Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

14 May, 2012

BREAKING NEWS!! TUNKU ABDUL AZIZ KELUAR DAP



Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti.

Keputusannya itu yang diumumkan malam ini, adalah satu tamparan
besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan.

Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno.

"Saya bukan katak," katanya.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini tidak bersetuju dengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang disertai kira-kira 200,000 yang turun membanjiri ibunegara bulan lalu bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis.

Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei, tidak adalah dilanjutkan.

"Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya," kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysiakini.
Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, beliau telah mencadangkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu.



Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...


GAJI MINIMUM ANWAR IBRAHIM KENCING DARI RM1500 TURUN LAGI RM1100

PPM - Apa jenis auta aku pun tak tahu, Lihatlah cakap-cakap janji yang sering kali berubah dan berbelit, apa dah jadi dengan Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100. Yang mana satu Anwar ibrahim hendak laksanakan aku pun tidak faham? Agak-agak manusia jenis kuat menipu ini tidak ingat janji-janji penipu yang lalu. Kalau macam inilah bakal Perdana Menteri yang reka cipta janjipun tidak sekata dan seragam, bolehkah dipercayai ke?

Anwar Ibrahim dalam kenyataan akhbar mengatakan Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). tapi pelik bukan apabila dia penah berjanji pelaksanaan gaji minimum di Selangor iaitu RM1500 yang sepatutnya sudah bermula awal tahun ini? Inilah yang menghairankan apabila Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100?



Kalau diimbaskan kembali, Khalib Ibrahim PKR telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun ini melalui semua anak syarikat negeri.  Berita Kencing telah diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011.

Kononnya Abdul Khalid berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 itu akan dimulakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holding Berhad.

Bagi syarikat milik Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana RM10 juta akan disediakan bagi menampung kos pelaksanaan dasar ini. “Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum,” Kencingnya.

Tetapi semua itu hanyalah mainan maha auta Khalib Ibrahim. Sehingga sekarang tahun 2012 telah masuk bulan 5, masih juga belum terlaksana malah sempat juga Khalib Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mempersoalkan tetapan gaji minimum oleh Datuk Sri Najib RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah Serawak. Yang mereka kencing harap bunyi sahaja RM10 juta, sedap bukan main! tapi pelaksanaan hanya kroni yang untung!

Kalau inilah yang Anwar Ibrahim lakukan sebagai Penasihat Ekonomi RM1, bagaimana hendak melaksanakan gaji minimum RM1100, sudahlah jumlahnya turun, malah janji-janji yang lepaspun belum tertunai? Jadi dimana sebenarnya tahap kecekapan Pakatan Rakyat menunaikan janji, semuanya sekadar namapak macam cakap-cakap tin kosong sahaja. Tidak payahlah hendak cipta karangan sehingga tahap Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100, semata-mata untuk menjatuhkan Najib Razak, buktikan dulu apa yang mereka janjikan sebelum hendak mengutuk orang lain.


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...


BILA SINETRON HUDUD AKAN BERAKHIR?



MyKMU - Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Al Hiss menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perlaksanaan hudud sekiranya PR menang pilihanraya adalah tidak bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat. 

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Harun Taib juga berpendapat yang sama dan menyarankan agar bantahan Karpal dipersetankan saja.    Karpal Singh sebelum ini menempelak Hadi Awang kerana membangkitkan kembali soal hudud yang dianggapnya sudah tamat, iaitu tidak akan dilaksanakan sama sekali apabila PAS bersetuju membuang Negara Islam dari perjuangan dan ditukar kepada Negara Kebajikan.

Karpal juga merujuk kepada kenyataan Hadi Awang baru-baru ini yang ingin membuang Islam sebagai agama rasmi negara dan sebaliknya akan menerapkan cara hidup Islam (Addin) kepada semua.

Karpal dengan itu menuntut agar PAS menghentikan semua cakap-cakap mengenai Islam terutamanya hudud. Kata Karpal, cakap-cakap mengenai Islam ini semakin mengelirukan pengundi, selain tidak bersandar kepada prinsip Pakatan Rakyat.

Kita bersetuju dengan Karpal bahawa PAS perlu membuat keputusan mengenai pendirian mereka terhadap hudud secara muktamad untuk kesekian kalinya. 

Di awal penubuhan PAS, parti itu menjadikan hudud sebagai matlamat perjuangan yang paling tinggi.  Berpegang kepada matlamat ini, ramai ahli-ahli PAS menjadi fanatik dan menentang kerajaan yang dianggap mereka sebagai sekular, hatta kafir kerana tidak melaksanakan hudud.  Peristiwa Memali dan Sauk adalah antara tragedi berdarah yang berakar dari fahaman ekstrem yang dibawa PAS.

Tanpa mereka sedari, ‘hudud’ hanyalah sebuah drama untuk memancing sokongan umat Islam yang tercari-cari pegangan.  PAS tahu, orang Melayu mudah tersangkut dengan drama picisan murahan yang meleret-leret tanpa penghujung.  Dengan itu, PAS telah mempergunakan sepenuhnya sikap ini untuk terus membuai mereka dalam mimpi yang tidak berkesudahan.

Apabila menghidu peluang untuk ke Putrajaya dengan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, PAS secara tiba-tiba menjadi ‘lembut’ sedikit dan lebih terbuka berkenaan perlaksanaan hukum hudud.  Bagi membuktikan sikap terbuka mereka, Hadi Awang pun berkata:

“Hukum Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya.” – (Hadi Awang / 07 Mac 2000 / Utusan Malaysia).

