Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

18 May, 2012

Mufti Perak 'londeh habis' Pasal PAS



Agenda Daily - Gempak habis . . . kalau tak berani baca tak pa tapi rasa-rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.

Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan  “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.

Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.

Serentak itu  sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan  tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:

“Tuduhan tok guru Nik Aziz  bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.

“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.

Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua  masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang  masalah  hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu,  namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).

“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS  sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh  boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai  kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . .  haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS  dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli  banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang  ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya   diboikot sehingga tutup kedai dan kembali  memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS  merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.
 
“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak.

“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya  kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam
”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya  susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.

“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt..  Dia (Allah) suruh kita bersatu,  bahkan dalam bersembahyang  kita diwajibkan berjemaah . . .”

“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.

“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir  dan  hentam  orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”

“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.

“Jadi hal-hal  sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat,  jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu  satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja   dan dipimpin sekalipun  . . . haram kita memberontak.

“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi  tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan  . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan  kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan  pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul,  jadi kerana  itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini  Islam  dikaitkan dengan semua itu  tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran  tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.

“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu  dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan  ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin  dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan .  . . . saya tak ada  musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap  lima kali sembahyang  minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa  PAS  sudah  terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:

“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu  kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu,  keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk)  sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang  untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang  ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS  melantik orang bukan islam  . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?

“Quran banyak sekali  meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.

Nasihatnya  kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan  yang salah dan melanggar hukum Allah. “

Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . Kita hanya menyampaikan”, katanya.- 18/5/2012 - OLEH YUSOF HARUN


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...

AMAH JUAL TUBUH DI RUMAH MAJIKAN

Sumber Imej: Maksiatkini

KUALA LUMPUR: Digaji untuk membuat kerja dan menjaga rumah majikannya, tetapi seorang amah warga Indonesia menawarkan khidmat seks ketika ketiadaan majikan di rumahnya, di Bukit Kiara, di sini.

Lebih keji, pembantu rumah terbabit yang berusia 24 tahun bekerja dengan majikannya sejak setahun lalu dan melakukan kerja kotornya itu bermula awal tahun ini, setiap kali bersendirian di rumah majikannya itu.

Difahamkan, pembantu rumah terbabit menyasarkan lelaki hidung belang terutama penduduk di kawasan perumahan berkenaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan RM50 hingga RM100.

Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 pagi, Jumaat lalu, kebodohan pembantu rumah itu meminta pertolongan majikannya menuntut bayaran khidmat seksnya daripada seorang pengawal keselamatan membongkar rahsia pendapatan sampingannya itu.

Berang dengan pembantu rumah terbabit selain kesal dengan sikap pengawal keselamatan yang turut menjadi pelanggan, majikan amah itu membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, kerana bimbang kegiatan tidak bermoral itu berterusan di rumahnya.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 56 tahun itu menyedari kegiatan jijik pembantu rumah terbabit selepas diakui sendiri wanita itu ketika dia bersarapan.

“Pembantu rumah itu resah dan selepas mangsa menanyakan apa yang berlaku, wanita itu menceritakan kepada mangsa.

“Dipercayai, pembantu rumah itu tidak pernah mendatangkan masalah sepanjang dia berkhidmat, malah cermat dalam menjalankan tugas mengemas serta menjaga rumah mangsa.

“Oleh itu, apabila pembantu rumah terbabit menceritakan kejadian terbabit, majikan berkenaan terkejut dengan kegiatan sampingan pembantu rumahnya itu.

“Turut menghairankan mangsa ialah pembantu rumahnya itu dengan berani meminta pertolongannya menuntut bayaran daripada pengawal keselamatan terbabit selepas dia mengaku sudah lama menggunakan rumahnya sebagai ‘port’ melakukan perbuatan terkutuk.

“Mangsa berasa tertipu dengan tindakan wanita terbabit yang melakukan perbuatan terkutuk di rumahnya semata-mata mahu pendapatan lebih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan dijalankan.

Harian Metro

MANIFESTO RM100 NIK AZIZ SEJAK 20 TAHUN LALU, KINI JANJI TINGGAL JANJI

 TUMPAT, 17 Mei (Bernama) -- Janji tinggal janji. Pilihan raya umum 1990 telah lama berlalu dan PAS telahpun memerintah Kelantan lebih 20 tahun, namun bantuan bulanan RM100 yang dijanjikan dalam manifesto PAS pada pilihan raya itu masih belum ditunaikan.

