Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

10 May, 2012

KELAB MURTAD DI MALAYSIA?

Sebentar tadi AC terbaca satu post di dinding facebook yang ditampalkan oleh pengguna facebook Irwan Hadzly Abd Rahim, tentang kewujudan satu laman blog bertajuk "KELAB MURTAD DI MALAYSIA". Lantas tanpa berfikir panjang AC klik pada pautan tersebut dan inilah hasilnya;




Bukan niat AC untuk mempromosikan laman blog ini. Langsung tidak terlintas di kepala AC untuk berbuat demikian. 

Pada pandangan AC, walaupun setiap rakyat diberikan hak untuk bersuara, dan memberikan pendapat masing-masing tetapi kebebasan yang diberikan ada had dan batasannya.

Kebebasan yang ditunjukkan oleh penulis blog ini ternyata sudah melampaui batas yang sepatutnya. 

AC juga berpendapat agar pihak berwajib seperti SKMM, dapat menjalankan pemantauan terhadap laman blog ini sebelum ianya menjadi racun kepada mentaliti masyarakat Islam di Malaysia.

AC juga berpendapat, penulis ini hanya menggunakan nama di mana namanya sama dengan nama Dr. Hasan Ali. Ini bertujuan untuk mengaburi mata masyarakat serta perlakuan khianat terhadap Dr. Hasan Ali.

Pada masa AC menulis artikel ini, AC mendapati laman blog ini telah membuat sebanyak 13post artikel, dan antara tajuk artikelnya adalah;


Itu adalah antara artikel yang telah diposkan dalam laman blog ini. Laman blog ini telah mula ditubuhkan sejak 10 Mac 2012, berdasarkan tarikh post pertamanya.

Diharapkan pihak berwajib dapat melakukan tindakan sewajarnya.  

SEBARKAN

OBAMA SOKONG PERKAHWINAN SEJENIS



Presiden Barack Obama, yang minggu lalu melancarkan kempen mempertahankan jawatannya buat penggal kedua, menjelaskan secara terbuka pendiriannya semalam - menyokong perkahwinan sama jantina.

Katanya, pasangan sama jantina wajar diberikan peluang untuk berkahwin.

Bercakap dalam temu bual bersama ABC News: "Adalah penting bagi saya melangkah ke depan dan menegaskan bahawa saya fikir pasangan sama jantina seharusnya boleh berkahwin."

Dengan pendirian itu, Obama muncul presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama menyokong perkahwinan di kalangan golongan gay.

Sebelum ini, Naib Presiden Joe Biden dan anggota Kabinet pentadbiran Obama, Arne Duncan juga ada melahirkan sokongan ke arah itu.

Baca lagi... 


AC kata: Siapa ikut siapa? Obama ikut Anwar atau Anwar ikut Obama. Kedua-duanya merupakan pendukung perkahwinan sejenis demi untuk meraih undi.

ORANG KAFIR PEGANG AL-QURAN? NO HAL LAH!!

alt
 
Jika dahulu pekara yang melibatkan ugama pastinya dijaga dengan tertib oleh yang berhormat ataupun mereka yang terlibat dalam kepartian sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Namun dalam arus semasa dan era politik tanahair kini ianya mungkin sudah tidak relevan ataupun sudah kolot buat pemimpin politik yang merasakan undi menjadi keutamaan berbanding tertib dalam ugama itu sendiri.
 
Baru baru ini pembantu kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching melakukan satu tindakan yang luar dari kebiasaan apabila menghulurkan sumbangan empat naskah Al Quran kepada pengerusi sebuah Masjid di perkarangan MPKJ dalam Majlis ramah mesra yang diadakan oleh Ahli Parlimen Serdang.
 
Sedar atau tidak kejadian tersebut sebenarnya sekali lagi memberikan gambaran negatif kepada umat Islam apabila orang Kafir yang memberikan sumbangan Al Quran kepada pengerusi Masjid untuk digunakan oleh Jemaah. Rata rata yang hadir waktu itu berasa amat terkejut dengan sumbangan yang disampaikan.
 
Mengikut dari seorang yang hadir pada majlis tersebut pembantu ahli parlimen Serdang itu mengambil Empat naskah Al Quran dari dalam keretanya dan kemudiannya menyerahkan begitu sahaja kepada pengerusi Masjid yang mana disaksikan oleh semua hadirin yang hadir. Kejadian tersebut tidak disenangi mereka yang hadir terutama warga emas yang berusia 60 tahun keatas.
 