Jelas, dengan kedudukan hudud yang hanya sebahagian kecil dari keseluruhan Islam yang luas, maka ketaksuban PAS terhadap undang-undang itu sehingga sanggup mengkafirkan orang lain, adalah satu bentuk ektremisme yang dibuat-buat sekadar untuk meraih keuntungan politik melalui perpecahan ummah.

Dalam ertikata lain, PAS, terutamanya Hadi Awang sendiri hanya berlakon – kekadang beliau berlakon sebagai terbuka, dan kadang-kadang pula sebagai ekstrem, mengikut arus politik semasa dan mengikut kepala otaknya.

Namun, menyedari bahawa pendirian ini telah mengecewakan ramai ahli-ahli fanatik mereka, maka PAS pun terpaksa berdolak dalih mengenainya setiap kali ditanya.

Akhirnya, apabila lakonan mereka ternyata berjaya membantu mereka menang di Kedah dan mengekalkan Kelantan, PAS bersetuju menggugurkan terus prinsip Negara Islam yang termaktub dalamnya hukum hudud, semata-mata kerana tidak mahu melepas peluang merebut Putrajaya bersama dengan DAP dan PKR.  Maka berkatalah PAS lagi:

“Kita ada persetujuan, untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal Hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihanraya”. – (Nik Amar Nik Abdullah, Timbalan Pesuruh Jaya Pas kelantan merangkap Exco Kerajaan Pas Kelantan /           03 September 2010 / Utusan Malaysia)

Sangka PAS, prinsip terbuka mereka akan diterima baik oleh semua termasuk para penyokong mereka.   Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa keputusan tersebut telah memakan diri.  Akibat lakonan yang buruk dan tidak mantap, PAS kini dilihat sebagai alas kaki, kuda tunggangan ataupun anjing suruhan DAP yang tiada maruah dan tiada harga diri.

PAS dicemuh dan dihina kerana menggadaikan prinsip, yakni agama dan juga bangsa kerana politik.   Lebih buruk lagi apabila sikap terbuka PAS menjadi keterlaluan sehingga sanggup bekerjasama dengan Ambiga yang menyokong murtad dan LGBT, sedangkan mereka pernah berjihad menentangnya.  

Melihat keadaan semakin parah, di mana penyokong semakin marah dan pengundi atas pagar memalingkan terus muka dari mereka, PAS sekali lagi cuba menyambung sinetron hudud yang sepatutnya sudah tamat.   PAS percaya inilah strategi yang paling tepat bagi menghadapi pilihanraya iaitu menunjukkan ketegasan menempelak kembali Karpal Singh yang berkeras menentang hudud.

Langsung PAS tidak dapat melihat bahawa tindakan ini hanya akan menambahkan rasa menyampah dan muak terhadap mereka.  Ini kerana, yang pasti, Karpal Singh tetap konsisten sejak dari dahulu sehingga kini beliau dan DAP tegar menentang hudud dan Negara Islam.  Yang jelas tidak konsisten, tiada pendirian dan tiada maruah hanyalah PAS.

Justeru, PAS perlu menerima hakikat bahawa sinetron hudud sudah tidak laku, apatah lagi dengan menggunakan pelakon dan skrip yang sama.

Beruang Biru


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...


Video Pasangan Curang Berzina Melekat – AMARAN 18SX



Di Nairobi Kenya gempar cerita seorang isteri yang bezina dengan teman lelaki beliau yang kemudiannya melekat. Menurut laporan media Kenya, si suami mengesyaki si Isteri bermain kayu tiga dan meminta pawang meletakkan jampi Voodoo pada isterinya.

Bila si isteri berzina jampi tersebut akan mengakibatkan kemaluan si isteri dan teman lelakinya melekat. Kemudiannya si isteri kantoi dan si suami enggan menolong. Pihak polis dipanggil tetapi mereka juga gagal memisahkan pasangan tersebut. Hanya setelah si teman lelaki berjanji akan membayar pampasan Shilling Kenya 20 000 (RM 716) barulah si suami bersetuju memanggil seorang Paderi Kristian dan mereka akhirnya dipisahkan. Saksikan video di bawah..


Hudud: Malaysian Insider Didesak Buat Pembetulan



MyNewsHub – “Kami mendesak agar pihak Malaysian Insider membuat pembetulan di atas pemberitaan yang salah dari segi etika kewartawanan itu,” tegas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider hari ini, 13 Mei 2012 dengan tajuk Hadi sticks to hudud stand, unfazed by Karpal’s view.

“Pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ini menafikan kandungan berita bahawa “PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has maintained that Pakatan Rakyat (PR) would implement hudud for Muslims if it comes to federal power, saying today…”,” jelasnya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau menegaskan lagi, Presiden PAS tidak pernah menyebut intipati petikan berita berkenaan semasa sidang media hari ini atau di waktu yang lain sebelum ini.

Oleh itu, katanya persoalan pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah kerajaan persekutuan adalah tidak berbangkit sama sekali.

“Pihak media diingatkan supaya tidak menguji kesabaran kami dengan terus menerus memuatkan berita bohong yang diulang siar dengan niat untuk menjalankan agenda buruk pihak tertentu,” katanya.-HarakahDaily

AC kata: So pada puak Pakatan Rakyat terutama penganut PAS jangan dok mimpi nak laksanakan hudud korang tu. Presiden PAS sendiri dah cakap, jika PR memerintah pun Hudud tidak akan dilaksanakan.


Mengundi PAS bermakna mengundi DAP...
DAP anti Islam...
DAP anti Melayu...

Adv

Nuffnang 2