Seorang warga emas, Kamariah Ismail, 70, dari Kampung Palekbang di sini berkata pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan sehingga kini PAS gagal memberi bantuan bulanan yang dijanjikan.

"Saya rasa sampai saya mati pun belum tentu dapat bantuan bulanan itu kerana telah menunggu lebih 20 tahun, sampai sekarang belum ditunaikan," katanya kepada pemberita pada program Jelajah Jejak Janji PAS di di Kampung Palekbang di sini, Khamis.

Kamariah berkata dia mengharapkan pemberian bantuan itu untuk meringankan beban berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Saya bukannya daripada golongan senang, jika kerajaan PAS menunaikan janji memberi bantuan itu, sedikit sebanyak mampu meringankan beban. Kerajaan PAS ternyata tidak memberi perhatian kepada golongan warga emas dan situasi yang berlaku jelas mengecewakan saya," katanya. -Bernama



AC kata: Tuudiiaa!! la hai. Nik Aziz berjanji nak beri RM100 kepada setiap warga emas sejak lebih 20 tahun lalu tetapi sehingga sekarang masih tak tunaikan janji. Apa dia menifesto macam nie? Berapa ramai warga emas di Kelantan, sehingga Nik Aziz tak mampu nak bayar RM100 seorang. 

Bayar RM300 seorang kepada peserta bersih menggunakan duit poket sendiri boleh, tapi bayar RM100 seorang kepada warga emas tak boleh. Padahal bantuan RM100 ini bukannya datang dari duit poket Nik Aziz. Pakai duit kerajaan negeri, apa yang tak boleh nya. 

Hebatnya Nik Aziz. Pandai berjanji, tapi tak tunai janji. Tak payah pakai serban la wei. Buat malu pakai Serban, pakai jubah tapi cakap tak serupa bikin. Lebih jelas lagi jika disebut bikin tak serupa cakap.


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...

Orang Melayu Syok Sendiri Jadi Bahan Sandiwara DAP



KUALA LUMPUR, 17 Mei – Masyarakat perlu sedar bahawa tindakan DAP yang meletakkan orang Melayu sebagai Senator dan kemungkinan untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bukanlah satu pengiktirafan sebaliknya ia adalah alat dalam permainan politik kotor mereka.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein menganggap ‘beberapa kerat’ penyertaan orang Melayu dalam DAP telah digunakan sepenuhnya oleh parti terbabit untuk menggambarkan bahawa kononnya mereka bukanlah parti perkauman.

“Tindakan DAP bermain sandiwara ini bukanlah perkara baru kerana memang jelas mereka akan mempergunakan ‘beberapa kerat’ orang Melayu yang ada dalam DAP untuk menonjolkan kononnya mereka mendapat sokongan daripada keseluruhan kaum di negara ini termasuklah orang Melayu,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, sebagaimana Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang menjawat Naib Presiden DAP telah diangkat sebagai Senator tetapi ekoran pertentangan pendapat maka berlaku pertikaian dan jawatan Senator beliau tidak disambung sehinggakan Tunku Abdul Aziz bertindak keluar dari DAP. Difahamkan bahawa pengganti jawatan Senator tersebut juga adalah berbangsa Melayu.

“Tujuan mempergunakan orang Melayu adalah untuk menarik masyarakat Melayu menyokong perjuangan mereka selain turut menyumbang undi dalam PRU nanti biarpun realitinya dasar-dasar mereka banyak yang tidak menggambarkan demokrasi walhal nama partinya bertopengkan demokrasi.

“Jika dinilai sendiri, kita dapat lihat bahawa ‘beberapa kerat’ orang Melayu yang menyertai DAP ini bukanlah orang yang benar-benar mahu berjuang demi nama bangsa, agama dan tanah air sebaliknya ia lebih cenderung kepada jawatan tertentu sama ada kuasa, pangkat dan kedudukan yang ditawarkan,” katanya.

Jelas beliau yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), apabila DAP meletakkan calonnya terdiri dari orang Melayu maka itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sebelum ini ia sudah beberapa kali berlaku.

“DAP pernah meletakkan calon Melayu menjadi wakil rakyat bagi kawasan DUN Tapah Road di Perak pada PRU1969 selain beberapa orang Melayu lain yang dikemukakan untuk tujuan membayangkan DAP membela semua kaum sedangkan realitinya ia dijadikan bahan umpan bagi menarik pengundi malah tidak memeranjatkan jika pada PRU nanti lebih ramai calon Melayu mewakili DAP di Perak memandangkan Menteri Besarnya perlu terdiri dari oarng Melayu sendiri,” katanya lagi.

