Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

11 May, 2012

PRU13 - Anwar Ulangi Janji Turunkan Harga Minyak.



SUBANG JAYA, 11 Mei -  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan kelak.
 
Menurutnya, dalam masa 24 jam selepas sah menjadi kerajaan persekutuan, beliau memberi jaminan yang pengumuman harga minyak di seluruh negara diturunkan akan dibuat.
 
“Bila kita (Pakatan Rakyat) angkat sumpah, Insyaallah, bagi 24 jam kita umum harga minyak di seluruh negara diturunkan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada Ceramah Merdeka Rakyat Pasca Bersih 3.0 di Kompleks 3K Subang malam tadi. Di dalam ucapannya, beliau menafikan yang negara akan menjadi bankrap sekiranya harga minyak diturunkan.
 
“Revenue (keuntungan) minyak setiap tahun adalah sebanyak RM70-80 billion. RM80 kalau turun sikit, Umno sudah kata bankrap. Pada saya itu bukan bankrap, tapi untung menjadi sedikit. Saya janji turun (harga minyak), bukan hapus. Jadi tidak akan bankrap,” katanya.
 
Menurutnya lagi, selain menurunkan harga minyak Pakatan juga memberi jaminan yang mereka akan turut menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).
 
“Percaya saudara, kita menang no more (tiada lagi) akta universiti. Bukan pinda, kita batal akta tersebut,” tegas beliau.-KlPos

Ira Akan Mendera Anaknya Bila Bergaduh Dengan Teman Lelaki – Saksi



PETALING JAYA – Perakam klip penderaan kanak-kanak yang tersebar luas sejak kelmarin berkata, wanita muda itu yang dikenalinya dengan nama Ira merupakan anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai.

“Saya kenal dia sebab saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal bersama saya pada Mac tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan boleh dikatakan agak sosial.

“Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya, anak yang akan dijadikan sasaran.

“Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram,” katanya.

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis, wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu.

Kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. – BERNAMA


KENAPA LAJIM BAWA DIRI KE CAMBODIA?

Khabar angin seorang pemimpin UMNO keluar parti seperti yang AC pernah sentuh dalam sebuah artikel awal tahun ini, baca SINI. Kini angin ini semakin kencang yang mana melibatkan Datuk Lajim Haji Okin.


Untuk rekod, sebelum Datuk Lajim menyertai UMNO pada tahun 1994, dia merupakan ahli PBS yang mana merupakan parti dominan yang memerintah di Negeri Sabah pada era 90-an. Selepas melihat, kepimpinan PBS sudah semakin hampir kepada penghujungnya, beberapa pemimpin PBS pada ketika itu membuat penghijrahan besar-besaran menyebabkan PBS lumpuh di Sabah.


Datuk Lajim ini adalah selayak-layaknya diberi gelaran raja katak(seperti gambar di atas). Datuk Lajim juga merupakan raja pengkhianat, kerana setiap penghijrahannya tersembunyi kepentingan peribadi.


Pemimpin seperti ini bukanlah pemimpin pilihan rakyat, kerana pemimpin ini bukannya memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

HAMPIR terkejut buangkut (katak) Paparazzi mendengar desas-desus bahawa Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin Al-Buangkuti Ibni AlBongkoron, kerana telah menempah tiket kapal terbang ke Cambodia (Kemboja) ketika Ahli Majlis Tertinggi UMNO sibuk membuat persiapan terakhir menyambut ulang tahun ke 66 UMNO di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Kononnya, Lajim kecewa kerana telah di'kuarantin'kan daripada tugasnya sebagai Timbalan Menteri, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort sehingga menjadi 'Boneka' kepada UMNO; tidak dapat berfungsi seperti sebelum ini kerana tersilap membuat percaturan politik.
Sebenar tadi, khabarnya Lajim yang yang sudah berada di Kuala Lumpur menangguhkan penerbangannya ke Cambodia setelah rancangan percutiannya dapat dicium Agen UMNO kerana pertemuannya dengan Ketua Umum PKR dan rancangan penghijrahannya ke PKR bukan rahsia lagi.

Mengikut maklumat yang Paparazzi terima, Lajim telah menempah tiket untuk semua AJK Bahagian UMNO Beaufort ke Jakarta menjelang sambutan Ulang Tahun UMNO bagi tujuan yang tidak pasti; selain makan angin setelah berita angin bertiup kencang beliau akan menyertai PKR minggu hadapan bersama Timbalan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Percubaan Paparazzi menghubungi Lajim gagal tetapi AJK UMNO Beaufort yang meminta namanya dirahsiakan mengesahkan bahawa Lajim akan ke Cambodia sejurus selepas upacara Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 66 UMNO selesai dan mereka (AJK) pula akan ke Jakarta.

Bagaimanapun AJK berkenaan enggan mengulas berhubung penghijrahan Lajim ke PKR tetapi melahirkan rasa kasihan kepada Janang Gayuh mereka yang sebelum ini dijulang sebagai Pejuang UMNO, kini bakal menjadi peminta sedekah di luar UMNO-Sabahkini.net

KARPAL SINGH BERI KATA DUA KEPADA HADI AWANG



Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.
  
