MyKMU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan
Razak menerima tamparan hebat dari editor lidah rasmi PAS, Harakahdaily,
apabila portal itu menyiarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
yang membatalkan keputusan KUIN menggantung 5 orang pelajarnya tahun
lalu.
Selalunya, kisah-kisah yang memaparkan
kesalahan, kesilapan dan keburukan PAS tidak akan sesekali disiarkan
oleh sidang editor portal milik parti itu.
Sangat berlainan kali ini, berita
tersebut disiarkan oleh editornya dan dipercayai bahawa penyiaran berita
tersebut mempunyai agenda tersirat, “ada udang di sebalik batu”.
Azizan yang merupakan Pengerusi Kolej
Universiti Insaniah (KUIN), sebuah IPTS milik penuh Kerajaan Negeri
Kedah sebelum ini telah menggantung 5 orang mahasiswanya kerana berdemo
menentang pengurusan IPT tersebut.
Selain itu, dikhabarkan juga bahawa KUIN kini di dalam keadaan “tenat” ekoran dilanda krisis kewangan yang parah!
Sumber mendedahkan bahawa maklumat
dalaman KUIN tersebut dibocorkan oleh orang PAS sendiri kepada media dan
beberapa pemimpin UMNO bertujuan untuk memberi tekanan kepada MB yang
mempunyai masalah jantung itu.
Khabarnya, yuran pengajian dinaikkan dari RM60 kepada RM200 sejam kredit bermula Julai ini.
KUIN juga memotong gaji kakitangannya
untuk KWSP dan SOCSO, tapi bila diperiksa, tiada satu sen pun caruman
dibuat oleh KUIN ke dalam akaun mereka.
Begitu juga dengan pemotongan terus dari
bank bagi pinjaman sewa beli rumah, kenderaan dan sebagainya oleh
kakitangan KUIN di mana pihak bank tidak menerima bayaran mengikut masa
dan ada dikalangan mereka yang menerima surat amaran dari pihak bank.
Menurut risikan maklumat yang dibuat di dalam PAS Kedah, kedudukan Azizan Razak kini bagaikan “telur dihujung tanduk”.
Maklumat memberitahu bahawa
gerakan-gerakan untuk menjatuhkan Azizan Razak yang dulunya dibuat
secara diam-diam, semakin berani dibuat secara terbuka seolah-olah
mencabar kewibawaan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.
Menurut sumber lagi, segala maklumat
dalaman termasuk fail-fail sulit MB turut “dilarikan” oleh “orang dalam”
bagi didedahkan kepada musuh-musuh politik Azizan Razak.
Nampaknya, jika Azizan tidak bertindak
tegas dari sekarang, bukan saja jawatan Menteri Besar yang disandangnya
itu akan “hilang”, malah berkemungkinan besar jawatan Pesuruhjaya PAS
Kedah juga akan “terbang”!
Persoalannya, siapakah pemimpin PAS Kedah yang layak menggantikan Azizan Razak sebagai MB?
Mahfuz Omar? Phahrolrazi Zawawi? Taulan
Rasul? Amiruddin? Nasir Mustafa? Dr. Ismail Salleh? Sanusi Mohd Nor?
Atau Datuk Ahmad Bashah?
Layakkah Mahfuz Omar yang sering
mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang hanya akan ditertawakan oleh
rakyat? Layakkah Phahrolrazi sedangkan dia terbukti “gunting dalam
lipatan” di dalam PAS Kedah?
Taulan Rasul yang semakin dibenci ahli
PAS di Pendang boleh ganti Azizan? Dan Nasir Mustafa yang “bertapa”
dirumahnya “menggoyang telur” sambil makan gaji buta sebagai ADUN?
Dr. Ismail pula “sekutu” Phahrolrazi yang
tidak lagi diyakini orang PAS sendiri. Sanusi Mohd Nor pula terlalu
“mentah” untuk menggantikan “mentor”nya.
Saya fikir, jika keadaan PAS Kedah yang
huru-hara begini, penuh dengan pepecahan, “cas keting”, gila kuasa, gila
glamour dan “syok sendiri”, rasanya UMNO/BN akan mengambil alih
Kerajaan Negeri Kedah selepas PRU13 ini.
Dikala UMNO sedang merayakan
ulangtahunnya yang ke-66 di Stadium Bukit Jalil menandakan kekuatan UMNO
yang semakin disokong rakyat negara ini, PAS Kedah pula sedang kritikal
bergaduh dilanda ribut!
Jika perkara ini berterusan lagi
(meskipun dalam diam dan dirahsiakan), tidak hairanlah UMNO Kedah yang
diketuai oleh Datuk Bashah akan mengambil alih jawatan MB dari PAS dan
Azizan Razak.








