Nuffnang

Advertlets

Pesanan AC

Segala kelemahan dalam Blog ini datangnya dari penulis sendiri, dan semua kesempurnaan datang dari Allah s.w.t.

Kepada sahabat-sahabat Blogger sila linkkan blog Assassin Cyber di bloglist anda dan AC akan linkkan blog anda di list kami.

Kepada anda yang ada artikl menarik dan ingin dikongsikan sila email ke:

E-mail: telebihsudah@gmail.com

FOLLOW JIKA BERANI

Klik Butang Like Di Bawah

TUKAR SIZE FONT

Change Text Size
+A +A +A +A +A

06 May, 2012

CHE TOM DIBAYAR UMNO?

BERSIH 3.0: AUTA PEMBANGKANG VS FAKTA SEBENAR



TQ Harapan Esok


FATWA MENGATAKAN #BERSIH3.0 HARAM



SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. 
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini. - BERNAMA

Baca ulasan menarik di SINI.


SIAPA SEBENARNYA AMBIGA?






PENDUKUNG IFC (PLURALISME)
 

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)


 
IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.


Matlamat Penubuhan IFC


IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.



Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam 



1.

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2.


Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5.



Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.

Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7.


Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8.


Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10.

Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12.


Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.


Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14.

Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Ancaman Utama IFC terhadap Islam


1.

Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2.

Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.- Jais




PENGANJUR KEBEBASAN SEKS

Apa itu Seksualiti Merdeka?

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.-seksualitimerdeka.org


Baca SINI untuk kenyataan akhbar berhubung Seksualiti Merdeka.




PEMBELA KES MURTAD (LINA JOY)

Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani merupakan wanita Melayu yang berumur 49 tahun tetapi kini mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).

Isu murtad merupakan subjek yang sensitif bagi orang Melayu yang hampir 100 % menganut agama Islam di Malaysia Kebolehpercayaan kerajaan boleh disalahtafsir jika gagal menangani isu-isu sebegini dan boleh mencetuskan rusuhan sebagaimana Rusuhan Natrah di Singapura tahun 1950 dahulu.-wikipedia





 Klik pada imej untuk lebih jelas



PENENTANG MAHKAMAH SYARIAH MELALUI MAJLIS PEGUAM (BAR COUNCIL)

Forum Memeluk Islam telah diadakan dan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia di ibu pejabat badan itu di Lebuh Pasar , Kuala Lumpur hari Sabtu 9 Ogos 2008 dari jam 9.00 hingga 1.30 tengah hari. Seramai 150 peserta individu , wakil organisasi dan perwakilan asing turut hadir. Forum ini dianggap berjaya walaupun ditamatkan lebih awal iaitu pada jam 10.00 pagi. [1]

Penceramah forum terdiri daripada Pengarah Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik/Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan tiga pengamal undang-undang, Ravi Nekoo, K. Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga bekas Hakim Syarie, Dr Haji Naim Haji Mokhtar selaku penceramah jemputan telah menarik diri siang-siang lagi.

Pengantara bagi sesi panel dan forum ialah Zarizana Abdul Aziz dari Pusat Bagi Perubahan Wanita.

Wikipedia

Baca artikel menarik di SINI juga. Baca juga artikel menarik di SINI.



SEBARKAN



PEMBANGKANG KANTOI LAGI!!

Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan isu keahlian Umno oleh Setiausaha Agung PKR baru-baru ini, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)!


Dan oleh itu, dia melahirkan simpati dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

"Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan yang ditemui Sinar Harian, semalam. Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

"Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya. 


Sinar Harian, 26 April lalu menyiarkan kenyataan Saifuddin mendakwa Datuk Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno lalu mencabar kedua-duanya membuat penafian sebelum beliau mendedahkan lebih terperinci maklumat keahlian mereka.

Saifuddin turut desak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad lepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.

Saifuddin turut sertakan maklumat bahawa Wan Ahmad bin Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03- 5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

Apabila ditunjukkan kepadanya maklumat itu, Wan Ahmad berkata: “Ia berkaitan dengan diri saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR.”

Datuk Wan Ahmad dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian, 3 Mei lalu nafi beliau ahli Umno sekali gus menuntut Saifuddin mohon maaf secara terbuka.

Saifuddin dalam susulan sehari kemudian, pertahan dakwaan itu dengan akui sudah kemukakan ‘bukti’.

“Saya tak peduli dengan penafian dibuat. Saya telah kemukakan bukti. Jika bukti saya salah, kemukakan yang benar. Itu persoalan utama,” katanya


Baca ulasan menarik di SINI. Baca juga ulasan MyNewsHub di SINI.