Karpal berkata Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.
  
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.
  
"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali.

"Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.
  
DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz sebagai Anggota Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibukota baru-baru ini.- Bernama


AC kata: Perang antara Karpal Singh dan Hadi Awang rupanya belum berakhir lagi. Jika benar PAS nak perjuangkan Hudud, buat apa jadi pelacur dalam Pakatan Rakyat. Kepimpinan Pakatan Rakyat jelas menolak hukum Hudud dan Negara Islam yang jelas hanya tinggal angan-angan kosong kepada PAS. 

AC berani kata, Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS sejak lebih 20 tahun lalu bakal jatuh di tangan BN pada PRU 13 nanti. Jika ini benar terjadi, ini adalah salah PAS sendiri kerana menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Semenjak PAS menjadi pemuas nafsu DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, keyakinan penyokong PAS telah luntur kepada parti PAS.

Dahulu PAS kata tak boleh bekerjasama dengan kafir tatapi kini PAS adalah sahabat baik kepada kafir malah Nik Aziz sendiri kata dia sanggup berkawan dengan syaiton jika syaiton boleh menolongnya.

Apa maknanya? Jika syaiton boleh membantu PAS menang dalam pilihanraya, maka PAS akan bekerjasama dengan syaiton. Termasuklah dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Ada PAS kisah pasal akidah Islam sekarang ini? Rasanya soal akidah telah ditanam jauh ke dasar perut bumi oleh PAS. Apa yang penting adalah, berkawan dengan syaiton untuk meneng pilihanraya.

Lihat saja senario kepimpinan PAS sekarang ini. Dahulu PAS kata, "Ya, Anwar Ibrahim adalah peliwat", "Mengundi anwar Ibrahim umpama menempah bilik neraka", sehingga Mat Sabu memberi gelaran Al-Juburi kepada Anwar Ibrahim. Tapi sekarang bagaimana? Mereka adalah satu. 

Apa maknanya jika berkawan dengan syaiton?

Jika kita berkawan dengan syaiton maka kita juga adalah syaiton. Sebab, orang berhati baik dan taat kepada perintah Allah akan menolak sebarang pengaruh syaiton. Mungkin ada diantara anda yang berkata, "Tidak semestinya". 

Persoalannya adalah, dimanakah mereka-mereka yang lantang bersuara menentang pembinaan kilang Lynas, menentang penyenaraian FGHV, mengatakan BR1M itu haram dan rasuah. Dimanakah suara mereka yang lantang menolak sebarang pembangunan yang dijalankan oleh DS Najib ketika timbulnya isu akidah, isu murtad, orang kafir dengan sewenang-wenangnya mempermainkan kalimah dalam Al-Quran, Memegang al-quran dan sebagainya. 

Dimana suara-suara lantang mereka ini. Bila nak cakap pasal politik bukan main lagi, menyalak 24jam sehari, 7 hari seminggu. Tapi, bila timbul isu agama dan akidah, mereka -mereka ini tidak ubah seperti anjing ketakutan, ekor disimpan bawah kelangkang. 

Fikir-fikirkanlah.

SEBARKAN
 

Disebabkan Wanita Bernama Noor itulah, Bayi 10 Bulan Selamat


Video klip seorang ibu mendera anaknya yang berusia 10 bulan yang menjadi topik panas beberapa hari lalu telah mengundang marah banyak pihak bukan sahaja ke atas wanita berkenaan, namun juga terhadap perakam klip itu.

Ramai yang begitu marah mengapa tukang rakam terlepas dan hanya ibu kanak-kanak berkenaan dikenakan hukuman penjara 18 bulan.

Disebabkan simpati terhadap anak kecil terbabit, maka boleh difahami mengapa ramai antara kita yang tersinggung dengan keadaan itu.

Namun, laporan muka hadapan akhbar paling terkenal dan pilihan ramai pembaca di negara ini, Harian Metro memperjelaskan bahawa perakam berkenaan, Noor, 30-an adalah sebenarnya penyelamat kanak-kanak itu, bukannya seorang individu yang suka-suka merakam kejadian.

“Saya rakam semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana sudah tidak tahan lihat bayi itu kerap dikasari ibunya,” katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan hari ini.

Kes penderaan itu berlaku Mei tahun lalu di Petaling Jaya dan ibu kanak-kanak itu telah dipenjara 18 bulan manakala kanak-kanak itu kini selamat dan diletakan di bawah jagaan keluarga angkat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan keadaan kanak-kanak berkenaan dan berkata dia kini lebih ceria dan tidak trauma, bertentangan daripada apa yang disebarkan individu tertentu melalui laman sosial Facebook dan Twitter.

Selanjutnya Noor berkata, tujuan dia merakam klip itu adalah sebagai ikhtiar terakhirnya untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

“Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.



