Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

17 May, 2012

PAS Sedia Perjelas Perjuangan Parti



SHAH ALAM - Pas sedia beri penjelasan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi kepada pihak tertentu yang keliru dan mendakwa parti itu terpesong landasan perjuangannya, terutama menjelang pilihan raya nanti.

Parti itu juga belum lagi berhasrat mengadakan sebarang majlis muzakarah secara rasmi dan mengkhususkan isu ini dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan bertujuan memberikan rakyat mendapatkan kefahaman baik mengenai Pas yang sebenarnya tidak lari daripada perjuangan asal.

Mahfuz mendakwa, isu tersebut timbul apabila media sering kali dilihat keliru dalam melaporkan berita mengenai perjuangan Pas sehingga pihak tertentu dan masyarakat musykil mengenainya.

“Mereka boleh datang menemui Pas atau menjemput Pas. Kami boleh turun padang memberikan penjelasan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas mengenai kesediaan Pas untuk memberikan penjelasan kepada sesiapa sahaja untuk menyelesaikan kekeliruan umat Islam di negara ini termasuk dakwaan menyatakan parti itu sudah terpesong dari landasan perjuangannya pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura Ulama Pas sentiasa mengawasi perjalanan parti itu dalam memelihara landasan Islam yang diperjuangkannya.

Sementara itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas tidak menetapkan tarikh tertentu kepada mereka yang ingin mendengar penjelasan mengenai perjuangan Pas.

“Kita sentiasa terbuka untuk memberikan penjelasan kepada mereka supaya mereka lebih memahami perjuangan Pas yang tidak lari daripada perjuangan asalnya,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu enggan mengulas ketika ditanya mengenai masyarakat yang melihat mereka lari dari perjuangan sehingga perlu mengadakan muzakarah untuk memberikan penjelasan mengenai perjuangan mereka.- Sinar


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...


Majlis Peguam...jangan nak perasan sudah jadi wakil rakyat



AgendaDaily - Ramai yang mula bercakap dan mempersoalkan Majlis Peguam yang dilihat macam kata perpatah ' kadok naik junjung' merasa diri mereka terlalu istimewa semenjak dua menjak ini.


Tak perlu nak berselindung lagi ...mereka sudah jadi  macam ahli bersekutu pakatan pembangkang, habis semua perkara yang berkaitan dengan politik mereka masuk campur sehingga ramai beranggapan Majlis Peguam sudah menyimpang dari tujuan asal penubuhannya.

Contoh jelas ialah sikapnya berat sebelahnya berhubung dengan perhimpunan Bersih.Majlis Peguam hanya fokus mencari kesalahan polis tetapi tidak mempedulikan langsung soal dalang yang bagi signal cetuskan rempuhan di Dataran Merdeka.

Satu dunia melihat video bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi signal pada Azmin Ali sebelum tempuhan itu tetapi Majlis Peguam tidak ambil sebarang pendirian terhadap penyebab utama kekecohan pada perhimpunan 28 April itu.

Seorang peguam yang rasional dapat  melihat jelas punca kekecohan itu.

Mereka bukan bodoh,bukan buta dan bukan pekak tetapi nawaitu sudah jelas terpancar.
Jadi apa lagi nak diharapkan pada badan seumpama ini.

Jawabnya buang masa melayan mereka.

Maka tidak hairan kerajaan baru-baru ini, kerajaan mencadangkan mahu menubuhkan Akademi Undang-undang.

majlis-peguamb


Cadangan itu dibantah keras oleh Majlis Peguam.Soalnya sekarang peduli apa pandangan puak macam ini.

Mereka cuma merasa mereka ada hak dan orang lain tidak ada hak.

Mungkin sakit mata melihat gelagat Majlis peguam Rabu, Menteri yang menjaga hal ehwal perundangan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan paling tegas.

Nazri berkata Majlis Peguam tidak berhak langsung untuk menolak cadangan penubuhan Akademi Undang-undang kerana mereka bukan anggota Parlimen yang bercakap mewakili rakyat.

"Majlis Peguam tidak berhak mengatakan tidak dan terpulang kepada kami untuk mengatakan ya dan saya fikir kita perlu mempunyai sebuah akademi undang-undang supaya mereka yang tidak berpersatuan, yang mempunyai latar belakang undang-undang, dapat disatukan di bawah akademi undang-undang," katanya pada wartawan di Jakarta.

Sebagai contoh, katanya pensyarah dan profesor di universiti dalam bidang undang-undang dan penasihat undang-undang di sektor korporat akan dapat berpersatuan dengan adanya Akademi Undang-undang itu nanti.

nazri-aziz 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menolak cadangan kerajaan untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang, sebagai alternatif kepada persatuan itu.

"Saya nak bagi tau, saya seorang peguam, tak berbangkit soal saya kata nak menutup Majlis Peguam. Saya punya kenyataan itu bersifat politik. Maknanya tindakan mereka itu memalukan," katanya.

Nazri berkata Majlis Peguam mungkin berasa bahawa rakyat bersetuju dengan tindakan mereka.