Mungkin mereka tidak menduga bagaimana begitu spontan seorang kafir menghulurkan Al Quran untuk dihadiahkan kepada pengerusi Masjid yang mana seolah olah sudah tiada lagi pemimpin ataupun pembantu ahli parlimen Serdang itu yang berbangsa Melayu untuk menyampaikan sumbangan tersebut.
 
alt
 
Kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku dalam perjalanan politik ahli Parlimen Serdang itu kerana sebelum ini beberapa program yang beliau hadiri mencetuskan kontroversi buat umat Islam Malaysia. Bermula dari peristiwa Surau Al Huda di Taman Kajang Sentral pada Ogos tahun lalu yang mana Ahli Parlimen Serdang ini masuk ke ruangan solat dan memberikan Tazkirah tampa pakaian yang menutup aurat. Seterusnya beliau hadir untuk senam robik dengan pakaian yang menjolok mata di Masjid Surau Taman Maju Cheras Balakong dengan lelaki dan perempuan yang bercampur gaul.



BERITA BAIK UNTUK AZMIN DAN ANWAR!!?

 
Gadget ini benar-benar di jual di salah satu laman web lelongan yang terkenal, Ebay. Ia menawarkan ciri-ciri khusus agar penggunanya tidak lagi ketagih untuk beronani. Bagaimana caranya?

Gadget ini perlu dipakai dengan memautkan satu tali pinggang disekeliling pinggang dan alat ini akan menutupi zakar dan buah zakar. Zakar tidak akan dapat menegang kerana ditahan oleh alat ini dan sekaligus menghilangkan nafsu untuk beronani. 
 


 
Ia dicipta di United Kingdom pada era Victoria antara tahun 1871-1930 sebagai cara untuk menangani ketagihan masturbasi dikalangan lelaki pada era itu.

Yang menjadi masalahnya ialah bonjol yang terhasil menyebabkan pemakainya kelihatan ganjil. So, ada ke yang teringin nak cuba?-Sumber
 
 
Alat ini juga boleh digunakan bagi bagi mereka yang mengalami ketagihan sex melampau. Ketagihan sex yang melampau bermaksud, seseorang yang mempunyai isteri yang sah tetapi masih cenderungan untuk menjalinkan hubungan kelamin dengan wanita lain sangat tinggi. 
 
 
Gambar hiasan: Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati
 
 
Seseorang itu mempunyai isteri tetapi isterinya itu diserahkan kepada bossnya untuk mendapatkan habuan berupa wang. Pada masa yang sama, si suami pula akan mencari cikaro lain untuk bermain aiskrimnya. 
 
Ketagihan sex melampau juga boleh digategorikan kepada orang yang cenderung untuk masuk melalui pintu belakang. Contohnya, seseorang itu mempunyai isteri(pintu depan) yang sah tetapi si suami lebih cenderung untuk mencari rakan kelamin sejenis(lelaki) dan mendatanginya dari pintu belakang. 
 
Gambar hiasan: Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati
 
 
Ini adalah beberapa contoh ketagihan sex melampau yang disyorkan oleh para doktor seluruh dunia agar menggunakan peralatan ini. 
 
Menurut kajian setebal 121 muka surat oleh Dr. Mat Sabu(bukan nama sebenar), alat ini berupaya memberi kesan dan menghalang ketagihan sex nafsu kuda melampau kepada si pemakai sehingga 99.99%. 

Maka dengan itu gua sarankan Azmin(bukan nama sebenar) dan Anwar(juga bukan nama sebenar) supaya memesan alat cegah ketagihan sex ini di E-Bay sekarang juga.



PAKATAN RAKYAT HANYA DAPAT 21%


BACA SETERUSNYA DI SINI.


TUNKU AZIZ SAH DIGUDURKAN SEBAGAI SENATOR



KUALA LUMPUR – Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kemungkinan besar tidak akan dicalonkan oleh kerajaan Pulau Pinang ke jawatan Senator bagi penggal kedua berikutan pendirian beliau yang membantah perhimpunan haram Bersih 3.0.

