Selepas sahaja video seks oral melibatkan Azmin Ali bersama seorang
wanita tersebar, juak Pakatan Rakyat terus sahaja dengan semberono
menuduh bahawa video tersebut adalah rekaan daripada pihak Pro Kerajaan
sahaja.
Namun, blogger Pro Pakatan Rakyat, SuaraPakatanRakyat.com terbukti lebih
rasional apabila berupaya berfikir dan menilai dengan waras apabila
mendedahkan bahawa segala penafian awal dari Azmin adalah tidak benar
sama sekali.
Ikuti keratan daripada blog tersebut;
PENULIS tidaklah
membeli, tapi penulis ternampak deretan akhbar arus perdana di kedai
yang hampir kesemuanya memilih gambar-gambar yang diekstrak dari video
yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin
Ali.
Soal penyiaran
gambar-gambar ini sebenarnya penulis telah sedari sejak dari Ahad lagi.
Siasatan lanjut penulis, menemui satu laman web Sex Scandal Azmin Ali yang penulis rasa diwujudkan semata-mata untuk tujuan penyiaran gambar-gambar (tidak mustahil video juga) tersebut.
Begitu juga penulis sedar dengan penafian penuh Azmin yang disiarkan semalam disini.
Maaf cakaplah,
bukan penulis tidak percayakan Azmin, tapi setakat yang penulis lihat
pada gambar-gambar tersebut, memang sah itu Azmin. Kalau mukanya
pelanduk dua serupa, bentuk kepala dan beberapa kriteria lain pada imej
tersebut memang menunjukkan itu adalah Azmin.
Penulis rasa amat
bodoh kalau kita masih mahu menafikan hakikat tersebut kerana penulis
sudah memerhatikan Azmin lebih dari 12 tahun. Ia seumpama memerhatikan
anak sendiri membesar di depan mata.
Kes Azmin ini
berbeza dengan video seks fitnah yang pernah dikaitkan dengan Datuk Seri
Anwar pada satu ketika dahulu. Paling ketara, video tersebut dalam
keadaan hitam putih, sedangkan gambar dari video yang dikaitkan dengan
Azmin ini dalam keadaan warna, terang dan cukup jelas untuk dinafikan
begitu sahaja.
Malah pelbagai ‘angle’ juga.
Seseorang yang
rapat dengan Timbalan Presiden PKR tersebut juga memaklumkan kepada
penulis bahawa keadaan dalam rumah itu hampir menyerupai salah sebuah
‘kondo hinggap’ (dikunjungi sekali sekala) yang dimiliki oleh Azmin.
Setakat mana benarnya penulis kurang pasti kerana penulis tidak pernah
datang ke kondo tersebut.
Justeru, semua
maklumat tersebut menjadikan’penafian air liur’ semata-mata tidak
cukup. Azmin perlu membuat laporan polis agar satu siasatan penuh dapat
dijalankan ke atas gambar dari rakaman video tersebut dan siapa yang
terlibat di belakangnya.
Dari satu sudut
yang lain pula, kelihatannya Azmin diperangkap oleh seseorang yang rapat
dengannya, rapat sehingga boleh keluar masuk dalam kondo milik beliau
dan memasang semua CCTV tersebut.
Persoalannya siapa?
Penulis tahu,
Azmin punya musuh dalaman PKR yang ramai. Statusnya sebagai penyokong
setia Anwar sejak sekian lama, sanggup bersama waktu senang dan susah,
menjadikannya sebagai individu yang paling rapat dengan pemimpin agung
Pakatan Rakyat tersebut, seterusnya dicemburui rakan dan lawan.
Mungkin ramai
yang tidak tahu bahawa Azmin pernah dikaitkan dengan satu gerakan rahsia
dalam PKR untuk menumbangkan pemimpin PKR yang lebih tinggi.
Dengan semua keadaan di atas, kalau Azmin mendakwa diperangkap pun penulis tidak terkejut.
Soal Azmin nak
membuat hubungan dengan siapa pun, itu penulis tidak kisah kerana
sebagai lelaki, beliau mempunyai hak untuk mempunyai pasangan lebih dari
satu. Lagipun penulis berpegang kepada kenyataan Anwar, tidak ada
siapa (waima kerajaan) pun yang boleh masuk campur dalam hal yang
berlaku dalam bilik orang lain, asal saja mendapat persetujuan bersama.
Yang penulis
kisahkan ialah, perkara ini akan mengeruhkan lagi sokongan rakyat
terhadap PKR dan Pakatan Rakyat kerana bukan semua yang boleh menerima
perlakuan seumpama ini, walaupun dilakukan dalam ruang tertutup. Malah
di negara negara barat pun, skandal suami orang dengan perempuan lain
adalah suatu perkara taboo untuk dilakukan oleh orang biasa apatah lagi ahli politik.
Ringkasnya, Azmin
perlu melakukan 2 perkara ini dengan segera, buat laporan polis dan
siasat siapa orang dalam PKR yang cuba menjatuhkannya.-Penggempur Mutiara
Di bawah ini adalah penafian Azmin Ali di media.
Timbalan
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan
dakwaan seks membabitkan dirinya dan menyifatkan ia sebagai fitnah
menjelang pilihan raya umum ke-13.