"Majlis Peguam perasan. Mereka fikir seluruh rakyat setuju dengan mereka. Apa hak yang mereka ada untuk menolak (penubuhan Akademi Undang-Undang)? Mereka tidak ada kuasa untuk menghentikan kita (kerajaan) menubuhkan akademi," katanya.

Lim dalam kenyataannya Selasa menyebut bahawa kenyataan Nazri menimbulkan persepsi bahawa cadangan itu dihidupkan semula apabila kerajaan berasa terancam oleh Majlis Peguam yang tidak bersetuju penyalahgunaan kuasa oleh polis pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menteri itu berkata tidak timbul soal kerajaan berasa terancam hanya dengan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

"Kenapa kerajaan perlu berasa terancam? Tidak ada apa-apa ancaman yang dirasakan oleh kerajaan sejak Majlis Peguam ditubuhkan bertahun lamanya. Alhamdulilah kerajaan masih kuat," katanya.

Nazri juga mencabar Majlis Peguam supaya mendaftar pertubuhan itu sebagai parti politik memandangkan fokus badan itu lebih cenderung kepada politik.

Beliau turut mencabar presiden Majlis Peguam supaya bertanding dalam pilihan raya jika mahu mewakili rakyat.

"Saya tawarkan Lim untuk bertanding di Padang Rengas supaya dia boleh bersuara mewakili rakyat," katanya.

Sementara itu Datuk Zulkifli Noordin mencabar Lim Chee Wee meletak jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam dan bertanding di parlimen yang kini diwakilinya Kulim Bandar Bharu.

“Saya cabar dia bubar Majlis Peguam dan daftar parti politik. Biar rakyat tentukan. Jangan selindung di sebalik nama badan itu,” katanya kepada Agendadaily.

Katanya, majlis itu tidak berlaku adil kepada lebih 13,000 ahli dengan keputusan yang bukan semua setuju termasuk mempertikai peranan dan tugas polis dalam menyuraikan perusuh pada Bersih 3.0.

Zulkifli juga seorang peguam berkata, tiba masanya kerajaan bertegas dalam hal ini kerana di negara maju, banyak majlis peguam bukannya hanya satu di Malaysia.

Turut menyokong idea penubuhan Akademi Undang-undang tersebut adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Majlis Peguam sudah menjadi sebuah parti politik kerana perhatiannya lebih kepada politik.

Oleh itu, katanya, Majlis Peguam sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan.

"Saya fikir sebuah badan profesional perlu memberi perhatian lebih kepada profesion tetapi ia jelas bahawa Majlis Peguam sudah menjadi sebuah parti politik," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana Rabu.

Sementara itu, seorang peguam pada Rabu memfailkan saman terhadap Majlis Peguam; Presidennya, Lim Chee Wee; dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam, minggu lalu.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Majlis Peguam sebagai defendan pertama manakala Badan Peguam, Lim dan setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong, sebagai defendan kedua hingga keempat.

Menerusi penyata tuntutan, Mohd Khairul Azam yang juga seorang daripada ahli Majlis dan Badan Peguam mendakwa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei lalu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Beliau juga mendakwa bahawa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei lalu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Selain memohon deklarasi bahawa notis dan usul EGM tidak sah, Mohd Khairul turut memohon injunksi melarang defendan daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM tersebut.



Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...


18SX: PAK HAJI PAKAI SONGKOK SLAMBER MENARI DENGAN PENARI GOYANG GERUDI


Video ini dirakam di Indonesia. Tidak hairanlah mengapa Indonesia sering dilanda malapetaka. Mungkin segala bencana yang datang itu adalah isyarat dari Allah.


IBU JUAL DARA ANAK DEMI WANG

Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.- HM

-Maksiatkini

Kerajaan dilandasan yang betul - Tunku Aziz



KUALA LUMPUR: Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerajaan yang mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata, banyak keputusan dan tindakan yang dibuat kerajaan akhir-akhir ini menepati aspirasi rakyat antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman 2012, membuat pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan terbaru membenarkan himpunan BERSIH 3.0 diadakan di ibukota, 28 April lalu.

"Kerajaan adalah pada landasan yang betul.Kesemua perkara dapat dilakukan dengan lebih baik."

Tunku Aziz berkata beliau tidak mampu menyangkal segala pembaharuan dan transformasi yang dibuat Perdana Menteri, meskipun beliau sebelum ini teguh dilandasan pakatan pembangkang.

"Kerajaan sedang mendengar. Walaupun saya dari parti pembangkang, saya dapat melihat merit yang mereka lakukan. Saya dapat melihat apa yang mereka lakukan kerana mereka mendengar," katanya ketika diwawancara dalam rancangan temubual Chat Time terbitan NTV7.

Setelah menjadi Perdana Menteri, Najib secara konsisten memperkenalkan pelbagai program yang dilihat memulangkan hasil kekayaan negara kepada rakyat marhaen. Antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia, Koperasi 1Malaysia (COOP 1M), Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dan sebaginya.

Justeru Tunku Aziz menyeru semua pihak termasuk Pakatan Rakyat agar memberi peluang kepada kerajaan persekutuan bagi membuktikan mereka benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat.