Tempoh beliau sebagai Senator akan berakhir 30 Mei ini.

Beliau telah mengesahkan sendiri hal berkenaan kepada kumpulan wartawan yang menemui Abdul Aziz siang tadi.

“Dua bulan lalu mereka berjanji saya akan terus menjadi Senator, selepas kenyataan saya (berhubung Bersih 3.0), mereka kata sukar untuk meletakan nama saya,” katanya di sini hari ini

Pendirian beliau berhubung Bersih 3.0 adalah jelas bahawa beliau tidak bersetuju kerana bersandarkan pengalamannya sendiri, perhimpunan seperti itu akan berakhir dengan keganasan.
“Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang,” kata beliau seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ramalan beliau tepat apabila Bersih 3.0 bertukar menjadi siri perhimpunan Bersih yang paling ganas dengan aksi peserta menyerang dan melakukan provokasi keterlaluan terhadap petugas polis.

Dalam keadaan huru-hara itu, ada dikalangan peserta juga turut tercedera.

DAP sebaliknya tidak mengambil kisah dengan pendirian beliau bahawa perhimpunan Bersih 3.0 mampu bertukar ganas dan siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka sebaliknya menyokong penuh perhimpunan itu.

Hampir keseluruhan peserta Bersih merupakan ahli dan penyokong parti-parti pembangkang dan bukannya kelompok rakyat yang merupakan pengundi atas pagar.-Mynewshub


PAS BERUK vs NIK AZIZ

 

Tidak ada yang ditambah dan tidak ada yang dikurangkan. Sebagaimana dari Tuannya maka itulah yang AC paparkan.

PAS BERUK 

Syaitan masuk neraka,nik aziz berashabat dgn syaitan....macamane nik aziz nak masuk syurga?ingat azzazil tu dulu hebst,mulia,taat lepas tu apa jadi.....ke neraka.....harap harap nik aziz beristigfsar kerana dia juga manusia biasa dan jangan menaggap orsng lain terlalu jahil....ingat Luqman Hakim juga seorsng ulama tetapi bukan pemerintah yg dihormati oleh pemerintah.-Link
 
Kamu semua kenal nik aziz berapa lama?kalau baru kenal jangan cuba memberi jawapan yg tidak berasaskan fakta,sbb aku mengenali nik aziz sewaktu aku dah akil baligh,dia baru jadi wakil rakyat penggal pertama di dun semut api....nik aziz merasuahkan seorang pejuang pas yg brrnama wan mat koboi dgn kawasan balak supaya wan mat koboi menyerahkan dun tersebut untuknya......dan nik aziz memfatwakan hukum makan daging tupai harus pada kuliahnya di pulau melaka.....pemimpin kaum muda ini mengharamkan baca talqim,tahlil atas kubur.beliau mencari populariti dgn kaedah berqias....hingga terlupa kepada ijmak.-Link
 
Semasa mengaji di universiti darul ulum,deubond india nik aziz merujuk kitab kitab ulama dalam bahasa urdhu...termasuk pengaruh maulana hassan yg mengasaskan tabligh...

Sekarang nik aziz banyak menggunakan ilmu mantiq dalam kaedah penyampaian.....ilmu mantiq tidak boleh diajar kpd manusia yg baru mengenal nahu,saraf.Hasan al Bana dihukum bunuh oleh pemerintah bukan kerana ilmu nya yg salah tetapi umat memahami dgn keadaan yg terkeliru.-Link
 
Tahun 1990 nik aziz membentangkan penubuhan tabung serambi mekah:-)sumber tabungan adalah dari derma orang persendirian dan pertubuhan....untuk menambahkan lagi sekolah agama rakyat....sumber kedua adalah duit interest yg sah hukum nya riba untuk digunakan bg membina jalanraya.....dari nas mana dalil menghalalkan duit riba untuk kemudahan asas yg nik aziz guna(tamsil) dan bgaimana nik aziz membezakan kutipan riba dan kutipan derma?dan tolong buktikan perakuan penerimaan duit interst dan berapa banyak sekolah agams negeri yg menggunakan duit serambi mekah....dzn tolong buktikan dsri mana sumber kewangan jentera penerangzn pas kelantan?-Link