KOMEN AZMIN ALI TENTANG LUAHAN HATI IBUNYA

Azmin Ali seperti biasa setelah sekian lama berguru dengan darah dagingnya Anwar Ibrahim, dengan penuh angkuh, sombong dan bongkak walaubagaimanapun sedikit cuak apabila seorang wartawan mengajukan soalan berhubung riaksinya terhadap luahan ibu kandungnya yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 jam 8 malam 5. Mei 2012(semalam).



Jawapan ringkasnya hanya "PILIHANRAYA DAH DEKAT". 

"#$@^&*()%?></" hanya ini ayat yang ada dalam benak AC. Tak terkata apa-apa. Seorang anak, darah daging seorang ibu hanya menjawab dengan mengaitkan kenyataan Ibu kandungnya sebagai cara UMNO/BN untuk memenangi pilihanraya.

Adakah semua kenyataan Ibu Azmin Ali itu adalah fitnah belaka? Sanggup kah seorang Ibu berbuat demikian kepada seorang anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari? 

Mungkinkah Azmin Ali ini adalah.................

????????

Bila agaknya Azmin Ali akan saman Ibu kandungnya Che Tom, berikutan kenyataan ibunya yang dikategorikan Azmin Ali sebagai fitnah UMNO terhadap dirinya. 

Come-on Azmin you can do it.

 

HARAKAH DAILY SEBAR BERITA FITNAH LAGI

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia dan selamat behujung minggu.

Pagi tadi AC dengan sengaja untuk membantu menaikkan ranking portal berita lidah PAS Harakah Daily yang ketika ini berada di ranking alexa 10,905. AC terbaca satu artikel bertajuk "Bersih 3.0 terhangat minggu ini".

Artikel ini menceritakan artiket yang paling hangat di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-18.

AC berfikr seketika, apakah bodoh sangat editor dan wartawan Harakah Daily ini sehingga tidak dapat membezakan antara berita palsu dan berita sahih. Mungkin juga wartawan Harakah Daily dan blogger pro-pembangkang ini semuanya rabun belaka sehingga tidak mampu untuk membandingkan antara susuk tubuh kategori kurus dan normal.




Gambar di atas masih dimainkan pembangkang sehingga hari ini sedangkan isu ini telah dijawab oleh blogger pro-kerajaan, baca SINI. Pada AC, persamaan pada gambar anggota polis dan perusuh yang menyepak polis itu hanya pada rambut.

Ternyata pembangkang ini hanya membaca akhbar lidah rasmi mereka yang 100% memihak kepada mereka sehingga bukti yang sahih dan benar tidak sampai kepada mereka. Alangkah malangnya hidup mereka ini. Setiap hari disogok dengan berita penuh dusta.

Bagaimana pula dengan gambar di bawah;





Bukankah gambar di atas ini jelas menunjukkan persamaan 100%.

Pada pandangan AC sepanjang menjalani hidup yang sementara ini, daripada 10 berita yang disiarkan oleh Harakah Daily, 6 daripadanya adalah berunsur fitnah dan tidak benar. 

Harakah Daily ini lidah rasmi PAS ke? Patut pun kerjanya asyik dok fitnah saja. Buta fakta, raja auta.


SEBARKAN



AZWAN ALI MENGAMUK DI TWITTER LAGI

 


Azwan Ali meletup lagi di laman twitternya. Tak tahu la ini kali yang ke berapa Azwan Ali meletup di laman twitter. 

Sepengetahuan AC, sebelum ini Azwan Ali pernah meroyan separuh gila dalam laman twitternya tahun lepas, juga kerana Ummi Hafildah. Azwan Ali mengugut untuk membunuh Ummi Hafildah yang juga merupakan adik kandungnya berikutan fahaman politik yang berbeza. Namun kes itu reda setelah Ummi Hafildah membuat laporan polis berhubung tweet ugutan bunuh itu, di mana Azwan Ali menangis di hadapan media untuk meminta maaf kepada Ummi Hafildah dan Tun M. 

Azwan Ali juga berjanji akan memadamkan akaun twitternya selepas kes ugutan bunuh tersebut, namun itu hanya janji kosong yang nampaknya seperti hanya melepaskan batuk di tangga oleh Azwan Ali.

Kini Azwan Ali kembali lagi dengan tweet-tweet yang serupa dasyatnya dengan tweet dahulu. Siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Adakah dalam hal ini, seorang Ibu menganiayai anak, atau anak yang kacang lupakan kulit. Atau dengan bahasa lembutnya SI TANGGANG.

Baca SINI untuk lebih print screen twitter Azwan Ali.


SEBARKAN


Adv

Nuffnang 2