Noor menjelaskan, ketika kejadian itu, dia berpura-pura memegang telefon bimbit kononnya untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), sebaliknya merakam kejadian itu untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis.

Katanya, ketika itu, dia ada meminta anak perempuannya yang berusia 9 tahun agar mengambil bayi berkenaan, namun anaknya itu juga dipukul wanita berkenaan yang dikenali sebaga Ira.

Melihat keadaan itu kata Noor, selepas hampir lima minit dia menghentikan rakaman dan bergegas mengambil bayi Ira lalu membawanya masuk ke bilik lain sebelum menguncinya dari dalam.

Noor kemudiannya menghubungi seorang rakan dan memintanya membuat laporan polis. Kira-kira satu jam selepas itu, polis tiba di rumahnya dan menahan Ira.

Noor menjelaskan, dia telah berulang kali menasihatkan Ira sebelum kejadian berkenaan agar jangan menjadikan anaknya sebagai tempat untuk melepaskan geram.

Ira dikatakan bertindak ganas akibat tekanan hidup terutama selepas ibunya meninggal dunia tahun lalu.
Selepas Ira ditahan, Noor sendiri telah menjaga kanak-kanak berkenaan selama tiga minggu sebelum diserahkan kepada JKM.

Nampaknya ramai antara kita telah tersilap dan buruk sangka kepada Noor sedangkan kerana dialah kanak-kanak itu selamat.

Kami di Mynewshub memohon maaf jika ada kesilapan dalam laporan kami kepada Noor dan rasanya pembaca yang mungkin meluahkan perasaan sebelum ini juga harus berbuat perkara yang sama.-MyNewsHub

AC kata: Klik SINI untuk melihat video penderaan.


SEBARKAN

MENJELASKAN KESESATAN PARTI AJARAN SESAT

Utusan - KETIKA Badan Perhubungan Pas Terengganu menganjurkan Majlis Mesra Media Februari lalu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik memudarkan sedikit kemesraan yang cuba diserlahkan.

Beliau yang tiba dan menyapa kami, tidak berlengah mengheret perbualan dengan mempersoalkan laporan media berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menggelar Pas sebagai singkatan kepada 'Parti Ajaran Sesat'.

Bakar yang berwajah 'bengkeng' yang dikenali dengan kenyataan-kenyataan kerasnya, menganggap tuduhan terhadap Pas suatu yang dianggap cukup berat dan memberi tempoh tiga hari untuk Ahmad menarik balik kenyataan itu, sebelum tindakan diambil.

Beliau kelihatan cukup serius ketika kalangan kami pula bersahaja memanjangkan perbualan dengan bertanya apa salahnya dengan 'ge'lor' (gelaran) itu, sebagaimana UMNO dan penyokongnya dikafirkan sekian lama.

Mungkin bagi Abu Bakar tuduhan menyentuh akidah dan tidak pernah ditarik balik itu yang menyemarakkan api sengketa sesama Islam ketika setiap ceramah mereka disamakan dengan kerja dakwah dianggap begitu ringan persoalannya.

Tercetus pula cadangan agar Ahmad lakukan sumpah laknat mubahalah yang selama ini ditolak oleh Pas bagi mengelak pemimpin pakatan pembangkang berbuat demikian bagi membersihkan diri daripada kehinaan kerana sarat dengan persoalan moral.

Dan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat bertanya apakah tindakan yang diambil kerana kata dua yang diberikan sudah melewati tiga bulan.

Sidang DUN kali ini juga agak luar biasa sedikit apabila hujah dalam persoalan agama ini tidak begitu disanggah oleh Pas sebagaimana lazimnya dan Khazan menggulung perbahasan dengan jelas dan terang tanpa disanggah.

Ia bermula dengan pertanyaan lisan oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung ajaran-ajaran di negeri ini yang difatwakan sesat dan apakah garis panduan yang digunakan turut mengambil kira pandangan ulama antarabangsa.

Ternyata Pas tidak termasuk senarai 'sesat' bersama aurat Aurat Muhamadiah, ajaran Azhar Wahab dan Ayah Pin berdasarkan hasil kajian dan keputusan majlis fatwa berkaitan dengan ajaran dan fahaman bertentangan dengan akidah, syariat Islamiah, Al Sunnah wal Jamaah.



Namun Khazan menyifatkan gelaran terhadap Pas itu ada asasnya dan kerana Pas telah banyak melakukan pembohongan dan penyelewengan dengan mempolitikkan agama yang perlu dihentikan.

''Kurang bijaksana jika kerajaan bertindak melalui proses pentadbiran kerana boleh timbul tanggapan lain bahawa kerajaan bertindak semata-mata untuk kekalkan kuasa parti kerajaan," ujarnya.

Isu Pas merupakan persoalan politik yang lebih wajar ditangani melalui penjelasan parti kerajaan kepada masyarakat bahawa parti itu memperjuangkan Islam dengan cara tidak betul atau dengan perkataan yang lain 'sesat'.

Adv

Nuffnang 2