Anwar Ibrahim
dikata berada di perkarangan Masjid Negara pada hari Bersih 3.0. Mereka
berkumpul di situ bersama beberapa pemimpin PR lain. Apabila masuk waktu
zohor, mereka ini dikatakan tidak masuk dalam masjid untuk solat
berjemaah bersama orang ramai tetapi solat hanya di perkarangan masjid
itu sahaja.
Soalnya:
1. Apakah dia terikut dengan perpecahan yang pernah berlaku dulu – kerana tidak mahu ikut imam kerajaan?
2. Apakah masa
terlalu suntuk kerana sudah hendak mula Bersih? Kalau solat di dalam
masjid nanti lambat. Imam baca surah panjang. Wirid lagi.
3. Apakah dia
tidak larat kerana keuzurannya hendak berjalan jauh ke dalam masjid
turun naik tangga? Maklumlah masih sakit belakang.
4. Apakah
beliau malas nak buka kasut atau bimbang kasut beliau hilang bila
tanggal kasut untuk solat di dalam masjid? Solat di luar masjid boleh
solat sambil pakai kasut!
dan banyak lagi persolan dan kemungkinan lain.
Namun, apa pun sebabnya beliau tidak mahu solat dalam masjid itu terserahlah kepada dia dan “ahli jemaahnya”.
Yang peliknya
ialah apabila dia solat di luar perkarangan masjid mereka solat
beramai-ramai macam solat berjemaah tapi mereka solat sendiri-sendiri!
Atau IB yang salah? Tolong betulkan.
Lihat gambar-gambar dari minaq-jinggo ini:
a. Pemuda
sebelah kiri ini mungkin nak beritahu arah kiblat. Bukankah lebih senang
dalam solat masjid – mesti dah confirm arah kiblatnya.
b. Masing-masih bersedia untuk solat. Anwar menterbalikkan topi beliau. Orang sebelah kirinya mengikat sapu tangan di kepala.
c. Mereka mula
bertakbir. Tunggu! Siapa imamnya? Nampak macam sebaris semua tidak ada
imam di depan. Kalau orang yang sebelah kanan Anwar yang takbir dulu –
mungkin dia imam kot? Sungguh bersiap siaga sekali untuk “berperang”,
sebab itu boleh solat dengan pakai kasut!
d. Mereka guna
banner untuk alas solat. Kenapa tidak diterbalikkan banner tu – guna
yang sebelah putih. Nasib baik teringat nak tutup sikit – kalau tak
tercium muka Ambiga kat banner (?). Kesian dua orang dihujung sana –
banner tak cukup besar.
e. Nak kata
orang sebelah kanan Anwar jadi imam tidak betul juga. Sebab dia turun
sujud lambat. Anwar yang sakit belakang nampak mengeran kesakitan bila
nak sujud. Tambah pulak dengan pakai kasut – lagi sakit masa nak lipat
turun dan duduk tahiyyat.
f. Bertahiyyat
sama-sama. Solat bersama macam berjemaah. Pergerakan semua hampir sama –
macam berjemaah. Tapi masing-masing solat bersendirian. Yang belakang
tu – agaknya ikut siapa. Mereka tahu tak masing-masing di depan tu solat
bersendirian? Mereka mengguna Mazhab yang memboleh dedah tangan semasa
solat? (di Malaysia?) Kalau di Indonesia mereka kata “oh sikit aje
nampak engak apa-apa”
Yang lain yang ramai lagi tu tak solat ke? Ramai lagi yang Melayu tu … tidak mengapa – menjadi taraf pemerhati!
SEBARKAN