Tambahnya, jika seseorang itu adalah individu yang benar-benar berprinsip, memahami matlamat perjuangan dan mahukan kesejahteraan berpanjangan untuk agama, bangsa dan negaranya maka DAP bukanlah pilihan.

“Pejuang yang bijak akan membuat penilaian dan memahami matlamat penubuhan sesebuah parti itu, justeru sudah pasti DAP bukalah pilihan kerana idealoginya adalah bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan apatah lagi mereka menentang perkembangan agama Islam; tambahan lagi jika mahu melaksanakan penubuhan Negara Islam walhal ia telah pun dicapai.” – MediaUMNO


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...

 

Rasuah : SPRM Diminta Siasat, Guan Eng Patut Letak Jawatan



PULAU PINANG,  17 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjalankan siasatan terhadap pendedahan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang cuba merasuahnya supaya tidak meninggalkan parti itu seperti yang dilaporkan media.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata apa yang dilaporkan itu adalah suatu yang serius dan pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan mengambil tindakan kerana perkara itu membabit pemimpin negeri.

“Ini sesuatu yang serius, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan, SPRM perlu mengambil tindakan, dan saya diberitahu ada pihak sudah membuat laporan polis, saya berharap siasatan ini dijalankan segera kerana membabitkan pemimpin besar.




“Dalam perkara ini, Guan Eng harus meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, perbuatan yang cuba dilakukan kepada Tunku Abdul Aziz sungguh memalukan, beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri,” katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Menurutnya, sebelum ini Guan Eng sering menuduh UMNO dan Barisan Nasional melakukan rasuah tetapi sebaliknya yang berlaku berbeza dengan apa yang diperkatakan iaitu bahawa kerajaan pimpinan DAP adalah sebuah kerajaan yang berintergriti dan bersih daripada rasuah.

“Ini yang dikatakan pemimpin yang pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakannya, malah diri sendiri sanggup melakukan perbuatan itu hanya untuk kepentingan politik, ini adalah perbuatan mereka yang terdesak.

“Jika benar apa yang dikatakan Tunku Abdul Aziz, tindakan Guan Eng itu adalah untuk memastikan Tungku Abdul Aziz terus berada dalam DAP, tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu kerana Guan Eng pernah menyatakan bahawa beliau tidak risau dengan sokongan pengundi bukan Melayu di Pulau Pinang terhadap DAP dan pembangkang,” katanya.




Zabariah yang juga Adun Bertam berkata tindakan Guan Eng itu menunjukkan pembangkang di Pulau Pinang terutamanya DAP merasa tidak selamat sehingga terpaksa melakukan apa sahaja termasuk membeli pemimpin yang boleh menguatkan sokongan pengundi kepada mereka.

Menurutnya, jika perkara sebegini berlaku kepada UMNO dan Barisan Nasional, sudah pasti pemimpin pembangkang akan membuat pelbagai kenyataan yang mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan, tetapi sehingga kini tiada suara yang didengari daripada mereka mengenai perkara itu.

“Ini wajah pembangkang yang sebenar, bukan sahaja pandai membuat janji malah mereka ini hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan, jelaslah apa yang berlaku itu menunjukkan betapa kotornya perjalanan politik pembangkang yang begitu terdesak untuk berkuasa,” katanya. -MediaUMNO


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...
 

“Latah Muzakarah” Nik Aziz: Ada Cerita Di Sebaliknya?



MyKMU - Baru-baru ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat membuat satu kenyataan media yang menjelaskan bahawa parti pimpinannya sedia untuk bermuzakarah dengan UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan atau siapa saja berkenaan sesuatu yang melibatkan PAS.

Kenyataan itu dibuat oleh Nik Aziz ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa PAS sekian lama mempergunakan nama Islam demi kepentingan kuasa politik dan meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kedudukan perkataan “Islam” yang ada pada nama parti itu.

Maksdunya, dalam cadangan Mufti Perak itu, beliau hanya meminta Majlis Fatwa bermuzakarah sesama jawatankuasanya dan tidak ada pun timbul soal PAS diajak bermuzakarah bersama.

Jadi, apahalnya pula Nik Aziz tiba-tiba memberikan kenyataan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO atau mana-mana pihak? Kenapa tiba-tiba keluar nama UMNO? Tan Sri Harussani ada sebut nama UMNO, kah?