"Kita selalu fikir kita boleh melakukan yang lebih baik, beri mereka peluang untuk menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan sehingga memberi manfaat negara."

Tunku Aziz yang menyertai parti DAP pada Ogos 2008 berkata, membentuk sesebuah kerajaan bukan perkara senang. Ia juga perlu mengukit proses yang betul dan sah disisi undang-undang.
"Bagi beberapa ahli politik, dapatkan Putrajaya, dan mengubh segalanya.Memang mudah berfikir daripada melakukan," katanya.

Tunku Aziz sebelum ini berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercadang ingin membentuk kerajaan dengan cara yang tidak sah iaitu tanpa melalui proses pilihan raya menyebabkan tercetusnya politik kotor dalam Pakatan Rakyat.

Tunku Aziz mengejutkan pelbagai pihak apabila keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatnnya dalam parti berkuatkuasa serta merta setelah dikecam hebat akibat pandangan terbukanya yang menentang penganjuran BERSIH 3.0.

"Saya telah diberi amaran oleh rakan-rakan bahawa saya perlu bersedia dipecat, tetapi itu bukan masalah.Setakat ini belum ada petunjuk daripada kepimpinan tertinggi apa yang terjadi pada nasib saya ini."

Ahli politik veteran itu berkata, beliau tidak akan berhenti daripada menyumbang sesuatu kepada negara.

"Saya tidak mempunyai sebarang cita-cita besar, tetapi saya masih berfikir  untuk membuat beberapa sumbangan dalam apa jua cara kepada negara dan berharap berterusan hingga ke masa hadapan."

- AntaraPos

 

Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...


PENYELEWENGAN TENDER DI KEDAH

 
 
PETALING JAYA : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut memberi penjelasan kepada rakyat Kedah berhubung projek bernilai lebih daripada RM600 juta di negeri itu yang dibangunkan tanpa tender terbuka.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata penjelasan mengenai dua projek yang dikenali sebagai Aman Central dan Amansuri Residences itu perlu kerana ia melibatkan tanah milik kerajaan negeri dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Buku Jingga yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Tan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang dipengerusikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak diwartakan untuk membangunkan kedua-dua projek telah menjalinkan perjanjian usahasama dengan sebuah syarikat persendirian Belleview Group Company dari Pulau Pinang.

“Tiada tender terbuka dibuat oleh kerajaan negeri Kedah sebelum memasuki perjanjian usahasama bagi projek RM500 juta Aman Central dengan syarikat terbabit.

“Perkara yang sama berlaku untuk projek Amansuri Residences bagi membangunkan 277 unit kondominium bernilai RM109.55 juta membabitkan usahasama anak syarikat PKNK dan syarikat yang sama dari Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum kepada Anwar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dekat sini, Jumaat.

Memorandum kemudiannya diterima oleh wakil dari pejabat Anwar, Najwan Halimi.

Tan berkata, memorandum diserahkan kepada Anwar, bukan kepada Azizan sendiri selepas kerajaan negeri Kedah enggan mengulas lanjut, malah bersikap berdolak-dalih dalam menjawab isu ini.

“Dua minggu lepas kami telah beri peluang kepada kerajaan negeri untuk bagi penjelasan, tapi Datuk Seri Azizan kata beliau tak akan melayan dakwaan dan tidak akan mempedulikan hal ini…beliau kata projek sudah jalan dan tak boleh diganggu.

“PAS tak berminat nak jawab, kita terus bawa kepada ‘bos’ mereka,” katanya.

Katanya, rakyat Kedah tidak dapat menerima jawapan tidak kukuh Azizan yang menyatakan pendirian bahawa projek tersebut tidak perlu diadakan tender terbuka kerana ia projek swasta.

“Sedangkan kerajaan PR melalui Buku Jingga yang dilancarkan tahun lepas berjanji akan melaksanakan tender terbuka bagi semua projek di bawah pentadbiran mereka.

“Mengapa (Kedah) tak perlu tunaikan janji-janji dan dikecualikan daripada membuat tender terbuka untuk projek bernilai lebih RM600 juta ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga inginkan penjelasan tentang tindakan yang akan diambil oleh kerajaan PR bagi membetulkan keadaaan ini.
 
Jelas beliau, jika perkara ini masih tidak dapat diperjelaskan kepada umum, ia menunjukkan pentadbiran kerajaan PR yang tidak menghiraukan aduan rakyat.

“Rakyat Kedah ingin tahu apakah yang sedang berlaku sekarang dan apakah polisi sebenar PR di Kedah. Kalau tak jelaskan juga, rakyat akan tahu pendirian kerajaan dalam isu ini. Adakah Buku Jingga hanya retorik dan untuk raih undi sahaja,” tegasnya.

Ditanya sama ada projek terbabit mempunyai kaitan dengan keistimewaan atau kepentingan peribadi, beliau menjawab:

“Saya tak tahu. Hanya Datuk Seri Anwar yang boleh jawab dan beri penjelasan,” katanya.
 
 
Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...
 
 

Adv

Nuffnang 2