Kerajaan pas kelantan telah menjual ladang rakyat seluas 48.2hektar kepada 29 buah sykt yg dimiliki oleh ci a taiwan dan singapore yang berjumlah 92 juta dan meluluskan konsesi balak sebanyak 23blok yang mempunyai keluasan setiap satu melebihi 500 ekar.pe,berian tanah secara gadaian kpd sykt cina p.pinang seluas 2000 ekar dilembah sireh dgn nilai premium 1000.00/ekar kpd adorna dan liziz standaco sdn bhd selama 99tahun....serta tsnah milik pegangan untuk diusahakan oleh pkink anak sykt kerajaan kelantan kpd sykt rimbunan hijau milik cina p.pinang dgn bayaran balasan 18juta untuk dijadikan kbmall....ahli tasawuf ko nik aziz lagu ni?-Link
 
nik aziz juga melantik menantu nik arif fshmi sbg ceo di mentdri besar diperbadankan serta memasukkan isteri arif fahmi,nik amalina bt nik aziz sebagai lembaga pengarah pmbk serta nik abduh sebzgzi lembaga pengaruh......kronisma diamslksn oleh nik aziz bercanggzh dgn tafsiran beliau tentzng wahdatul amal....terbalik jadi wahdstul-mal-Link
 
Nik aziz banyak dipengaruhi fahaman wahabbi.....menuduh orang lain kena penyakit hibbul-dunia...iaitu cinta dunia....banyak pemikiran mental-fizik yg digunakan dalam pengajaran kuliahnya di dewan zulkifli pusat pas kelantan......antaranya menyamakan al quran sbagai risalah Allah yang berfungsi sebagai suratkhabar tuhan.....saya adalah pengesahan teks syarahan yg disahkan oleh beliau sdndiri dan diterbitkan oleh Yayasan Islam Kelantan tahun 1993...beliau juga menyatakan nabi Muhammad S.a.w akan melawat Kelantan jika nabi belum wafat....ini satu kenyataan takabur sbb kelantan diwaktu beliau melafazkan kenyataan beliau merasakan kelantan adalah yg terbaik sebuah negeri Islam...sedangkan pada masa yg sama nik aziz belum menghapuskan 17 premis menjual arak dan lebih 20 kedai pajak gadai....ar rahn baru diperkenalkan...dan terakhir beliau mencari populariti dgn memperkenalkan wang dinar....Cayala-Link
 
Sdra/sdri boleh buat laporan polis jika meragui kenyataan saya....kerana saya yakin saya benar....dan saya adalah bekas juruperunding kerajaan negeri kelantan dalam bidang perbendaharaan berkaitan peruntukan pusat semenjak pemerintahan Bn sehingga zaman separuh pemerintahan nik aziz,kemudian saya tidak bercadzng untuk menyambung khidmat saya dengan kerajaan kelantan kerana saya menguruskan perniagaan sendiri.saya marah kpd pas bukan bererti saya fanstik umno....-Link
SEBARKAN 

DALANG BERSIH DI MAKKAH, MADINAH DIBONGKAR

AIDCNews – 10/05/12 – “Blog Pena Minang Kena Hack Selepas Bongkar BERS✔H 3.0 di Tanah Haram,” email Abu Aqif Al Aman kepada kami.

Selepas membongkar individu-individu yang terbabit dalam satu demonstrasi BERSIH 3.0 di Tanah Haram, blog pena minang, penaminang.blogspot.com dihack serta merta.

“Nampaknya mereka semakin terdesak dan semakin takut sehinggakan mereka sanggup guna cara paling kotor dan jijik untuk memadamkan bukti. Tak sangka mereka begitu takut dengan pendedahan Pena Minang dan Abu Aqif Studio sampai sanggup mereka hack dan delete blog pena minang. 

“Butir-butir penting masih selamat. Jangan risau, kami tetap akan bongkar!.

“Mari kita doakan supaya penjenayah BERS✔H 3.0 di Tanah Haram ini akan dikenakan tindakan yang sepatutnya oleh Kerajaan Saudi di atas maksiat yang mereka lakukan. Kesucian Tanah Haram Mesti dikekalkan. Semoga Allah memelihara Tanah Haram,” katanya.






 

IRSHAD MANJI, SEORANG LESBIAN BERCERAMAH DI UIA?