Latah Nik Aziz yang tiba-tiba menyebut nama UMNO dan membabitkannya dengan ‘muzakarah’ membuatkan saya tertanya-tanya mengenai respon luar biasanya itu. Dan saya mengambil keputusan untuk menghubungi beberapa sumber yang rapat dengan pemimpin PAS di Kedah.

Menurut sumber yang dikenal pasti pro – Harun Din, kenyataan Nik Aziz itu dikatakan berdasarkan kesedaran Mursyidul Am itu mengenai penurunan drastik sokongan umat Islam kepada PAS sejak bersekutu dengan PKR dan DAP.

Menurutnya, ramai akar umbi khususnya dari golongan anak muda dan penyokong PAS mempersoalkan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP yang dilihat seolah-olah tidak ikhlas dan tidak ada titik persamaan.

Dalam ertikata lain, mereka tidak puas hati melihat dasar-dasar PAS dipijak sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP, malah para penyokongnya pula seolah-olah dipergunakan seperti ‘kuli kang’ dan ada kalanya mereka disuruh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal!

Bila ditanya tentang apa yang dimaksudkan tidak masuk akal itu, sumber itu memberikan contoh “menafikan video-video seks Anwar yang memang benar lelaki itu adalah Anwar”!

Justeru katanya, melihat PAS semakin kurang sokongan umat Islam yang beralih menyokong BN kerana yakin pada kepimpinan Najib, Nik Aziz yang “baru sedar di anak tirikan” PKR dan DAP itu melihat gabungan Pakatan Haram tidak menguntungkan PAS sama sekali.

Justeru itu, katanya berkemungkinan besar ‘latah muzakarah’ Nik Aziz itu dibuat akibat untuk mencuba nasib, manalah tahu jika UMNO sudi berbincang dengan PAS untuk membentuk kerjasama sebagaimana yang dicadangkan pada 4 tahun lalu.

Beberapa sumber lain yang rapat dengan kepimpinan Azizan, Nasharuddin Mat Isa, Nasrudin Hasan dan Harun Taib juga memberikan pandangan yang lebih kurang sama dengan pendapat tersebut.

Salah seorang dari mereka turut menambah bahawa PAS benar-benar marah tentang pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di antara parti Pakatan Haram kerana PKR dan DAP cuba mencuri banyak kerusi-kerusi PAS di beberapa buah negeri, khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mereka melihat, sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO, bukan setakat kerusi, malah “meja” di Putrajaya pun mungkin akan PAS perolehi!

Begitu rupanya… Maksudnya Nik Aziz, ada “udang di sebalik batu”..?

Saya sebenarnya tak kisahlah jika benar PAS mahu bekerjasama dengan UMNO/BN. Cuma, jika mahu bekerjasama dengan UMNO/BN, maka kenalah ikut gaya dan corak UMNO/BN. Kalau PAS boleh terima gaya kafir harbi dan agen Yahudi, mengapa tidak boleh terima cara UMNO/BN yang lebih Islamik, kan?

Saya sebenarnya juga tidak kisah untuk PAS bersatu dengan UMNO/BN jika mereka benar-benar ikhlas. Apatah lagi, saya memang mengimpikan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. Perpaduan umat Islam di negara ini lebih penting dan itulah yang sangat-sangat ditakuti oleh DAP dan PKR.

Meskipun begitu, jika benar Nik Aziz mahu bersemuka dan bermuzakarah, rasanya tak payah umum secara terbuka. Ajak saja Hadi Awang, Harun Din dan Harun Taib ke rumah Datuk Seri Najib. Tak payah bawa Mat Sabu atau Mahfuz, mereka tak relevan…

Saya percaya, Najib mampu berbuat sesuatu untuk menyatupadukan ummah. Jika beliau boleh menggerakkan transformasi negara, perpaduan umat Islam juga boleh dilihat sebagai program transformasi ummah, bukan?

Justeru, tak payah kecoh-kecoh di media secara terbuka. Buat diam-diam pun tak mengapa. Selepas itu, biar kita sama-sama lihat bagaimana Anwar terkangkang menangis berguling-guling kerana cita-citanya memperkudakan PAS untuk jadi Perdana Menteri gagal ditengah jalan!


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...

 

Hanya Bina Satu Masjid Di Kelantan, PAS Berangan Nak Bina Masjid Di Sabah?



MyKMU - Mendengar cadangan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mahu membina sebuah masjid di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau, Sabah, membuatkan hati saya sejuk dan menyambut baik cadangan itu.

