari ding dong awal-awal lagi nampak macam penghujungnya sudah ada tulisan : Pi Mai..Pi Mai..Tang Tu..-19/5/2012


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...

 

HOT!!! SAH RAJA NONG CHIK BUAT DAJAL PADA UMNO

Beberapa hari lepas AC terbaca artikel di laman blog RPK yang bertajuk "Is this whom you want as your MP?"

Artikel RPK yang dikeluarkan di laman Malaysia Today itu mempertikaikan bagaimana seorang menteri(Raja Nong Chik) boleh mendapat tender bernilai RM30.8juta dari Kementerian Belia dan Sukan. Raja Nong Chik merupakan salah seorang pemegang saham di syarikat Istijuara.Sdn.Bhd, dan anaknya Raja Farhana Binti Raja Nong Chik merupakan salah seorang daripada pengarah syarikat Istijuara.Sdn.Bhd.

Antara dokumen yang ditampalkan dalam artikel RPK adalah;





Dibawah ini adalah surat Setuju Terima daripada KBS kepada Istijuara.Sdn.Bhd.








Manakala di bawah ini adalah LOI(Surat Niat) kepada Istijuara.Sdn.Bhd.



Dan keratan email di bawah ini pula merupakan email daripada seorang pegawai yang bertugas di KBS. Namun individu ini meminta supaya identitinya dirahsiahkan dari pengetahuan umum.


Istijuara Sdn Bhd telah menerima Surat Niat (Letter of Intent) dari KBS pada 18 Julai 2006 untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik tidak memegang sebarang saham dalam syarikat ini. Begitu juga anak beliau. 

Pada tahun 2007, Dato Raja Nong Chik telah membeli saham di dalam syarikat berkenaan dan meletakkannya di bawah nama anak beliau. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik masih belum dilantik menjadi Menteri. Pada masa ini beliau juga bukan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai.

Dato Raja Nong Chik dah lebih 30 tahun jadi ahli perniagaan. Jual beli saham dalam syarikat ni perkara biasalah. Orang biasa pun main jual beli saham, takkan ahli perniagaan macam Dato Raja Nong Chik tak boleh beli saham kan? 

Setakat ni nampak tak apa-apa urusan yang melanggar undang-undang? Takda kan?

Seterusnya Dato' Raja Nong Chik dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada tahun 2009. 

Pada 22 Mei 2010 kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Selepas kompleks tersebut siap, barulah surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd.

Haaaa, inilah yang cuba dijadikan isu oleh RPK. Dia cuba membayangkan kononnya tawaran ini diberikan kerana Dato Raja Nong Chik menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri, sedangkan surat niat dah dikeluarkan pada tahun 2006 sebelum Dato Raja Nong Chik menjadi Menteri lagi!! 

Mungkin ada yang akan tanya, kalau surat niat dikeluarkan pada tahun 2006, mengapa surat tawaran hanya dikeluarkan pada tahun 2010 selepas kompleks IKBN siap?

Inilah yang RPK tak faham, atau mungkin sengaja buat-buat tak faham. Kalau spesifikasi dan kontrak dimuktamadkan pada tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010, sudah tentu spesifikasi peralatan yang ditetapkan akan ketinggalan zaman! Cuba bayangkan, dalam tahun 2006, komputer mungkin pakai teknologi Pentium 1, tapi sekarang dah pakai teknologi Pentium 5! Logik ke kalau kompleks serba moden, tapi pakai peralatan kuno! Mesti pembangkang macam Nurul lah orang yang pertama akan bising pertikaikan mengapa Kerajaan buat kontrak untuk bekal peralatan guna spesifikasi out of date!

Jadi, kena tunggu sampai kompleks dah nak siap, baru boleh dimuktamadkan spesifikasi peralatan yang perlu dibekalkan. Bila dah muktamadkan spesifikasi, baru boleh tetapkan harga untuk tawaran. Nak muktamadkan spesifikasi dan harga pun bukan senang. Mesti kena runding banyak kali untuk memastikan harga yang ditawarkan berpatutan. Kalau tak, kena jawab dengan Audit Negara lah. Bila dah tetapkan harga, baru boleh keluar Surat Tawaran (Letter of Award). Tak tahu spesifikasi, macam mana nak tetapkan harga kan? Inilah SOP atau Standard Operating Procedure perolehan Kerajaan. Kalau tak ikut SOP, pembangkang juga yang akan bising. Tapi sekarang, bila ikut SOP pun dia cuba nak buat isu! Terdesak sangat ke Nurul? Benda macam ni pun nak buat kecoh? 

Setakat ni, apa yang melanggar undang-undang? Takda apa-apa pun. 


Baca ulasan menarik di SINI.


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...


Adv

Nuffnang 2