Klik SINI untuk mengenali siapa Irshad Manji


Semalam, beberapa SMS diterima bertanya pasal satu program yang dianjurkan oleh sebuah institut di bawah naungan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang memberi ruang seorang pengaku lesbian (self-confessed lesbian) untuk berucap tentang Islam. Dan di beberapa dinding FB rakan-rakan pun tercatat maklumat program tersebut disusuli dengan pelbagai bantahan.

Program yang disebut sebagai “Moral Courage: Creating Space for Islam and Democracy” itu dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity (IIMU) dengan kerjasama ZI Publications. Penceramahnya didatangkan dari benua Amerika Utara, Irshad Manji, yang secara terangan telah mengaku bahawa beliau seorang pengamal seks songsang.

Namun, lewat malam tadi, dilaporkan bahawa program ini telah dibatalkan oleh Rektor UIAM sendiri. Alhamdulillah. Dan tahniah kepada Prof Zaleha di  atas tindakan berani sedemikian.
Program tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada hari Isnin, 14 Mei 2012, jam 1.30 – 3.30 petang di Mini Auditorium, Level 2, UIAM Gombak.

Yang menjadi persoalan ialah bagaimana sebuah universiti Islam yang perdana di Tanah Air kita pada mulanya memberi ruang untuk musuh Islam yang mempromosi seks songsang LGBT, menghina Rasulullah s.a.w. serta memperlecehkan Al-Qur’an dalam tulisan, buku dan ceramah-ceramahnya.

Dengan berbaik sangka bahawa pembuat keputusan di IIMU dan UIAM tidak maklum dari awal tidak boleh dengan mudah melepaskan tanggung-jawab untuk memeriksa terlebih dahulu penganjuran majlis sebegini terlepas pandang. Mungkin ada elemen-elemen yang bersubahat dengan musuh Islam di dalam UIAM itu. Mungkin ada elemen yang terpengaruh faham pasca modenisme dengan mendokong pemikiran “sapere aude”. Ini wajar dihalusi oleh pentadbiran UIAM.

Musuh-musuh Islam tidak akan henti dari membawa pelbagai program yang bertujuan meracuni pemikiran dan budaya umat kita di sini. Ini menepati saranan yang diunjurkan oleh Cheryl Benard (Rand Corporation) dalam buku “Civil Democratic Islam”.

Syabas diucapkan oleh sekalian pencinta Islam yang mengambil sikap waspada dan sentiasa bersiap-siaga memantau aktiviti-aktiviti musuh Islam.

Panganjur bersama program tersebut pula, ZI Publications Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat penerbitan yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim (ZI) – yang beralamat di B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan Satu, Pju 3, Petaling Jaya, Selangor, 47410. Kini, syarikat tersebut dimiliki dan diurus oleh anaknya Ezra. Ramai yang sangat arif berhubung pendirian Zaid dalam hal-hal begini. Zaid juga penyokong tegar IFC dan kumpulan Artikel 11.-Karim Blog


Siri jelajah Irshad Manji ini turut mendapat bantahan di Indonesia. Baca SINI.

SEBARKAN


HINDRAF 2.0 AKAN BERHIMPUN 27 MEI INI!!?


Berdasarkan khabar yang AC dapat dari Facebook, Hindraf ini telah memberi amaran kepada kaum melayu supaya jangan menganggu perhimpunan mereka. Jika ada sesiapa yang menganggu maka akan "DIPARANGKAN".

Sumber: Facebook

SEBARKAN

KHALID ISMATH AKTIVIS MANJA?



Orang kata, jika takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai. Jika takut nama baik keluarga tercemar, jangan mimpi nak jadi aktivis. 

Ape dah Khalid nie. Kau yang terjun dalam dunia politik, kau kenalah bersedia menerima segala apa yang bakal terjadi. Pada AC, walaupun pada dasarnya mereka kata mereka ini aktivis, itu hanya pada nama sahaja. Hakikatnya mereka ini adalah alat politik pembangkang. 

Lihat saja siapa yang support segala perjalanan aktiviti mereka. Di mana mereka berada maka di situlah juga pemimpin pembangkanag berada. Dan di mana pembangkang berada maka di situlah juga aktivis ini berada.



Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

'Menteri kata bukan saya'
Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.

"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.

Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.

"Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.

"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi.- Malaysiakini

Adv

Nuffnang 2