4 Mei - Gabungan
Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) hari ini bertindak menyerahkan
memorandum kepada Naib Canselor UiTM Prof. Dato Ir. Sahol Hamid Abu
Bakar bagi mendesak pihak UiTM mengenakan tindakan kepada Khalid Mohd
Ismath yang telah mencemarkan nama baik kampus UiTM ekoran tindakan
beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan ketika demontrasi Bersih
3.0
Memorandum
yang diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan Mohd Noraizat Norazam itu
antara lain mendakwa Khalid Mohd Ismath yang telah banyak kali bertindak
di luar batasan telah membawa satu perjuangan yang bertentangan serta
boleh memudaratkan keharmonian kampus UiTM dan negara.
Selain
menyerahkan memorandum kepada Nasib Canselor UiTM, Noraizat turut
menyerahkan dua lagi memorandum iaitu kepada Yang di Pertuan Agung serta
Menteri Besar Selangor.
Sementara
itu, Naib Canselor UiTM ketika ditemui pemberita mengakui bahawa
tindakan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang iaitu Khalid Mohd Ismath
itu telah mencemarkan nama baik UiTM.
"Berdasarkan
laporan yang diterima, jelas Khalid melakukan perkara yang salah serta
bertentangan dengan undang-undang yang termaktub, jadi kita akan siasat
dan lihat apa tindakan seterusnya" katanya kepada para wartawan.
| Mahasiswa UiTM |
![]() |
| Tuntut kebebasan akademik |
Khalid..Khalid..., kau nak sangat kebebasan akademik kan. Nah ambik kau, bagi kebebasan selamanya untuk kau.
Banyak mulut dan suka jaga tepi kain orang si Khalid Ismath nie. Semasa kes penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dia juga yang dok menyibuk hentam pentadbiran UIA dalam blognya.
Padahal pada masa itu Khalid Ismath merupakan pelajar tahun 1 dalam bidang pengajian undang-undang. Jika benar sumber yang AC dengar, periksa baru-baru ini Khalid Ismith hanya dapat 2.0+(Lulus bersyarat kot) pointer betul ke? Kasihan dan simpati juga dengan pencapaian Khalid Ismath ini. Tidak padan dengan keceluparan mulutnya.