Berbesar hatilah juga saya apabila PAS cuba membantu masyarakat Islam di kampung tersebut untuk membina rumah Allah di kampung yang agak terpencil tersebut.

Namun entah kenapa, tiba-tiba hati saya tercuit dan gelihati dengan cadangan Tuan Ibrahim itu. Seolah-olah saya mendengar satu lagi perkara yang agak mustahil untuk dilakukan oleh PAS di Sabah.

Maafkan saya. Saya menghormati cadangan PAS itu. Tapi berdasarkan rekod dan pencapaian PAS di Semenanjung Malaysia berkenaan pembinaan masjid menunjukkan bahawa parti itu bukanlah berminat sangat untuk membina rumah Allah.

Pada awal Disember tahun lalu,  Exco Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun mengesahkan bahawa Kerajaan PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sahaja bagi tempoh pentadbiran mereka sejak 1990 sehingga kini.

Bayangkan, selama 22 tahun memerintah Kelantan, PAS hanya mampu membina sebuah masjid sahaja iaitu Masjid China. Selain masjid itu, Abdul Fatah mengaku bahawa semua masjid lain dibina oleh Barisan Nasional.

Selama 22 tahun memerintah Kelantan, PAS hanyalah membaik pulih beberapa buah masjid di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Itu pun hanya sedikit sahaja dan banyak masjid di Kelantan dikatakan berada di dalam keadaan “dhaif” dan menyedihkan…

Persoalannya, sedangkan di Kelantan pun PAS gagal membuktikan bahawa mereka berminat untuk membina masjid, apakah penduduk kampung Batu Luguyan itu boleh mengharapkan sebuah masjid bakal di bina oleh PAS di kawasan mereka?

Sedangkan di Kelantan pun mereka terkapai-kapai tidak mampu membina masjid, apakah mereka fikir penduduk kampung yang agak terpencil di Sabah itu akan percaya kepada janji manis PAS?

Nampaknya PAS sedang cuba “membeli jiwa” dengan menawarkan janji manis mereka kepada para penduduk di negeri di bawah bayu itu.

Lainlah kalau Tuan Ibrahim maksudkan “bercadang membina masjid” itu bermakna dia “bercadang mahu bernikah lagi satu dengan orang kampung Batu Luguyan” itu..!

Sepatutnya PAS tidak perlu menyebok di Sabah untuk membina sebuah masjid. Sewajarnya, PAS perlu berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah untuk berbincang dengannya bagi membina sebuah masjid bagi masyarakat Islam di kampung tersebut. Itu lebih realistik!

Untuk cadangan membina masjid, Tuan Ibrahim yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang perlu bertemu dengan Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat bagi mencadangkan padanya untuk membina lebih banyak masjid di negeri Serambi Mekah itu.

Malulah pada rakyat Kelantan. Negeri yang diperintah oleh Mursyidul Am PAS hanya membina sebuah masjid saja, kan?

Sebab itulah saya katakan tadi, sedangkan negeri yang diperintah PAS sendiri hanya mampu membina sebuah masjid, tapi PAS bercadang pula untuk membina sebuah masjid yang di negeri di bawah pentadbiran BN yang terbukti lebih berkemampuan dan banyak membina rumah Allah?

Seperkara lagi yang saya mahu ingatkan Tuan Ibrahim ialah supaya PAS tidak mempergunakan masjid sebagai tempat mereka berpolitik. Jangan tukar khutbah Jumaat kepada ceramah kempen politik PAS kerana ia adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak wajar dilakukan.

Di Kedah misalnya, seorang ustaz di Baling sedang disiasat ekoran dakwaan berkhutbah Jumaat dan secara terang-terangan menyelitkan agenda politik PAS di dalam khutbah tersebut. Ustaz yang merupakan seorang guru sekolah itu mungkin berhadapan dengan tindakan disiplin dari Kementerian Pelajaran.

Justeru itu, saya menggesa Tuan Ibrahim supaya berdiri di hadapan cermin dan ukur baju di badan sendiri dahulu sebelum menjanjikan “bulan dan bintang” kepada rakyat, khususnya di Sabah yang jelas menolak PAS.

Rakya Sabah sudah lama memerhatikan kedurjanaan PAS yang memecah belahkan umat Islam di Semenanjung dengan bemodalkan politik agama mereka dan mereka sekali-kali tidak akan membiarkan perkara itu berlaku di negeri mereka. Harap PAS jelas dengan fakta itu.


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...



Adv

Nuffnang 2